Anda di halaman 1dari 9

5.

1 ILMU/ PENGETAHUAN BARU MELALUI PEMERHATIAN

Sepanjang seminggu saya berada di SJK (C) Kai Chung, banyak pengetahuan dan
pengalaman baru yang telah saya peroleh.

Yang pertama sekali, saya mendapat ilmu pengetahuan yang baru dari PBS ini ialah
melalui pemerhatian. Melalui pemerhatian, ilmu baru yang telah saya peroleh adalah
seperti di bawah:

a) Proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang dijalankan di dalam kelas.

Melalui pemerhatian, saya mendapati proses pembelajaran dan pengajaran


seperti yang diperkenalkan masih lagi belum mampu untuk dikuasai oleh murid-murid.
Ini adalah kerana, proses pengajaran dan pembelajaran pada masa dulu dilakukan
dengan mengutamakan bahan bantu mengajar. Guru-guru akan menyediakan dan
menggunakan bahan-bahan pengajaran dan murid hanya bergantung sepenuhnya
kepada bahan tersebut. Namun, pada masa kini proses pembelajaran dan pengajaran
dijalankan dengan mengutamakan penglibatan aktif murid-murid dalam P&P. Dengan ini
dapatlah mencungkil bakat dan potensi murid-murid secara tidak langsung. Melalui
pemerhatian saya , saya mendapati murid-murid selalu melibatkan diri secara aktif
dalam tugasan yang diberikan apabila proses pembelajaran dan pengajaran
berlangsung. Sebagai buktinya, saya mendapati murid-murid selalu ingin menunjukkan
kebolehan dan bakat mereka dengan melibatkan diri dalam sesi soal jawab
terutamanya apabila guru mengemukakan soalan secara spontan. Mereka akan
mengangkat tangan sebelum menjawab dan mencuba menjawab soalan yang
dikemukakan dengan betul dan baik. Walaupun kadang-kala jawapan mereka tidak
betul, tetapi mereka tidak berasa malu dan berputus asa malah akan mencuba
sehingga jawapan mereka betul. Di samping itu, saya juga mendapati KBSR adalah
lebih baik jika berbanding dengan KSSR apabila proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Ini adalah kerana, KBSR adalah lebih mudah dan senang difahami. Murid
juga lebih senang faham dan mereka juga biasa dengan proses pengajaran dan
pembelajaran diadakan dengan menggunakan KBSR.
b) Keadaan infrastruktur di sekolah.

Melalui pemerhatian, saya mendapati prasarana dan kemudahan infrastruktur di


sekolah ini agak mencukupi. Terdapat banyak prasarana dan kemudahan infrastruktur
telah disediakan oleh pihak sekolah. Sebagai contohnya, terdapat perpustakaan/ pusat
sumber yang dilengkapi dengan buku dan klinik gigi untuk murid-murid. Dalam pada itu,
sekolah ini juga mempunyai tempat permainan untuk riadah dan rekreasi murid. Pondok
SPBT disediakan untuk murid yang ingin belajar berkumpulan. Sekolah ini juga terdapat
makmal komputer yang lengkap dengan kemudahan ICT untuk kegunaan murid.
Makmal sais juga disediakan untuk kegunaan guru untuk membimbing murid untuk
melaksanakan eksperimen bagi mengukuhkan pemahaman murid. Kebersihan dan
makanan di kantin amat memuaskan dan harganya bersesuaian. Meja dan kerusi
disediakan untuk murid untuk makan. Kemudahan asas seperti kipas, alat penghawa
dingin telah disediakan di bangunan sekolah. Dalam pada itu, sekolah ini juga terdapat
tandas untuk setiap aras tetapi kebersihannya masih perlu dijaga. Walau
bagaimanapun, saya mendapati sekolah ini masih ada kekurangan dari segi prasarana
dan kemudahan infrastruktur. Ini adalah kerana, saya mendapati sekolah ini tiada bilik
kemahiran hidup. Ini bermakna murid-murid tiada kelas kemahiran hidup dan mereka
tidak dapat menjalankan aktiviti seperti membuat kotak dengan diri sendiri. Namum,
saya mendapati prasarana dan kemudahan infrastruktur yang ada di sekolah ini sangat
penting bagi murid-murid di sekolah ini. Ini adalah kerana kemudahan ini bukan sahaja
membolehkan mereka menjalankan aktiviti kurikulum malah juga dalam aktiviti
kokurikum. Kemudahan seperti bola keranjang, bola tampar dan lompat tali yang ada di
stor PJ juga sangat usang dan lama. Namum, murid-murid masih menghargainya dan
menggunakan mereka dengan baik dan berhati-hati.

c) Pemerhatian yang dilakukan terhadap persekitaran sekolah.

Melalui pemerhatian, saya mendapati sekolah ini terdapat 5 bangunan di sekolah ini,
iaitu blok a ialah blok pentadbiran dan blok b serta blok c pula ialah bilik darjah. di
samping itu, sekolah ini juga mempunyai dewan dan kantin. Sekolah telah dicatkan
semula dengan warna yang pelbagai untuk menjadikan alam sekolah bagai alam
permainan kepada murid-murid. Sekolah ini mempunyai suasana yang sesuai untuk
pembelajaran. Bilik darjah amat mencukupi dan dihias dengan cantik. Kebersihan di
sekeliling sekolah ini dijaga dengan baik dan mempunyai pondok rehat serta taman
yang cantik dan menyelesakan. Murid-murid bukan sahaja dapat membaca buku di
taman yang cantik dan selesa malah juga boleh melegakan minda dan tekanan mereka
di sana. Di samping itu, pelbagai bunga dan pokok kecil juga ditanam di setiap koridor
setiap aras di bangunan-bangunan sekolah ini. Tujuannya adalah untuk mencantikkan
sekolah dan mewujudkan suasana yang selesa kepada murid. Dalam pada itu,
kawasan sekolah juga penuh dengan kata-kata hikmah dan nilai-nilai murni. Ini adalah
untuk mengingatkan setiap murid sentiasa mengamalkan nilai yang baik dalam
kehidupan mereka. Sekolah ini juga baru dicatkan dan warna dicatkan sangat sesuai
dengan murid-murid serta semua murid-murid sukanya. Namum, selepas mengecat
bangunan semua mural yang cantik dan sediakan oleh pihak sekolah sudah tiada.
Pihak sekolah juga berusaha untuk melukis semula mural untuk menceriakan lagi
kawasan sekolah. Sekolah ini juga dilengkapi dengan taman bunga yang kecil di
belakang dewan dan ditanam dengan pelbagai pokok herba. Taman ini akan dijadikan
sebagai tempat lawatan pada hari yang istimewa dan setiap pokok herba itu telah
diletakkan petanda nama pokok herba itu.

d) Pemerhatian lanjut mengenai aktiviti sekolah.

Pada pagi yang mulia, murid-murid akan diberikan tugas seperti morning express
iaitu semua murid dalam kelas akan membaca bersama-sama di dalam kelas. Di
samping itu, murid-murid juga akan bekerjasama menjalankan tugas harian mengikut
jadual iaitu membersihkan tandas, mengutip sampah, dan menyapu. Murid-murid akan
pergi ke kantin untuk membeli makanan masing-masing pada waktu rehat. Namum, ada
juga beberapa murid akan menunggu ibu bapa mereka membawa makanan untuk
mereka. Ada juga yang duduk dalam kelas dan membuat kerja rumah. Manakala ada
yang berbual-bual di kantin atau pondok-pondok. Bagi pengawas, mereka akan
meronda di kawasan luar bilik darjah, kantin dan padang permainan untuk menjaga
disiplin dan keselamatan murid-murid lain. Selepas itu, murid-murid juga ada aktiviti
gosok gigi di bawah ajaran dentist dan semua orang wajib membawa berus gigi dan
ubat gigi sendiri. Jika guru tiada dalam kelas, murid-murid di kelas akan mengadakan
aktiviti rakan sebaya, iaitu ketua kelas dan penolong ketua kelas akan menjadi wakil
sebagai guru kecil yang membimbing rakan-rakan lain membaca. Beberapa murid
pandai yang dilantik oleh guru sebagai guru kecil juga akan mengajar rakan-rakan lain
membuat kerja rumah. Ketua kelas juga akan tolong menjaga kelas dan tidak
membiarkan rakan-rakannya berkeliaran dan membuat bising. Murid-murid juga akan
membuat rujukan dan membaca bahan-bahan bacaan yang telah disediakan. Pada
waktu balik, kebanyakan murid akan menunggu ibu bapa datang mengambil mereka
dan ada sesetengah pula menunggu bas. Terdapat juga murid yang berjalan kaki dan
berbasikal balik ke rumah. Sekolah telah membekalkan tempat khas yang beratap
untuk murid berlindung dan menunggu ibubapa mereka. Namum bagi murid-murid yang
menjadi wakil sekolah seperti wakil olahraga dan wakil pertandingan bola tampar akan
lambat balik kerana hendak menjalankan latihan. Melalui pemerhatian saya melalui
PBS ini, saya juga mendapati murid-murid akan berbaris di stadium dan berbaris
mengikut kelas semasa perhimpunan dijalankan. Murid-murid menyanyi lagu
kebangsaan dan lagu sekolah, kemudian mereka melafazkan Rukun Negara sebelum
guru besar memberi ucapan. Aktiviti seperti bercerita, menyanyi dan menari secara
kumpulan juga akan dipersembahankan setiap perhimpunan diadakan. Di samping itu,
aktiviti penyampaian hadiah untuk pelajar-pelajar yang menang dalam pertandingan
antara pelajar atau sekolah juga dilaksanakan. Selepas perhimpunan, murid-murid juga
akan berbaris dan mengikut guru darjah masuk ke kelas masing-masing.

e) Pemerhatian dalam bilik darjah.

Di dalam bilik darjah, terdapat OHP dan LCD dalam kelas untuk memudahkan
pengajaran guru. Dalam pada itu, sudut bacaan, papan hitam, almari yang ada di biliik
darjah juga disediakan oleh pihak sekolah. Meja dan kerusi yang ada dalam bilik darjah
juga disusun dengan baik. Dalam pada itu, suasana dalam bilik darjah juga agak teratur
dan bangku disediakan di ruang depan bilik darjah untuk murid-murid berkumpul dan
duduk di depan semasa guru mengajar. Bangku-bangku disediakan dalam bilik darjah
terutamanya dalam bilik darjah tahap rendah. Murid-murid juga selalu saling menolong
dalam melakukan kerja berkumpulan. Dengan adanya kemudahan yang lengkap,
kebanyakan murid-murid akan mengulang kaji sendiri ketika ada masa lapang dengan
menggunakan kemudahan yang disediakn. Papan notis dalam bilik darjah juga
dihiaskan dengan baik dan dilengkapkan dengan bahan-bahan bantu belajar seperti
huruf abjad, cara sebutan dan esei. Karya-karya lukisan serta hasil kerja tulisan pelajar-
pelajar juga dipamerkan. Dalam pada itu, jadual waktu, jadual tugas, skema kerja juga
diletakkan di papan notis. Kebersihan kelas juga dijaga dengan baik dan pertandingan
kebersihan antara kelas juga telah diadakan. Selain itu, ketua kelas juga perlu
memastikan penyapu-penyapu telah disusun dengan kemas dan tong sampah sentiasa
berada dalam bersih. Murid-murid juga selalu memberikan tumpuan yang sepenuhnya
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan sentiasa menyiapkan
kerja rumah mereka yang telah diberi oleh guru. Selain itu, murid juga akan menanya
kepada rakan mereka tentang masalah dalam pelajaran.

f) Pemerhatian terhadap disiplin murid-murid.


Melalui pemerhatian, saya juga mendapati murid-murid di sekolah ini mempunyai
tahap disiplin yang membanggakan. Hal ini kerana, murid-murid sentiasa
menunjukkan sikap yang baik malah sangat bersopan-santun. Apabila melihat guru
di mana-mana, ucapan salam beserta senyuman yang manis tidak pernah lekang
dari bibir mereka. Dalam pada itu, apabila melihat terdapat guru-guru yang
mengangkat buku dalam kuantiti yang banyak, murid-murid dengan tangan yang
ringan juga akan membantu guru tersebut.

g) Pemerhatian terhadap sikap guru.

Guru-guru di sekolah ini menghormati guru besar dan akan menurut segala arahan
yang diberi oleh Guru Besar. Di samping itu, amalan hormat-menghormati dan tolong-
menolong juga wujud antara guru dengan guru. Toleransi dan bertolak ansur diamalkan
dalam pergaulan seharian. Dengan adanya toleransi dan bertolak ansur, guru-guru
yang baru akan meminta tunjuk ajar daripada guru yang lebih banyak pengalaman.
Mereka juga selalu berkongsi maklumat dan berbincang tentang cara mengatasi
masalah pelajar. Dalam pada itu, guru sentiasa bersiap-sedia untuk menjawab soalan
murid. Mereka juga sentiasa menolong murid-murid yang mempunyai masalah dalam
pelajaran dengan sukarela. Guru-guru juga akan menegur murid-murid yang membuat
salah dengan cara dan nada yang baik serta tidak menghukum murid-murid dengan
sebarang. Saya juga mendapati guru-guru Kai Chung mempunyai komitment yang
tinggi terhadap tugas mereka melalui pemerhatian saya. Guru-guru selalu bersikap rajin
tanpa mengenal erti penat terhadap tugas mereka dan selalu menyiapkan tugas
mereka dengan sempurna.

h) Pemerhatian terhadap sikap pekerja sekolah.

Sikap pekerja sekolah terhadap pekerjaan mereka juga sangat baik dan selalu
menjalankan tugas harian mereka dengan penuh rasa tanggungjawab. Di samping itu,
mereka juga sentiasa memastikan keselamatan murid. Sikap hormat-menghormati juga
diamalkan dalam kalangan guru dengan pekerja sekolah. Mereka juga sentiasa
memastikan pelajar berada dalam kawasan sekolah sebagai tanggungjawab mereka.
Kasih sayang dan prihatin terhadap murid juga diamalkan.

i) Aktiviti kurikulum yang dijalankan di sekolah.

Saya juga mendapati sekolah ini juga tidak mengabaikan kecemerlangan dalam
bidang akademik. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang tahun. Aktiviti tersebut
termasuklah proses pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan setiap hari mengikut
jadual yang ditetapkan dan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran. Di samping itu, guru juga akan mencatatkan proses pembelajaran dan
pengajaran yang dijalankan setiap hari dalam buku rekod pengajaran guru. Sekolah
sangat mementingkan prestasi akademik murid-murid. Oleh itu, pelaksanaan program
NILAM dan aktiviti-aktiviti yang sesuai sentiasa dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah
semasa Bulan Membaca. Aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat
membaca dalam kalangan murid-murid di SJK (C) Kai Chung. Peminjaman buku
kepada murid-murid juga merupakan antara aktiviti kurikulum yang lebih menjurus
kepada akademik. Sekolah ini juga telah menubuhkan persatuan Bahasa Inggeris,
Bahasa Melayu dan juga Kelab Doktor Muda untuk meningkatkan penguasaan murid-
murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Sains. Bagi
membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira, sekolah telah mengadakan program pemulihan dan
juga program LINUS terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga
Bahasa Inggeris.

j) Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah.

Melalui pemerhatian, saya mendapati terdapat pelbagai jenis kegiatan kokurikulum


yang dijalankan di sekolah ini. Sebagai contoh, unit beruniform pengakap, Persatuan
Bulan Sabit Merah, Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Bola Keranjang. Aktiviti
kokurikulum bagi sekolah ini diadakan pada hari Rabu. Terdapat banyak kemudahan
telah disediakan oleh pihak sekolah bagi menjayakan aktiviti kokurikulum. Di samping
itu, aktiviti kokurikulum juga membolehkan mencungkil bakat dan potensi murid.
Dengan ini, dapatlah meningkatkan keyakinan setiap murid-murid. Setiap tahun, sukan
tahunan antara rumah-rumah sukan juga akan diadakan sebelum acara sukan tahunan
antara zon dilangsungkan. Selain itu, aktiviti luar iaitu aktiviti melawat sambil belajar
turut diadakan.

k) Kebersihan dan keceriaan di kawasan sekolah.

Dalam pada itu, saya juga mendapati sekolah ini mempunyai tahap kebersihan dan
keceriaan yang memuaskan kerana sekolah ini selalu mendapat pujian daripada pihak
luar disebabkan landskap sekolah yang menarik. Sekolah ini juga berusaha dalam
membentukkan satu padang permainan yang sesuai dengan murid-murid. Ini adalah
kerana, kenangan yang manis di sekolah rendah amat penting bagi setiap murid. Oleh
itu, pihak sekolah berusaha menghias kawasan sekolah dan padang permainan dengan
cantik dan menarik minat setiap murid. Selain itu, kedudukan sekolah yang jauh dari
kawasan bandar juga menjadi faktor sekolah ini lebih mementingkan keceriaan
persekitaran. Walaupun sekolah ini mempunyai kekurangan dari segi kemudahan,
namun keceriaan dan kebersihan sekolah mampu menjadikan sekolah ini selalu
dikenali dan dipuji dalam daerah Bintangor.

l) Keadaan bilik guru.


Keadaan bilik guru juga sangat kemas dan teratur. Kegunaan bilik guru adalah untuk
memberikan ruang kepada para guru berehat. Di samping itu, ia juga merupakan satu
ruang bagi setiap guru untuk berkomunikasi dan berkongsi ilmu pengetahuan. Saya
juga mendapati para guru akan membincangkan cara mengatasi masalah murid-murid
yang dihadapi dalam bilik guru. Dalam pada itu, ia juga merupakan satu tempat bagi
para guru menyemak kerja rumah murid-murid dan menyediakan kertas ujian apabila
peperiksaan datang.

m) Kelas pemulihan.

Kelas pemulihan ditubuhkan untuk mengatasi masalah murid dalam penguasaan


kemahiran 3M iaitu, membaca, menulis dan mengira. Pada zaman ini, kebanyakan
murid-murid mengatasi masalah tersebut. Oleh itu, kelas pemulihan perlu diadakan bagi
mengatasi masalah tersebut dan mengurangkan bilangan buta huruf di dunia ini. Saya
juga mendapati bahawa sekolah ini pernah memecah rekod sekolah dalam prestasi
akademik iaitu, seseorang murid yang pernah mengikuti kelas pemulihan mendapat 6A
1B dalam UPSR. Ini memang mengejutkan dan tidak dapat disangkakan. Namum, ia
memang terjadi di sekolah ini. Melalui pemerhatian saya, ia bermakna mengikuti kelas
pemulihan bukan bermakna murid tersebut ialah seorang murid yang bodoh. Malah
murid tersebut cuma lebih lemah dan perlu lebih diambil perhatian.

n) Murid-murid pemulihan.

Melalui pemerhatian, saya mendapati murid pemulihan akan mengikuti kelas


pemulihan adalah kerana mereka gagal dalam ujian saringan selama 3 kali. Walau
bagaimanapun, sekolah ini cuma hanya beberapa orang sahaja murid mengikuti kelas
pemulihan. Ciri-ciri seorang murid pemulihan ialah mereka tidak dapat meenguasai
kemahiran 3M iaitu, membaca, menulis dan mengira. Murid-murid yang memasuki
kelas pemulihan, saya dapati ialah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah faktor
baka dan juga faktor persekitaran.

o) Proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas pemulihan.


Proses pembelajaran dan pengajaran bagi kelas pemulihan di sekolah ini berjalan
dengan lancar. Ini boleh dibuktikan dengan setiap kali sampai waktu mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Matematik, murid-murid yang terpilih untuk mengikuti program
LINUS atau pemulihan khas akan datang ke kelas pemulihan. Selepas habis kelas,
mereka akan kembali semula ke kelas aliran perdana. Di dalam kelas pemulihan, saya
mendapati proses P&P berjalan dengan baik dan lancar. Penggunaan bahan bantu
mengajar yang menarik dan kreatif yang disediakan oleh guru pemulihan dapat menarik
perhatian dan minat muri pemulihan. Dengan ini, mereka akan rajin mengikuti dan
berasa tidak sabar apabila ingin mengikuti kelas pemulihan.

Anda mungkin juga menyukai