Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Pengenalan
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita,
arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran
mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada
peringkatpenerimaan (receptive level).
Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus
dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat
memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat.
Kemahiran ini juga dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa yang bertujuan
untuk memungkinkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu.
Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima
atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan
untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya
lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan
dan pendengaran.
Menurut Yahya Othman dalam buku Pedagogi Bahasa pula menyatakan
bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara
intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang
terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana
penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian.
Sehubungan itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang
digunakan adalah bagi tujuan mendengar. Keupayaan mendengar yang berkesan perlu
ditekankan supaya pelajar dapat menguasai semua mata pelajaran ketika di dalam
kelas.
Pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar mendengar pada jangka masa yang
lama sebelum mencuba untuk bertutur. Kemahiran mendengar juga memberikan
peluang kepada pelajar mendapatkan makna bagi mesej yang didengar bagi bahasa

itu. Hal ini juga dapat membantu pelajar memperbaiki kemampuan dari segi
penggunaan bahasa dengan lebih baik lagi. Sekirannya pelajar tidak menguasai
kemahiran mendengar ini dengan baik, maka mereka tidak dapat menumpukan
sepenuh perhatian dan tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa
pengajaran di dalam kelas.
Pendengaran (listening) merupakan suatu kemahiran yang asas dan utama
dalam proses komunikasi. Tetapi, aktiviti ini diabaikan dan tidak diberikan perhatian
yang serius oleh kebanyakan orang.
Menurut seorang pakar komunikasi, Paul Rankin (1929), 70% daripada waktu
tidak tidur kita dalam sehari digunakan untuk berkomunikasi dan 45% pula digunakan
untuk mendengar sesuatu. Manakala 30% lagi digunakan untuk percakapan atau
perbualan, sebanyak 16% daripada masa komunikasi anda digunakan untuk bacaan
dan hanya 9 % masa anda dihabiskan untuk penulisan. Kajian yang telah dibuat oleh
kebanyakan pakar menunjukkan bahawa kira-kira 85% daripada pengetahuan kita
diperolehi melalui pendengaran.
Menurut Markgraf (1957) yang dipetik oleh Koh Boh Boon dalam bukunya iaitu
Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia menyatakan , kajian
terhadap murid-murid sekolah tinggi pula menunjukkan bahawa pelajar ini telah
menggunakan 46% daripada masa mereka di sekolah untuk mendengar sahaja dan
60% daripada aktiviti pendengaran itu adalah untuk mendengar percakapan guru.
Seterusnya, terdapat beberapa kaji selidik yang dijalankan yang berkaitan tentang
kepentingan kemahiran mendengar yang diajar di luar dan dalam bilik darjah.
Kesimpulannya, kemahiran mendengar ini merupakan sebahagian daripada
proses komunikasi antara manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental
kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang
didengar.

2.0 Takrif Kemahiran Mendengar


Terdapat perbezaan antara listening dan hearing. Kedua-dua perkataan bahasa
Inggeris tersebut mempunyai maksud yang sama dalam bahasa Melayu. Namun
sebenarnya hearing adalah mendengar yang bersifat fizik, bermaksud ada suara yang
didengari oleh telinga kita, namun tidak diperhalusi oleh fikiran kita, jadi apa-apa yang
didengari oleh kita bersifat angin lalu, iaitu tidak berkesan. Listening pula melibatkan
usaha-usaha aktif dari fikiran kita dan perhatian penuh atas apa yang kita dengar
melalui telinga kita.
Dengan demikian mendengar yang efektif adalah seperti listening dalam
Bahasa Inggeris yang merupakan sebuah proses serius yang tidak boleh dilakukan
hanya dengan mengandalikan kebiasaan, refleks atau perasaan. Mendengar yang
efektif adalah upaya untuk menghubungkan titik-titik yang kadangkala menyatakan
nasihat yang tersembunyi yang perlu kita tahu.
Sayangnya kita kurang memberi perhatian tentang pentingnya mendengar
secara efektif, sehingga seringkali menyebabkan kesilapan dalam komunikasi, salah
menerima maklumat atau tindak balas dari pendengar yang tidak diharapkan. Salah
satu penelitian menunjukkan rata-rata orang menghabiskan satu pertiga daripada
waktunya dalam organisasi untuk mendengar. Sehingga jika kita memiliki kecekapan
mendengar yang baik, waktu yang kita habiskan untuk mendengar akan lebih
bermakna.
Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat
kemahiran. Peringkat pertama iaialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahsa
yang hampir sama seperti b dan p yang mewakili badang dan padang., d dan t
yang mewakili datang dan tatang.
Peringkat kedua pula ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti
perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung
kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar itu. Untuk memahami
bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman seperti
pengetahuan sedia ada pada pendengar, seperti fakta dan budaya bahasa yang

didengar serta bagaimana bahasa digunakan. Sejurus itu adalah pengetahuan tentang
situasi berlakunya pertuturan yang didengar dan pengetahuan tentang sistem bahasa.
Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami unsur
bahasa yang didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah suatu aktiviti
yang aktif. Si pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa.
Selain itu pendengar juga memilih dan menyimpan apa yan difahami dalam ingatannya.
Ini menunjukkan mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas
selepas mendengar.
Implikasi kurangnya perhatian pada kecakapan mendengar secara efektif adalah
fakta bahawa menjadi pembicara yang efektif sudah seringkali kita dengar, namun
latihan untuk mendengar yang efektif rasanya jarang kita temui. Padahal kecekapan
mendengar sangatlah penting. Orang bijak mengatakan kita dikurniakan oleh Tuhan
dengan dua telinga untuk lebih banyak mendengar dan hanya satu mulut untuk lebih
sedikit berbicara.

3.0 Objektif dan Matlamat Mendengar

4.0 Kemahiran Bahasa dalam KSSR


Berdasarkan dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah matlamatnya
adalah untuk melengkapkan diri murid dengan ketrampilan berbahasa serta
berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial,
dan juga dalam urusan harian. Hal ini menunjukkan bahawasanya kemahiran
penggunaan Bahasa Melayu adalah penting dalam kalangan murid-murid.
Mengikut rujukan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (1983),
penekanan adalah diberikan terhadap kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar
dan juga bertutur, kemahiran membaca serta menulis. Jadi, murid bolehlah
menggunakan kemahiran ini dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara berkesan

dalam kehidupan seharian serta sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur
hidup. Dalam sukatan pelajaran ini merangkumi pertimbangan terhadap pelbagai gaya
pembelajaran, minat, kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan
pelajaran turut memberi gambaran yang menyeluruh mengenai kurikulum Bahasa
Melayu.
Terdapat lima belas prinsip yang perlu dipatuhi bagi menjamin keberkesanan
pengajaran Bahasa Melayu, (Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1987 :39)).
Berdasarkan prinsip yang dinyatakan tersebut penekanan diberikan terhadap
pengajaran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Pengajaran lisan perlu
diutamakan terlebih dahulu kemudian barulah disusuli dengan pengajaran lain seperti
membaca dan juga menulis. Lisan merupakan asas kepada kemahiran kepada
kemahiran membaca dan juga menulis kerana di dalamnya merangkumi semua aspek
bahasa seperti bunyi, perkataan, rangkai kata, ayat, makna, intonasi, dan lain-lain yang
terdapat juga dalam kemahiran bacaan dan tulisan. Ini bererti apabila seseorang
itumenguasai kemahiran lisan, individu tersebut boleh memindahkan kemahiran
tersebut bagi memudahkannya menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Kepentingan kemahiran mendengar serta bertutur diberi penekanan dalam
kurikulum terkini yang akan digunakan mulai tahun 2011 iaitu Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Kemahiran mendengar dan bertutur ini dinyatakan melalui
aspek komunikasi yang perlu diterapkan dalam kalangan murid-murid iaitu
penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan juga bukan lisan ketika
berinteraksi. Hal ini jelas telah dinyatakan dalam dua medium KSSR iaitu Standard
Kandungan Bahasa Melayu iaitu mendengar, memahami serta memberi respon
terhadap sesuatu arahan, soalan serta pesanan yang didengar dengan betul,medium
yang kedua pula ialah Standard Pembelajaran Bahasa Melayu iaitu mendengar,
memahami dan memberi respons yang betul secara lisan terhadap soalan yang
pelbagai.

5.0 Faktor yang mempengaruhi Kemahiran Mendengar


Tedapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar. Antaranya ialah
faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi
sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada yang
mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak
tergolong dalam cacat pendengaran.
Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan kemahiran antara
mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki
yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar berbanding dengan
kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.
Faktor yang ketiga ialah status sosioekonomi. Letar belakang keluarga,
termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli-ahli keluarga mempengaruhi
kebolehan mendengar kanak-kanak. Latar belakang keluarga juga boleh
mempengaruhi emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan
dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.
Fakor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa mendengar biasanya seseorang
itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh mempengaruhi
kebolehan mendengarnya.
Faktor yang kelima dan terakhir ialah faktor mental. Kemahiran mendengar
berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui
deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap
pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar.

6.0 Permasalahan Kemahiran Mendengar


Terdapat beberapa masalah dalam menguasai kemahiran mendengar. Halanganhalangan ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Antara masalah dalam menguasai kemahiran mendengar ialah kekeliruan dalam


membezakan bunyi. Murid-murid sepatutnya mempunyai kemahiran dalam
menentukan persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar dan seterusnya dapat
memberi makna terhadap apa yang didengar. Kekeliruan dalam membezakan bunyi
akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami makna perkataan yang sebenar
tentang apa yang terkandung dalam ayat.
Masalah yang kedua ialah kelemahan dalam memahami apa yang didengar.
Jika seorang murid tidak memahami perkara yang didengarnya, ini akan
menyukarkannya untuk membuat tindakan terhadap perkara tersebut. Pelajar yang
lemah, terutamanya yang tidak memahami penggunaan penanda wacana yang menjadi
wahana penting dalam membentuk kesinambungan ayat akan menghadapi masalah
untuk mengaitkan apa yang didengar dengan makna keseluruhan ayat.
Masalah yang ketiga ialah tidak cekap dalam memproses maklumat. Pendengar
yang aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka dengar. Maklumat yang
didengar akan diproses dan disimpan untuk digunakan kembali. Contohnya seperti
semasa murid-murid mendengar pesanan guru supaya pesanan tersebut disampaikan
kembali kepada beberapa orang kawan mereka yang tidak datang ke sekolah.
Masalah yang keempat ialah pertuturan yang terlalu cepat. Pertuturan yang
terlalu cepat ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar untuk mentafsirkan makna
dan maklumat yang hendak disampaikan. Komplikasi ini menyebabkan murid-murid
sukar untuk memahami sepenuhnya makna berdasarkan ujaran yang didengar.
Masalah yang seterusnya ialah gaya pertuturan. Gaya pertuturan juga boleh
mempengaruhi kemahiran mendengar, sebutan, tekanan dan intonasi. Penggunaan
ciri-ciri suprasegmental yang kurang jelas semasa pembelajaran juga boleh
mempengaruhi gaya pertuturan seseorang. Salah satu cara untuk mengatasinya
adalah dengan menggunakan bahasa Melayu baku ketika bertutur. Selain itu para
penyampai maklumat terutamanya guru wajar merancang langkah-langkah yang sesuai
bagi mengatasi kemungkinan masalah kemahiran mendengar. Antara perancangan
yang harus dibuat ialah pemilihan bahan.

7.0 Strategi Pembelajaran


Terdapat pelbagai kaedah pengajaran kemahiran mendengar. Tujuan kaedah
pengajaran kemahiran mendengar adalah untuk menarik Minat murid, mengekalkan
perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu. Antara kaedah pengajaran yang boleh
dilaksanakan dalam kemahiran mendengar ialah kaedah permainan bahasa, kaedah
bercerita, kaedah kuiz dan kaedah soal jawab.
Permainan bahasa adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam
pengajaran kemahiran mendengar.Penglibatan dalam permainan telah memberi
peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan
sebagai alat dianogstik. Kaedah ini juga banyak menggunakan kemahiran mendengar
para pelajar. Hal ini kerana kaedah ini melibatkan interaksi antara pelajar dan guru
yang memerlukan kepekaan pelajar untuk mendengar maklumat yang disampaikan
oleh guru. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa selain daripada kemahiran mendengar iaitu kemahiran bertutur, membaca
dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan
dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.
Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut
iaitu merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan,
menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa
bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan.
Selain itu, kaedah bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar kerana cerita merupakan sesuatu
yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Kaedah ini juga memerlukan pelajar
mendengar dengan teliti cerita yang sedang atau yang akan disampaikan oleh guru.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa juga dapat
disampaikan. Kaedah ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur,
membaca dan menulis dalam kalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,


kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana
ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan sekaligus
menghilangkan minat pelajar untuk mendengar.
Langkah-langkah yang boleh digunakan dalam persediaan teknik bercerita ialah
memiilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, disesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita
itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Frasa atau ayat-ayat penting dihafaz.
Guru perlu berlatih bercerita seolah-olah berada dihadapan murid-murid sekurangkurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru hendaklah bercerita dalam
keadaan yang selesa. Guru juga boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar
atau alat bantuan mengajar yang lain. Kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat
yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan juga perlu
disediakan.
Kaedah kuiz telah diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui
Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah
dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris
dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Tujuannya ialah supaya guru dapat
mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik
tertentu. Pelajar juga dapat mengulangkaji sambil bergembira, dapat melupakan
permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki dan
dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
Selain itu, ia juga membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama
dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat dua bentuk
pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu ia dijalankan secara
spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz
dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
Kuiz juga dijadikan sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.
Pelajar perlu mendengar dengan teliti soalan yang dikemukakan oleh guru yang

bertindak sebagai pengacara supaya mereka dapat menjawab soalan dengan baik
sekaligus memerlukan mereka menguasai kemahiran mendengar.
Disamping itu, kaedah soal jawab juga boleh digunakan dalam kaedah
pengajaran kemahiran mendengar. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama
dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan kaedah ini bukan
kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan
interaksi guru dengan murid secara berkesan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran
mendengar pelajar.
Kaedah ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping
dapat menguji dan menilai apa yang diajar serta memerlukan ketajaman mendengar.
Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid,
untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis, untuk
mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar serta
meningkatkan kemahiran mendengar para pelajar. Soalan yang terancang dan
bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

