Anda di halaman 1dari 4

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform SK Bukit Tembaga di Pendang Lake Resort Pada 3 hingga 5 Oktober 2013, 80 orang ahli

unit beruniform pengakap dari Sekolah


Kebangsaan Bukit Tembaga telah terlibat dengan jayanya dalam Perkhemahan Unit

Beruniform yang berorientasikan sifat berdikari, kerjasama dan disiplin murid-murid. Terdapat beberapa objektif perkhemahan ini diadakan. Antara perkara yang ingin dicapai ialah: a) Melengkapkan disiplin dan sahsiah yang tinggi dalam diri murid - murid b) Melatih murid murid supaya dapat berdikari dan berani c) Mengeratkan silaturahim dan kerjasama di antara murid murid d) Melatih murid murid agar bersedia menghadapi kesusahan 3 Oktober 2013 Para peserta telah berkumpul di dataran sekolah pada tepat pukul 2.00 petang. Murid-murid telah diberikan taklimat ringkas mengenai keselamatan dan menjaga diri serta tingkah laku ditempat lain sebelum bertolak. Setelah selesai taklimat peserta yang terlibat mula bertolak. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit, untuk smpai ke tapak perkhemahan. Masa yang lama ini memberi peluang kepada pelajar memerhati keadaan sekeliling dan memberi sedikit ruang untuk para peserta merehatkan diri sebelum bertungkus-lumus apabila sampai nanti Para peserta tiba di tapak perkhemahan Pendang Lake Resort pada jam 5.30 petang. Setelah tiba ditapak perkhemahan, 30 minit diperuntukkan untuk berkumpul dan mendengar taklimat daripada guru pembimbing dan pihak pengurusan Pendang Lake Resort iaitu Encik Razali bin Lebai Dol dan dan beberapa orang fasilitator. Bacaan doa dimulakan sebelum aktiviti perkhemahan bermula dan diketuai oleh ketua pelajar iaitu, Muhamad Afiq bin Jauhari.. Selepas selesai bacaan doa, semua peserta diarahkan untuk mendirikan

khemah bagi kumpulan masing masing yang telah dibahagikan semasa di dataran sekolah. Sebuah khemah sebuah khemah diperuntukkan untuk lima orang murid. Sebanyak 16 khemah telah didirikan untuk 80 orang peserta.
1

Setelah siap mendirikan khemah, para peserta menyiapkan diri untuk sembahyang Maghrib dan Isyak berjemaah di Surau. Pada jam 9 malam selepas makan malam berlansung sesi ice breaking yang yang dikendalikan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling iaitu Puan Nah binti Jusoh. Aktiviti ini bertujuan untuk memecahkan tembok yang terdapat diantara peserta itu sendiri dan seterusnya dapat berkerjasama dengan semua peserta lain. Dalam aktiviti ini, suasana begitu riuh dan ceria dengan gelak tawa peserta. Setelah selesai para peserta menikmati hidangan larut malam dan kemudian pulang ke khemah masing-masing untuk berehat. 4 Oktober 2013 Pada hari kedua, semua peserta dikehendaki melakukan solat subuh secara berjemaah. Ada diantara peserta yang khemahnya terpaksa digegarkan untuk mengejutkan mereka. Selepas solat subuh, terdapat kuliah khas yang dikelolakan oleh Ustaz Azhar Alimin. Setelah selesai, para peserta dikehendaki berkumpul di dataran pada pukul 7.30 pagi untuk melakukan senamrobik yang dibimbing oleh guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Encik Ahmad Yussof. Setelah senamrobik, para peserta diberikan sarapan pagi sebagai pembekal tenaga yang bermenukan roti canai dan milo panas. Selesai bersarapan, para peserta dikehendaki berkumpul dan berbaris untuk bersedia dalam latihan kawad kaki. Selepas latihan kawad kaki, telah diadakan satu pertandingan kawad kaki. Dalam pertandingan tersebut, amat sukar untuk membezakan mana satu yang terbaik kerana setiap kumpulan adalah hebathebat belaka. Aktiviti seterusnya pula bermula pada pukul 10.00 pagi dan para peserta akan menjalani aktiviti jungle trekking dimana mereka berpecah mengikut kumpulan dan setiap satu kumpulan mempunyai guru pembimbing masing-masing. Setiap peserta hanya dibekalkan roti dan air mineral untuk aktiviti tersebut. Laluan jungle trekking ini adalah sejauh 5 kilometer dan telah ada bendera yang ditanda pada pokok sebagai panduan. Setiap bendera tersebut telah di letakkan soalan dan dikehendaki menjawab soalan tersebut. Melalui aktiviti ini, kemahiran bergerak dalam pasukan amat dipentingkan. Aspek kerjasama yang ditonjolkan juga adalah antara penilaian yang diberikan markah. Semua peserta perlu memberanikan diri dan yakin dengan kebolehan diri mereka sendiri. Aktiviti ini mengambil masa dalam 3 jam dan ianya
2

berakhir pada jam 12 tengah hari. Terdapat juga kumpulan yang lewat kerana setiap ahlinya tidak bersependapat. Walau bagaimana pun, sinar kepuasan dan keceriaan menyerlah di setiap wajah masing-masing. Selepas aktiviti itu tamat, para peserta diberikan masa untuk berehat dan mempersiapkan diri untuk Solat Jumaat dan seterusnya mengambil makanan yang telah disediakan.menu pada kali ini juga istimewa iaitu nasi putih, ayam masak merah, telur masin, sayur campur, buah tembikai susu dan air laici. Para peserta menikmati juadah mereka dengan penuh berselera kerana semua tenaga telah mereka gunakan pada aktiviti pagi tadi. Tepat jam 2.30 petang, para peserta diminta untuk berkumpul di dewan besar. Kali ini Puan Jamartah binti Mulk memberikan taklimat ringkas mengenai persembahan yang akan dipersembahkan oleh setiap kumpulan pada malam Unggun Api. Setelah mendengar taklimat, para peserta bergerak mengikut ahli kumpulan masing-masing. Para peserta berbincang mengenai persembahan yang akan mereka persembahkan dengan bantuan fasilitator masing-masing. Pada jam 4.30 petang peserta bersurai untuk menunaikan solat Asar secara berjemaah dan menikmati hidangan minum petang. Pada jam 5.30 petang peserta berkumpul kembali ke dewan untuk mendengar taklimat oleh guru penasihat pengakap, Encik Hafiz bin Azizan mengenai ikatan dan simpulan. Setiap peserta dibekalkan dengan 4 utas tali untuk melakukan ikatan dan simpulan. Para peserta berasa gembira dan seronok dengan aktiviti ini. Setelah menunaikan solat Maghrib dan Asar secara berjemaah, peserta berkumpul di tapak unggun api. Oleh kerana ini adalah malam terakhir, pada malam tersebut telah diadakan malam kebudayaan dimana setiap kumpulan perlu membuat persembahan. Pada malam itu, disediakan juga jamuan yang amat enak seperti nasi briani, ayam rendang, nasi empet dan yang paling laris adalah BBQ iaitu sate dan sosej. Peserta diberikan sendiri peluang untuk memasak di unggun api sambil melihat persembahan. Kesemua persembahan pada malam itu amat menarik dan menghiburkan hati. Malam Kebudayaan di Pendang Lake Resort itu meninggalkan kenangan yang terindah dihati para peserta dan guru guru yang terlibat dengan perkhemahan ini. Aktiviti pada malam ini berakhir pada pukul 12 tengah malam.

5 Oktober 2013 Pada hari ketiga, seperti biasa peserta perlu menghadiri solat secara berjemaah dan mendengan ceramah khas yang bertajuk Aku, Kau dan Kita yang menerangkan mengenai perjalanan hidup seorang pelajar dalam menempuhi kehidupan seharian dalam konteks pemupukan persahabatan. Ceramah ini dibimbing oleh Ustaz Kahar Rahman. Selepas mengambil sarapan para peserta diminta untuk ke tapak

perkhemahan untuk mengemas khemah masing-masing. Diperuntukkan selama 30 minit untuk mengemas khemah dan barang-barang peribadi. Setelah itu, para peserta berkumpul untuk upacara penutupan dan pemberian hadiah. Upacara ini berjalan dengan lancar dan ia telah di rasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga, En Kamaruzaman bin Che Ya. Selesai majlis penutupan, murid-murid mengambil hidangan tengah hari mereka dan bersiap untuk pulang. Kesimpulan Dapat disimpulkan disini bahawa objektif telah tercapai dengan jayanya berdasarkan kepada penglibatan peserta. Para peserta mula memahami tentang kaedah untuk mendisiplinkan diri, memiliki semangat bekerjasama dan berpasukan serta tolong menolong. Selain itu, murid murid juga dapat memupuk keberanian di dalam diri masing masing. Mereka juga dapat mempelajari bahawa terdapat pelbagai dugaan yang mendapat namun perlu di ingatkan bahawa putus asa dan menyerah kalah bukanlah satu tindakan yang bijak. Oleh itu, program atau aktiviti ini perlu dikekalkan agar dapat memberi pendedahan kepada murid dan sekaligus membuka minda mereka kepada dunia luar. Disediakan oleh,

(_________________________)
NOORLIDZA BT MAHFODZ 4

Anda mungkin juga menyukai