Anda di halaman 1dari 2

44

8.2 REFLEKSI (PERBINCANGAN / INTERAKSI)


Saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana dapat menjalankan program
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dengan lancar di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tiang Dua selama lima hari. Saya telah membuat persediaan awal
sebelum menjalankan PBS di sekolah ini.
Sepanjang lima hari di sekolah ini, saya telah menyiapkan tugasan yang diberikan
seperti membuat pemerhatian di persekitaran sekolah, mengikuti mentor untuk
melaksanakan sesi pengajaran, membuat temu bual dengan pihak sekolah dan
murid, membuat soal selidik dalam kalangan murid dan juga memerhatikan aktiviti-
aktiviti sekolah.
Dalam usaha menyiapkan tugasan yang diarahkan, saya telah menambah ilmu
pengetahuan mengenai perihal sekolah. Melalui pemerhatian, saya mendapati
bahawa suasana sekolah yang kondusif amat penting supaya murid dapat belajar
dengan lebih selesa. Pembelajaran murid juga berkesan sekiranya terdapat
kemudahan sekolah yang lengkap seperti pusat sumber, bilik multimedia komputer
dan makmal Sains.
Selain itu, sesi temu bual dengan Guru Besar, Penolong Kanan 1, Mentor, guru-guru
lain, pembantu tadbir, dan murid telah banyak membantu saya untuk menambahkan
ilmu. Saya berasa amat gembira kerana dapat cekap dalam kemahiran
berkomunikasi dengan pihak sekolah dan juga murid. Sekolah ini amat
mementingkan pencapaian akademik dan juga kokurikulum. Saya amat kagum
dengan pencapaian murid yang begitu cemerlang.
Aktiviti-aktivit yang dijalankan di sekolah ini ialah aktiviti Pertandingan Pengetahuan
Am dan Isu Semasa. Pertandingan ini membawa banyak faedah kepada murid yang
terlibat. Pertandingan ini amat penting dan bermakna serta memanfaatkan setiap
murid di sekolah. Melalui pertandingan ini, murid-murid dapat meluangkan masa
lapang dengan membaca bahan bacaan ilmiah seperti surat khabar, majalah dan
buku-buku lain. Selain itu, murid dapat diberikan pendedahan luar bilik darjah sejak
kecil lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bukan itu sahaja,
murid akan lebih peka terhadap isu semasa yang berlaku di sekeliling. Murid juga
45

dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain melalui
pertandingan ini.
Aktiviti kokurikulum juga penting di sekolah. Badan beruniform, kelab akademik dan
sukan dan permainan merupakan aktiviti yang diwajibkan bagi setiap murid untuk
menyertainya. Saya mendapati bahawa murid dapat memanfaatkan aktiviti
kokurikulum ini. Terdapat pelbagai pilihan dalam kokurikulum seperti badan
beruniform Pengakap, Bulan Sabit Merah, St. John Ambulance, kelab akademik
bahasa Cina, Inggeris, Melayu, Matematik dan Sains, kelab sukan dan permainan
ping pong, badminton dan catur Cina. Pilihan yang banyak membolehkan murid
untuk membuat pilihan berdasarkan minat mereka.
Semasa menjalankan PBS di sekolah, saya telah menemui beberapa masalah
apabila ingin mengambil gambar dengan guru semasa membuat perbincangan dan
lain-lain. Saya telah menyelesaikan masalah ini dengan meminta rakan saya untuk
mengambil gambar itu. Akan tetapi, saya berasa amat gembira kerana terdapat
peluang bagi saya untuk melihat bagaimana aktiviti ini dijalankan. Saya berpendapat
bahawa guru bertugas telah menjalankan tugas mereka dengan terbaik dalam
menjalankan aktiviti kokurikulum ini.
Selepas menjalankan PBS di sekolah, maklumat atau data-data yang telah saya
kumpulkan telah pun direkodkan dan dianalisiskan. Akhir sekali, saya berasa amat
bersyukur dan gembira kerana saya dapat menjalankan program PBS dengan lancar
selama lima hari di sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai