Anda di halaman 1dari 18

2.

1 PENGENALAN

Program Berasaskan Sekolah (PBS) ini merupakan salah satu program yang wajib
diikuti oleh semua guru pelatih di setiap institiut perguruan di Malaysia apabila masuk ke
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. PBS ini perlu dijalani oleh guru pelatih selama tiga
semester berturut-turut bermula pada semester kedua tahun pertama sehinggalah semester
empat tahun kedua. Pada semester dua ini, bermula pada 26 Mac 2018 hingga 29 Mac
2018, saya telah dikehendaki menjalani PBS di Sekolah Kebangsaan Taman Ungku Tun
Aminah 2, Johor Bahru bersama-sama dengan seorang rakan saya. PBS kali ini merupakan
pengalaman pertama untuk kami. Fokus utama PBS bagi setiap semester adalah untuk
memperkenalkan kepada guru pelatih berkenaan dengan persekitaran sesebuah sekolah
bagi membiasakan dan memberi pengalaman kepada guru pelatih. Pengalaman yang ada
ini dapat mempersiapkan guru pelatih untuk menempuh realiti sebenar seorang pendidik.
Selain itu, PBS ini juga memberi peluang dan ruang untuk guru pelatih bermesra dan
berkolaborasi dengan warga sekolah.

Berdasarkan PBS ini, banyak perkara yang saya belajar terutamanya tentang hal-hal
ehwal sekolah dari sekecil-kecil aspek hinggalah sebesar-besar aspek. Program ini
membuka peluang yang besar untuk saya berinteraksi dengan warga sekolah dari perspektif
guru pelatih. Melalui interaksi serta pemerhatian terhadap sekolah ini, saya lebih memahami
tugas dan peranan sebenar seorang guru di sekolah terhadap murid-muridnya dan hal-hal
sekolah. Semasa PBS ini, saya berpeluang untuk masuk ke kelas untuk melihat sesi
pengajaran dan pembelajaran guru. Melalui aktiviti tersebut saya memperoleh pelbagai ilmu
baru dari segi pengurusan bilik darjah dan cara pengajaran guru tersebut. Saya juga
dikehendaki melengkapkan tugasan yang diberikan iaitu untuk mengumpulkan maklumat
berkenaan sekolah dan menjalankan pemerhatian terhadap gaya pembelajaran murid yang
berbeza. Saya telah melaksanakan kajian terhadap empat orang pelajar tahun 6 dari kelas 6
Delima untuk menyempurnakan tugasan tersebut. Selain itu, saya telah mendapatkan
maklumat daripada beberapa pihak seperti Guru Besar, guru penolong kanan, guru panitia,
kakitangan sekolah dan murid-murid yang bersekolah di sekolah tersebut. Beberapa kaedah
telah saya gunakan untuk mengumpul data-data yang berkaitan dengan tugasan saya. Data
yang dikumpul telah dianalisis dan direkodkan di dalam portfolio ini.

Secara keseluruhannya, saya dapat merasakan bahawa PBS ini memberi banyak
manfaat kepada bakal pendidik seperti saya dalam menimba pengalaman awal sebagai
seorang guru. Saya juga berharap tugasan ini dapat memenuhi kehendak pensyarah yang
terlibat.

1
2.2 TUJUAN PERNYATAAN PROFESIONAL

Pernyataan profesional atau kontrak aktiviti merujuk kepada harapan atau aktiviti
yang ditetapkan sendiri oleh guru pelatih untuk dilaksanakan dalam tempoh Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS). Sepanjang melaksanakan PBS guru pelatih perlu menetapkan
fokus-fokus tertentu dalam melaksanakan sesuatu aktiviti bagi mencapai objektif yang
diharapkan.

Tujuan utama pernyataan profesional adalah untuk menyatakan hala tuju tugasan
yang hendak dilaksanakan dengan jelas. Penyataan profesional ini dapat membantu guru
pelatih untuk menjalankan PBS dengan lancar dan jayanya. Hal ini demikian kerana, apabila
guru pelatih menulis pernyataan profesional ini mereka akan lebih jelas tentang objektif
utama tugasan.

