Anda di halaman 1dari 4

PERNYATAAN PROFESSIONAL

SEBELUM PRAKTIKUM

Semester 3 tahun 2020 merupakan semester terakhir sebagai guru pelatih di Institut
Pendidikan Guru (IPG). Pada semester ini kami akan menjalani latihan praktikum
selama 12 minggu yang bermula pada 10 Februari 2020 dan berakhir pada 18
September 2020. Diharapkan dapat mengukuhkan lagi kompetensi saya dalam
bidang ini dan dapat mengukuhkan lagi kemahiran pedagogi saya.

Sebelum menjejakkan kaki ke IPG ini juga saya pernah terdengar dan mendengar
berkaitan latihan mengajar di mana guru pelatih akan pergi ke sekolah dalam
tempoh masa tertentu untuk latihan mengajar sebelum ditauliahkan. Sebelum
menjalani praktikum ini juga saya pernah bertanya kepada guru pelatih senior
berhubung pandangan dan pengalaman mereka semasa menjalani praktikum di
sekolah ini. Mereka berpendapat bahawa praktikum yang mereka jalani membawa
pengalaman yang menyeronokkan dan seolah-olah sudah bekerja. Selain itu,
berbagai ragam murid dapat mereka kenali dan belajar bagaimana mengatasinya.
Oleh sebab itu, teori-teori yang dipelajari melalui kuliah-kuliah yang diberikan
misalnya kursus profesional seperti Murid dan Alam Belajar, Pengurusan Bilik Darjah
dan Tingkah Laku, Perkembangan Kanak-kanak dan Budaya & Pembelajaran,
Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Islam diharapkan dapat saya gunakan semasa
pengajaran kelak. Saya akan berusaha mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari
misalnya teori Mosston dan Ashworth dalam pengajaran major saya yakni
Pendidikan Islam.

Selain itu juga, perhubungan yang positif dalam sesebuah organisasi amat penting
dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti sesebuah organisasi. Justeru,
melalui praktikum ini saya akan membawa diri saya dengan menonjolkan
perwatakan yang positif, menampilkan citra guru yang baik tanpa berpura-pura di
hadapan mereka. Ini kerana kepura-puraan di hadapan orang hanya menyeksa diri
dan tidak menampakkan keikhlasan. Oleh itu, apa yang baik dalam diri saya akan
saya tonjolkan dan berikan dalam organisasi sekolah ini dan apa yang buruk saya
atasi.
Melalui praktikum ini juga saya harapkan saya lebih mengenali mengenali anak-anak
didik saya secepat yang mungkin misalnya mengetahui nama-nama mereka. Selain
itu, saya berharap agar saya dapat belajar banyak lagi berkaitan pengurusan dan
pentadbiran di sekolah ini. Misalnya, pengurusan aktiviti kokurikulum terutama dalam
mengendalikan aktiviti, kehadiran murid, pengurusan alatan sukan dan lain-lain.
Saya juga berharap agar dapat membuat seberapa banyak bimbingan daripada guru
pembimbing pengajaran major dan elektif saya berhubung pengurusan bilik darjah
dan pengendaliannya. Oleh sebab itulah, saya harap saya dapat membuat
pemerhatian bagaimana guru mengajar dan menemubual bersamanya, misalnya
bertanya berkaitan tingkah laku dan maklumat umum murid-murid  agar saya dapat
mengenali murid-murid yang saya akan ajar nanti.

Kesimpulannya, saya berharap melalui praktikum ini dapat memberikan saya nilai
tambah dalam diri saya untuk menjadi seorang guru yang berjiwa guru sebenar guru
dan memberikan sumbangan kepada pihak sekolah dalam apa bentuk sekalipun.
SEMASA PRAKTIKUM

Praktikum merupakan salah satu cara bagi seorang pelajar guru melatih diri untuk
mengajar dan membiasakan diri dengan suasana pembelajaran sekolah sebelum ke
situasi yang sebenar di sekolah. Ini juga memberi peluang kepada pelajar guru untuk
mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut
Pendidikan Guru (IPG) serta mendapat bimbingan daripada pensyarah dan guru
pembimbing. Praktikum memfokuskan kepada mata pelajaran major iaitu Pendidikan
Islam untuk sekolah rendah.

Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan semasa praktikum di


sekolah. Selain daripada mengajar, saya juga perlu membuat perancangan yang
tersusun dan sistematik iaitu dengan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH). Rancangan tersebut perlulah disediakan dengan lebih awal serta bahan
bantu belajar yang digunakan juga perlu disediakan sebelum mengajar.

Pada masa yang sama, saya perlu melengkapkan portfolio praktikum dengan
melengkapkan jurnal dan laporan kokurikulum sekiranya saya melibatkan diri
dengan aktiviti yang dijalankan di sekolah. Tidak lupa juga dengan persiapan dari
segi mental fizikal dimana saya harus menghadapi pelbagai karenah murid-murid
sekolah. Ini semuanya penting sebelum saya memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Apabila perancangan telah siap kini tiba kepada pelaksanaan pula. Dalam
pelaksanaan, saya perlu bersedia untuk dipantau dan dibimbing oleh pensyarah
yang akan datang ke sekolah untuk melihat bagaimana saya mengajar dan
mengawal tingkah laku kanak-kanak tersebut. RPH perlu sentiasa lengkap serta set
induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran
yang saya kendalikan berjalan dengan baik dan lancar.

Saya perlu sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kerenah kanak-kanak yang


sememangnya sangat suka bermain daripada belajar. Oleh itu, saya perlu sentiasa
menggunakan pelbagai strategi, kaedah, dan teknik pengajaran yang telah dipelajari
sepanjang menuntut di IPG agar murid-murid tidak bosan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Aktiviti yang dijalankan juga hendaklah bersesuaian
dengan perkembangan murid-murid.

Bukan itu sahaja, saya perlu melibatkan diri dalam bidang kokurikulum seperti Unit
Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan yang terdapat di sekolah. Saya
akan berkongsi ilmu dan pengalaman saya semasa di IPG dengan murid-murid di
sekolah tersebut dan mengaplikasikannya. Latihan kokurikulum yang terdapat di IPG
banyak membantu saya apabila saya melangkah kaki untuk menjalani praktikum.

Hubungan yang mesra dan baik dengan semua kakitangan sekolah akan saya
amalkan agar tidak wujud jurang antara pelajar guru praktikum dengan guru di
sekolah tersebut. Ini akan memudahkan saya untuk berinteraksi dan mendapatkan
maklumat mengenai apa sahaja yang diperlukan. Harapan saya agar pensyarah
penyelia saya iaitu En. Shamrin bin Surip sudi memberikan bimbingan yang terbaik
kepada saya sepanjang saya berpraktikum di SK Jabang, Beaufort.

Saya juga bersedia untuk menerima bimbingan, nasihat dan kritikan dari mereka.
Harapan saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan
wujudnya hubungan baik. Saya juga akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan
baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa dengan semua pihak. Semoga
segala harapan saya ini dapat direalisasikan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai