Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Saya Rashinee A/P Vadiveloo merupakan salah seorang guru pelatih Institut Pendidikan
Kampus Guru Temenggong Ibrahim telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) selama seminggu iaitu dari 13 Mac 2017 hingga 17 Mac 2017 di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Ladang Kuala Reman, Panching bersama seorang rakan saya. Fokus
utama PBS bagi semester ini adalah untuk memperkenalkan kepada guru pelatih berkenaan
dengan persekitaran sesebuah sekolah bagi memberi pengalaman sebelum mengajar.
Berdasarkan PBS ini, banyak perkara telah saya pelajari terutamanya tentang latar belakang
sekolah serta proses pembelajaran dan pengajaran yang diaplikasikan di bilik darjah.
Program PBS ini membuka peluang yang besar untuk saya berinteraksi dengan warga
sekolah bagi mendapatkan maklumat yang secukupnya mengenai sekolah ini di samping
dapat mengadaptasi dengan suasana sebuah sekolah pedalaman. Melalui interaksi dan
pemerhatian terhadap sekolah ini, saya lebih memahami peranan sebenar seorang guru di
sekolah terhadap murid – murid dan sekolah itu sendiri.

PERNYATAAN PROFESIONAL

Sebelum menjalankan PBS di SJK (T) Ladang Kuala Reman, Panching saya telah meneliti
dan merancang perkara – perkara yang perlu dilakukan semasa menjalankan PBS supaya
dapat dapat mencapai objektif PBS.

Berikut adalah perancangan saya :

Sebelum PBS

1) Fokus Utama

Berdasarkan tugasan yang diberi, saya dikehendaki untuk menjalankan PBS selama
seminggu di SJK(T) Kuala Reman. Skop tugasan yang difokuskan ialah saya perlu
ke sekolah untuk melihat persekitaran sekolah dan iklim bilik darjah di SJK(T) Kuala
Reman. Untuk mencapai objektif PBS, saya perlu mengadakan sesi perbincangan
dengan warga SJK(T) Kuala Reman. Antara warga sekolahnya ialah guru-guru
sekolah tersebut dan pekerja di sekolah. Selain itu, saya akan memohon kebenaran
guru besar sekolah tersebut untuk masuk ke kelas semasa sesi pembelajaran dan
pengajaran bagi membuat pemerhatian secara langsung terhadap susunan bilik
darjah, kawalan bilik darjah, penglibatan pelajar semasa P&P, iklim bilik darjah,
penggunaan alat bantu mengajar dan sebagainya.
2) Strategi Pelaksanaan

Saya telah merancang beberapa strategi dengan membuat jadual aktiviti PBS untuk
melicinkan proses pengumpulan maklumat seperti yang terkandung dalam tugasan
PBS yang saya terima. Berikut merupakan perancangan saya.

Hari Pertama  Berjumpa dengan guru besar


 Berjumpa dengan guru – guru penolong kanan
Isnin (13 Mac 2017)  Berjumpa dengan guru pembimbing
 Berkenalan dan beramah mesra dengan para
guru
 Menyertai perhimpunan rasmi yang diadakan
 Meninjau persekitaran sekolah dengan
mengambil gambar

Hari Kedua  Mencari maklumat berkenaan tugasan


 Menemu bual staf – staf sekolah
Selasa (14 Mac 2017)  Melihat sesi P&P serta iklim bilik darjah

Hari Ketiga  Menemu bual guru pembimbing


 Meneruskan pencarian maklumat
Rabu (15 Mac 2017)

Hari Keempat  Berinteraksi dengan para murid


 Menyusun maklumat
Khamis (16 Mac 2017)

Hari Kelima  Mencari maklumat tambahan


 Bermesra dengan warga sekolah
Jumaat (17 Mac 2017)  Pemberian cenderamata kepada pelajar

Perancangan Semasa PBS

Semasa menjalankan PBS, saya telah merujuk kepada perancangan awal yang telah
saya rancang. Saya melaksanakan PBS di SJK(T) Kuala Reman, Panching berdasarkan
tugasan dan jadual perancangan aktiviti yang ditetapkan bagi mendapatkan maklumat yang
jelas.

Pada hari pertama PBS, saya dan rakan saya telah bertolak dari rumah pada pukul
6.50 pagi menaiki bas ke SJK(T) Kuala Reman. Kami telah sampai di sana pada pukul 7.20
pagi. Setelah sampai di sekolah, saya dan rakan saya terus ke pejabat Guru Besar iaitu
PN. Uama Thevi A/P Thevaraj untuk melaporkan diri. Namun, disebabkan perhimpunan
rasmi yang diadakan pada hari itu, guru besar meminta kami untuk berjumpa dengannya
selepas perhimpunan. Oleh itu, kami telah menyertai sesi perhimpunan rasmi bersama –
sama guru dan murid – murid yang diadakan di kantin sekolah. Semasa perhimpunan, guru
bertugas pada minggu itu telah memberi ucapan beliau dan dalam ucapan beliau memberi
banyak info kepada pelajar serta mengambil berat terhadap kebajikan para pelajar dengan
menanya khabar. Guru Besar telah menyuruh saya dan rakan saya untuk memperkenalkan
diri di hadapan warga sekolah.

Kemudian, selepas tamat sesi perhimpunan, saya dan rakan saya telah berjumpa
dengan Guru Besar. Kami memperkenalkan diri masing – masing dan memberitahu tujuan
sebenar kami datang ke sekolah tersebut. Pada mulanya, guru besar bertanya khabar dan
asal usul saya dan rakan serta memberikan serba sedikit maklumat mengenai sekolah.
Pada masa yang sama, Guru Besar memperkenalkan guru pembimbing kami iaitu Puan
Pungkodi A/P Thiagarajah. Setelah berjumpa dengan Guru Besar, saya dan rakan saya
bersama – sama meninjau kawasan sekolah bagi melihat persekitaran sekolah. Untuk
memenuhi kehendak tugasan saya telah mengambil gambar – gambar persekitaran
sekolah. Menurut pemerhatian saya pada sekolah itu ialah, suasana bilik darjah yang dihiasi
dengan pelbagai maklumat atau info yang berguna seperti kata – kata hikmat, peraturan –
peraturan yang perlu dipatuhi, peta dunia, nilai – nilai murni dan sebagainya. Kebiasaanya
setiap hari kecuali hari jumaat, kelas tambahan telah diadakan sehingga pukul 3.00 petang
bagi tahun 4, 5 dan 6.

Pada hari kedua, ketiga dan keempat saya tidak dapat melihat proses pembelajaran
dan pengajaran yang berlaku di bilik darjah kerana berlaku peperiksaan bulanan kepada
para pelajar. Oleh itu, saya telah menemu bual dengan seorang pekerja sekolah iaitu Puan
Surammal A/P Krishnan mengenai pengalaman bekerja di sekolah tersebut dan budaya
sekolah. Selain itu, saya telah menemu bual guru pembimbing iaitu Puan Pungkodi A/P
Thiagarajah yang bekerja selama 3 tahun di sekolah tersebut mengenai penglibatan murid
dalam kelas, bahan bantu mengajar yang digunakan, kekurangan penggunaan ICT dalam
P&P dan cara murid dibahagikan ketika menjalankan sesuatu aktiviti. Pada masa cikgu
sekolah tersebut agak sibuk dan keluar atas kerja yang rasmi, memberi peluang untuk saya
masuk ke kelas sebagai guru relief. Dengan itu, saya dapat menikmati suasana bilik darjah
sebagai serorang guru.

Pada hari jumaat, kelas telah berlangsung secara biasa selepas peperiksaan
bulanan. Pada masa itu juga, saya berpeluang memerhatikan pelaksanaan proses
pembelajaran dan pengajaran oleh guru di bilik secara secara langsung. Saya dapat lihat
sendiri bagaimana guru mengendalikan kelas dan menjalankan P&P dengan berkesan dan
pada masa yang sama saya dapat mengetahui strategi – strategi yang digunakan oleh guru
mengikut tahap kognitif para murid.
Sebelum pulang, saya dan rakan saya mengucapkan terima kasih kepada semua
warga sekolah terutamanya Guru Besar dan guru pembimbing kerana membenarkan saya
untuk menjalankan PBS di sekolah ini serta membimbing saya untuk menyiapkan tugasan
PBS yang diberi. Saya juga berterima kasih kepada guru – guru dan staf – staf sekolah
sekolah atas komitmen yang telah diberikan.

Anda mungkin juga menyukai