Pernayataan profesional yang ditulis ini juga dapat membantu pelajar merancang
strategi perlaksanaan aktiviti yang telah difokuskan dengan sistematik. Guru pelatih dapat
mencari maklumat dan dapatan yang diperlukan dalam tempoh seminggu tanpa ada
maklumat yang tercicir dengan adanya pernyataan profesional ini. Guru pelatih juga tidak
akan menjadi kelam kabut dengan adanya perancangan yang rapi sebelum PBS,semasa
PBS dan selepas PBS berdasarkan pernyataan profesional yang telah ditulis. Masa juga
dapat dijimatkan dengan adanya pernyataan profesional ini.

Selain itu, pernyataan profesional ini membolehkan guru pelatih mengukur dan
menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan. Guru pelatih dapat melihat
keberkesanan aktiviti yang telah dijalankan di sekolah dengan melihat kepada pernyataan
profesional ini dengan menyenaraikan kekuatan dan kelebihan sesuatu aktiviti.

Pernyataan profesional ini juga adalah asas dan panduan kepada guru pelatih untuk
membuat tindakan susulan dan penambahbaikan. Guru pelatih boleh menyenaraikan aktiviti
yang mempunyai kelemahan dan memberi cadangan untuk penambahbaikkan.

2
2.3 PERNYATAAN PROFESIONAL

PERANCANGAN SEBELUM PBS

Sebelum menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Taman Ungku Tun Aminah 2,


saya telah meneliti dan merancang perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa
menjalankan PBS supaya saya dapat mencapai objektif PBS dengan jayanya. Berikut
adalah perancangan saya :

2.3.1 FOKUS UTAMA TUGASAN

Berdasarkan tugasan yang diberi, saya dikehendaki untuk menjalankan PBS selama
seminggu di SK Taman Ungku Tun Aminah 2. Skop tugasan yang perlu saya penuhi ialah
saya perlu hadir ke sekolah untuk melihat persekitaran dan suasana bilik darjah. Saya
merancang untuk menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual bagi mendapatkan
data berkenaan dengan persekitaran dan suasana bilik darjah di SK Taman Ungku Tun
Aminah 2. Bagi mencapai objektif PBS, saya akan berkolaborasi dengan warga sekolah
selama seminggu berada di sana. Di samping itu juga, saya akan memohon kebenaran
daripada guru besar untuk masuk ke kelas semasa sesi pembelajaran dan pengajaran
(PdP) bagi melihat situasi PdP, susunan bilik darjah, kawalan bilik darjah, penglibatan
pelajar semasa PdP, iklim bilik darjah, penggunaan alat bantu mengajar dan TMK, gaya
pembelajaran murid serta hal-hal lain yang berkaitan dengan bilik darjah.

2.3.2 STRATEGI PERLAKSANAAN

Saya telah merancang beberapa strategi dengan membuat takwim aktiviti untuk
setiap hari bagi melicinkan proses pencarian dan pengumpulan maklumat seperti yang
terkandung dalam tugasan PBS yang saya terima. Strategi yang dibuat ini dapat membantu
saya memanfaatkan masa seminggu yang ada dengan sebaik-baiknya.

Tarikh / Hari Perancangan


Hari pertama  Berjumpa dengan guru besar.
( Isnin: 26 Mac 2018)  Berjumpa dengan guru-guru penolong kanan
 Berkenalan dan beramah mesra dengan guru
 Meninjau persekitaran sekolah dengan mengambil
gambar.
 Mencari dan melengkapkan maklumat sekolah yang

3
dikehendaki.

Hari kedua  Mencari maklumat berkenaan tugasan


(Selasa: 27 Mac 2018)  Menemubual cikgu pembimbing

Hari ketiga  Melihat sesi PdP serta suasana bilik darjah


( Rabu: 28 Mac 2018)  Melukis pelan bilik darjah
 Meneruskan pencarian maklumat
 Menemu bual pelajar dan memberi borang soal selidik
berkenaan gaya pembelajaran murid.

Hari keempat  Melihat sesi PdP serta suasana bilik darjah


( Khamis: 29 Mac 2018)  Berinteraksi dengan murid – murid
 Menyusun maklumat-maklumat

2.3.3 INSTRUMEN PENILAIAN KENDIRI

Instrumen penilaian yang telah digunakan dalam menjalankan Pengalaman


Berasaskan Sekolah (PBS) adalah senarai semak, pemerhatian, soal selidik dan temubual.
Setiap instrumen yang digunakan ini adalah mengikut kesesuaian aktiviti semasa
menjalankan tugasan ini.

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS SEMASA PBS

Semasa menjalankan PBS, saya telah merujuk kepada perancangan awal yang telah
saya rancang. Saya melaksanakan PBS di Sekolah Kebangsaan Taman Ungku Tun Aminah
dengan berpandukan perancangan yang telah dibuat bagi memastikan segala maklumat
dan dapatan yang diperlukan dapat dikumpulkan dengan baik. Sepatutnya kami perlu mula
melaksanakan PBS pada hari Ahad (25 Mac 2018) kerana hari tersebut merupakan
permulaan persekolahan bagi negeri Johor. Namun, kami memulakan PBS pada hari Isnin
kerana hari Ahad merupakan cuti peristiwa. Pada hari pertama PBS, saya telah bertolak
seawal 6.45 pagi dari rumah dan sampai ke sekolah pada jam 7.00 pagi. Sesampainya di
sekolah saya dan rakan saya terus ke pejabat Guru Besar iaitu Encik Abdul Hamid bin
Ismail untuk melaporkan diri. Saya dan rakan telah memperkenalkan diri masing-masing

4
kepada Guru Besar dan memberitahu tujuan kami datang untuk PBS selama seminggu.
Guru Besar memberikan taklimat berkenaan dengan kehadiran kami selama seminggu ke
sekolah serta memberikan serba sedikit maklumat berkenaan dengan sekolah. Pada masa
yang sama, guru besar memperkenalkan Guru Hal Ehwal Murid (HEM) iaitu Puan Faridah
binti Jantan untuk menerangkan tugasan PBS kami kepada beliau. Kami meminta
kebenaran untuk mendapatkan guru pembimbing bagi membuat beberapa pemerhatian
berkenaan persekitaran dan suasana bilik darjah. Apabila sesi bersama Guru Besar dan
guru HEM tamat, saya dan rakan sama-sama meninjau kawasan sekolah bagi melihat
persekitaran dan iklim sekolah. Saya mengambil gambar-gambar persekitaran sekolah
untuk dimuatkan ke dalam folio PBS. Gambar-gambar yang diambil adalah berkenaan
dengan kemudahan sekolah, budaya sekolah, sesi pembelajaran dan pengajaran bilik
darjah, susun atur bilik darjah dan yang berkaitan dengan objektif PBS yang hendak dicapai.

Pada hari kedua PBS, saya menemu bual Cikgu Zaini bin Zakaria, untuk
mendapatkan maklumat berkenaan tugasan seperti yang telah dirancang. Saya telah
menemu bual cikgu tersebut berkenaan cara pengajaran guru di dalam bilik darjah. Beliau
amat bersemangat dalam memberi penerangan tentang tugasan yang diberikan kepada
kami.

Pada hari ketiga PBS, kami telah mengikuti guru pembimbing iaitu Puan Haziqah
binti Rosli menghadiri kelas 6 Delima untuk memerhati suasana bilik darjah, sesi pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) dan gaya pembelajaran murid. Kami dapat memerhatikan pelbagai
aktiviti yang dijalankan oleh guru tersebut dalam memastikan proses PdP berjalan lancar.
Kami juga menyoal selidik empat orang pelajar daripada kelas tersebut untuk mendapatkan
data tentang gaya pembelajaran mereka.

Pada hari keempat PBS, kami mengikuti pula guru pembimbing kedua iaitu Encik
Hafiz menghadiri kelas pelajar tahun 2 Delima. Kami dapat melihat dan memerhatikan cara
pengajaran guru yang berbeza bagi pelajar Tahun 2. Kemudian, sebelum PBS kami berakhir
pada hari tersebut, kami telah menyerahkan borang penilaian sahsiah guru kepada Guru
Besar untuk dinilai. Kami juga telah berinteraksi dengan beberapa pelajar untuk mengetahui
bahan bantu mengajar yang paling disukai dan mengenai suasana pembelajaran di sekolah.
Kami juga telah menyusun kesemua maklumat yang diperoleh bagi memastikan saya tidak
tercicir sebarang maklumat yang penting dalam tugasan PBS ini. Saya juga melihat senarai
semak yang ada untuk dijadikan panduan untuk menyusun maklumat yang telah dikumpul.
Sebelum pulang, kami telah memberikan beberapa cenderahati kepada Guru Besar dan
guru pembimbing kami sebagai tanda terima kasih kerana membenarkan kami untuk

5
menjalankan PBS di sekolah tersebut. Kami juga berterima kasih kepada guru-guru dan
staf-staf sekolah atas kerjasama yang telah diberikan.

3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

3.1 PEMERHATIAN

Bagi melengkapkan tugasan PBS yang diberikan, saya telah menggunakan


beberapa kaedah bagi mengumpul data antaranya ialah melalui pemerhatian. Melalui
kaedah ini saya melakukan pemerhatian terhadap prasaranan yang terdapat di sekolah ini.
Secara keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini kurang sempurna kerana
terdapat banyak komputer yang telah rosak dan tidak diselenggara di makmal komputer
sekolah. hal ini berikutan kekurangan sumber kewangan untuk memperbaiki komputer yang
telah rosak. Namun begitu, terdapat beberapa komputer riba telah disediakan oleh pihak
sekolah untuk murid-murid melakukan tugasan di atas talian misalnya VLE Frog. Satu
komputer riba dikehendaki dikongsi seramai empat orang pelajar.

Kami juga telah memerhatikan beberapa bilik darjah bagi mengetahui pelan bilik
tersebut. Gambar bilik darjah yang diperhatikan telah diambil dan dilukis. Kami mendapati
bahawa kebanyakkan bilik darjah yang diperhatikan adalah mengikut susunan bilik darjah
Pembelajaran Abad ke -21 (PAK 21).

Selain itu, kami telah memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di
sekolah ini. Saya dapat melihat gaya pembelajaran guru yang berbeza mengikut tahap
murid iaitu yang lemah, sederhana dan cerdas. Pelbagai aktiviti dijalankan dalam proses
PdP bagi menjadikan ia lebih menarik dan berkesan antaranya ialah perbincangan dan
amali.

3.2 TEMU BUAL

Kaedah temu bual telah digunakan dalam menjawab tugasan PBS berkaitan
persekitaran dan suasana bilik darjah. Saya telah menemubual Cikgu Zaini bin Zakaria yang
merupakan ketua unit Sains, Cikgu Haziqah binti Rosli dan Cikgu Hafiz yang merupakan
guru pembimbing kami serta beberapa murid.

6
Semasa menjalankan temubual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan
kepada mereka. Kerjasama yang diberikan oleh mereka amat baik dan jawapan yang
diberikan amat membantu saya dalam menjawab soalan tugasan yang diberikan.

3.3 SOAL SELIDIK

Sementara itu, kaedah soal selidik juga digunakan bagi mendapatkan maklumat
tambahan mengenai sekolah tersebut. Saya telah menyoal selidik empat orang pelajar
Tahun 6 Delima bagi mengetahui gaya pembelajaran mereka.

4.0 KOLABORATIF

Semua kolaborasi yang dikehendaki dalam tugasan ini telah saya rekodkan dalam
Lampiran 1-3 yang telah disediakan oleh pihak IPGM. Dalam lampiran tersebut, saya telah
mencatatkan isi perbincangan dengan beberapa pihak beserta jawapanya sekali.
Rujuk Lampiran Kolaborasi di muka surat seterusnya.

4.1 Perbincangan dengan Pengurusan Sekolah


4.2 Perbincangan dengan Guru-guru
4.3 Interaksi dengan Murid

7
5.0 ILMU DAN PENGETAHUAN BARU

5.1 KAEDAH PEMERHATIAN

Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan, banyak ilmu baru yang telah saya
perolehi. Saya dapat memerhatikan suasana sekolah yang sepatutnya diwujudkan agar
proses pengajaran dan pembelajaran murid berlaku dengan lancar dan berkesan. Saya juga
dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang pelbagai gaya pembelajaran atau
pedagogi guru yang berbeza. Misalnya, kami mengetahui bahawa pengajaran guru bukan
hanya bersumberkan buku teks sahaja semasa memerhatikan guru pembimbing kami iaitu
Cikgu Haziqah menjalankan proses PdP di kelas tahun 6 Delima. Beliau telah menjalankan
amali penghasilan jeruk buah. setelah mengajar subjek sains menggunakan paparan power
point iaitu tindakbalas mikroorganisma terhadap makanan. Dengan ini, proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Penggunaan alat bantu
mengajar juga sangat penting agar murid lebih memahami sesuatu topik pembelajaran.
Saya juga dapat melihat bahawa penggunaan video berkaitan topik pembelajaran amat
disukai oleh para pelajar. Hal ini kerana mereka dapat melihat dan memerhatikan sesuatu
yang lebih realistik berbanding hanya membaca buku teks.

5.2 KAEDAH TEMU BUAL

Melalui temu bual yang saya jalankan, saya mendapati pelbagai pengetahuan
baharu iaitu mengenai topik yang berkisarkan ilmu pendidikan sekolah itu sendiri. Saya
mendapat pendedahan tentang cara mengawal murid di dalam kelas. Hal ini kerana terdapat
pelbagai jenis pembelajaran murid di dalam kelas, ada murid yang aktif dan pasif, lemah,
sederhana dan pintar dalam akademik. Saya telah menemubual Cikgu Zaini Bin Zakariah,
dan Puan Zahirah Binti Zamani untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman
sebagai seorang guru.

Berdasarkan temubual yang dijalankan, saya mendapati bahawa tugas guru


bukanlah tugas yang mudah kerana guru perlu sentiasa menambah pengetahuan supaya
dapat memenuhi keperluan pendidikan semasa seperti pembaharuan yang dilakukan dalam
pendidikan abad ke 21. Selain itu, saya juga mendapati guru mempunyai kesukaran untuk
melakukan sesi pembelajaran menggunakan TMK. Hal ini kerana, terdapat kemudahan
yang sangat terhad untuk melaksanakan kaedah tersebut. Maka guru menyatakan bahawa
mereka menggunakan teknik lain untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dengan
menggunakan teknik penceritaan dalam kelas serta melibatkan murid secara aktif dalam

8
kumpulan. Selain itu, mereka juga berpendapat untuk menjadi pendidik yang cemerlang kita
perlulah bertegas dengan murid supaya mereka lebih menghormati guru serta
menggunakan pendekatan yang berlainan untuk setiap murid yang berbeza.

5.3 KAEDAH SOAL SELIDIK

Saya juga telah menjalankan kaedah soal selidik terhadap empat orang pelajar tahun
6 Delima bagi mengetahui gaya pembelajaran mereka bagi memenuhi kehendak tugasan
kerja kursus murid dan pembelajaran. Kami mengetahui bahawa setiap individu mempunyai
gaya pembelajaran yang berbeza. Ada murid yang lebih pasif lebih cederung untuk belajar
sendiri dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan. Ada murid yang aktif pula
tidak suka pengajaran yang hanya berpandukan buku teks dan sukar dikawal oleh guru
sekiranya tiada tindakan tegas akan dikenakan. Oleh itu, saya mengetahui bahawa guru
perlulah peka terhadap perbezaan ini untuk memastikan setiap murid memperoleh segala
ilmu pengetahuan yang disampaikan.

6.0 REFLEKSI

Semua refleksi yang diperoleh melalui tugasan ini telah saya rekodkan dalam Lampiran 1-4
yang telah disediakan oleh pihak IPGM. Dalam lampiran tersebut, saya telah mencatatkan
isi perbincangan bagi menjawab segala tugasan PBS yang dikehendaki.
Rujuk Lampiran Refleksi di muka surat seterusnya.

9
6.1 AKTIVITI PBS

PERSEKITARAN DAN SUASANA BILIK DARJAH

a. Lukiskan pelan bilik darjah semasa membantu mentor melaksanakan PdP.

Melalui kaedah pemerhatian, saya mendapati rata-rata setiap kelas di sekolah


tersebut mempunyai susun atur yang hampir sama. Di bawah merupakan pelan susun atur
kelas 6 Delima :

10
b. Huraikan cara-cara bahan dan sumber PdP dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan
secara berkesan.

Pembelajaran yang berkesan juga bukan hanya terletak pada input yang diberi oleh
para guru, malahan penggunaan bahan dan sumber pengajaran juga memainkan peranan
penting. Sepanjang menjalani PBS ini, saya dapat menjalankan pemerhatian terhadap dua
orang guru yang mengajar di kelas 2 Delima dan 6 Delima. Guru-guru menggunakan
pelbagai bahan dan sumber pengajaran untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih menarik di bilik darjah. Antara bahan pengajaran yang digunakan adalah:

Papan kenyataan digunakan untuk mempamerkan hasil kerja murid.

Papan putih digunakan guru dalam proses PdP

11
Carta organisasi kelas

c. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid?

