Anda di halaman 1dari 35

AUTISME http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/autisme.

htm

Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung. Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca gangguan ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan berpunca daripada perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor persekitaran. Autisme biasanya tidak dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa anak mereka masih belum pandai bertutur. Pada ketika ini, anda mungkin menyedari hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan menghabiskan masa bermain seorang diri. Kerap kali anak akan menunjukkan kelakuan yang tertentu, seperti menyentuh benda dalam turutan yang tertentu atau menggoyangkan badannya ke depan dan belakang. Jika diganggu, anak akan melenting dan membuat perangai. Kelakuan ini menunjukkan keperluannya untuk berada di persekitaran yang tidak berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka terhadap sesuatu benda. Misalnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan tangan atau jari atau menggosok-gosok sesuatu permukaan seakan-akan menghayati tekstur. Tanda-tanda

Tidak suka bersosial. Pendengaran tidak normal. Mengelak daripada bertentang mata. Gangguan pertuturan. Corak kelakuan yang berulang. Tidak mengendahkan rasa sakit.

Apakah yang boleh dilakukan? Kanak-kanak autistik perlu dihantar ke sekolah yang khas seelok-eloknya semasa anak masih kecil lagi. Jika ibu bapa mendapati sukar menjaga anak di rumah, rawatan di rumah yang mempunyai suasana yang terapeutik disyorkan. Pelbagai terapi bagi autisme telah dicuba. Namun, hasilnya tidaklah begitu menggalakkan. Psikoterapi yang intensif juga tidak memberi sebarang tindak balas manakala ubat yang mengandungi trankuilizer hanya sesuai diberikan untuk mengawal kelakuan yang ganas sahaja. Terapi kelakuan dan terapi pelukan (ibu bapa digalakkan memeluk anak selama yang boleh untuk mengeratkan perhubungan fizikal dan emosi) didapati sangat menggalakkan. Namun, setiap jenis terapi perlu disyorkan serta dikendalikan oleh pakar dalam bidang tersebut.

Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 59.

Kemahiran Asas Sosial Kanak-Kanak Autisme Di Persekitaran Sekolah oleh Vijayen a/l Gopal Maktab Perguruan Keningau. Sabah vjvas@tm.net.my ABSTRAK Kajian kes ini bertujuan untuk menjawab tiga persoalan kajian iaitu a) apakah kemahiran asas sosial yang telah oleh kanak-kanak autisme. b) apakah kemahiran-kemahiran asas sosial yang belum dikuasai oleh kanak-kanak autisme, dan c) apakah faktor-faktor yang membolehkan kanak-kanak autisme berupaya menguasai dan tidak menguasai kemahiran asas sosial mengikut pandangan guru. Tiga kanak-kanak autisme di Sekolah Kebangsaan Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah, dipilih sebagai subjek dan tiga orang guru yang mengajar subjek-subjek ini ditemubual. Kajian ini berfokus kepada lima kemahiran asas sosial sahaja. Kaedah pemerhatian dan temubual dengan instrument senarai semak dan soalan terbuka digunakan. Dapatan kajian menunjukkan kelima-lima kemahiran asas sosial dikuasai oleh subjek tetapi belum menguasai beberapa sub kemahiran. Dapatan temubual menunjukkan faktor guru, persekitaran, rakan sebaya, dan kaedah mengajar membolehkan penguasaan kemahirankemahiran asas sosial. Sebaliknya faktor kekurangan pendedahan mengenai autisme dan kaedah

mengajar yang khusus, pertukaran guru dan kekurangan pengetahuan ibu bapa mengenai autisme menghalang penguasaan kemahiran asas sosial. PENGENALAN Kemahiran sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran: menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Malangnya terdapat kanak-kanak yang tidak dapat mempelajari untuk berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya mereka.(Simpson et al. 1991; Sewell 1998). Kanak-kanak ini tidak dapat mempelajari kemahiran-kemahiran sosial dengan sendiri dan juga dikenali sebagai kumpulan bermasalah pembelajaran (Kurikulum Program Bermasalah Pembelajaran Peringkat Rendah 1999). Satu kumpulan pelajar yang menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran asas sosial ialah kanak-kanak autisme. Autisme merujuk kepada gangguan perkembangan pervasif ( pervasif developmental disorder). Menurut American Psychiatric Association (1994), gangguan ini berkisar pada tiga perkara utama iaitu gangguan interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku berulangan yang streotaip dan terhad. Menurut Trevarthen et al. (1998) hampir kesemua kes autisme menghadapi gangguan interaksi sosial, masalah kemahiran berkomunikasi dan aspek imaginasi. Namun begitu, tahap gangguan ini tidak sama di 2

antara satu individu autisme berbanding yang lain (Wing 1976). Kanak-kanak autisme kategori teruk menghadapi masalah yang serius berbanding dengan kanak-kanak autisme kategori ringan dan berfungsi tinggi (Jordan 1997). Kemahiran sosial merupakan satu ciri autisme yang penting (American Psychiatric Association 1994). Defisit sosial yang wujud dalam diri kanak-kanak autisme ini amat serius, memandangkan kemahiran sosial sebagai alat yang penting dalam kehidupan setiap individu (Ball 1996). Di Malaysia, kanak-kanak autisme mengikuti program percantuman. Walaupun kanak-kanak autisme telah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran ini di sekolah, tetapi penggunaan kemahirankemahiran ini dalam situasi yang tepat dengan cara yang betul masih menjadi persoalan. Oleh itu satu kajian bagi mengenalpasti kemahiran-kemahiran sosial asas yang telah dan belum dikuasai oleh kanak-kanak autisme dan pengunaannya di persekitaran sekolah adalah amat diperlukan. Kajian ini merupakan kajian lanjutan kepada cadangan Ball (1996) dalam kajiannya supaya satu kajian dalam generalisasi kemahiran sosial kanak-kanak autisme perlu dijalankan. TUJUAN KAJIAN Kajian ini adalah bertujuan: a) untuk mengenal pasti kemahiran-kemahiran asas sosial yang telah dikuasai oleh kanak-kanak autisme b) untuk mengenal pasti kemahiran-kemahiran asas sosial yang belum dikuasai oleh kanak-kanak autisme dan c) untuk mengenal pasti faktor-faktor yang membolehkan kanak-kanak autisme menguasai dan tidak menguasai kemahiran asas sosial mengikut pandangan guru. SOALAN KAJIAN Kajian ini berfokus kepada tiga soalan kajian yang berikut: a. Apakah kemahiran-kemahiran asas sosial yang telah dikuasai oleh kanak-kanak autisme. b. Apakah kemahiran-kemahiran asas sosial yang belum dikuasai oleh kanak-kanak autisme. c. Apakah faktor-faktor yang membolehkan kanak-kanak autisme berupaya menguasai dan tidak menguasai kemahirankemahiran asas sosial mengikut pandangan guru? TINJAUAN LITERATUR Kajian-kajian memberikan panduan kepada golongan professional untuk mencuba pelbagai teknik dalam mengubah tingkahlaku kanak-kanak autisme (McClannahan & Krantz 1999). Kajian-kajian membuktikan bahawa tingkahlaku kearah meningkatkan interaksi kanak-kanak autisme dapat dijalankan. Namun begitu tahap pencapaian diperolehi mungkin berbeza mengikut tahap dan kategori kanak-kanak autisme yang diajar (Wing 1976; Barbara 1989). Peningkatan dalam tingkahlaku dalam kajian-kajian menyokong kenyataan Sharyn (1997) yang mengatakan bahawa program therapi dapat meningkatkan dan menggantikan tingkahlaku yang tidak sesuai dengan tingkahlaku sesuai (Thacker 1996). 3

Kajian Ball (1996) berfokus kepada meningkatkan interaksi sosial dengan menggunakan rakan sebaya. Kajian ini menggunakan lapan orang kanak-kanak autisme pra sekolah. Kanak-kanak ini diajar dalam kelas yang mempunyai lapan lagi pelajar normal yang sebaya. Sistem stesyen digunakan untuk mengajar kemahiran akdemik. Aktiviti kumpulan digunakan untuk mengajar konsep asas dan masa main digunakan untuk mengajar kemahiran sosial. Kumpulan kecil digunakan untuk menggalakkan interaksi kanak-kanak autisme dengan rakan sebaya yang normal. Kaedah-kaedah yang digunakan ialah skill streaming, rakan sebaya dan bantuan kumpulan. Dapatan kajian Ball (1996) menunjukkan bahawa tujuh daripada lapan kanak-kanak autisme menunjukkan peningkatan dalam aspek kontek mata, kemahiran bermain secara selari dan simbolik, ikut giliran dan respon-respon secara lisan dan bukan lisan. Ball (1996) mendapati, penggunaan rakan sebaya sebagai model dalam mengajar kemahiran sosial memberikan kesan yang tinggi dalam mengekalkan integrasi kanak-kanak di dalam bilik darjah. Dougen (1994) mengkaji penggunaan teknik pengajaran secara incidental untuk mengajar cara bertanya yang sesuai dengan menggunakan rakan sebaya kurang upaya. Dapatan menunjukkan bahawa pengajaran dengan teknik ini sangat efektif dalam meningkatkan kemahiran bertanya dengan cara yang sesuai. Teknik ini juga menghasilkan peningkatan dalam generalisasi. Penggunaan teknik ini bukan sahaja meningkatkan cara bertanya yang sesuai malah tahap vokalisasi subjek turut meningkat dan dikekalkan tanpa latihan. Peningkatan dalam interaksi juga berlaku disebabkan oleh pengukuhan positif yang diperolehi bagi setiap cubaan yang betul. Kajian ONeill dan Baker (2001) melihat potensi kesan generalisasi daripada latihan komunikasi berfungsi dan peranan kemungkinan tingkah laku bermasalah dan bersesuaian untuk mencapai tahap komunikasi berfungsi. Dua sampel kanakkanak autisme kategori teruk dan ketidakupayaan intelek kategori teruk digunakan. Kedua subjek ini tidak mempunyai tingkah laku komunikatif berfungsi dan mengikut arahan lisan langkah demi langkah serta penyegeraan secara lisan dan fizikal. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujud pengurangan dalam tingkah laku negatif dan berlaku peningkatan dalam kemahiran bertanya atau meminta untuk berehat tanpa galakan. Selain itu, terdapat generalisasi tingkah laku dalam situasi yang lain. DEFINISI OPERASIONAL Kajian ini telah menggunakan dua istilah yang khusus secara meluas. Istilah-istlah yang digunakan ialah kemahiran sosial dan persekitaran sekolah. Kemahiran Sosial Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku-tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan indivivu lain dalam situasi sosial atau kerja. Istilah kemahiran sosial yang digunakan dalam kajian ini bermaksud keupayaan untuk menghasilkan tingkahlaku-tingkahlaku atau respon-respon yang sesuai secara lisan atau bukan lisan dalam proses berinteraksi tanpa menyakitkan perasaan orang lain. 4

Persekitaran Sekolah Dalam kajian ini, istilah persekitaran sekolah merujuk kepada ruangan di dalam kelas, ruang permainan dan kantin sekolah sahaja. Pengkaji menghadkan ruangan persekitaran sekolah bagi memudahkan proses pemerhatian yang dijalankan. Ketigatiga ruangan yang dinyatakan adalah tempat yang sesuai untuk melihat kemahiran asas sosial yang dipamerkan oleh kanakkanak autisme. METHOD Rekabentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan kajian kes multi-case. Reka bentuk multi-case dipilih supaya dapat melakukan perbandingan antara kes. Subjek Kajian Sejumlah tiga pelajar lelaki autisme dan tiga orang guru dipilih sebagai sampel kajian secara persampelan bertujuan Subjeksubjek kajian dikenal pasti dengan bantuan guru. Subjek dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria. Kriteria utama ialah kehadiran pelajar dan murid autisme kategori ringan. Subjek pertama ialah seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Ah Meng. Subjek ini berumur sepuluh tahun. Subjek ini berupaya untuk berkomunikasi dengan rakan dan guru pada tahap rendah. Subjek kedua ialah seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Tan. Subjek ini berumur sepuluh tahun dan dikenal pasti sebagai autisme kategori sederhana melalui penilaian klinikal oleh pakar professional. Subjek ini juga berkeupayaan untuk berinteraksi dengan rakan dan guru pada tahap yang sederhana dan subjek yang ketiga ialah seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Mark. Subjek ini berumur sembilan tahun. Subjek ini dikenal pasti sebagai autisme kategori sederhana. Subjek ini berupaya untuk berinteraksi dengan rakan dan guru pada tahap yang sederhana. Tenaga pengajar subjek seramai tiga orang dipilih secara persampelan bertujuan untuk ditemubual. Guru-guru ini juga dipilih kerana mempunyai hubungan yang erat dan mengenali subjek kajian secara mendalam dalam aspek kemahiran asas sosial dan merupakan pelaksana kurikulum pendidikan khas. Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan dua instrumen iaitu senarai semak dan soalan terbuka. Senarai semak digunakan dalam pemerhatian untuk mengumpul data mengenai kemahiran-kemahiran asas sosial yang digunakan oleh kanak-kanak autisme dalam interaksi di kalangan pelajar dan dengan guru di persekitaran sekolah. Senarai semak ini dibina dengan mengadaptasi tingkahlaku-tingkahlaku kemahiran-kemahiran asas sosial daripada senarai semak McClellan dan Katz (2001), Artwood dan Gray (1999) dan Strain et al. (1998). Soalan Terbuka Empat soalan terbuka telah digunakan dalam temubual. Soalan-soalan itu adalah berkaitan dengan pandangan guru mengenai kemahiran asas sosial, kemahiran-kemahiran sosial yang sudah dikuasai, belum dikuasai, faktor-faktor yang membolehkan kanak-kanak autisme menguasai dan tidak menguasai kemahiran-kemahiran sosial. 5

Prosedur Mengumpul Data Kajian ini dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pertama, mengadakan latihan bagi empat orang pemerhati yang dipilih. Latihan berfokus kepada peraturan-peraturan pemerhatian, tujuan kajian, fokus pemerhatian, kemahirankemahiran asas sosial dan tingkahlaku-tingkahlaku yang sesuai, penggunaan senarai semak dan cara mengisi senarai semak. Latihan tahap kedua ialah latihan mengumpul data dalam situasi sebenar sehingga kebolehpercayaan antara pemerhatian mencapai sekurang-kurangnya 0.8. Setiap pemerhatian dijalankan selama 30 minit untuk tempoh tiga minggu. Pemerhati diberi masa berehat selama 30 minit di antara setiap sesi pemerhatian untuk mengelakkan keletihan. Pemerhatian dijalankan sebanyak 16 bagi setiap persekitaran (lapan kali di bilik darjah dan lapan kali pada waktu rehat) bagi setiap subjek. Selepas setiap sesi pemerhatian, senarai semak dikumpul dan direkodkan. Selepas sesi pemerhatian yang kelapan, satu latihan diadakan untuk menentukan tahap kebolehpercayaan antara pemerhati tetap diperingkat yang tinggi. Prosedur temubual Temubual yang dirakamkan dijalankan mengikut jadual temubual yang ditetapkan. Pengkaji telah menyediakan trankrip verbatim dan ketepatan maklumat disahkan oleh guru-guru yang ditemubual. Analisis Data Data yang dikutip melalui pemerhatian dianalisakan berdasarkan senarai rekod senarai semak yang digunakan. Sebaliknya data yang diperolehi melalui temubual dianalisiskan setelah ditranskripsikan. Analisis data pemerhatian Data pemerhatian dipisahkan kepada dua bahagian iaitu di dalam kelas dan pada waktu rehat mengikut subjek A, B dan C. Kekerapan pelajar mempamerkan tingkah laku kemahiran asas sosial bagi setiap kemahiran yang berlainan dijumlahkan. Data kemahiran asas sosial ini dilaporkan dari aspek kemahiran asas sosial yang paling kerap dipamerkan dan kemahiran sosial yang mana yang kurang dipamerkan atau tidak dipamerkan. Kekerapan dalam mempamerkan kemahiran-kemahiran asas sosial ini akan menentukan kemahiran yang sudah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh subjek A, B dan C. Analisis temubual Data yang dikumpul melalui temubual dianalisis dengan menggunakan sistem koding dengan menginterpretasikan transkrip untuk menentukan tema (Miles dan Huberman 1994). Setiap kod yang disediakan diberi definisi operasi dari perspektif kajian pengkaji. Perbandingan secara berterusan gunakan untuk menganalisa data (Gay 1996). Pekali persetujuan KohenKappa digunakan untuk menentukan nilai persetujuan penilai terhadap definisi operasi pengkaji. Seterusnya, pengkaji membuat pentafsiran data secara deskriptif dan penerangan. Data temubual akan dibandingkan dengan data pemerhatian. 6

DAPATAN DAN PERBINCANGAN Kemahiran-Kemahiran Asas Sosial Yang Telah Dan Belum Dikuasai Dapatan kajian ini diperolehi melalui pemerhatian dengan menggunakan senarai semak (Lampiran A). Alpha kebolehpercayaan antara pemerhati yang diperolehi untuk subjek pertama ialah 0.94 (Ah Meng), 0.95 (Tan) dan 0.95 (Mark). Kemahiran menarik perhatian orang lain Kemahiran ini telah dikuasai oleh ketiga-tiga subjek. Namun begitu Tan lebih menguasai dan menggunakan kemahiran ini berbanding dengan Ah Meng dan Mark. Sub kemahiran yang melibatkan lisan selain daripada memanggil nama dikuasai oleh Ah Meng berbanding dengan Tan dan Mark walaupun hanya dua kali. Dapatan ini juga selari dengan kenyataan guru bahawa Ah Meng boleh berinteraksi yang memerlukan kemahiran menarik perhatian. Kemahiran Berkongsi Dan Memberi Ketiga-tiga subjek telah menguasai kemahiran ini. Namun begitu Tan lebih menguasai kemahiran ini berbanding dengan Ah Meng dan Mark kerana telah mempamerkan kesemua sub kemahiran. Ah Meng dan Mark tidak memperlihatkan kemahiran lisan seperti nah dan ambillah. Ini mungkin disebabkan lisan digantikan dengan tindakan menghulurkan tangan dengan benda ataupun dengan tindakan mengangguk kepala tanda memberi (Jordan, 1997). Sub kemahiran melimat mata diperlihatkan sebanyak 65 kali oleh Ah Meng, 29 kali oleh Tan dan 52 kali oleh Mark. Memanggil nama rakan digunakan oleh semua subjek, mungkin disebabkan mudah. Kemahiran bertanya dan meminta Bagi kemahiran ini Tan dan Mark telah mempamerkan penguasaan berbanding dengan Ah Meng yang tidak memperlihatkan sebarang sub kemahiran pada waktu rehat. Ini mungkin disebabkan oleh Ah Meng memerlukan persekitaran yang berstruktur. Bagi kes Mark pula kenyataan guru yang mengatakan Mark belum menguasai kemahiran bertanya atau meminta adalah bertentangan dengan dapatan pemerhatian. Selain itu Ah Meng telah menghulur tangan untuk meminta sebanyak 10 kali di dalam bilik darjah. Tan pula telah menngunakan bahasa lembut sebanyak 31 kali di dalam bilik darjah dan 33 kali pada waktu rehat. Dapatan ini adalah selari dengan kajian Ball (1996) yang mendapati aktiviti yang diwujudkan di dalam bilik darjah dapat meningkatkan kemahiran lisan. Kemahiran memberi idea Dalam kemahiran ini Tan dan Mark menunjukkan penguasaan menyeluruh berbanding dengan Ah Meng yang tidak mempamerkan dua daripada empat sub kemahiran yang melibatkan lisan. Namun begitu Ah Meng telah beritahu apa boleh buat sebanyak 37 kali di dalam bilik darjah dan 24 kali pada waktu rehat dan sub kemahiran memberitahu apa yang boleh buat atau dilakukan dipamerkan sebanyak 22 kali di bilik darjah berbanding dengan hanya dua kali dipamerkan pada waktu rehat. Tetapi, Ah Meng tidak langsung mempamerkan sub kemahiran suruh ikut yang dibuat atau dilakukan di dalam bilik darjah mahupun pada waktu rehat. Keadaan ini mungkin disebabkan tidak wujud keperluan untuk tindakan menyuruh ikut. Dapatan ini adalah 7

selari dengan kajian Paweni dan Rubovits (2000) yang mendapati aktiviti permainan dapat menggalakkan kemahiran memberi idea. Kemahiran memberi dan menerima pujian dan penghargaan Kemahiran memberi dan menerima pujian dan penghargaan mengandungi lapan sub kemahiran. Bagi kemahiran ini pula Ah Meng telah mempamerkan penguasaan yang menyeluruh berbanding dengan Tan dan Mark. Kesemua sub kemahiran yang terlibat telah digunakan oleh Ah Meng kecuali mengucap terima kasih. Kemahiran yang menonjol dan dipamerkan oleh Ah Meng ialah memberi senyuman iaitu sebanyak 11 kali dalam bilik darjah berbanding dengan bilangan tingkahlaku ini dipamerkan pada waktu rehat iaitu sebanyak tujuh kali. Sebaliknya Tan pula tidak mempamerkan sebarang sub kemahiran pada waktu rehat. Selain itu Tan juga tidak mempamerkan sub kemahiran peluk rakan dan high five. Pandangan guru mengenai faktor-faktor yang membolehkan kanak-kanak autisme menguasai kemahiran asas sosial Dapatan temubual mempunyai Alpha kebolehpercayaan 0.86. Ketiga-tiga guru berpendapat bahawa kemahiran sosial utama yang perlu ada pada kanak-kanak autisme ialah pengurusan diri. Selain itu, kemahiran menegur rakan dan guru juga perlu. Ini,ungkin disebabkan oleh syarat pendidikan khas yang menetapkan pengurusan diri sebagai satu faktor membolehkan pelajar khas memasuki sekolah. Faktor utama yang menentukan penguasaan kemahiran asas sosial kanak-kanak autisme ialah guru. Walaupun hanya satu guru saja yang handle dia tapi semua guru tau apa masalah dia ..macam jawapan dia tidak betulkan. Cikgu akan bagitau dia cara menjawab dengan betullah. Guru dapat memahami tingkah laku murid dan tahu cara menanganinya. Guru yang lain daripada guru pendidikan khas juga membuat pengajaran secara incidental di persekitaran sekolah apabila ternampak murid melakukan sesuatu dengan cara yang salah atau bercakap dengan cara yang tidak sesuai dengan situasi. Dapatan ini menyokong kajian Dougen (1994) yang mendapati penggunaan teknik pengajaran secara incidental (incidental teaching) meningkatkan kemahiran bertanya. Selain itu, guru dapat mengeksploitasikan minat dan kesukaan pelajar dalam pengajaran. Faktor kedua ialah pengajaran berbantukan visual atau gambar mengikut minat pelajar memberikan kesan. Kenyataan guru, Kita ambil kira minat dia. Dia suka sangat dengan kereta. Kadang-kadang dia akan cakap benda lain, contohnya bila dia tengok gambar lalu lintas, dia cakap polis polis, ambulan ambulan. Maksudnya dia boleh beri idea dan dia tu ada hubung, maksudnya bila kemalangan, polis mesti ada, ambulan mesti ada ataupun kadang-kadang gambar api, dia tahu bomba. Dia akan cakap telefon bomba, telefon bomba. Guru juga berpendapat bahawa pemberian latihan serta tindakan latih tubi akan membolehkan kanak-kanak autisme menguasai kemahiran asas sosial (Charlop & Trasowech, 1991) Faktor ketiga ialah rakan sebaya. Ketiga-tiga guru mendapati rakan sebaya di sekolah dapat meningkatkan penguasaan kemahiran asas sosial. Rakan sebaya dapat mengajar melalui interaksi dan membimbing dan mengajar cara yang betul kepada kanak-kanak autisme. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian Howlin dan Yates (1999), Pierce dan Schreibman (1995) dan kajian Pepperberg dan Sherman (2000) yang 8

mendapati penggunaan rakan sebaya adalah efektif dalam mengajar kemahiran sosial yang kompleks iaitu memulakan perbualan dan permainan dan meningkatkan tumpuan. Faktor keempat ialah persekitaran dan kerjasama ibu bapa. Guru mendapati bahawa persekitaran sekolah yang menyediakan pelbagai kemudahan belajar dan galakan guru serta rakan sebaya yang sedia ada di sekolah memberikan peluang untuk kanak-kanak belajar dan menguasai kemahiran asas sosial. Guru-guru mendapati kanak-kanak autisme menguasai kemahiran-kemahiran sosial asas kerana tindakan ibu bapa yang bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjalankan tindakan susulan di rumah. Faktor-faktor yang menyebabkan tidak menguasai kemahiran asas sosial. Ketiga-tiga orang guru mendapati terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kanak-kanak autisme tidak berupaya untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas sosial. Pertama, ialah kurang tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Kedua, guru-guru mendapati bahawa mengajar kanak-kanak autisme secara kumpulan adalah kurang berkesan berbanding dengan pendekatan individu (Sewell 1998). Sistem di sekolah yang menggunakan kumpulan akan menyebabkan kanak-kanak autisme tidak berupaya untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas sosial. Ketiga, ialah kekurangan pendedahan mengenai autisme bagi guru-guru khas. Guru-guru tersebut berpendapat kekurangan pendedahan mengenai autisme dan kaedah dan pendekatan mengajar kanak-kanak autisme menyebabkan guru hanya mengajar mengikut pengalaman, cuba jaya dan mengikut logik tanpa mengetahui sama ada cara itu betul atau salah. Di samping itu pengetahuan yang sama disebarkan kepada pihak ibu bapa. Selain itu, pertukaran guru juga menyebabkan perubahan dalam kaedah dan pendekatan mengajar. Guru yang sebelum lebih memahami dan mengetahui cara-cara menangani masalah individu autisme. Perubahan ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dan pengasaan kemahiran asas sosial kanak-kanak autisme. Keempat ialah faktor persekitaran di rumah. Faktor persekitaran dirumah tidak kondusif untuk pembelajaran. Ibu bapa tidak mempunyai pengetahuan mengenai autisme dan tidak tahu membantu kanak-kanak ini. Ini myebabkan ibu bapa tidak dapat menjalankan tindakan susulan kepada aktiviti di sekolah. Di rumah juga kanak-kanak ini dibiarkan tanpa bimbingan dan galakan interaksi. Dapatan ini menyokong dapatan Ball (1996). KESIMPULAN Dapatan kajian ini penting untuk semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan khas. Kajian ini menunjukkan kelimalima kemahiran asas sosial yang dikaji telah dikuasai walaupun terdapat beberapa sub kemahiran dalam kemahirankemahiran tertentu belum lagi dikuasai sepenuhnya oleh subjek kajian. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa guruguru pendidikan khas memerlukan kursus memerlukan kursus khas untuk bertindak lebih professional lagi. Kemahiran sosial perlu dimasukkan dalam Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mempastikan pengajaran kemahiran asas sosial ini dilaksanakan. Adalah diharapkan melalui cara 9

ini harapan ibu bapa yang lebih berminat untuk mendapatkan peluang-peluang bagi anak-anak mereka membentuk persahabatan dan kemahiran sosial daripada pencapaian akademik dalam program perkhidmatan pendidikan khas akan tercapai (Zalizan Mohd Jelas 2000). Batasan Kajian Kajian ini mempunyai batasan-batasannya yang tersendiri. Kajian ini hanya dijalankan di sebuah sekolah di negeri Sabah. Kedua, ialah kajian ini hanya menggunakan tiga subjek sahaja walaupun terdapat enam orang kanak-kanak autisme di lokasi ini. Ketiga, ialah ketiga-tiga subjek yang dipilih terdiri daripada kanak-kanak lelaki kerana ketiadaan kanak-kanak perempuan autistme di lokasi kajian ini. Ini menyebabkan perbandingan penguasaan kemahiran asas sosial antara jantina tidak dapat dilakukan. Keempat, ialah walaupun terdapat banyak kemahiran sosial, namun kajian ini hanya berfokus kepada lima kemahiran sahaja disebabkan oleh kekangan metod yang digunakan. Implikasi Kajian Bagi meningkatkan lagi keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas sosial maka guru-guru pendidikan khas perlu diberikan kursus khas. Kemahiran berinteraksi secara lisan untuk memberi dan menerima pujian atau penghargaan perlu diberi penekanan. Pengajaran dan pembelajaran, khususnya mengenai kemahiran asas sosial pelu dijalankan dalam persekitaran berstruktur (Sewell 1998; Koegel & Koegel, 1995). Selain itu sesi pengajaran dan pembelajaran juga perlu dilaksanakan di dalam dan di luar kelas supaya generalisasi dapat dibuat dalam persekitaran yang lain. Cadangan Kajian Lanjutan Kajian lanjutan perlu membuat replikasi di sekolah-sekolah rendah dan menengah di negeri Sabah yang mempunyai latarbelakang suku kaum dan budaya yang berbeza. Selain itu, kajian lanjutan juga perlu memilih lebih daripada tiga subjek termasuk subjek perempuan. Pemilihan kanak-kanak perempuan autisme akan membolehkan pengkaji membandingkan tahap penguasaan kemahiran asas sosial di antara jantina.

PROGRAMINTERVENSI KEMAHIRAN MEMBALING BOLATERHADAP PELAJAR AUTISME SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KES Tan Teck Bee Loh Sau Cheong Fakulti Pendidikan Universiti Malaya The purposes of this research were to examine the effectiveness of an intervention program on ball throwing skill and to explore autistic students' ability in throwing the ball right at the target. Three autistic male students aged between 14 and 18 years old were chosen as subjects of the study. They were undergoing the Special Education Integrated Program in two secondary schools in Kuala Lumpur. The intervention program designed in this study was conducted within five weeks, with three sessions per week, and sixty minutes per session. The training in this intervention program was systematically planned in accordance with the principles of training. The training sessions started with warming up, followed by drilled practice and cooling down. At the end of the drilled practice, each subject was given five trials in skill testing. An Individualized Educational Plan (IEP) for each subject was drawn based on the subject's achievement in previous skills. Hence, the level of activities planned for each subject in drilled practice differed from one another. Data were recorded based on the observations on the behavior and targeted distance of ball throwing in skill-based tests. The results showed that the intervention program was effective in enhancing the ability of three autistic students in ball throwing. Subjects A, B, and C each demonstrated the ability to throw the ball right at the target with distances of 32 feet, 12 feet and 2 feet respectively. Kanak-kanak autisme termasuk dalam golongan berkeperluan khas (Ang, 2001). Lebih kurang 75% kanak-kanak autisme adalah terencat akal (Autism Research Institute, 2005), oleh itu mereka telah ditempatkan dalam program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (Mohd. Sharani Ahmad, 2004). Mereka berpeluang belajar di sekolah biasa sebagaimana yang dirasai, dialami dan dinikmati oleh rakan sebaya yang normal. Di sekolah, sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah, pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran perlu mengambil bahagian dalam aktiviti pendidikan jasmani dan kokurikulum di samping belajar di dalam kelas dengan pengajaran bercorak individu. Permainan dan sukan merupakan salah satu bidang utama dalam sukatan mata pelajaran pendidikan jasmani, justeru itu pelajar-pelajar sekolah harus belajar kemahiran asas permainan dan sukan. Tujuan ini adalah selaras dengan keperluan sosial dan jasmani kanakkanak. Keupayaan menguasai kemahiran asas membolehkan mereka berinteraksi, menikmati keseronokan dan mencapai kepuasan diri semasa bermain dengan rakan sebaya.

Pengalaman dan kejayaan yang diperoleh daripada penglibatan diri dalam kegiatan sukan 218 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27(1) akan mendorong seseorang individu membina imej kendiri, penyempurnaan kendiri (selfactualization) dan kesedaran tentang potensi diri. Pengajaran pendidikan jasmani terhadap pelajar-pelajar autisme merupakan satu cabaran kepada para guru pendidikan klias. Kelemahan dalam hubungan mata, kontak fizikal, integrasi sensori dan kebolehan berinteraksi telah mengakibatkan pelajar-pelajar autisme sukar untuk meniru dan mempelajari kemahiran baru dalam aktiviti fizikal, terutama kemahiran yang memerlukan koordinasi mata dengan kaki dan tangan (contoh: membaling bola). Ketidakupayaan menguasai kemahiran asas dalam permainan dan sukan telah menjejaskan peluang mereka bermain bersama rakan-rakan sekolah atau ahli keluarga. Memandangkan masalah ini, pendidikan jasmani suaian yang bercorak individu harus dijalankan untuk memperbaiki kelemahan motor, di samping meningkatkan domain kognitif dan afektif bagi pelajar-pelajar autisme. Objektif Kajian Matlamat intervensi adalah untuk membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas memaksimumkan peluang pembelajaran. Oleh itu program intervensi yang dirancang harus berdasarkan kebolehan dan keperluan individu (Eaves & Pottet, 2000). Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan program intervensi kemahiran membaling bola serta mengenal pasti kebolehan pelajar-pelajar autisme membaling bola tepat pada sasaran. Metodologi Rekabentuk kajian. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah kajian kes ke atas tiga orang pelajar autisme sekolah menengah dalam program intervensi kemahiran membaling bola. Setiap pelajar mempunyai Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Pengajaran kemahiran membaling bola adalah berasaskan pencapaian subjek dalam ujian kemahiran bagi sesi latihan sebelumnya, Sampel. Kajian ini melibatkan 3 orang pelajar autisme lelaki yang sedang belajar di dua buah sekolah menengah yang berlainan di Kuala Lumpur, di bawah program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Mereka berumur antara 14 hingga 18 tahun. Mereka telah didiagnosis mengalami autisme oleh doktor pediatrik semasa kecil lagi. Mereka adalah sihat dari segi fizikal dan tidak menghadapi masalah dalam penglihatan dan pendengaran, serta mereka dapat membaling bola dengan dua belah tangan. Subjek A berbangsa Cina, umumya 17 tahun 6 bulan. Dia merupakan pelajar yang mengalami autisme ringan. Dia mampu berkomunikasi dengan ay at ringkas, namun dia selalu mengulangi ayatnya. Tinggi Subjek A 174 cm dan beratnya 68.5 kg. Dia tergolong dalam kategori normal berdasaikan Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index, BMI). Tindak balas dan koordinasi badan Subjek A adalah baik. Dia dapat menguasai kemahiran asas permainan dengan baik seperti memukul bola, mengguling bola, menendang bola, membaling bola dengan dua belah tangan dan menyambut bola. Program Intervensi Pelajar Autisme 219 Subjek B ialah pelajar Cina, umurnya 14 tahun 11 bulan. Dia mampu berkomunikasi dengan menggunakan satu atau dua perkataan. Tinggi Subjek B 149 cm dan beratnya 38 kg. Menurut Indeks Jisim Tubuh, dia tergolong dalam kategori kurang berat badan. Walaupun saiz flzikal Subjek B kecil, dia dapat menguasai kemahiran asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan baik seperti berjalan, berlari, melompat, berdiri dengan sebelah kaki, dan sebagainya. Dia mempunyai kekuatan tangan dan kaki untuk menjalankan aktivitiaktiviti kemahiran asas permainan, seperti memukul bola, mengguling bola, menendang bola dan membaling bola dengan dua belah tangan. Subjek C juga berbangsa Cina, umurnya 18 tahun 2 bulan. Dia boleh bercakap satu atau dua patah perkataan yang biasa didengarnya. Apabila diajar perkataan baru, dia akan menghadapi masalah untuk mengeluarkan bunyinya, seakan-akan dia tidak tahu bercakap. Dia memahami apa yang didengar dan boleh bertindak balas, tetapi tindak balasnya sangat lambat. Dia hanya boleh menumpukan perhatian dalam masa 2 atau 3 minit sahaja, senang diganggu oleh bunyi dan selalu menjenguk ke arah bunyi. Apabila duduk bersendirian, dia asyik memusingkan tangannya. Dia tergolong dalam kategori kurang berat badan berdasarkan Indeks Jisim Tubuh. Ketinggiannya 174 cm dan beratnya cuma 50 kg sahaja. Dia dapat menguasai kemahiran asas lokomotor dan bukan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat, berdiri dengan sebelah kaki, dan sebagainya. Tangan dan kaki Subjek C tidak kuat, oleh itu dia tidak dapat menguasai kemahiran motor kasar dengan baik, dan hanya mampu memukul bola, mengguling bola, menendang bola dan membaling bola dengan dua belah tangan dalam jarak yang dekat sahaja. Lokasi dan masa latihan. Ketiga-tiga subjek belajar di sekolah pada waktu pagi. Oleh itu program intervensi ini dijalankan pada waktu petang, iaitu antara S.OOptg. hingga 6.00ptg. di taman yang berdekatan dengan rumah subjek. Program intervensi ini dijalankan di salah satu padang kecil yang teduh dan jauh daripada orang ramai. Kawasan sunyi ini dipilih untuk mengurangkan gangguan terhadap pembelajaran subjek. Pelan kedudukan semasa sesi latihan. Bagi setiap sesi latihan, ketiga-tiga subjek akan

berdiri di tempat yang sama, jarak di antara setiap subjek adalah 5 kaki. Pada waktu memanaskan badan dan menyejukkan badan, penyelidik berdiri di hadapan Subjek C untuk membantunya melakukan aktiviti tersebut. Semasa sesi latih tubi, penyelidik berdiri di sebelah kanan subjek untuk memberi demonstrasi atau membantu subjek melakukan pergerakan. Ada kalanya penyelidik berdiri di hadapan gelung rotan untuk memerhati perlakuan subjek serta memberi maklum balas kepada subjek. Rajah 1. Plan kedudukan semasa sesi latihan Catalan: A, B, C = subjek O = gelung rotan X = penyelidik _____= garisan permulaan Instrumen Rajah 1 1) Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola Program intervensi kemahiran membaling bola dijalankan selama 5 minggu, 3 kali seminggu, 60 minit setiap sesi latihan. Subjek dalam kajian ini diajar mengguna sebelah tangan untuk membaling bola pada aras bahu. Latihan yang dijalankan sepanjang program intervensi ini mempunyai struktur yang sama; ia bermula dengan sesi memanaskan badan, diikuti dengan sesi latih tubi dan sesi menyejukkan badan. Di akhir sesi latih tubi, setiap subjek diberi 5 kali percubaan dalam ujian kemahiran membaling bola. RPI bagi sesi latihan yang seterusnya ditulis berasaskan pencapaian subjek dalam ujian kemahiran yang sebelumnya. Oleh itu aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk setiap subjek dalam sesi latih tubi adalah berbeza antara individu. 2) Pemerhatian Untuk mengenal pasti sama ada subjek mempelajari dan menguasai kemahiran yang dipelajari pada sesi latihan tersebut, kaedah pemerhatian digunakan untuk menilai pencapaian subjek dalam ujian kemahiran membaling bola. Data yang dikumpul daripada pemerhatian adalah berdasarkan tiga fasa dalam kemahiran membaling bola, iaitu fasa persediaan, fasa balingan dan fasa ikut lajak. Pembahagian kemahiran kepada tiga fasa adalah penting kerana ia dapat menyenangkan penyelidik mengesan kesalahan perlakuan subjek (Hay, 1993). Kemahiran membaling bola pada aras bahu dalam kajian ini adalah 220 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1) Program Intervensi Pelajar Autisme 221 berpandukan buku The Biomechanics of Sports Techniques (Hay, 1993) dan Retarded Kids Need To Play (Hirst & Michaelis, 1983). Ketiga-tiga subjek dalam kajian ini mengguna tangan kanan untuk menulis, oleh itu mereka juga mengguna tangan kanan untuk memegang bola. i. Fasa Persediaan Berdiri dengan kaki kiri di hadapan dan kaki kanan di belakang. Tangan Kanan memegahg bola denganjari terbuka dan tapak tangan menghala ke atas. Letakkan tangan kanan pada aras bahu kanan dan di belakang telinga. Naikkan tangan kiri ke hadapan pada aras bahu untuk mengimbangi badan, Pusingkan badan ke kanan supaya tangan kiri dan tangan kanan berada dalam satu garisan lurus, dan menghala ke arah sasaran. Lenturkan badan ke belakang. ii. Fasa Balingan Pusingkan badan ke hadapan dengan tumit kaki kanan dinaikkan. Gerakkan tangan kanan ke hadapan. Kilaskan pergelangan tangan kanan dan tolak bola dengan jari ke arah sasaran. iii. Fasa Ikut Lajak Tangan kanan menghala ke arah sasaran. Tangan kiri bergerak ke belakang untuk mengimbangi badan. Setiap subjek mempunyai kebolehan yang berbeza dalam kemahiran membaling bola. Oleh itu pemerhatian perlakuan subjek dalam kemahiran membaling bola adalah berasaskan kemahiran yang diajar pada sesi latihan tersebut dan bukan kesemua fasa yang dinyatakan di atas. 3) Ujian Kemahiran Membaling Bola Bagi ujian kemahiran membaling bola, data yang dikumpul adalah berdasarkan ujian kemahiran motor yang dibuat oleh University of Connecticut and Mansfield Training School untuk pelajar-pelajar terencat akal (Fait, 1972). Ujian kemahiran motor yang dibuat oleh University of Connecticut and Mansfield Training School telah luas digunakan untuk menguji kebolehan kemahiran motor bagi golongan berkeperluan khas, dan ia adalah sesuai untuk kajian ini memandangkan pelajar-pelajar autisme juga menghadapi masalah yang sama. Pemberian skor bagi kemahiran membaling bola sebelah tangan yang dibuat oleh

University of Connecticut and Mansfield Training School (Fait, 1972) adalah seperti berikut: 0 - tidak berusaha untuk membaling; 1 - memegang bola dan melepaskan bola dengan tujuan untuk membaling; 2 - membaling bola tidak tentu arah; 3 - membaling bola tepat pada sasaran bagi jarak yang kurang daripada 30 kaki; 222 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1) 4 - membaling bola tepat pada sasaran dalam jarak 30 kaki atau lebih. Sasaran dalam ujian ini bermakna membaling bola ke dalam gelung rotan yang diletakkan di atas tanah. Skor 1 hingga 4 mata dalam kajian ini adalah berdasarkan pentaksiran berikut. Mata 0 bererti subjek tidak berupaya memegang bola dengan jari terbuka dan tapak tangan menghala ke atas. Subjek tidak dapat mengilaskan pergelangan tangan dan menolak bola dengan jari. Mata 1 bererti subjek berupaya memegang bola dengan jari terbuka dan tapak tangan menghala ke atas. Subjek berusaha untuk membaling bola tetapi tidak berupaya mengilaskan pergelangan tangan dan menolak bola dengan jari. Mata 2 bererti subjek sudah dapat membaling bola dengan mengilaskan pergelangan tangan dan menolak bola dengan jari. Namun begitu, subjek masih tidak berupaya mengawal tangan menghala ke arah sasaran. Mata 3 bererti subjek berupaya membaling bola tepat pada sasaran yang ditetapkan bagi jarak yang kurang daripada 30 kaki. Mata 4 bererti subjek berupaya membaling bola tepat pada sasaran yang ditetapkan dalam jarak 30 kaki atau lebih. Mata bagi kelima-lima percubaan dicatat. Jikalau subjek berjaya membaling bola tepat pada sasaran yang ditetapkan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 percubaan, jarak 2 kaki akan ditambah untuk sesi latihan yang seterusnya. 4) Alatan Alat yang digunakan dalam program intervensi ini termasuk tiga biji bola baling yang setiap satunya berdiameter 8 inci, tiga gelung rotan yang setiap satunya berdiameter 30 inci, pita ukur, dan tali rafia sebagai tanda garisan permulaan. Prosedur Kajian Penentuan Tahap Kebolehan Dasar Satu penilaian untuk menentukan tahap kebolehan dasar subjek telah dijalankan seminggu sebelum program intervensi bermula. Pada hari tersebut, ketiga-tiga subjek berkumpul di padang. Mereka telah lengkap dengan pakaian sukan dan kasut getah. Aktiviti bermula dengan sesi memanaskan badan (10 minit), diikuti dengan sesi latih tubi (40 minit), ujian kemahiran membaling bola (5 minit) dan berakhir dengan sesi menyejukkan badan (5 minit). Pada waktu sesi latih tubi, masa tunjuk ajar penyelidik bersama setiap subjek adalah selama 3 minit. la bermula dari Subjek A, diikuti oleh Subjek B dan Subjek C. Sementara menunggu giliran tunjuk ajar, subjek diberi peluang berehat atau berlatih sendiri. Makrum balas diberikan pada sesi latih tubi dan pada masa ujian. Pujian "bagus" diberikan bagi perlakuan yang baik atau subjek berjaya membaling bola tepat pada sasaran. Jikalau subjek tidak dapat membuat perlakuan dengan betul atau subjek tidak berjaya membaling bola tepat pada sasaran, penyelidik akan memberi galakan dengan menyatakan "cuba lagi" untuk mendorong subjek meneruskan usahanya. Program Intervensi Pelajar Autisme 223 Pada tahap permulaan, setiap subjek diajar memegang bola dengan jari terbuka dan tapak tangan menghala ke atas. Selepas itu subjek belajar meletakkan tangan kanan (tangan yang memegang bola) pada aras bahu dan di belakang telinga. Kemudian penyelidik membuat demonstrasi membaling bola ke dalam sasaran (gelung rotan yang diletakkan di hadapan) pada jarak 2 kaki. Jikalau subjek berjaya membaling bola tepat pada sasaran, ini bererti subjek berkebolehan membaling bola, maka subjek akan diajar membaling bola mengikut fasa persediaan, fasa balingan dan fasa ikut lajak. Selepas subjek dapat membaling bola dengan teknik yang betul, subjek disuruh membaling bola ke arah hadapan sebanyak 5 kali. Jarak bagi kelima-lima percubaan diukur dari garisan permulaan. Min jarak bagi kelima-lima percubaan diambil sebagai sasaran dasar untuk subjek membuat latih tubi. Selepas 40 minit bagi masa tunjuk ajar dan latih tubi, setiap subjek diwajibkan mengambil ujian kemahiran membaling bola untuk menentukan tahap kebolehan dasar. Subjek perlu mendengar arahan "mula" baru melakukan pergerakan. Penilaian bermula dari Subjek A, diikuti oleh Subjek B dan Subjek C. Setiap subjek diberi 5 kali percubaan. Mata bagi setiap percubaan dicatat. Data daripada pemerhatian juga ditulis semasa subjek mengambil ujian kemahiran membaling bola. RPI bagi sesi latihan 1 ditulis berasaskan keputusan tahap kebolehan dasar subjek dalam ujian kemahiran membaling bola. Pelaksanaan Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola

Program intervensi yang belangsung selama lima minggu ini telah dijalankan sebanyak tiga kali seminggu, 60 minit untuk setiap sesi latihan. Prosedur latihan adalah sama dengan sesi penentuan tahap kebolehan dasar. Akibat daripada perbezaan tahap kebolehan dasar, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh setiap subjek pada sesi latih tubi adalah berbeza antara individu. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang direka bentuk khas untuk setiap subjek adalah berdasarkan keperluan, kebolehan dan pencapaian subjek dalam setiap sesi latihan. Setiap kali sebelum bermula sesi latihan, alatan seperti tali rana untuk tanda garisan permulaan dan gelung rotan sebagai sasaran telah siap sedia di tempat yang ditentukan. Penganalisisan Data Penganalisisan data adalah berdasarkan penilaian pemerhatian (dalam bentuk jadual) dan jarak sasaran (dalam bentuk graf) subjek dalam ujian kemahiran membaling bola. Dapatan Kajian Keputusan Pemerhatian Perlakuan Subjek A dalam Ujian Kemahiran Membaling Bola Berdasarkan Jadual 1, didapati pada awal sesi latihan, Subjek A memerlukan arahan untuk melakukan balingan; ini telah menyebabkan perlakuannya tidak lancar. Selepas menjalani beberapa kali sesi latihan, Subjek A telah membiasakan diri dengan cara 224 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27(1) membaling bola. Pada sesi latihan 5, Subjek A sudah faham arahan "mula", dia akan terus memulakan balingan tanpa arahan lain, oleh itu perlakuan bagi ketiga-tiga fasa kelihatan lancar. Dari sesi latihan 6 hingga 13, iaitu pada jarak sasaran 24 hingga 30 kaki, Subjek A memerlukan dua sesi latihan untuk menyesuaikan diri dengan jarak sasaran baru. Fasa balingan yang tidak lancar pada jarak sasaran baru telah menjejaskan prestasi Subjek A. Keadaan ini diperbaiki setelah Subjek A menjalani banyak latih tubi iaitu pada sesi latihan yang kedua bagi jarak sasaran yang sama. Pada jarak sasaran 32 kaki, walaupun Subjek A telah menjalani dua sesi latihan iaitu 14 dan 15, pencapaian Subjek A masih tidak konsisten. Subjek A hanya dapat membaling bola tepat pada sasaran setelah dia dapat mengaplikasikan teknik membaling dengan betul. Apabila Subjek A teragak-agak dalam perlakuan, ini telah mengakibatkan daya membaling tidak dapat dihasilkan dengan efisien untuk membaling bola tepat pada sasaran. Daripada data pemerhatian, penyelidik mendapati program intervensi ini berkesan untuk membantu Subjek A meningkatkan kebolehan membaling bola. Pada awal sesi latihan, Subjek A memerlukan arahan untuk melakukan balingan, selepas menjalani beberapa kali sesi latihan, Subjek A telah membiasakan diri dengan cara membaling bola, dan akhirnya Subjek A berjaya membaling bola tepat pada sasaran dengan mengaplikasikan konsep pengurupulan daya, iaitu menggunakan segala daya yang dihasilkan dari kaki sehingga ke jari untuk membaling bola ke arah sasaran. Jadual 1 Keputusan Pemerhatian Perlakuan Subjek A dalam Ujian Kemahiran Membaling Bola Sesi Jarak Sasaran Pemerhatian Catatan Latihan (kaki) 1 14 Dapat menguasai fasa persediaan dan fasa ikut lajak Perlu arahan untuk Perlakuan fasa balingan tidak lancer. fasa balingan. 2 16 Perlakuan fasa balingan tidak lancar. Perlu arahan untuk fasa balingan. 3 18 Perlakuan fasa balingan tidak lancar. Perlu arahan untuk fasa balingan. 4 20 Perlakuan fasa balingan tidak lancar. Perlu arahan untuk fasa balingan. 5 22 Perlakuan ketiga-tiga fasa lancar. Faham arahan "mula". Perlakuan fasa balingan lancar pada sesi latihan 7. Perlakuan fasa balingan lancar pada sesi latihan 9, Perlakuan fasa balingan lancar pada sesi latihan 11. Perlakuan fasa balingan lancar pada sesi latihan 13. Perlakuan fasa balingan tidak lancar. 6-7 24 8-9 26 10-11 28 12-13 30 14-15 32 Program Intervensi Pelajar Autisme 225 Keputusan Jarak Sasaran Balingan Subjek A dalamUjianKemahiranMembaling Bola Rajah 2. Keputusan jarak sasaran balingan Subjek A dalam ujian kemahiran membaling bola

Rajah 2 memaparkan data dengan jelas bahawa bermula dari sesi latihan 1 hingga 5, jarak sasaran 2 kaki telah ditambahkan bagi setiap sesi latihan. Bermula dari jarak sasaran 24 kaki hingga 30 kaki, Subjek A memerlukan dua sesi latihan untuk membaling bola tepat pada sasaran. Pada jarak sasaran 32 kaki, Subjek A memerlukan lebih banyak latihan untuk membolehkannya meningkatkan kebolehan membaling bola. Rajah 2 menunjukkan dengan jelas bahawa terdapat peningkatan jarak sasaran balingan bagi Subjek A, iaitu dari 14 kaki hingga 32 kaki. Ini bererti jarak sasaran balingan Subjek A telah bertambah sebanyak 18 kaki. Penambahan jarak menunjukkan peningkatan tahap penguasaan kemahiran membaling bola bagi Subjek A. Melalui program intervensi selama 5 minggu ini, Subjek A telah menunjukkan kebolehan membaling bola tepat pada sasaran sejauh 32 kaki. Keputusan Pemerhatian Perlakuan Subjek B dalam Ujian Kemahiran Membaling Bola Jadual 2 telah menunjukkan bahawa pada sesi latihan 1 dan 2, Subjek B tidak dapat mengilas pergelangan tangan dan menolak bola dengan jari ke arah sasaran. Selepas 5 kali sesi latihan, Subjek B dapat membaling bola tepat pada sasaran. Pada sesi latihan 6 hingga 14, Subjek B memerlukan bantuan demonstrasi dan arahan untuk membantunya membaling; ini telah mengakibatkan perlakuan fasa balingan dan fasa ikut lajak tidak lancar. Pada sesi latihan terakhir, Subjek B hanya memerlukan arahan untuk fasa balingan. Keputusan penilaian pemerhatian telah menunjukkan terdapat kemajuan pembelajaran membaling bola pada Subjek B. Ini membuktikan program intervensi selama 5 minggu dapat membantu Subjek B meningkatkan kebolehan membaling bola. 8 9 10 11 12 13 14 15 226 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1) Jadual 2 Keputusan Pemerhatian Perlakuan Subjek B dalam Ujian Kemahiran Membaling Bola Sesi Jarak Latihan Sasaran (kaki) Pemerhatian Catalan 1-2 2 Dapat meletakkan tangan kanan pada aras bahu. Tidak dapat mengilas pergelangan tangan dan menolak bola dengan jari. 3-4 2 Dapat mengilas pergelangan tangan dan menolak bola dengan jari. Perlakuan fasa balingan tidak lancar. 5 2 Perlakuan fasa balingan lancar. 6-7 4 Perlakuan fasa balingan dan fasa ikut lajak tidak lancar. 8 6 Perlakuan fasa balingan dan fasa ikut lajak tidak lancar. 9 8 Perlakuan fasa balingan dan fasa ikut lajak tidak lancar. 10-11 10 Perlakuan fasa balingan dan fasa ikut lajak tidak lancar. Dapat mengawal pergerakan tangan menghala ke sasaran pada sesi latihan 11. 12-14 12 Perlakuan fasa balingan dan fasa ikut lajak tidak lancar. Tidak dapat mengawal pergerakan tangan menghala ke arah sasaran. 15 12 Perlakuan fasa balingan dan fasa ikut lajak tidak lancar. Dapat mengawal pergerakan tangan menghala ke arah sasaran. Perlu arahan untuk mengilas pergelangan tangan dan menolak bola dengan jari. Perlu arahan untuk fasa balingan. Perlu arahan untuk fasa

balingan. Perlu demonstrasi dan arahan untuk melakukan 3 fasa. Perlu demonstrasi dan arahan untuk melakukan 3 fasa. Perlu demonstrasi dan arahan untuk melakukan 3 fasa. Perlu demonstrasi dan arahan untuk melakukan 3 fasa. Perlu demonstrasi dan arahan untuk melakukan 3 fasa. Perlu arahan untuk fasa balingan. Program Intervensi Pelajar Autisme 227 Keputusan Jarak Sasaran Balingan Subjek B dalam Ujian Kemahiran Membaling Bola Rajah 3 jelas memaparkan Subjek B memerlukan 5 kali sesi latihan untuk merabaling bola tepat pada sasaran dalam jarak 2 kaki. Selepas itu, Subjek B hanya memerlukan 2 kali sesi latihan untuk membaling bola tepat pada sasaran pada jarak 4 kaki bagi sesi latihan 6 dan 7. Bagi sesi latihan 8 dan 9, jarak sasaran telah meningkat ke 6 kaki dan 8 kaki. Subjek B rnemeflukan 2 sesi latihan untuk membaling bola tepat pada sasaran pada jarak sasaran 10 kaki. Pada jarak 12 kaki, Subjek B memerlukan 4 sesi latihan untuk berlatih membaling bola tepat pada sasaran. Daripada Rajah 3, didapati bahawa Subjek B berupaya membaling bola tepat pada sasaran dari jarak sasaran 2 kaki ke 12 kaki. Inibererti jarak sasaran telah bertambah sebanyak 10 kaki. Penambahan jarak sasaran membuktikan Subjek B telah meningkatkan kebolehannya dalam kemahiran membaling bola. Melalui program intervensi selama 5 minggu ini, Subjek B telah menunjukkan kebolehan membaling bola tepat pada sasaran sejauh 12 kaki. 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Sesi Latihan Rajah 3. Keputusan jarak sasaran balingan Subjek B dalam ujian kemahiran membaling bola Jarak Sasaran 8 {kaki) 228 Jurndl Pendidikan 2007, Jilid 27 (1) Keputusan Pemerhatian Perlakuan Subjek C dalam Ujian Kemahiran Membaling Bola Berdasarkan keputusan pemerhatian perlakuan daripada Jadual 3, didapati pada sesi latihan 1 hingga 3, Subjek C tidak dapat mengerti langkah-langkah kemahiran membaling bola, Penyelidik perlu memberi bimbingan secara fizikal dan membantunya memegang bola dengan jari terbuka dan tapak tangan menghala ke atas, serta meletakkan tangan kanan pada aras bahu. Penyelidik perlu memegang pergelangan tangan Subjek C untuk membantunya membaling bola. Tanpa bantuan, Subjek C hanya membiarkan bola jatuh ke atas tanah. Jadual 3 Keputusan Pemerhatian Perlakuan Subjek C dalam Ujian Kemahiran Membaling Bola Sesi Latihan Jarak Sasaran

(kaki) Pemerhatian Catatan 1-3 0 Tidak dapat memegang bola dengan jari terbuka. Lupa meletakkan tangan kanan pada aras bahu sebelum membuat balingan. Tidak dapat mengilas pergelangan tangan dan menolak bola dengan jari. 4-5 0 Dapat memegang bola dengan jari terbuka. Lupa meletakkan tangan kanan pada aras bahu sebelum membuat balingan. Berusaha menggerakkan pergelangan tangan, 6-7 2 Lupa meletakkan tangan kanan pada aras bahu sebelum membuat balingan, Pergelangan tangan dan jari hanya bergerak sedikit sahaja. 8-11 2 Lupa meletakkan tangan kanan pada aras bahu sebelum membuat balingan. Dapat mengilas pergelangan tangan dan menolak bola dengan jari. 12-14 2 Dapat meletakkan tangan kanan pada aras bahu sebelum membuat balingan. Dapat mengilas pergelangan tangan dan menolak bola dengan jari ke arah sasaran, 15 2 Dapat melakukan ketiga-tiga fasa dengan lancar. Perlu bantuan. Mula faham arahan "baling" Perlu bantuan, Perlu bantuan. Tidak faham maksud "sasaran". Perlu demonstrasi. Perlu arahan bagi fasa balingan. Perlu arahan bagi fasa balingan. Bermula dari ketidakupayaan memegang bola dengan jari, kemudian memahami arahan "baling" dan maksud "sasaran", dan akhirnya berjaya membaling bola tepat pada sasaran dalam jarak 2 kaki tanpa bantuan bimbingan secara fizikal, ini telah menunjukkan program Program Intervensi Pelajar Autisme 229 intervensi yang dijalankan selama 5 minggu ini memang berkesan untuk membantu pelajar autisme meningkatkan kebolehan membaling bola. Keputusan Jarak Sasaran Balingan Subjek C dalam Ujian KemahiranMembalingBola 0 '-* 7 8 9 Sesi Latihan 10 11 12 13 14 15 Rajah 4. Keputusan jarak sasaran balingan Subjek C dalam ujian kemahiran membaling bola Rajah 4 telah memaparkan dengan jelas bahawa Subjek C menggunakan 5 sesi latihan untuk belajar teknik asas kemahiran membaling. Subjek C tidak berupaya membaling bola, oleh itu tidak ada jarak sasaran untuknya pada ketika itu. Pada sesi latihan 5, Subjek C telah menunjukkan usahanya untuk membaling bola, oleh itu jarak sasaran untuk sesi latihan 6 adalah 2 kaki. Pada sesi latihan 6 hingga ke 15, Subjek C telah belajar membaling bola ke arah sasaran pada jarak 2 kaki. Pada sesi latihan terakhir, Subjek C telah berjaya membaling bola tepat pada sasaran sebanyak 5 kali daripada 5 percubaan. Dari sesi latihan 1 hingga ke sesi latihan 15, jarak sasaran balingan bagi Subjek C telah meningkat sebanyak 2 kaki. Ini telah menunjukkan bahawa Subjek C berupaya membaling bola tepat pada sasaran pada jarak 2 kaki. Ini juga membuktikan terdapat penambahan kebolehan dalam kemahiran membaling bola bagi Subjek C. Perbincangan Dalam kajian ini, ketiga-tiga subjek belajar dengan cara yang berlainan. Pada permulaan pelaksanaan program intervensi, Subjek A belajar melalui kaedah demonstrasi dan arahan, selepas menguasai kemahiran membaling bola. Subjek A berkebolehan berlatih sendiri, penyelidik hanya memberi maklum balas tentang hasil perlakuan atau prestasi perlakuan. Maklum balas ini sangat penting bagi Subjek A membetulkan kesalahannya sendiri. Subjek A berupaya mengubahsuai kedudukan badan setelah penyelidik memberitahu kesalahannya. Maklum balas "bagus" juga sangat berkesan bagi Subjek A. Apabila Subjek A mendengar pujian "bagus", dia akan menunjukkan kegembiraannya dan berlatih bersungguh-sungguh bagi perlakuan yang seterusnya. Penyelidik menyokong

pendapat Teng (2001) bahawa maklum balas yang diberi hams spesifik, sertamerta dan positif. Maklum balas merupakan galakan dan dorongan untuk subjek meneruskan semangat berlatih. Subjek B merupakan pelajar autisme yang mempunyai ciri-eiri hiperaktif, dia perlu dikawal dan diberi arahan yang jelas untuk memastikannya mengikuti pelajaran. Subjek B memerlukan masa untuk memproses maklumat, oleh itu arahan yang diberi tidak boleh melebihi tiga item. Pada awal program intervensi, Subjek B hanya belajar cara pegangan 230 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27(1) bola pada aras bahu dan mendengar arahan "lihat gelung rotan, baling", namun Subjek B berupaya mengikuti pengajaran. Bermula sesi latihan 6, Subjek B belajar teknik membaling dengan koordinasi mate, tangan dan kaki; Subjek B menghadapi masalah untuk mengingati kesemua langkah yang dipelajari. Setiap kali dalam sesi latih tubi dan penilaian, Subjek B perlu melihat demonstrasi untuk melakukan ketiga-tiga fasa kemahiran membaling. Tanpa bantuan, Subjek B akan membaling bola dengan cara sembarangan. Subjek B mengambil masa yang panjang untuk mengingati kesemua langkah dalam kemahiran membaling dan akhirnya dia berjaya dalam sesi latihan 15. Bagi pelajar-pelajar autisme yang mempunyai tahap pembelajaran yang rendah seperti Subjek B, guru harus memberi bimbingan dan galakan untuk membantu mereka meneruskan semangat belajar. Pelajar-pelajar autisme dalam kategori tahap pembelajaran rendah memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi baru. Oleh itu guru hams tegas dan ramah supaya pelajar-pelajar autisme dapat belajar dengan cara yang betul. Guru tidak boleh membiarkan pelajar-pelajar autisme membuat latihan secara sembarangan dengan alasan mereka tidak dapat belajar dan tidak boleh mematuhi arahan. Menurut Autism Research Institute (2005), setiap individu autisme memerlukan bantuan. Apabila pelajarpelajar autisme tidak dapat melakukan sesuatu perlakuan, guru hams menghulurkan bantuan agar mereka boleh mencuba. Cuba jaya memberi peluang kepada pelajar-pelajar autisme belajar sesuatu kemahiran yang belum dikuasainya. Subjek C adalah antara tiga pelajar autisme yang paling lemah. Dia tidak dapat belajar dengan kaedah demonstrasi dan arahan, tetapi memerlukan bimbingan secara fizikal. Latihan lebihan melazimkannya dalam perlakuan membaling bola. Pada sesi latihan 1 hingga 8, penyelidik perlu memegang pergelangan tangan Subjek C untuk membiasakannya membuat perlakuan membaling bola. Setelah Subjek C berkebolehan membaling dengan cara mengilas pergelangan tangan dan menolak bola dengan jari, penyelidik hanya menyentuh sikunya untuk membantunya membaling bola. Pada sesi latihan 13, ketika Subjek C dapat menumpukan perhatian pada sasaran dan penyelidik hanya menyentuh pangkal lengan dan memberi arahan "lihat gelung rotan, baling" untuk membantunya membaling bola ke arah sasaran. Pada akhir sesi latihan, Subjek C telah berupaya membaling bola tepat pada sasaran dalam jarak 2 kaki dengan usahanya sendiri. Penyelidik hanya memberi arahan untuk membantunya menumpukan perhatian pada sasaran. Dari ketidakupayaan memegang bola dengan jari, Subjek C telah menunjukkan kebolehannya membaling bola tepat pada sasaran sejauh 2 kaki pada akhir sesi latihan. Ini telah menunjukkan pelajar autisme pada tahap pembelajaran yang paling lemah pun dapat belajar mengikut keupayaannya. Cadangan yang dikemukakan oleh Connor (1990) untuk mengajar pelajar-pelajar autisme dengan bimbingan secara fizikal amat berkesan dalam pengajaran kemahiran membaling. Masalah utama yang mengganggu pembelajaran Subjek C ialah stimulus overselectivity. Pada awal pelaksanaan program intervensi, ia selalu diganggu oleh bunyi atau objek di sekelilingnya. Walaupun penyelidik memegang pergelangan tangan untuk membantunya membaling bola, dia tetap menjenguk ke arah bunyi atau objek yang menarik perhatiannya tanpa menghirau kewujudan penyelidik. Penyelidik perlu memanggil namanya untuk menarik perhatiannya balik ke latihan. Masalah stimulus overselectivity semakin hari semakin berkurangan setelah dia biasa dengan struktur latihan serta mendapat kepuasan daripada pembelajaran. Selepas mengadaptasi situasi Program. Intervensi Pelajar Autisme 231 latihan, Subjek C dapat menumpukan perhatian pada pembelajaran membaling bola, bunyi dan objek di sekelilingnya tidak lagi mengganggunya. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa stimulus overselectivity yang mengganggu pembelajaran pelajar-pelajar autisme boleh dikurangkan atau dihapuskan jikalau guru dapat menarik minat dan memberi mereka peluang mencapai kepuasan kejayaan. Lama-kelamaan mereka akan dapat menumpukan perhatian pada pengajaran dan membiasakan diri dengan situasi pembelajaran. Pendidikan jasmani suaian yang berdasarkan prinsip-prinsip latihan dan tata cara latihan memberi peluang kepada pelajar-pelajar autisme memperbaiki domain psikomotor, afektif dan kognitif. Dari domain psikomotor, ketiga-tiga subjek telah menunjukkan peningkatan kebolehan membaling bola. Melalui pemerhatian, penyelidik mendapati ketiga-tiga subjek berasa seronok dan gembira sepanjang program intervensi ini. Subjek A dan Subjek B menunjukkan semangat kerjasama, secara sukarela mereka membantu penyelidik menyedia dan mengemas alat sebelum dan selepas latihan. Mereka juga

menolong rakan memungut bola ketika waktu rehat. Walaupun Subjek C seorang pelajar autisme yang pasif, dia juga boleh menolong apabila penyelidik mengarahkannya berbuat demikiaii. Dari domain kognitif, selepas penyelidik memberi maklum balas, Subjek A berupaya menyesuaikan badannya untuk membaling bola tepat pada sasaran. Perlakuan yang ditunjukkan oleh Subjek A menunjukkan bahawa pelajar autisme juga berkebolehan berfikir untuk membetulkan kesalahan sendiri. Implikasi Kajian Subjek dalam kajian ini mempunyai ciri-ciri autisme yang tertentu dan tahap pembelajaran yang berbeza antara individu. RPI yang direka bentuk khas untuk setiap subjek telah menunjukkan keberkesanan program intervensi kemahiran membaling bola. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar autisme mempunyai kebolehan untuk belajar kemahiran motor. Mereka boleh dilatih menumpu perhatian dan membaling bola tepat pada sasaran yang ditentukan. Cadangan untuk Kajian Lanjutan Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa program intervensi yang dijalankan selama 5 minggu dapat meningkatkan kebolehan pelajar-pelajar autisme mempelajari kemahiran membaling bola melalui pendidikan jasmani suaian. Berdasarkan hasil dapatan ini, penyelidik mengemukakan dua cadangan untuk penyelidik-penyelidik lain membuat kajian lanjutan pada tahap yang lebih tinggi dan mendalam. Pertama, kajian tentang program intervensi selama 10 minggu bagi pelajarpelajar autisme yang lemah dalam pembelajaran. Tempoh masa yang panjang mungkin akan memberi kesan yang berlainan daripada kajian ini. Dapatan kajian akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang keberkesanan tempoh masa untuk mengajar pelajarpelajar autisme yang lemah dalam kemahiran motor. Kedua, kajian tentang memanjangkan masa latihan untuk aktiviti permainan, Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada pelajar-pelajar autisme dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam situasi permainan. 232 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27(1) Kesimpulan Hasil dapatan kajian telah menunjukkan program intervensi dalam bentuk pendidikan jasmani suaian dapat membantu pelajar-pelajar autisme meningkatkan kebolehan motor. Pelajar-pelajar autisme harus diberi peluang pendidikan yang terbaik mungkin untuk memperkembangkan potensi kendiri. Proses kemajuan mereka mungkin lebih lambat daripada pelajar-pelajar normal, namun dengan bantuan dan latihan yang sistematik, mereka tetap boleh mencapai potensi kendiri. Mengajar kanak2 autisme http://alkindi10autisme.blogspot.com/2010/05/cara-mendidik-anak-autisme.html AYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanakkanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari. Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan pelik, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu. Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini. Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.

Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran. Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti. Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan

jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah. Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:

# Tidak menghiraukan orang lain # Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain # Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap # Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang) # Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran # Lebih suka bermain sendiri # Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi # Lambat bercakap # Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang # Tidak boleh berkomunikasi dengan baik # Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot # Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap) # Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya # Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa # Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan # Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek # Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan # Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang # Tidak boleh duduk diam # Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa) # Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri # Bersikap pasif tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk Menurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak

autisme iaitu: # Kurang tumpuan kepada persekitaran # Sering ada dalam dunia sendiri # Kadangkala pertuturan tidak jelas # Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran Apabila kanak-kanak mula menunjukkan perangai, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan. Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi, katanya ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif: # Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya # Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau buat perangai) # Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas) # Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian) # Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek # Cuba mengambil balik kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa) # Stimming perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luar konteks, menepuk dan lain-lain Apa yang boleh dilakukan guru? Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu: # Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah. Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah. # Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi. # Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak.

# Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa. Contohnya lagi lima minit kita akan tutup televisyen atau dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya. # Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa. Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik negatif. # Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang. # Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri. Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang. Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme, katanya.

Ciri-ciri autisme > Tidak menghiraukan orang lain > Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain > Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap > Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang) > Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran > Lebih suka bermain sendiri > Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi > Lambat bercakap > Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang > Tidak boleh berkomunikasi dengan baik > Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot

> Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap) > Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya > Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa > Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan > Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek > Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan > Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang > Tidak boleh duduk diam > Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa) > Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif > Bersikap pasif tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk Kesihatan Mental >> Autism Autism

Pengenalan Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.

Penyebab utama autism ialah :

Komunikasi Tindak balas sosial Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil Pervasive Developmental Disorders. dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.

[Atas] Tanda dan gejala Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama : Komunikasi

Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan. Kurang cerdas semasa bermain Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain

Tindak balas sosial

Hilang tumpuan dan kurang mimik muka Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain Suka bermain sendirian

Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti


[Atas]

Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.

Komplikasi Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.


[Atas] Rawatan

Peringkat awal kanak-kanak Hiperaktif, panas baran Peringkat akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri Peringkat remaja dan dewasa kemurungan dan epilepsi

Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk :

Membaiki kemahiran sosial Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya.

Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti:

Kelakuan ganas Hiperaktif


[Atas]

Kebimbangan yang mungkin timbul

Rehabilitasi Beberapa pencegahan termasuk :

Terapi pertuturan dan bahasa o Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak Cara pulih kerja ( occupational therapy ) o untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian. o berbagai rangsangan pancaindera / deria Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention ) o Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas Pendidikan khas o kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM ) Pendaftaran Kurang upaya ( Disability registration ) o Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.

