Anda di halaman 1dari 18

TAJUK 5 : ANALISIS TUGASAN

DEFINISI :Jonassen, Tesmer, & Hannum (1999) analisis tugasan - hasil daripada proses menganalisa dan mengatur sesuatu pembelajaran dan hasil pembelajaran mestilah boleh dicapai oleh pelajar pada akhir pembelajaran. Lee Lay Wah (2009) analisis tugasan - proses pemecahan langkah-langkah kecil daripada satu aktiviti yang kompleks serta disusun berturutan mengikut kesesuaian

Kesimpulan bagi maksud analisis tugasan:


analisis tugasan - proses pemecahan atau pembahagian sesuatu aksi yang kompleks kepada beberapa gabungan langkah-langkah kecil serta melibatkan proses kognitif analisis tugasan haruslah ditentukan, dianalisis terlebih dahulu supaya sesuai dengan kemampuan murid-murid

KEPENTINGAN KAUB kpd murid2 BP

Supaya boleh :
Berdikari & jalankan aktiviti seharian Menyediakan diri hadapi situasi sebenar Mengamalkan kebersihan & kesihatan yg baik utk dirinya & persekitaran Mengaplikasi pengetahuan di blk drjh dalam kehidupan.

KEPENTINGAN ANALISIS TUGASAN dalam KAUB

Supaya dapat : Mengetahui tahap murid Membantu guru untuk persediaan pengajaran Penyediaan intervensi Membantu murid belajar secara berperingkat Membantu ibu bapa ikuti perkembangan murid Sebagai bukti penilaian Merekod.

Pendekatan Analisis tugasan


Pendekatan analisis tugasan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh seseorang murid. Kaedah analisis tugasan membantu guru menyusun atur kemahiran yang hendak diajar, memberi latihan yang konsisten dan menilai tahap pencapaian murid. Penyediaan analisis tugasan dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah berikut:

1. Memastikan kemahiran yang sesuai diajar kepada murid mengikut tahap keupayaan. 2. Huraikan secara ringkas kemahiran yang dipilih 3. Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil 4. Buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran menngikut kelemahan dan kebolehan murid

5. Guru menjalankan analisis tugasan 6. Guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai kemahiran yang diajar 7. Membuat penambahan dan perubahan di mana perlu sehingga murid dapat menguasai kemahiran yang hendak diajar.

Bidang pengurusan diri


Pengurusan diri merupakan satu keperluan utama sebagai asas untuk menguasai bidang kemahiran lain. Komponen pengurusan diri bertujuan melatih murid supaya berdikari dan berkemahiran ke arah menjalankan aktiviti seharian dengan lebih cekap dan berkeyakinan

Objektif
Berdikari dan menjalankan aktiviti seharian Menyediakan diri menghadapi situasi sebenar Mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya serta persekitaran Mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan

BIDANG: Urus Diri (Kebersihan tubuh badan) TINGKAH LAKU SASARAN: Murid boleh mengurus kebersihan tubuh badandengan bantuan guru CARA PENYAMPAIAN: 1. Demonstrasi 2. Shaping (Pembentukan)- Prosedur yangmenggunakan langkah-langkah kecil diikutidengan latihan berturut-turut dan menggunakan jadual peneguhan yang bersesuaian. ALATAN : 1. Berus gigi 2. Ubat gigi 3. Cawan plastik

LANGKAH PENGAJARAN : 1. Guru meminta murid-murid mengeluarkan alatan yang diperlukan. 2. Guru membawa murid-murid keluar kelas untuk mengajar cara memberus gigidengan betul .3. Guru meminta murid-murid mengisi air ke dalam cawan plastik. 4. Kemudian, guru menunjukkan cara meletakkan ubat gigi dengan betul di atasberus gigi dan diikuti oleh muridmurid. 5. Guru menunjukkan cara memberus gigi dengan betul dan diikuti oleh murid-murid secara bersama-sama. 6. Seterusnya, guru meminta murid-murid mengambil cawan plastik yang berisi airtadi dan membasuh mulut dengan cara berkumur-kumur. 7. Guru menyuruh murid-murid untuk membersihkan alatan memberus gigi denganbersih.

BIDANG: Urus Diri (Kebersihan tandas) TINGKAH LAKU SASARAN : Murid boleh mengurus kebersihan tandasdengan bantuan guru CARA PENYAMPAIAN 1. Demonstrasi 2. Shaping (Pembentukan)- Prosedur yangmenggunakan langkah-langkah kecil diikutidengan latihan berturut-turut dan menggunakan jadual peneguhan yang bersesuaian. ALATAN : 1. Kain buruk2. Sabun pencuci cermin3. Baldi

LANGKAH PENGAJARAN : 1. Guru menyediakan alatan untuk mencuci cermin. 2. Guru menunjukkan cara untuk mencuci cermin dengan merendam kain buruk kedalam baldi yang berisi sabun pencuci cermin. 3. Guru mengambil kain buruk yang direndam tadi dan menunjukkan cara mencucicermin dengan betul secara sehala dari bahagian atas ke bahagian bawahcermin. 4. Guru meminta murid-murid melakukan langkah 3 bersamasama. 5. Kemudian, ambil kain buruk tadi dan cuci dengan air bersih. 6. Cuci semula cermin tadi dengan kain buruk yang telah dibersihkan dengan caramengulang langkah 3. 7. Ulang langkah 6 sehingga cermin bersih. 8. Bersihkan alatan dan simpan di tempat kering.

BIDANG: Urus Diri (Memakai pakaian) TINGKAH LAKU SASARAN: Murid boleh memakai pakaian dengan betuldengan bantuan guru CARA PENYAMPAIAN: 1. Demonstrasi 2. Shaping (Pembentukan)- Prosedur yangmenggunakan langkah-langkah kecil diikutidengan latihan berturut-turut dan menggunakan jadual peneguhan yang bersesuaian. ALATAN :1. Baju kemeja

LANGKAH PENGAJARAN : 1. Guru meminta murid-murid mengeluarkan baju kemeja. 2. Guru meminta murid-murid untuk membuka butang pada baju kemeja. 3. Guru meminta murid memasukkan tangan sebelah kanan ke dalam lubanglengan kemeja sebelah kanan. 4. Kemudian, guru meminta murid-murid untuk memasukkan tangan sebelah kiri kedalam lubang lengan sebelah kiri. 5. Guru menyuruh murid-murid untuk memasukkan butang kemeja ke dalam setiaplubang bermula daripada lubang yang terakhir terlebih dahulu. 6. Seterusnya, guru meminta murid-murid untuk melipat kolar baju kemeja dengankemas.

BIDANG: Urus Diri (berdandan) TINGKAH LAKU SASARAN: Murid boleh berdandan dengan betul dengan bantuan guru CARA PENYAMPAIAN: 1. Demonstrasi 2. Shaping (Pembentukan)- Prosedur yangmenggunakan langkah-langkah kecil diikutidengan latihan berturut-turut dan menggunakan jadual peneguhan yang bersesuaian. Alatan 1.Sikat 2.Bedak 3.Minyak wangi 4.Losyen 5. Lipstik 6.Minyak rambut

Kepentingan berdandan : Mendidik diri agar sentiasa suka kepada kebersihan & menjaga penampilan diri Dapat membina keyakinan diri seseorang individu Menjaga kesihatan : Menjaga penampilan : penampilan yang baik membina keyakinan diri Keyakinan diri : sentiasa bermotivasi dalam menjalankan aktiviti, juga meyakinkan orang lain Menjaga hubungan : jika tidak jaga kebersihan akan disisihkan & dihina Kelihatan cantik & segak : sifat semula jadi manusia, orang lain senang berdamping dengan kita

Anda mungkin juga menyukai