Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Alhamdullillah serta segala puji dan syukur saya panjatkan kepada hadrat Illahi yang telah memberikan saya tenaga untuk menyiapkan tugasan yang diberikan Jabatan Pendidikan Jasmani dalam masa yang ditetapkan. Ucapan terima kasih ditujukan kepada Pensyarah Unit Kokurikulum saya iaitu Encik Yusri b Yusof yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan ini dengan memberikan contoh serta kelas tentang cara-cara membuat kertas kerja dalam mengendalikan sesuatu pertandingan. Sepanjang melaksanakan KKP ini, terdapat beberapa masalah yang telah dihadapi oleh saya dan rakan saya. Antaranya ialah kami menghadapi kekangan masa kerana terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti-aktiviti institut, disamping itu kami juga terpaksa menyiapkan kerja kursus yang lain. Selain itu, kurangnya pengetahuan dan pengalaman kami dalam mengendalikan sebarang pertandingan telah menyebabkan kami sukar untuk menyiapkan kertas kerja tersebut. Namun, hasil tunjuk ajar daripada pensyarah pendidikan kokurikulum kami dan sumber-sumber yang telah kami rujuk, segalanya berjalan dengan lancar. Kami juga sukar untuk berkumpul bagi berbincang untuk menyiapkan kerja kursus ini atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Hasil usaha gigih kami sekumpulan akhirnya berbaloi apabila kami berjaya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, banyak ilmu baru tentang cara membuat kertas kerja dan cara mengendalikan sesuatu pertandingan yang saya perolehi semasa menyiapkan tugasan ini. InsyaAllah, jika diberikan tugasan ataupun amanah bagi mengendalikan sesuatu pertandingan pada masa akan datang, kami akan berusaha melakukan yang sebaik mungkin. Sememangnya melalui kerja kursus yang diberikan ini telah banyak menambahkan ilmu pengethuan saya dalam bidang pendidikan kokurikulum yang mungkin akan berguna kepada diri kami satu hari kelak apabila bergelar sebagai seorang guru.

Akhir sekali,jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah penasihat iaitu Encik Yusri b Yusof kerana telah banyak membantu kami. tidak dilupakan juga sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu secara tidak langsung mahupun tidak langsung. Sekian, terima kasih.

MOHD HELMI B MD ISA, ..................................................

Anda mungkin juga menyukai