Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2014

Tugasan PJM 3112 pada kali in adalah bagi mengajurkan satu Karnival
Permainan Tradisional. Dalam menjayakan Karnival ini, satu jawatankuasa telah
ditubuhkan dimana saya telah dilantik sebagai bendahari. Secara keseluruhannya,
tugasan sebagai bendahari adalah berkaitan dengan mendapatkan dan menguruskan
sumber kewangan supaya segala aktiviti yang dirancangkan akan berjalan dengan
lancar.
Pada tarikh 5 Januari 2014, taklimat mengenai tugasan telah diberikan oleh
pensyarah penasihat kami, Encik Yusainy. Setelah taklimat, ahli kelas kami telah
mengadakan satu mesyuarat untuk melantik satu jawatankuasa untuk mengendalikan
karnival ini. Pada 8 Januari 2014, saya menerima surat lantikan sebagai Bendahari
daripada Pengerusi.
Setalah dilantik menjadi bendahari secara rasmi, saya membuat senarai bidang
tugas sebagai seorang bendahari. Senarai bidang tugas ini bertujuan sebagai garis
panduan yang perlu saya ikuti dan laksanakan sepanjang tugasan ini dijalankan.
Berdasarkan bidang tugas yang telah dibuat, saya telah menyediakan timeline supaya
setiap tugas yang saya rancang akan dilakukan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Setelah setiap tugas dirancang dengan teliti dan rapi, memo dan borang
anggaran perbelanjaan telah diagihkan kepada setiap Ahli Jawatankuasa untuk
membuat anggaran perbelanjaan yang bakal digunakan sepanjang tempoh karnival.
Setelah itu, memo dan borang anggaran perbelanjaan diserah kepada semua AJK untuk
mendapatkan perbelanjaan yang bakal setiap AJK gunakan. Selang beberapa hari, AJK
yang memerlukan perbelanjaan menghantar kembali borang anggaran perbelanjaan.
Setalah menerima kesemua borang anggaran perbelanjaan, saya membuat anggaran
pebelanjaan yang bakal digunakan untuk karnival kali ini. Setelah selesai membuat
anggaran pebelanjaan, saya membuat pembentangan mengenai perbelanjaan yang
bakal digunakan kepada semua ahli dalam satu mesyuarat yang diadakan.
Kemudian, saya menyediakan memo untuk kutipan wang kepada setiap ahli.
Setelah menyerahkan memo kepada semua ahli, saya menyediakan resit penerimaan
pembayaran sebagai bukti transaksi wang yang telah dilakukan. Kutipan wang daripada

setiap ahli telah dilakukan bertujuan untuk menampung perbelanjaan yang akan
digunakan. Resit penerimaan pembayaran diserahkan kepada setiap ahli sebagai bukti
pembayaran.
Setelah wang dikutip, saya melakukan semakan ke atas wang yang dikutip untuk
memastikan jumlah yang dikutip tepat. Selepas itu, borang perbelanjaan dan kewangan
diagihkan mengikuti keperluan AJK untuk kegunaan pembelian peralatan. Setelah alatan
selesai dibeli, resit-resit pembelian alatan diserahkan kepada saya untuk memastikan
alatan yang dibeli menepati keperluan. Setelah saya menerima resit perbelanjaan, saya
membuat pengesahan perbelanjaan dan seterusnya membuat pelarasan kewangan,
Selepas pelarasan kewangan dilakukan, akaun dibekukan buat sementara waktu dan
pada masa in saya membantu untuk persiapan tempat.
Karnival telah diadakan pada 16 Mac dan 17 Mac, selama dua hari di mana
permainan telah dibahagikan kepada bahagian anjung dan halaman. Setelah selesai
permainan, pelarasan kewangan telah dibuat. Setelah selesai membuat pelarasan,
akaun kewangan ditutup kerana permainan telah selasai dan tiada lagi proses yang
melibatkan wang.
Setelah selesai, saya membuat laporan AJK dan refleksi berkenaan dengan
pengalaman telah saya dapat kali ini.

Disediakan oleh,

_____________________
(CHIN TZE CHIANN)
Bendahari

Anda mungkin juga menyukai