Anda di halaman 1dari 5

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

Tajuk 1

Bahasa dan Komunikasi

3 JAM

SINOPSIS Tajuk ini menghuraikan tentang pengenalan kepada bahasa (definisi dan konsep bahasa, komponen bahasa dan penguasaan tatabahasa), jenis bahasa (penerimaan/reseptif dan penglahiran/ekspresif), serta masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan muridmurid bermasalah pembelajaran (masalah bahasa dan linguistik, masalah artikulasi dan masalah kefasihan dan rentak). Hayati sub-sub tajuk berikut agar anda lebih faham tentang skop pengajian anda.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan hubungkait antara bahasa dan komunikasi. 2. Menjelaskan definisi dan konsep bahasa. 3. Menghuraikan komponen-komponen penting dalam bahasa dan penguasaan tatabahasa. 4. Membezakan antara jenis-jenis bahasa penerimaan/reseptif dan bahasa penglahiran/ekspresif. 5. Mengenal pasti masalah komunikasi dan masalah bahasa dalam kalangan kanakkanak bermasalah pembelajaran.

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK

BAHASA DAN KOMUNIKASI

Pengenalan Kepada Bahasa

Jenis Bahasa

- Definisi dan Konsep Bahasa - Komponen Bahasa - Penguasaan Tatabahasa

- Penerimaan / Reseptif - Penglahiran / Ekspresif

Masalah Bahasa Dan Komunikasi Dalam Kalangan Murid-murid Bermasalah Pembelajaran

- Masalah Bahasa dan Linguistik - Masalah Artikulasi - Masalah Kefasihan dan Rentak

KANDUNGAN
PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

1.0

Pengenalan Kepada Bahasa

Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang sangat penting dalam konteks perhubungan sesama manusia. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara satu sama lain. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi. Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam bahasa kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Guru perlu memahami masalah yang dihadapi pelajarnya supaya ia dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 1.1 Definisi dan Konsep Bahasa Bahasa merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. Tedapat berbagai-bagai definisi bahasa yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga linguistik. Di antaranya adalah seperti berikut: Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili sesuatu. (Reed, C.A., 1994) Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung. (Simanjuntak, 1978) Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi. (Bloom, 1988) Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitrari). Menurut Hayakawa (1964), arbitrari bermaksud sebagai no necessary connection between the symbol and that which is symbolized 1.2 Komponen Bahasa Bahasa terdiri daripada 3 komponen iaitu bentuk, kandungan dan penggunaan. Komponen bentuk terdiri daripada fonologi, morfologi dan sintaksis. Komponen kandungan terdiri daripada semantik, manakala pragmatik termasuk dalam komponen penggunaan. 3 bahasa interaksi. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mewujudkan 1.2.1 Bentuk bahasa

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy. diserahkan kepada

RUJUKAN

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian sukatan pelajaran pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah & menengah: Bidang akademik berfungsi. Kuala Lumpur. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. 1993. Perkaedahan pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Kamarudin Hj. Husin. 1990. Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman. Kuder, S. J. 2003. Teaching students with language and communication disabilities . Boston: Allyn & Bacon. Lerner, J. 1993. Learning disabilities: Theories, diagnosis and teaching strategies. (6th ed.). Boston: Houghton Mifflin Company. Martin, D. 2000. Teaching children with speech and language difficulties. London: David Fulton Pub. Mercer, C.D. & Mercer, A.R. 1985. Teaching student with learning problems. Columbus: Chales & Merrill. Owens, R. 2001. Language development : An introduction. (5 th ed.). Boston : Allyn & Bacon. Polloway, E.A., Patton, J.R. 1993. Strategy for teaching learners with special needs. New York: Maxwell Macmillan International. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. 1987. Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
4

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Reed, V. A. 2005. An introduction to children with language disorders (3rd ed.) Boston: Allyn & Bacon. Syed Abu Bakar Syed Akil. 1997. Bimbingan khas perkhidmatan pendidikan pemulihan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Universiti Terbuka Malaysia. 2007. Kaedah pembelajaran khas Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai