Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM

Praktikum merupakan latihan praktik yang mempunyai komponen wajib


dalam program pendidikan guru. Praktikum memberikan peluang kepada para
guru pelatih untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan
secara reflektif dalam sebenar bilik darjah dan sekolah.
Pada semester ini, saya dan guru-guru pelatih lain semester 7 ambilan
3 Januari 2012 akan menghadiri praktikum fasa 3 yang akan berlangsung
selama 12 minggu persekolahan. Praktikum ini adalah untuk subjek major
iaitu Pengajian Sains dan elektif iaitu Pengajian Matematik. Perkara yang
saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat
bersama unit praktikum. Taklimat kali ini lebih menekankan prosedur
pelaksanaan praktikum, kehadiran praktikum, wajaran praktikum, elemenelemen

penting

dalam

rancangan

pengajaran

harian,

peranan

dan

tanggungjawab para guru pelatih serta garis panduan pelaksanaan


kokurikulum di sekolah.
Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum
menjalankan sesi praktikum ini adalah membuat persediaan dari segi mental
dan fizikal. Sepanjang tempoh praktikum tersebut, saya dikehendaki untuk
menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh Unit Praktikum dan
juga melaksanakan kajian tindakan bagi subjek Sains. Oleh itu, saya perlu
membuat beberapa persiapan sebelum menjalani praktikum tersebut.
Perkara yang perlu saya lakukan semasa praktikum ialah mengumpul
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan berpandukan senarai
semak yang telah disediakan oleh Unit Praktikum. Di samping itu, saya juga
perlu menyediakan portfolio praktikum dan menyimpan segala hasil maklumat
yang diperoleh serta hasil penulisan yang telah dibuat ke dalam portfolio
sebagai bukti serta rujukan pada masa akan datang.
Saya berharap agar praktikum yang akan saya jalani pada 01 Februari
2015 hingga 30 April 2015 berjalan dengan lancer dan baik seperti mana
yang telah saya rancangkan. Walaubagaimanapun, saya akan sentiasa
bersedia dalam menghadapi segala cabaran yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai