Anda di halaman 1dari 4

Pernyataan Profesional

Pernyataan Sebelum Praktikum


Pada semester ini, saya serta seluruh warga guru pelatih kampus Batu
Lintang bagi ambilan Jun 2021 akan menghadiri praktikum fasa 1 yang berlangsung
selama 12 minggu pada waktu persekolahan. Sebagai salah seorang guru pelatih
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, saya wajib menghadiri kursus latihan
mengajar atau praktikum fasa 1 selama 3 bulan yang bermula pada 21 Ogos 2023
hingga 17 November 2023. Praktikum ini adalah untuk guru pelatih menjalankan
kursus pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Khususnya, kursus yang
digunakan bagi praktikum adalah berasaskan kepada pengkhususan yang diambil
iaitu subjek major iaitu Sejarah manakala subjek minor pula adalah Pendidikan
Jasmani. Latihan ini dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditetapkan dalam kursus
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Antara perkara yang saya lalui sebelum menjalankan praktikum adalah untuk
menghadiri taklimat yang diberikan oleh Encik James Anak Siba, selaku pensyarah
Unit Praktikum di auditorium TAZA. Perkara yang difokuskan adalah berkenaan
dengan tanggungjawab dan peranan guru pelatih semasa praktikum, kehadiran,
borang dan maklumat sekolah, pelaksanaan aktiviti dan rancangan kokurikulum dan
peraturan peraturan semasa praktikum dijalankan. Seterusnya, saya juga
menghadiri bengkel praktikum seminggu sebelum praktikum dijalankan yang
bermula pada tarikh 14 Ogos 2023 sehingga 18 Ogos 2023. Pensyarah yang terlibat
dalam memberikan taklimat dan bengkel tersebut adalah Cik Mastura Binti Jolhi,
Encik Lawrence, Encik Lim Cheng Ka dan Encik Habids Buhigiba Bin Mohammad
Bustamam. Semasa bengkel tersebut, banyak perkara yang perlu diambil kira
terlebih dahulu. Misalnya adalah cara penyediaan folio yang diberikan oleh
pensyarah. Terdapat tiga bentuk folio yang hendak dilaksanakan. Pertama adalah
folio umum yang digunakan untuk tugas – tugas dan maklumat sekolah. Folio kedua
dan ketiga adalah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran iaitu sejarah dan
pendidikan Jasmani. Seterusnya, kami juga didedahkan dengan format penghasilan
rancangan pengajaran harian yang mengikut kriteria dan kehendak para pensyarah
yang menyelia. Seterusnya, kami juga didedahkan dengan kriteria dalam keperluan
borang – borang yang hendak digunakan semasa praktikum dijalankan bagi
memudahkan cara melaksanakan tugas di sekolah.
Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum
praktikum bermula adalah persediaan dari aspek fizikal dan mental. Saya juga
meminta beberapa nasihat daripada kalangan guru pelatih tentang perkara yang
hendak diambil berat semasa praktikum dijalankan bagi memudahkan urusan
praktikum dapat dijalankan. Sementara itu, saya juga hendaklah peka dengan
kehendak tugasan yang diberikan oleh unit praktikum dan pensyarah penyelia
berkenaan dengan perkara yang hendak dilaksanakan semasa praktikum dijalankan.

Perkara seterusnya yang perlu lalukan semasa praktikum dijalankan adalah


memastikan setiap maklumat maklumat dan borang yang hendak diserahkan
kepada sekolah dan unit praktikum dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Dengan
itu, saya telah menyediakan portfolio bagi memudahkan urusan pendokumentasian
dan penyimpanan maklumat penting di dalam folio tersebut.

Sebagai seorang guru pelatih, bimbingan serta tunjuk ajar daripada guru yang
berpengalaman adalah penting. Maka, saya telah meminta beberapa nasihat
daripada kalangan ahli keluarga yang merupakan guru tentang cara untuk mengawal
kelas dan memberikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti kepada
murid – murid. Malah, saya juga meminta tunjuk ajar tentang cara mengajar dengan
teknik yang sesuai searus dengan dunia pendidikan pada masa kini.

Saya berharap agar praktikum yang saya jalani pada 21 Ogos 2023 sehingga
17 November 2023 dapat berjalan dengan lancar. Saya juga berharap agar saya
bersedia menempuhi cabaran dan dugaan yang akan berlaku semasa berada di
sekolah. Malah, saya juga harus peka dengan keperluan dan kehendak praktikum
serta keperluan dalam menghulurkan bantuan kepada pihak sekolah pada bila – bila
masa.

Pernyataan Semasa Praktikum


Saya Russell Empin Anak Winston Rangga telah menjalankan praktikum fasa
1 yang bermula pada tarikh 21 Ogos 2023 sehingga 17 November 2023 di sekolah
SK Green Road, Kuching Sarawak. Praktikum ini mengambil masa tiga bulan dan
saya mesti mengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu
tersebut.
Antara tujuan praktikum adalah untuk mendedahkan suasana dan
persekitaran di sekolah serta membiasakan guru pelatih dengan keadaan sebenar
semasa melakukan pengajaran dan pembelajaran dengan murid – murid. Di sekolah
tersebut, saya telah mengajar dua subjek yang terdiri daripada subjek major iaitu
sejarah manakala subjek minor pula adalah pendidikan Jasmani. Bagi subjek
sejarah, saya telah diberikan amanah untuk mengajar tiga buah kelas bagi subjek
sejarah iaitu kelas 5 Tun Mahathir, 4 Tun Mahathir dan 4 Tun Abdullah selama 6
waktu mengajar. Manakala bagi subjek pendidikan jasmani pula, saya telah
mengajar kelas tahun 6 Tun Mahathir selama 2 waktu mengajar. Sebelum saya
memulakan pengajaran dan pembelajaran, saya selalu meneliti rancangan
pengajaran tahunan yang disediakan oleh sekolah dan guru pembimbing bagi
merancang suatu kurikulum yang akan disampaikan kepada murid – murid dengan
lebih teliti. Malah, saya juga telah menyediakan rancangan pengajaran harian
dengan lengkap dan mengkaji bahan yang akan digunakan untuk mengajar. Saya
juga dapat mempelajari pelbagai cara untuk mengawal murid di dalam kelas
daripada guru – guru pembimbing dan pensyarah bagi menggelakkan pengajaran
dan pembelajaran terganggu apabila murid suka membuat bising atau bermain di
dalam kelas. Malah, saya juga menggalakkan murid – murid untuk bermain sambil
belajar dengan syarat dan peraturan yang tetapkan kepada mereka.

Seterusnya, saya juga banyak mengimplementasikan elemen TMK dalam


pengajaran dan pembelajaran dengan murid – murid. Misalnya, saya akan
menayangkan video sebagai satu set induksi dan menyediakan soalan kepada
murid – murid agar mereka mempunyai minat untuk belajar pada keseluruh masa
yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Saya juga menyediakan
latihan pengukuhan kepada murid – murid agar saya dapat melihat tahap
penguasaan murid terhadap aktiviti yang saya berikan dan kandungan pembelajaran
yang telah dipelajari.

Selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya juga terlibat


secara aktif dengan aktiviti yang dijalankan oleh sekolah. Misalnya, sekolah SK
Green Road menjalankan aktiviti intervensi segak pada setiap pagi hari rabu
sebelum waktu mengajar bermula. Aktiviti yang sentiasa dijalankan adalah aktiviti
senamrobik iaitu Zumba. Seterusnya, sekolah juga membuat program bacaan Nilam
pada setiap pagi hari selasa. Aktiviti lain juga adalah sukan tahunan sekolah yang
diadakan pada tarikh 5 Oktober 2023. Aktiviti tersebut telah memberikan
pengalaman yang berharga di mana guru pelatih turut terlibat menjadi ahli
jawatankuasa untuk mengelola sukan tahunan tersebut di padang Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas.

Pernyataan Selepas Praktikum

Sepanjang keberadaan saya berada di Sekolah Kebangsaan Green Road,


saya rasa amat bersyukur kerana dapat melengkapkan keseluruhan tugasan yang
diamanahkan sepanjang menjalankan praktikum yang dilaksanakan selama 12
minggu. Malah setiap maklumat yang diperlukan oleh pihak institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang dapat dijalankan dengan baik. Malah terdapat banyak perkara
yang dapat dijadikan pengalaman yang berharga dan bermakna.

Sepanjang berada di sekolah tersebut, saya dapat menambahkan ilmu


pengetahuan dari aspek teori pembelajaran yang saya aplikasikan dalam bilik darjah
dapat ditambahbaik dari masa ke masa sebagai satu panduan kepada praktikum
fasa 2. Malah, terdapat banyak cabaran yang dihadapi semasa menjalankan
praktikum di sekolah tersebut. Namun saya tidak berputus asa untuk mengajar murid
– murid dan menjalankan dan melengkapkan perkara yang penting bagi tujuan
praktikum. Selain itu, saya amat bersyukur dengan bantuan dan bimbingan yang
diberikan oleh guru pembimbing saya semasa saya menjalankan praktikum di
sekolah tersebut. Mereka banyak memberikan nasihat dan pandangan untuk
membantu saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan
dan berkualiti.

Praktikum fasa 1 telah memberikan impak kepada saya untuk menambah


cara menjalankan interaski bersama dengan murid – murid dan guru di sekolah.
Malah saya juga dapat membuat refleksi kendiri sama ada dari aspek profesional
dalam mengajar dan secara peribadi. Saya berharap agar pengalaman ini dapat
membantu saya bagi tujuan praktikum yang seterusnya dan menjadi satu pedoman
kepada diri sendiri setelah menjadi seorang guru yang tetap di sekolah nanti.

Anda mungkin juga menyukai