Anda di halaman 1dari 15

Disediakan oleh: Hazman bin Azhar

Undang-undang antarabangsa adalah badan undang-undang


yang "mengawal kegiatan-kegiatan entiti yang mempunyai
keperibadian antarabangsa

Dalam konteks yang mudah, undang-undang antarabangsa


adalah undang-undang yang mengawal hubungan antara
negara, pertubuhan antarabangsa,perbadanan multinasional
atau individu dengan negara, pertubuhan antarabangsa,
perbadanan multinasional atau individu yang lainnya di
peringkat antarabangsa.
Kewujudan satu sistem undang-undang di peringkat
antarabangsa secara dasarnya telah berjaya mengawal
keamanan dunia terutamanya apabila wujud pelbagai perkara
yang bercanggah di antara negara dengan negara lainnya di
dunia.

Kewujudan PBB misalnya telah berjaya memastikan undang-


undang antarabangsa digubal dan dilaksanakan terutamanya
dengan kewujudan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (CIJ) di
The Hague.

Antara cabang undang-undang antarabangsa termasuklah


dalam hal berkaitan dengan undang-undang jenayah a/b,
penggunaan kekerasan, kemanusiaan, laut, diplomatik,
konsular, dan alam sekitar.
Walaupun undang-undang antarabangsa pada prinsipnya
adalah untuk mengawal undang-undang di peringkat
antarabangsa, kedaulatan negara dalam menentukan undang-
undang adalah mengatasi undang-undang antarabangsa
tersebut.

Seperti juga Malaysia, kebanyakan negara di dunia secara


dasarnya memberikan komitmen terhadap undang-undang
antarabangsa atas kerelaan mereka (dalam sesetengah hal
dan menolak sebahagian yang lain) dan CIJ sendiri berfungsi
sekiranya negara bersetuju untuk membawa kes atau
pertikaian mereka kepada badan kehakiman antarabangsa
tersebut.

Misalnya dalam kes Pulau Batu Puteh.


Menurut Abdul Ghafur Hamid (2006), Perlembagaan Malaysia
tidak seperti negara-negara tertentu yang lain, tidak
mengandungi sebarang peruntukan yang menjadikan undang-
undang antarabangsa perlu dianggap sebagai undang-undang
negara atau diambil sebagai undang-undang negara.
Walaubagaimanapun, sesetengah undang-undang yang
digunapakai di Malaysia adalah selaras dengan amalan di
peringkat antarabangsa.

Secara prinsipnya, undang-undang antarabangsa di Malaysia


dikawal oleh Persekutuan di bawah peruntukan Artikel 74 (1)
yang menyebut, Parlimen boleh membuat undang-undang
mengenai mana-mana perkara yang disenaraikan dalam
Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama dalam Jadual 9.
Berdasarkan Senarai Persekutuan, Parlimen berkuasa untuk
menggubal undang-undang yang berkait dengan hal ehwal
luar termasuklah triti, perjanjian dan konvensyen dengan
negara lain. Oleh itu, kuasa eksekutif Persekutuan meliputi
membuat triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara
lain. Kesimpulannya,kuasa membuat perjanjian dan termasuk
untuk menggunapakai undang-undang antarabangsa di
Malaysia secara prinsipnya terletak pada pihak berkuasa
eksekutif Persekutuan atau Kerajaan Persekutuan.

Point utama di sini ialah Parlimen berkuasa penuh dalam


menerima, menyesuai, ataupun menolak mana-mana
undang-undang antarabangsa yang dimeterai oleh Malaysia
atas prinsip kedaulatan undang-undang dan negara.
Disebabkan perlembagaan Malaysia tidak menyebut bahawa
undang-undang antarabangsa tergunapakai di Malaysia
secara automatik, maka undang-undang a/b diterimapakai
melalui statut atau Akta di Parlimen samada digubal atau
meminda akta sedia ada.

Hal ini kerana, menurut Abdul Ghafur (2006), walaupun


kerajaan bagi pihak negara telah menandatangani
persetujuan di peringkat antarabangsa, undang-undang a/b
tidak boleh mengatasi undang-undang tempatan (jika
bercanggah) kecualilah diluluskan di Parlimen.
Berikut adalah perjanjian antarabangsa yang menyebabkan
undang-undang antarabangsa diterimapakai di Malaysia
termasuk:

1. Akta Konvensyen Geneva (1962), sebagaimana yang


disemak pada tahun 1993, untuk memberi kesan undang-
undang kepada Empat Konvensyen Geneva untuk
Perlindungan Mangsa Perang tahun 1949;

2. Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna 1966),


seperti yang dipinda pada tahun 1999, untuk memberi
kesan undang-undang kepada Konvensyen Vienna
mengenai Hubungan Diplomatik 1961
3. Pengangkutan melalui Udara 1974, untuk memberi
kesan undang-undang kepada Konvensyen Warsaw
1929, sebagaimana yang dipinda oleh Protokol Hague
1955 dan Guadalajara Konvensyen tahun 1961;
4. Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984, untuk memberi
kesan undang-undang kepada peruntukan-peruntukan
tertentu Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982.
5. Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan
Kekebalan) 1992, untuk memberi kesan undang-
undang kepada Konvensyen pada Keistimewaan dan
Kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1946.
6. Akta Hubungan Konsular (Keistimewaan dan
Kekebalan) 1999, untuk memberi kesan undang-
undang kepada Konvensyen Vienna mengenai
Perhubungan Konsular 1963.
Oleh itu, jelas dalam prinsip undang-undang antarabangsa
Malaysia, antara prinsip yang diamalkan termasuklah:

1. Penguatkuasaan undang-undang antarabangsa adalah di


bawah kuasa Parlimen walaupun kerajaan berhak untuk
mengadakan persetujuan dengan mana-mana konvensyen
antarabangsa yang menyebabkan kerajaan terikat dengan
mana-mana undang-undang antarabangsa.

2. Malaysia mengiktiraf sebahagian Undang-undang


Antarabangsa yang selaras dengan undang-undang
negara dan tidak bercanggah termasuklah dalam
konvensyen Geneva, Warsaw, Vienna dll.

3. Malaysia mendukung undang-undang a/b untuk


keamanan dan kestabilan dunia.
4. Persetujuan untuk menggunakan khidmat Mahkamah
Keadilan Antarabangsa untuk menyelesaikan beberapa
pertikaian seperti dalam isu Pulau Batu Puteh dan Pulau
Sipadan selepas perbincangan secara diplomasi gagal.
Walaubagaimanapun, Malaysia berusaha untuk mengelakkan
CIJ terlebih dahulu dalam kes-kes dengan negara jiran
termasuklah dalam kes Blok L dan M dengan Brunei dan
Perjanjian Joint Venture Malaysia-Thailand di Laut China
Selatan untuk pendaratan petroleum dan gas di Songkhla.

5. Walaupun Malaysia berhak menerima dan menolak


beberapa undang-undang a/b, Malaysia tidak terlepas dari
tribunal-tribunal khas sekiranya melanggar undang-undang
a/b terutamanya dalam soal keamanan dan konflik antara
negara.
6. Dalam soal hak asasi manusia, walaupun Malaysia
menerima Pengisyhtiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)
oleh PBB yang mengiktiraf hak untuk bebas daripada
kemahuan, bebas bersuara dan bebas berkepercayaan, di
sana unsur-unsur tempatan dan agama masih dikekalkan
dalam perundangan termasuklah ketegasan terhadap ajaran-
ajaran sesat manakala agama minoriti adalah untuk anutan
dan tidak boleh disebarkan.

7. Malaysia menerima undang-undang a/b berkaitan dengan


persempadanan antarabangsa seperti undang-undang laut
(UNCLOS) dan undang-undang udara yang memberikan
panduan kepada pelbagai pertikaian di peringkat
antarabangsa mengenai perairan a/b sebelumnya.
8. Walaupun Undang-undang antarabangsa di bawah Chapter
V turut mengiktiraf kewujudan Israel sebagai sebuah negara,
Malaysia menolak pengiktirafan tersebut dan tidak menjalin
sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. (dahulunya
Malaysia juga enggan mengiktiraf rejim apharteid di Afrika
Selatan)
Abdul Ghafur Hamid & Khin Maung Sein. (2006). Judicial
Application of International Law in Malaysia: an
Analysis. Laman Rasmi Majlis Peguam
http://www.malaysianbar.org.my/international_law/ju
dicial_application_of_international_law_in_malaysia_a
n_analysis.html (dipetik pada 1 Julai 2012)

Wikipedia Bahasa Melayu. Undang-undang Antarabangsa.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang_antarabangsa

Web Rasmi Kementerian Luar Malaysia.


http://www.kln.gov.my/web/guest/home

Anda mungkin juga menyukai