Terdapat pelbagai bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan murid di dalam
bilik darjah antaranya ialah papan kenyataan. Papan kenyataan adalah satu bahagian
dalam bilik darjah yang kekal di suatu tempat. Melalui penggunaan papan ini, murid-murid
dapat mendapatkan informasi dengan segera. Melalui pemerhatian saya, terdapat kelas
yang mempunyai papan kenyataan yang sangat menarik dan dilengkapi pelbagai info serta
nota berkaitan topik pembelajaran yang memudahkan mereka membuat rujukan. Misalnya,
terdapat senarai peribahasa, simpulan Bahasa, jenis kata nama dan sebagainya pada
ruangan Bahasa Melayu. Selain itu, di papan ini juga dipamerkan pelbagai hasil kerja murid
berkaitan dengan topik pembelajaran yang dijalani. Dengan adanya papan kenyataan yang
berinformasi ini, murid-murid dapat belajar secara kendiri.

e
Papan kenyataan kelas Tahun 6 Delima

12
Di samping itu, buku teks dan buku latihan merupakan sumber PdP yang mudah
digunakan oleh para pelajar sejak dahulu lagi. Kini, buku teks telah dikemaskini dan
diperbaharui dengan penambahan lebih banyak ilustrasi. Dengan ini, murid lebih seronok
belajar menggunakan buku teks.

Buku teks sains Tahun 6 dan buku latihan sains Tahun 2

d. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan


TMK?

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, setiap murid diberi peluang


menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan TMK. Antaranya ialah menjawab
soalan secara atas talian iaitu Score A dan Zoom A. Murid-murid berpeluang untuk
mendapatkan akses terhadap pelbagai soalan yang berkaitan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR). Setiap soalan juga telah disediakan jawapan dan mereka dapat memeriksa
sendiri pencapaian mereka. Dengan ini, setiap kelemahan dapat diperbaiki kerana mereka
dapat melakukan pelbagai latih tubi secara lebih berkesan dan interaktif.

Aplikasi Score A dan Zoom A

13
Selain itu, murid juga sentiasa didedahkan dengan gaya pengajaran yang
bersumberkan TMK seperti media hamparan (power point) dan video. Melalui teknologi ini,
mereka dapat mengalami proses PdP yang lebih berkesan dan menarik berbanding belajar
hanya menggunakan buku teks.

Guru mengajar
menggunakan media
hamparan (power point)

Sementara itu, penggunaan


aplikasi VLE Frog juga amat
digalakkan dalam kalangan
pelajar. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran
berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan
konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Melalui aplikasi ini, guru-guru dapat
memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat
menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Kebiasaannya, para pelajar
akan diperuntukkan masa untuk menjawab soalan secara atas talian ini di makmal komputer
sebelum mereka pulang ke rumah.

e. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran?

Bagi menyokong hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2011-2025


(PPPM), pendidikan berpusatkan pelajar semakin diterapkan dalam proses PdP. Murid-
murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap mata pelajaran yang
dipelari. Hal ini adalah bagi memastikan setiap murid mendapat ilmu yang disampaikan oleh
guru mereka secara berkesan. Teknik ini juga digunakan supaya murid dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penerapan pelbagai
aktiviti seperti amali, pembentangan dan perbincangan dapat memberi pengalaman secara
langsung kepada pelajar dalam mengalami sendiri proses pengajaran itu berlaku. Dengan
ini, ilmu yang diperoleh dapat dikaitkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian
mereka.

14
Murid melakukan aktiviti perbincangan

Murid melakukan aktiviti pembentangan.

Murid melakukan amali berkaitan topik yang dipelajari

f. Bagaimanakah murid-murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu?

15
Guru-guru mempunyai strategi sendiri dalam membahagikan pelajar kepada
kumpulan tertentu. Antaranya ialah dengan membahagikan pelajar mengikut pencapaian
atau mencampurkan murid yang bijak dengan murid yang lemah.

Melalui kaedah pembahagian kumpulan mengikut tahap pencapaian murid, para


pelajar akan diasingkan kepada dua kumpulan iaitu kumpul pelajar yang lemah dan cerdas.
Dengan cara ini, guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dan merancang strategi
pengajaran yang sesuai mengikut kepintaran murid yang berbeza. Kumpulan yang cerdas
kebiasaannya hanya memerlukan bimbingan guru yang sedikit berbanding kumpulan murid
yang lemah. Hal ini kerana kumpulan murid yang cerdas lebih mudah memahami sesuatu
pengajaran berbanding rakan mereka yang lemah. Oleh itu, mereka akan berasa bosan
sekiranya guru mengajar secara berulang-ulang.

Di samping itu, pembahagian kumpulan melalui kaedah penyatuan pelajar yang


lemah dengan pelajar yang bijak dapat memberi peluang kepada semua murid mendapat
peluang yang sama dan mengalami proses pengajaran yang serupa tanpa ada rasa tersisih.
Cara ini juga dapat mendorong sifat bekerjasama antara pelajar yang cerdas dan yang
lemah. Mereka dapat bersama-sama membantu antara satu sama lain dalam mencapai
kefahaman dan kejayaan dalam pembelajaran. Kebanyakan pelajar yang lemah takut
bertanya kepada guru mereka kerana takut dan tidak mahu dimarahi. Oleh itu, melalui
kaedah ini, murid yang lemah boleh mendapatkan tunjuk ajar daripada murid yang cerdas
agar prestasi setiap murid dapat ditingkatkan.

7.0 LAPORAN AKHIR

16
Pada bulan Mac iaitu antara 26 Mac 2018 hingga 29 Mac 2018, saya
mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT) telah
menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Taman
Ungku Tun Aminah 2. Saya selaku pelajar PISMP Ambilan Jun 2017 telah
diamanahkan oleh unit praktikum IPGKPT. Tugasan ini adalah wajib bagi setiap
pelajar PISMP dan merupakan PBS pertama yang dilaksanakan bagi kumpulan
kami. Tujuan PBS adalah bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar guru
tentang suasana sekolah, persekitaran sekolah termasuk meningkatkan sikap positif
terhadap profesion perguruan. Saya juga dikehendaki mendapatkan maklumat
mengenai tugasan PBS yang diberikan melalui pemerhatian, temu bual serta soal
selidik bagi menyempurnakan tugasan saya.

Apa yang dapat saya simpulkan ialah pengalaman PBS amat berguna
kepada pendidik guru seperti saya. Hal ini kerana tugasan ini memerlukan saya
menjalankan tugasan di sekolah rendah. Saya telah memilih sebuah sekolah di
Skudai, Johor Bahru iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Ungku Tun Aminah 2. Saya
telah memilih sekolah tersebut kerana lokasi sekolahnya berdekatan rumah saya
dan rakan saya. Setelah beberapa hari menjalankan tugas sebagai guru, saya
mendapati bahawa ia dapat membina sikap positif dalam sanubari saya. Keyakinan
diri merupakan sikap positif yang berjaya saya bina semasa berada di sekolah
tersebut. Saya dapat bergaul dengan pelbagai ragam warga di sekolah tersebut
seperti guru-guru, kakitangan pejabat dan murid-murid. Ketika berhadapan dengan
murid-murid, saya belajar untuk memahami diri mereka dan berinteraksi dengan
mereka. Saya turut mengetahui cara untuk mengendalikan keadaan kelas dan
melaksanakan peraturan dalam kelas.

Menurut kajian yang dijalankan, prestasi sekolah SK Taman Skudai Baru 2


sentiasa meningkat pada setiap tahun. Strategi dan teknik pengajaran para guru
adalah antara punca yang membawa kepada kejayaan setiap murid. Pihak sekolah
bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti bagi memperkasakan pencapaian
sekolah dan murid. Misalnya, program LINUS dilaksanakan bagi membantu murid-
murid yang menghadapi masalah berkaitan dengan membaca dan menulis.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga amat penting


dalam memastikan dunia pendidikan bergerak seiring dengan pembangunan

17
teknologi yang semakin pesat. Proses pengajaran dan pembelajaran yang hanya
menggunakan kaedah chalk and talk tidak lagi releven pada masa kini. Hal ini
kerana murid akan mudah berasa bosan dan kurang fokus di dalam kelas. Selain
teknologi, bahan bantu mengajar yang menarik dan kreatif juga dapat membantu
murid lebih memahami sesuatu pengajaran. Sementara itu, aktiviti perbincangan
sesama murid dapat meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal mereka.
Sifat bekerjasama dan keyakinan diri juga dapat dipupuk dalam diri murid.

Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui bahawa fungsi sekolah adalah
satu proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak
masyarakat. Saya juga mendapati bahawa sekolah berfungsi sebagai suatu institusi
yang memainkan peranan dalam pengekalan budaya masyarakat. Pada pendapat
saya, sekolah merupakan suatu pusat yang mengembangkan lagi potensi seseorang
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ia juga dapat
melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berkompiten mahupun berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan
negara.

18

Anda mungkin juga menyukai