Anda di halaman 1dari 8

a.

Perkaitan Teori Pembelajaran dengan SDP

Teori Konstruktivisme Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid mencipta penyelesaian sendiri bagi persoalan atau masalah yang dikemukakan. Pembelajaran ini juga menggalakkan murid mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi yang akhirnya menghasilkan proses inkuiri. SDP dikaitkan dengan teori konstruktivisme menerusi perkara yang berikut: i. ii. iii. iv. Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada. Menyusun atur maklumat dan pengetahuan. Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru. Memberi gambaran mengenai pengetahuanbaru dengan berbagai cara dan bentuk. v. vi. Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan. Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan.

Aktiviti SDP yang dapat membentuk konsep pembelajaran murid adalah melalui: Membina ilmu baru dan ilmu abstrak dari bahan konkrit. Membuat pemerhatian. Melibatkan deria mengikut keperluan. Menggunakan imaginasi dan fantasi diri. Berfikir Menyelesaikan masalah. Teori Kecerdasan Pelbagai

Teori kecerdasan pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Teori ini menyatakan manusia mempunyai lapan kecerdasan yang boleh dilihat pada kebolehan: menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Teori kecerdasan pelbagai penting dalam SDP kerana:

menyokong pembelajaran bersepadu mengikut saranan JERI yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasab yang pelbagai. membentuk kepelbagaian untuk menilai. wujudkan suasana kolaboratif. tingkatkan profesionalisma guru dan menggalakkan inovasi penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri. tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnya meningkatkan potensi diri. Kecerdasan pelbagai yang dikuasai oleh murid dalam SDP ialah: 1. Verbal-linguistik: Murid memberi interpretasi baru mengenai sesuatu cerpen atau hasil kesusasteraan. 2. Logik-matematik: Murid menjalankan eksperimen sains yang keputusannya di luar jangkaan murid. 3. Visual-ruang: Murid melukis sesuatu menggunakan stail, media atau bahan baru. 4. Muzik: Murid menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masaik seronok dan gemar didengar. 5. Kinestetik: Murid menggunakan pergerakan atau stail baru dalam tarian dan drama. 6. Interpersonal: Murid menginterpretasi motif watak dalam cerita dan drama. 7. Intrapersonal: Murid memahami diri sendiri lebih mendalam dengan mengaitkan yang dipelajari dengan diri sendiri. 8. Naturalis: Murid mencari cara menggunakan bahan alam semulajadi sebagai bahan sumber penghasilan sesuatu yang baru dan luar biasa. Teori Pembelajaran Sosial Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Teori ini diasaskan oleh Albert Bandura yang menekankan konsep peniruan dalam pembelajaran. Peniruan ini berlaku dalam tiga bentuk, iaitu: i. Peniruan secara langsung

Berlaku apabila murid melakukan peniruan ke atas sesuatu model. Peniruan ini dianggap paling baik dan berkesan di peringkat permulaan menghasilkan sesuatu karya.

ii.

Peniruan melalui sekat laluan dan tak sekat laluan Sekat laluan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak pada situasi yang lain. Murid membuat peniruan atau imitasi dalam berkarya tetapi tidak sesuai lagi apabila murid tersebut bergelar artis. Tak sekat laluan merupakan suatu kerja menciplak atau plagiat secara terus menerus dalam semuas situasi.

iii.

Peniruan elistasi Murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal membina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip dan tidak mempunyai jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya.

Perkaitan teori pembelajaran sosial dengan SDP: Pemerhatian dari gerak balas penglihatan, pengamatan, pendengaran dan responsif deria. Murid membuat pemeraman idea dan cuba mengekspresikan idea itu. Cara yang termudah ialah membuat representasi idea yang sedia ada dalam minda murid. Memori yang berkekalan. Murid mempunyai penghayatan yang kekal dalam minda atau ingatannya sama ada peristiwa yang menggembirakan atau peristiwa sedih. Untuk tujuan mengekspresikan idea, memori ini akan membantu murid mendapatkan idea sebagai hal subjek (subject matter). Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai. Apabila sesuatu gerak balas itu mendapat ganjaran, ia akan menjadi satu prinsip kendiri dan boleh menjadi pemerapan idea pada jang panjang. Teori Otak Kiri dan Otak Kanan

Mengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan Herman (1991), otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan penyuburan untuk membentuk insan kamil.

Otak kanan (hoka) berfungsi dalam hal-hal yang masih belum konkrit, masih kaburkabur. Tergolong dalam medan fungsi otak kanan ialah dalam aspek bentuk dan pola,

manipulasi ruang, ritma dan apresiasi muzik, imej dan gambaran, imaginasi, khayalan, rentak lagu dan sebagainya. Oleh itu, otak kanan digelar otak seni. Otak kiri (hoki) dikaitkan dengan hal-hal yang sudah konkrit, sudah ada bentuk dan hal ini termasuklah dalam aspek-aspek bahasa, formula matematik, logik (mantik dan taakulan), nombor, analisis dan seni kata lagu. Otak kiri dikenali sebagai otak sains. SDP yang diajar di sekolah dapat memupuk kecerdasan otak melalui pembelajaran dan pengusaan mata pelajaran. Teori Pemprosesan Maklumat Teori ini dikemukakan oleh Robert M. Gagne (1975) di mana ianya membincangkan tentang bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam proses peniruan. Rangsangan-rangsangan yang diterima daripada luar akan disimpan ke dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia dan kemudiannya dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak balas melalui sistem saraf. Menurut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang penting bagi membolehkan manusia mengaitkannya dengan pengalaman baharu. Dalam pembelajaran seni, teori pemprosesan maklumat memberi penekanan kepada aktivti seni menerusi interaksi dengan bahan atau orang lain bagi menghasilkan sesuatu karya. Menerusi pembelajaran berasaskan teori pemprosesan maklumat, kanak-kanak dapat: i. ii. iii. iv. v. vi. Berinteraksi dengan bahan, subjek dan hasil. Berinteraksi dengan orang lain dalam proses penghasilan atau penyampaian. Mendapat maklum balas daripada orang lain. Bekerjasama dengan orang lain dalam proses penghasilan karya. Mengelakkan perlakuan yang tidak diingini. Mengekalkan perlakuan yang diingini.

Beberapa fasa pembelajaran menurut Model Proses Gagne: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Penerimaan rangsangan Kesediaan Motivasi Pengamatan Penanggapan Ingatan Lupaan dan pemindahan

b. Faedah Seni Dalam Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih aktif dan menyeronokkan.

Meningkatkan mata muridan murid di sekolah.

Membantu guru dalam memahami minat murid.

Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek penyelesaian masalah.

Memotivasikan para guru agar menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berktrampilan dan profesional.

Mendorong murid menggunakan daya imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai dalam pembelajaran.

Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

Memupuk daya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan.

Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup.

c. Faedah Seni Dalam Pendidikan dalam Kehidupan Seharian

Dapat menghargai dan menghayati keindahan ciptaan Tuhan.

Pengintegrasian ilmu SDP ke dalam kehidupan seharian oleh murid.

Murid dapat menghargai sumbangan tokohtokoh.

Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.

Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Faedah SDP dalam beberapa bidang kehidupan:

Ekonomi

Hasilan produk kesenian seperti lukisan, ukiran, anyaman dan sebagainya dipasarkan bagi tujuan peningkatan taraf ekonomi. Seni merupakan cerminan kehidupan sesebuah masyarakat. Misalnya, masyarakat yang terkenal dengan seni muzik dalam kebudayaannya. Penghasilan produk dan rekaan kesenian yang berkualiti serta mempunyai nilai keindahan yang tinggi seperti penghasilan batik dan songket. Seni berupaya menghasilkan daya tarikan yang tinggi menerusi keindahannya. Misalnya seni visual seperti poster dan seni muzik seperti tarian.

Kebudayaan

Pengeluaran Produk

Pemujukan

d. Kepentingan Imaginasi, Emosi, Ekspresi dan Kreativiti

Imaginasi Proses p&p yang bertunjangkan seni dapat membentuk murid dengan kemahiran memerhati , kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Aktiviti seni juga dapat meningkatkan daya estetik murid seperti melakukan aksi burung berterbangan sebagaimana yang

Emosi Aktiviti kesenian yang dilakukan membolehkan murid berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial dalam suasana yang menyeronokkan dan tenang. SDP juga turut menganjurkan pemupukan semangat kerjasama melalui aktiviti secara berkumpulan.

Ekspresi dan Kreativiti Menerusi pelbagai aktiviti yang melibatkan perasaan, pernyataan, emosi, idea dan manifestasi pemikiran, murid dapat membina keyakinan dalam menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik. Sebagai contoh dalam aktiviti melukis, murid dapat meluahkan emosi dan perasaan di samping

terdapat dalam lagu Burung Kakak Tua.

mengasah kreativiti dalam kegiatan tersebut.

e. Pembelajaran yang Optimum, Bersepadu dan Menyeronokkan

Seni Visual Murid dapat meluahkan perasaan mereka melalui lukisan. Melahirkan muridmurid yang kreatif. Pandai menggunakan warna mengikut kesesuaian keadaan. Menghayati nilai setiap irama warna dan menggunakan ruang dalam setiap perkara.

Muzik Menggunakan muzik sebagai tempat untuk mengekspresikan perasaan dan emosi. Menggunakan muzik untuk menyatakan idea. Menghayati nilai yang terdapat dalam lirik lagu atau senikata tersebut.

Pergerakan Pelbagai pergerakan dilakukan mengikut kesesuaian pembelajaran sesuatu pelajaran. Murid dapat mengekspresikan sesuatu perkara dengan melakukan pergerakan. Melakukan pergerakan yang menarik dan menggunakan ruang dengan sepenuhnya.

f.

Unsur-unsur Kebudayaan Dalam Pendidikan

Seni khat

Seni bina

Seni ukiran

Anda mungkin juga menyukai