Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

Hari Aktiviti Catatan


Ahad Melapor di pejabat sekolah lebih kurang pada pukul
(12 Mac)
7.10
Berjumpa dengan guru besar ( Encik.Subramaniam)
Diperkenalkan kepada En. Subbarao, selaku Guru
Penolong Kanan Pentadbiran dan guru mentor iaitu Pn
Jayabarathy.
Ditempatkan di bilik guru dan saya juga berpeluang
untuk mengeratkan hubungan dengan semua guru di
bilik guru.
Dapat mengenalpasti jawatan-jawatan yang disandang
oleh para guru dan juga berpeluang untuk meminta
serba sedikit tentang pengurusan dan takwim sekolah.
Berjumpa dengan mentor dan berinteraksi dengan
beliau tentang satu sama lain serta beliau memberi
saya satu gambaran yang jelas tentang pengurusan
kelas mengumpul maklumat sejarah sekolah.
Mengelilingi sekolah untuk melihat serta memerhatikan
keadaan sekeliling sekolah dan mencari maklumat
mengenai sekolah tersebut.
Mengambil gambar mengenai kawasan sekeliling
sekolah dan kemudahan sekolah.
Sekali lagi berjumpa dengan mentor untuk berbincang
mengenai Pelaksanaan P & P dalam kelas.
Meninggalkan sekolah pada waktu 1.30 petang.
Isnin Melapor diri pada pukul 7.15 pagi.
(13 Mac)
Diberi peluang oleh Pn Jayabarathy untuk masuk ke
kelas ganti iaitu kelas Tahun 1 dan 4.
Dapat mengetahui bahawa setiap murid mempunyai
pelbagai sifat dan kecerdasan yang berlainan.
Menganjurkan beberapa aktiviti kecil yang menarik
dalam kelas tersebut.
Murid-murid bergaul mesra dengan saya tanpa
sebarang halangan kerana hubungan yang baik telah
dieratkan sebelum aktiviti dimulakkan.
Berjumpa dengan penolong kanan untuk mendapatkan
buku perancangan sekolah tersebut.
Mendapatkan maklumat tambahan seperti aktiviti
kurikulum yang diadakan di sekolah tersebut daripada
penolong kanan.
Menemu ramah Penolong Kanan Pentadbiran untuk
berbincang mengenai prestasi murid di sekolah
tersebut.
Mengambil maklumat yang relevan dengan tugasan
yang diberi serta apa yang perlu.
Membuat borang kolaborasi dan juga refleksi terhadap
temu ramah yang dijalankan.
Berjumpa dengan Pn. Mala selaku guru kaunseling
untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan
program-program di sekolah itu.
Beliau juga merupakan guru kelas Tahun 1 di sekolah
tersebut.
Dapat mengetahui bahawa sekolah ini sangat
memberikan keutamaan untuk mencapai objektif
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Beliau turut mempunyai hasrat yang tinggi untuk
menghapuskan masalah disiplin di sekolah ini.
Mengambil sedikit masa untuk membuat laporan PBS
serta membahagikan maklumat yang diperolehi
mengikut tugasan yang diberikan kepada saya.
Pada pukul 1.15 petang saya menunggu dekat pintu
utama sekolah untuk memastikan murid-murid balik ke
rumah dengan selamat.
Meninggalkan sekolah pada waktu 2.00 petang.

Selasa Melaporkan diri pada pukul 7.10 pagi.


(14 Mac )
Bercadang untuk memerhatikan pengurusan tadika, bilik
komputer dan makmal sains.
Berjumpa dengan guru tadika di sekolah itu.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekolah itu
boleh digunakan oleh murid-murid tadika tersebut.
Mendapat satu penjelasan yang baik daripada Guru
Tadika tersebut tentang pelaksanaan tadika dan cabaran
yang dihadapi olehnya.
Berjumpa dengan En Subbarao bagi mendapatkan
maklumat tentang penggunaan makmal matematik
selaku guru makmal matematik sekolah itu.
Beliau juga memberikan kerjasama yang bagus dengan
memberikan penjelasan tentang aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak Panitia Matematik dan tentang kegunaan
serta kepentingan adanya makmal matematik di sekolah
ini kepada para murid.
Berjumpa dengan Pn. Vasantha sebagai penasihat
lembaga pengawas.
Menanyakan beberapa soalan tentang tahap disiplin di
sekolah itu kepadanya dan beliau telah menerangkan
tentang tahap disiplin dan juga tindakan yang diambil
oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah disiplin
murid-murid tersebut.
Pelbagai program dijalankan untuk meningkatkan
kesedaran dalam diri pelajar.
Berjumpa dengan guru-guru sekolah untuk mendapatkan
maklumat tentang pengalaman mereka dalam bidang
perguruan ini.
Dapat maklumat yang berfaedah daripada perkongsian
mereka tentang pengalaman mereka sebagai seorang
guru.
Menemu bual dengan guru cemerlang subjek Bahasa
Inggeris iaitu Pn. Shanbagavally.
Perkongsian beliau memang memotivasikan saya untuk
menjadi seorang guru yang berprofesional dan saya juga
bertanya tentang kaedah yang digunakan oleh beliau
semasa menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran supaya saya dapat mengaplikasikannya
kelak.
Meninggalkan sekolah pada waktu 1.20 tengah hari.

Rabu Melaporkan diri pada pukul 7.15 pagi.


(15 Mac)
Berjumpa dengan Puan Chandrakumari untuk
mendapatkan info tentang sistem pengurusan sekolah.
Saya juga mendapatkan maklumat tentang aktiviti-aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan pencapaian
mereka dalam aktiviti-aktiviti tersebut.
Saya juga mengumpul maklumat tentang pelaksanaan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) melalui
berjumpa berjumpa dengan pekerja-pekerja di kantin
sekolah.
Warga kantin amat mementingkan kebersihan dan harga
makanan mereka juga memuaskan pelanggan.
Saya turut memerhati murid-murid tidak melanggar
peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh warga kantin.
Saya juga berpeluang untuk mengambil gambar situasi
kantin pada waktu rehat.
Saya juga berpeluang untuk memerhati perjalanan
aktiviti kokurikulum sekolah tersebut.
Meninggalkan sekolah pada pukul 2.45 petang.
Khamis Melaporkan diri pada pukul 7.10 pagi.
(16 Mac)
Berjumpa dengan guru besar dan mentor di sekolah
untuk mendapatkan pengesahan tentang kehadiran dan
kelakuan saya selama seminggu di sekolah itu.
Pada masa yang sama, guru besar juga memberi banyak
nasihat dan input yang berfaedah yang berkaitan dengan
profesion perguruan.
Beliau juga meminta sedikit refleksi tentang pengalaman
saya semasa berada dalam sekolah selama satu
minggu.
Juga berjumpa dengan guru-guru sekolah dan juga
berterima kasih kepada mereka kerana mereka sudi
meluangkan masa mereka bersama saya semasa
meminta pertolongan.
Berasa sedih tetapi pada masa yang sama berasa
gembira kerana pengalaman yang dapat daripada
sekolah ini memang memberi satu input yang amat baik
dalam perjalanan saya sebagai seorang guru.
Meninggalkan sekolah pada waktu 2.00 petang.

Anda mungkin juga menyukai