Anda di halaman 1dari 1

Teori Eklektik

Semasa menjalankan sesi kaunseling pelbagai teori boleh digunakan oleh kaunselor
sebagai pedoman pelaksanaan kaunseling untuk membantu klien. Salah satu teori yang boleh
digunakan ialah teori kaunseling eklektik. Teori ini dikembangkan sejak tahun 1940-an. Teori
eklektik ini dipelopori oleh Frederick Thorne. Selepas itu, teori ini dibangunkan oleh Robinson.
Teori ini juga menunjukkan suatu sistem dalam kaunseling yang berpegang pada pandangan
teori dan pndekatan hasil perpaduan pelbagai unsur yang diambil atau dipilih dari beberapa
konsep serta pendekatan .

Teori kaunseling eklektik memerlukan tanggapan dari pelanggan tentang sejarah masa
lalu mereka, situasi saat ini, dan kemungkinan di masa depan. Oleh itu, kaunselor perlu
mempunyai pengetahuan yang mendalam untuk mengenali diri klien. Tujuan kaunseling teori ini
ialah untuk membantu klien membangunkan integrasi pada tahap tertinggi. Untuk mencapai
tujuan yang ideal ini, klien perlu dibantu untuk menyedari sepenuhnya keadaan masalahnya
dan mengajar klien secara sedar dan intensif dan mempunyai latihan pengendalian atas
permasalahan klien. Oleh itu , kaunselor perlu mempunyai personaliti yang baik .

Tujuan perkhidmatan kaunseling eklektik adalah menggantikan tingkah laku yang kurang
baik dan emosi dengan tingkah laku yang bercorak lebih rasional dan lebih konstruktif .
Kaunselor sebagai ahli kaunseling yang menguasai pelbagai prosedur dan teknik untuk
memberikan bantuan kepada orang lain serta berkompeten untuk mendampingi kaunseling
dalam menyelesaikan persoalan - persoalan hidup secara tuntas .

Anda mungkin juga menyukai