Anda di halaman 1dari 1

47

5.0 RINGKASAN SATU KAJIAN KES TENTANG JENIS DAN KEKERAPAN


PENGGUNAAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
OLEH GURU PELATIH KDPM SEMESTER EMPAT (AMBILAN JULAI 1999) oleh
CHOY SAU KAM, KHAW AH HONG DAN LAI KIM LEONG.
Kajian kes ini bertujuan untuk mengumpulkan maklumat mengenai jenis
kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta kekerapannya yang telah
digunakan oleh guru pelatih Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL) dalam proses
P&P Matematik semasa menjalankan Praktikum Fasa 1 di sekolah rendah masing-
masing. Para guru pelatih sering menggunakan kaedah-kaedah P&P Matematik iaitu
inkuiri-penemuan, kerja praktik, kaedah induksi, kaedah deduksi dan kaedah
eksposisi. Dengan menganalisis data yang telah dikumpulkan, 49 daripada 50
Rancangan Mengajar ditulis adalah dirancangkan menggunakan kaedah eksposisi
dan hanya satu Rancangan Mengajar ditulis dengan menggunakan kaedah induktif
sahaja. Kelima-lima peserta berpendapat bahawa kaedah eksposisi dapat membantu
guru menyampaikan isi pelajaran dengan cepat dan teratur, menjimat masa, objektif
pelajaran dapat dicapai dalam masa yang singkat. Selain itu, kaedah ini bukan
sahaja mudah dilaksanakan, mahu bersesuaian dengan topik atau kemahiran yang
diajar pada masa itu serta membolehkan mereka mengawal kelas yang bersaiz
besar dengan mudah. Tiga peserta pula berpendapat bahawa murid dapat
memahami pengajaran dengan mudah serta murid sukar memahami kaedah P&P
Matematik yang lain kerana tahap pengetahuan murid rendah. Walau bagaimanapun,
terdapat seorang peserta mengatakan bahawa guru pembimbing gunakan kaedah ini
dan murid-murid sudah biasa dengan cara mengajar ini. Jadi, dia terpaksa mengikut
bimbingan guru pembimbing. Terdapat seorang peserta lagi yang mengatakan
bahawa dia perlu mengajar dengan memberi tunjuk ajar dengan contoh-contoh dan
penerangan membolehkan murid-murid menyelesaikan masalah yang terdapat
dalam buku aktiviti atau latihan yang diberikan dalam lembaran kerja. Secara
keseluruhan, penyelidik kajian berpendapat para guru pelatih masih kurang
pengalaman dalam pelaksanaan P&P di kelas. Cadangan penambahbaikan
termasuklah pensyarah Matematik perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang
lebih spesifik pada kaedah P&P Matematik serta penekanan kepada menentukan
aktiviti yang sesuai dengan tajuk, masa dan kebolehan murid; aktiviti yang boleh
menimbulkan minat murid dan merancang aktiviti untuk mengenalpasti pengetahuan
sedia ada murid supaya dapat merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai digunakan.
(300 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai