Anda di halaman 1dari 1

19

5.0 REFLEKSI
Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana saya dapat
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh hari yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan saya kerana mereka
sanggup menghulurkan tangan untuk membantu dan memberikan cadangan yang berkesan
supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan betul dan tepat.
Dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini, terdapat beberapa halangan yang telah
saya temui. Salah satunya adalah kurang memahami kehendak tugasan ini. Masalah ini
telah menghalang saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Jadi, saya telah
berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing kami, En. Ab. Razak dan beliau telah
menjelaskan kehendak soalan dalam tugasan ini dengan teliti.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekurangan pengetahuan mengenai
pendekatan, kaedah, teknik dan strategi. Dengan ini, saya telah melayari internet untuk
mendapatkan maklumat serta menambahkan ilmu. Oleh itu, saya telah menguruskan masa
saya dengan baik agar dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam kerja kursus ini
dalam tempoh masa yang diberikan.
Melalui tugasan yang diberikan, saya telah mempelajari cara yang betul untuk
menulis surat rasmi memohon Guru Besar agar membenarkan saya mencerap pengajaran
guru senior dalam bilik darjah. Selain itu, saya juga meningkatkan kefahaman saya
mengenai kelemahan dan kekuatan bagi pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang
digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik. Saya juga meningkatkan
kemahiran berkomunikasi semasa menemu bual bersama dengan guru senior Matematik.
Segala pengalaman dan pengetahuan yang saya diperoleh semasa menyiapkan
tugasan ini dapat mengembangkan saya dalam usaha menjadi seorang guru yang
profesional pada masa yang akan datang. Kesimpulannya, saya amat menghargai setiap
pengorbanan yang telah dilakukan dalam proses menyiapkan tugasan ini.


Disediakan oleh,
Thian Fang Ming
920607-13-5158

Anda mungkin juga menyukai