[Atas] Kumpulan sokongan

The National Autism Society of Malaysia No. 4, Jalan Chan Chin Mooi, Off Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel No.: 603-40223799 Fax No.: 603-4025 4495 General enquiries: nasom@streamyx.com Fund-raising/ Volunteerism: aliciahon@nasom.com.my Professional enquiries: rica@nasom.com.my Website : http://nasom.my.diip.net/ Lion's Resource Centre for Autistic Children 409, Babington Ave 10450 Penang MALAYSIA Tel: 604-636996 Perak Autistic Resource Centre 2, Persiaran Cempaka Sari9,Tmn Cempaka 31400 Ipoh MALAYSIA Tel : 605-583570 [Atas]

Semakan akhir : 09 April 20067 Dilawati : 2792

Cetak What is Autism Written by Administrator Tuesday, 23 September 2008 20:40

What is Autism? Autism is a lifelong developmental disability that blocks the learning, language communication, emotional and social development of a child. It is a disorder with a wide range of symptoms sometimes so mild that a child can function in a regular classroom with special services and at other times so severe that a child is mute and institutionalised. Autism is a severely incapacitating life-long disability which typically manifests itself during the first 30 months of life. Autism varies from child to child and time to time in severity and manner. Other common symptoms include sleeping, feeding and toileting problems, self-injurious behaviour, repetitive and self-stimulatory behaviour. However, people with autism may have a wide range of intellectual ability. Often, they can show extraordinary abilities in mathematical or mechanical skills, or in music, rote, memory, etc. Statistics show that one in every 150 children born today has a typical autism. The number of children with autism has increased by a staggering 30% over the last three years. Characteristics of Autism Written by Administrator Tuesday, 23 September 2008 20:44

Characteristics of Autism A person with autism usually would have a pattern of characteristics and not necessarily one single symptom. Some of the characteristics of autism are:

Stand-offish manner Inappropriate laughing Echolalic No fear of real dangers Apparent insensitivity to pain Difficulty with mixing with other children Adverse to cuddling Sustained odd play Crying tantrums extreme Distress for no discernible reason Indicates needs by gesture Acts deaf Unusual eye contact Resists normal teaching methods Spins objects Inappropriate attachment to objects Uneven gross/ fine motor skills Resists change in routine

Marked physical over activity or extreme passivity

Who is affected by Autism Written by Administrator Tuesday, 23 September 2008 20:47

Autism occurs regardless of ethnicity, society, social economic status, educational background and lifestyle. Autism is 4 times more common in males than in females. It is not a problem associated with "poor-parenting". The disorder is genetically linked. The actual cause(s) of autism is not yet known. IT CAN HAPPEN IN ANY FAMILY What can we do? Written by Administrator Tuesday, 23 September 2008 21:01

Can people with Autism be helped? Education has proven to be the most helpful treatment for people with autism. A child with autism can benefit, often dramatically, from prompt recognition of his/her handicap and special education suited to his/her needs. Autism is a life-long disability and services must be planned also to help adolescents and adults cope with life and achieve their full potential. More specifically, people with autism need:

Early identification of autism, usually possible by the age of 30 months. Pre-school programmes for infants and toddlers, especially to manage autistic behaviours and develop self-help skills; and counselling and training for the parents. Free and appropriate school programmes providing a highly structured balance of academic and vocational skills. The child should also be taught to communicate by all or any possible methods, including sign language, and should develop learning skills.

Extended day and 12-month programmes to supplement the classroom and encourage self-help and recreation. Teachers with special interest and experience in the field, a high staff-child ratio and the support of specialists like psychologists and speech pathologists. Special methods - the technique of behaviour modification has been notably effective - by which children with autism can learn socially acceptable behaviour and basic life skills and some prove capable of far more. Community-based services so that child can live with his/her family, but alternative living arrangements should be accessible for short-term emergency and vacation relief and for when the child grows up. Programmes for teenagers and adults with autism to continue learning functionality skills to help them cope with life more efficiently

WORKSHOP: USE OF ART THERAPY WITH ASD: Helping your child develop life through Art Therapy Sun, 13 June 2010, Wisma MCIS Zurich, Petaling Jaya This course builds on the Introduction to Art Therapy workshop and gives carers and parents more ideas and frameworks for working with art to help children with ASD. This workshop provides some tips for developing a relationship so the child grows through the creative process in the home and classroom. In order to fully benefit from this workshop we recommend all participants attend or have attended the introduction workshop Discovering Your Child Through Art Therapy: What the journey entails OBJECTIVES

To enable you to explore further art therapy theory and how it is important for child development. To enable you to learn some of the key psychological principles in art therapy in relation to acquiring life skills. To explore how art making impacts on social, emotional and cognitive skills. To help you gain further ideas of how to run creative arts activities to develop your children in the home or classroom. To enable you to explore your own creative process and how you can use it in your work. THE FACILITATOR Caroline Essame is a British-trained Art Therapist and Occupational Therapist with 25 years' experience in the field of arts, health and therapy. For registration, please contact NASOM at Tel: 603 7710 4098 Discovering Your Child Through Art Therapy Thursday, 13 May 2010 16:04 BROUGHT BACK BY POPULAR DEMAND WORKSHOP: DISCOVERING YOUR CHILD THROUHG ART THERAPY: What the journey entails - An Introduction Sat, 12 June 2010, Wisma MCIS Zurich, Petaling Jaya The creative process involved in making art is healing and life enhancing. Little did we realise that simple yet innovative, cost effective, art based intervention can benefit individuals from the young to aging adult. This workshop attempts to share with you the basics of art therapy and the effectiveness of art as a healing therapy especially for children on the autistic spectrum disorder. OBJECTIVES

To enable you to acquire a basic grounding in art therapy theory and how they are important for child development. To enable you to learn some of the key psychological principles that underpins art therapy. To help you gain ideas of how to run creative arts activities to benefit your children in the home or classroom. To enable you to question the relevance of art therapy in healthcare and education particularly for those on the autistic spectrum disorder. Through the lecture, demonstration, and discussion, participants will learn the basics on how to use art therapy for children on the autism spectrum disorder. THE FACILITATOR Caroline Essame is a British-trained Art Therapist and Occupational Therapist with 25 years' experience in the field of arts, health and therapy. For registation, please contact NASOM at Tel : 603 7710 4098

Announcement Thursday, 11 February 2010 17:52

NASOM OPENS A NEW CENTRE AT SETIA ALAM We are pleased to advise that effective 1st April 2010, we will be offerring the NASOM Autism Intervention Programme at First Light No 25-2, No 2, Jalan Setia Prima 5 U13/5, Seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam For enquiries on this new Centre, please contact NASOM Tel : 603 4022 3744 The Management The National Autism Society of Malaysia

About NASOM Written by Administrator Tuesday, 23 September 2008 21:08

About us Offering Life-Long Services to People with Autism The National Autism Society of Malaysia (NASOM) is a non-profit, non-governmental welfare organisation which was formed in 1986 by a group of parents and professionals. It was registered on 3rd March 1987, as a national voluntary charitable organisation and aims at providing education, help, care and protection for people with autism and their family members. Currently, NASOM has established 14 Early Intervention Programmes and 3 Vocational Programmes for people inflicted with autism in Malaysia. Our Vision

To become an efficient and effective organisation that provides services, strength and sanctuary for people with autism. Our Mission To advocate for the rights of people with autism and in doing so provide opportunities for them to learn and lead a productive and fulfilling life.

Our Objectives

To identify and promote the treatment, education, welfare and acceptance of people with autism To watch over and protect the people with autism To provide assistance and advice to families of people with autism To be a useful resource in the study, research and development of methodologies, therapies and treatment of autism and related disorders Our People A non-profit organisation, NASOM has thirteen Board members. Day to day administration and operations are headed by the Executive Director/Principal Mrs Liew Yoon Loy supported by a staff force of more than 100 staff members.

Haji Megat Ahmad Shahrani bin Megat Shahruddin President Teh Beng Choon Chairman Chuah Chong Wah Vice-Chairman Lim Song Kiang Secretary Haji Zainal Abidin Bin Muslan Treasurer Zuairiyah Binti Mohd Noor Assistant Secretary Dato Danny Tan Eu Lee Committee Member Datin Fatimah Zakaria Committee Member

Kennedy Tan Ban Kiat Committee Member Saran Singh Committee Member Zulkufli Jaafar Committee Member Datin Rosalind Lee Our Services Written by Administrator Tuesday, 23 September 2008 21:32 Our core objective is to offer life-long services to people with autism through various services and programmes. These services and programmes are results oriented and emphasis is on the acquisition of skills and changes in behaviour. Our services and programmes are classified as follows:-

Assessment and diagnosis Early intervention Vocational training

Assessment and diagnosis NASOM - Kiwanis PJ Autism One-Stop Centre NASOM runs a One-Stop Service Centre, the NASOM - Kiwanis PJ Autism One-Stop Centre. The One Stop Centre offers the following services:

Psychological screening and assessment for children at risk or with developmental delay Social classes Speech Therapy

Occupational Therapy Sensory Integration Therapy Play Therapy Children and teen counselling It also encompasses an autism specific resource centre complete with a well stocked library, audio visual equipments, computers and a place for support groups to meet. Early Intervention Programme

NASOM currently operates 14 autism intervention centres throughout the country, catering to the needs of children up to the age of 13. At these centres, the children are taught self help skills, elementary academic and learning skills and given educational therapy to help them cope and overcome their inherent deficits and disorders. On entry to the programme, the child is given an evaluation and assessment test. For children below 5 years of age or with severe disorder, one-to-one intervention will be provided. Emphasis will also be placed on independent living skills, effective communication and social skills. Transition Programme This is a programme specially designed for children with autism disorders to prepare them for formal school. They are taught basic academic skills, group learning and other necessary skills needed in the classroom. Parents are also trained and supported by staff to maintain the childs programme at home. Children who have successfully completed the transition programme are enrolled into mainstream schools.

Mainstreaming Programme

In 2005, NASOM started a pilot programme to integrate children into mainstream schools. This programme is fully managed and financed by NASOM, and it provides full support for the children in and after school. The students have shown excellent progress and the success of this unique model of inclusion has drawn much acclaim and is being formally adopted by the Ministry of Education. At present, we have children placed in six mainstream schools in the Klang Valley and Butterworth. Pre-Vocational Programme Children above 14 years old who are not in enrolled in formal school will be placed in a vocational training programme. Skills enhanced include basic independent living skills, as well as social and trade skills. To provide a more holistic educational experience, children at NASOM are also given extra-curricular activities and they include activities such as:-

Swimming Horse-riding Physical workout Bowling

Vocational Programme The NASOM Autistic Teens and Adult Service Centre has 3 centres modelled to equip our students with skills in baking, food preparation, laundry, housekeeping services, sewing, handicraft and data entry services. The centres are also sheltered workshop facilities for the service users to work in contract packing and card making Besides training the service users in work skills, they are also taught: Self care skills

Personal hygiene, grooming, health and domestic skills

Social skills

Emotional awareness, social functioning and relationship

Recreation activities

Indoor and outdoor activities, art and craft

Work experience

Pre-work skills programme, work placement internal and external

Residential Programme The NASOM Group Homes provide a residential programme for our service users. At the NASOM Group Homes, our service users are taught the skills of living in a community. A Vision of Hope Written by Administrator Tuesday, 23 September 2008 21:17

A Vision of Hope Set up to provide education, help, care and protection for people with autism and their family members, NASOM offers the following activities at our centres.

Last Updated on Sunday, 05 October 2008 19:59

Anda mungkin juga menyukai