Anda di halaman 1dari 4

HARI PERTAMA (SELASA- 23 OGOS 2016)

Kami bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang ke Pusat Kokurikulum
Negeri Pulau Pinang pada pukul 8.00 pagi. Kami sampai di pusat tersebut pada pukul 9.00
pagi. Kami seramai 81 orang pelajar guru iaitu 5 Unit Beruniform (Pengakap, Kadet Pandu
Puteri, Bulan Sabit Merah Malaysia, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah) dan seramai 5
orang pensyarah dari Unit Kokurikulum turut bersama kami ke kem. Sebagai
permulaan,suatu taklimat ringkas telah diberi oleh Encik Nadzri tentang kem ini. Selepas itu,
Pengarah Pusat Kokurikulum telah memberi penerangan dan maklumat selanjutnya tentang
pusat kokurikulum tersebut.

Selepas itu, kami minum minuman pagi yang mana disediakan mengikut unit beruniform
masing-masing dan sebagai aktiviti pertama dimulakan dengan mendirikan khemah.
Sebelum itu, kami menyimpan barang-barang yang dibawa di khemah yang disediakan oleh
Pusat Kokurikulum dan kami ahli Pengakap diarahkan untuk berkongsi satu khemah dengan
ahli Kadet Remaja Sekolah. Selepas itu, kami dibahagikan mengikut unit beruniform masing-
masing dan diberikan khemah untuk didirikan. Kami juga telah bekerja dalam kumpulan
untuk membina beberapa gajet untuk khemah seperti ampaian, rak kasut, dapur dan
sebagainya. Selepas aktiviti mendirikan khemah, kami telah makan tengahari dan berehat.

Pada pukul 2 petang, aktiviti bersama yang pertama iaitu aktiviti membina pasukan(Team
Building) dijalankan. Aktiviti ini dikendalikan oleh En. Barchan Singh dan En. Faizul. Aktiviti
membina pasukan ini sangat menyeronokkan dan sangat mencabar. Aktiviti ini tamat pada
pukul 4 petang. Pada pukul 4 petang, kami diberi minuman petang.

Setelah itu, pada pukul 4.30 petang, kami berkumpul di dewan pelajar untuk aktiviti unit.
Aktiviti ini dikendalikan oleh Miss Lau iaitu pensyarah unit kami. Beliau telah mengadakan
kuliah tentang manik kayu. Slot ini berakhir pada pukul 6.30 petang. Pada pukul 7 petang,
kami diberi makan malam. Selepas makan malam, kami telah balik ke khemah masing-
masing untuk siap sedia bagi aktiviti seterusnya.

Setelah siap sedia, pada pukul 8.30 malam, aktiviti bersama unit telah dijalankan. Aktiviti ini
dikendalikan oleh pensyarah unit masing-masing. Aktiviti yang dijalankan dalam unit
Pengakap ialah sambungan daripada kuliah tentang manik kayu oleh En. Nadzri. Sesi ini
telah tamat pada pukul 10.30 malam. Pada pukul 10.30 malam, kami diarahkan untuk tidur
di khemah masing-masing.
HARI KEDUA (RABU-24/08/2016)

Pada hari kedua ini, kami telah berkumpul di tapak kawad kaki pada pukul 6.45 pagi. Kami
telah membuat latihan kawad selama setengah jam dengan pantauan dan bimbingan oleh
wakil dari Kadet Pandu Puteri. Selepas itu, kami telah makan sarapan pagi dan bersedia
untuk aktiviti seterusnya. Pada pukul 8.00 pagi, kami telah berkumpul di dewan untuk aktiviti
unit masing-masing. Bagi pengakap, aktivitinya dikendalikan oleh Miss Lau dengan memberi
kursus manik kayu. Aktiviti ini dijalankan sehingga pukul 9 pagi. Pada pukul 9 pagi, aktiviti
pemeriksaan pagi dijalankan. Aktiviti ini pula dikendalikan oleh semua pensyarah kelima-
lima unit beruniform. Antara aspek yang diambil kira oleh mereka dalam pemeriksaan ini
ialah cara pembinaan gajet, kebersihan, cara penyusunan barang-barang keperibadian dan
keperluan dan lain-lain lagi. Aktiviti ini tamat pada pukul 10.00 pagi.

Selepas itu, kami minum minuman pagi yang mana disediakan mengikut unit beruniform
masing-masing. Aktiviti yang seterusnya yang diadakan ialah masakan rimba. Kami
dibahagikan mengikut unit beruniform masing-masing dan diberi barang-barang diperlukan
untuk masakan rimba. Kami telah memulakan masakan rimba pada pukul 11.00 pagi serta
perlu diberhentikan pada pukul 12.30 tengah hari. Selepas kelima-lima kumpulan
menyiapkan masakan rimba ini, para hakim telah mula untuk menilai dan merasa semua
masakan yang dimasak oleh kami. Pada pukul 12.30 tengah hari, kami diberi makanan
tengah hari.

Pada pukul 2 petang, aktiviti bersama unit diteruskan lagi. Bagi unit Pengakap, kursus manik
kayu diteruskan oleh Miss Lau. Beliau telah mengajar kami tentang cara merancang aktiviti,
sejarah pengakap dan sebagainya. Slot ini berakhir pada pukul 4 petang. Pada pukul 4
petang, kami diberi minuman petang. Pada pukul 4.30 petang, kami diberi masa untuk
membuat persiapan dan latihan bagi persembahan malam kebudayaan. Tema bagi malam
kebudayaan ialah Kemerdekaan.

Pada pukul 7.00 malam, kami diberi makan makanan malam dan bersiap sedia untuk aktiviti
Malam Kebudayaan. Pada pukul 8.45 malam, kelima-lima unit beruniform telah
memeriahkan dan menjayakan aktiviti Malam Kebudayaan dengan pelbagai jenis
persembahan. Bukan sahaja pelajar guru, malah pensyarah juga turut membuat
persembahan untuk menjadikan malam kebudayaan lebih meriah. Pada pukul 11.00 malam,
kami diarahkan untuk masuk tidur di khemah masing-
HARI KETIGA (KHAMIS-25/08/2016)

Pada hari ketiga ini, kami diarahkan untuk berkumpul di padang kawad kaki pada pukul 6.45
pagi. Sebagai aktiviti permulaan, kami diarahkan untuk mengikut latihan kawad kaki
mengikut unit masing-masing. Kami telah membuat kawad kaki selama setengah jam
dengan bimbingan saudara Lee Sing Kiat dari unit Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).
Seperti biasa, selepas latihan kawad, kami makan sarapan pagi dan bersedia untuk aktiviti
seterusnya. Pada pukul 8 pagi, semua unit berkumpul di tapak perkhemahan masing-
masing bagi aktiviti pemeriksaan pagi. Aktiviti ini telah dihakimi oleh wakil daripada setiap
unit beruniform. Aktiviti ini telah tamat pada pukul 9.00 pagi.

Aktiviti yang seterusnya yang diadakan pada jam 9 pagi aktiviti bersama unit. Dalam unit
kami iaitu pengakap, Encik Abu Zaki telah meneruskan lagi dengan kursus manik kayu.
Antara perkara yang dibincangkan dalam slot beliau ialah etika pakaian seragam pengakap.
Selepas itu, kami kami minum minuman pagi yang mana disediakan mengikut unit
beruniform masing-masing. Pada pukul 10.30 pagi, aktiviti pengembaraan menggunakan
kompas telah dikendalikan oleh pegawai Pusat Kokurikulum iaitu Encik Safwan. Tujuan
aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan untuk menggunakan kompas
dengan betul. Setelah memberi taklimat dan penerangan tentang aktiviti pengembaraan ini,
beliau telah membahagikan semua peserta kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
diberi satu kompas dan peta petunjuk. Aktiviti ini mengambil masa selama satu jam
setengah. Setelah tamat aktiviti ini, kami makan makanan tengah hari dan berehat seketika.

Pada pukul 2 petang, aktiviti unit diteruskan lagi bersama Encik Abu Zaki. Beliau
meneruskan lagi dengan kursus manik kayu bersama kami. Pada pukul 4 petang, kami
diberi minuman petang. Selepas itu, kami sambung lagi dengan kursus manik dengan Encik
Abu Zaki. Dalam slot ini, beliau telah mendedahkan kami dengan pelbagai jenis permainan
yang boleh dijalankan oleh ahli pengakap kepada kanak-kanak. Permainan yang beliau ajar
itu sangat mencabar dan menyeronokkan.

Pada pukul 7 petang, kami diberi makan malam dan bersiap sedia untuk aktiviti unit yang
seterusnya. Pada pukul 9 malam, aktiviti unit masing-masing dijalankan. Dalam aktiviti unit
ini, kami cuba dan aplikasi jenis-jenis permainan yang kami belajar tadi. Pada pukul 10.30
malam, kami diarahkan untuk tidur di khemah masing-masing.
HARI KEEMPAT- 26/08/2016

Pada hari kedua ini, kami telah berkumpul di tapak kawad kaki pada pukul 6.45 pagi. Kami
telah membuat latihan kawad selama setengah jam dengan pantauan dan bimbingan oleh
wakil dari Puteri Islam. Selepas itu, kami telah makan sarapan pagi dan bersedia untuk
aktiviti seterusnya. Pada pukul 8 pagi, kami diarahkan untuk mengemaskan barang-barang
kami sebelum aktiviti seterusnya bermula pada jam 9 pagi.

Pada pukul 9.30 pagi, aktiviti bersama iaitu aktiviti Radio Hem dijalankan. Aktiviti ini
dikendalikan oleh Encik Khoo. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi
pendedahan awal tentang radio HEM dan cara berkomunikasi yang efektif. Aktiviti ini tamat
pada pukul 11.30 pagi.

Pada pukul 12.00 tengahari, kami telah memulakan majlis penutupan. Selepas tamat majlis
penutupan, pada pukul 1.00 tengahari, kami dihidangkan dengan makanan tengahari dan
membuat persiapan untuk balik ke kampus. Selepas makan tengahari, kami mula
menyimpan segala peralatan yang dibawa dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau
Pinang ke dalam bas. Seterusnya, kami berkumpul di Dewan Pelajar dan memastikan
sekeliling tempat tersebut bersih dan tidak sebarang sampah ditinggalkan. Pada pukul 2
petang, kami bertolak dari Pusat Kokurikulum dan menuju ke Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang. Kami selamat sampai di IPG pada pukul 3 petang.

Anda mungkin juga menyukai