8.0 Pemilihan Bahan


Pemilihan bahan yang bersesuaian dalam proses merangsang kemahiran mendengar
dalam kalangan murid-murid terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran
sedang berlangsung amatlah penting. Pemilihan bahan yang sesuai akan merangsang
pendengaran murid untuk mendengar secara ekstensif.
Antara bahan yang boleh digunakan untuk merangsang pendengaran ialah
penggunaan media elektronik. Pemilihan bahan berkomputer dan media elektronik
yang lain seperti radio, televisyen, perakam video dan kaset boleh membantu proses
ulang tayang untuk tujuan mendengar kenyataan atau maklumat penting yang berkaitan

dengan isi pembelajaran. Mendengar dan melihat boleh meningkatkan pemahaman


pelajar dalam menghubungkannya dengan makna dan isi.
Selain itu guru perlu menggunakan bahan-bahan rangsangan pembelajaran
yang bersesuaian. Contohnya seperti menggunakan bahan berbentuk prosa sama ada
prosa tradisional ataupun prosa moden, bahan berbentuk puisi dan menggunakan
bahan grafik seperti kad-kad bergambar.

9.0 Penilaian
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita,
arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita dan perbincangan. Kemahiran
mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan kemahiran mendengar ini
berlaku pada peringkat penerimaan iaitu dalam bahasa Inggeris ialah receptive level.
Penguasaan terhadap kemahiran ini amat penting dalam aspek kemahiran berbahasa
kerana merupakan kemahiran paling asas dalam kemahiran berbahasa. Oleh itu,
terdapat beberapa tujuan penilaian kemahiran mendengar yang dapat dikenal pasti
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kemahiran mendengar amat penting sama ada dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Walaupun sekolah merupakan institusi yang mengajar
kemahiran mendengar, namun latihan dan ujian bagi menilai keberkesanan pengajaran
tersebut memerlukan pelajar untuk mendengar secara berkesan. Kemahiran
mendengar yang baik dan berkesan diperlukan bagi memahami konsep, idea dan isi
maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang disampaikan oleh guru. Pelajar
perlu mendengar dengan teliti dan memberikan sepenuh perhatian terhadap perkara
yang ingin disampaikan oleh guru. Pelajar juga tidak boleh berkhayal dan memikirkan
perkara lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini kerana
bagi melicinkan proses mendengar agar tidak berlaku sebarang halangan.

Terdapat beberapa tujuan penilaian kemahiran mendengar. Antaranya ialah


kebolehan mendengar bunyi bahasa yang diperdengarkan dan mengenalinya dari segi
struktur linguistik bahasa tersebut seperti perbendaharaan kata, tatabahasa, fonologi,
semantik, idiom, sintaksis dan seumpamanya. Penilaian kemahiran mendengar ini
membolehkan pelajar mengenali sesuatu perkara yang disampaikan oleh guru itu sama
ada dari segi tatabahasa, semantik dan sebagainya. Sebagai contoh, semasa guru
mendeklamasikan sebuah sajak di hadapan kelas, pelajar boleh mengenal pasti atau
mengesan tatabahasa yang terdapat dalam sajak tersebut atau struktur ayat yang
digunakan oleh penyajak dalam menyampaikan mesej sajak tersebut. Hal ini secara
tidak langsung menambahkan pengetahuan pelajar dalam struktur linguistik.
Tujuan penilaian kemahiran mendengar yang seterusnya ialah mengenali mood
atau perasaan penutur, suasana, keadaan atau konteks. Hal ini penting kerana, melalui
proses mendengar yang teliti, kita dapat memahami perasaan penutur, suasana atau
keadaan yang disampaikan oleh penutur. Sebagai contoh, dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, semasa guru menyampaikan sebuah cerita yang berkaitan dengan
isi pelajaran di hadapan kelas, pelajar boleh mengenal pasti suasana yang diwujudkan
oleh guru melalui nada suara yang digunakan oleh guru sama ada suasana yang
gembira, sedih mahupun kecewa dan sebagainya. Hal ini dapat membantu pelajar
menguasai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan lebih baik.
Mendengar dengan baik, memahami apa yang didengar serta menghormati
pertuturan orang lain juga merupakan salah satu tujuan penilaian kemahiran
mendengar. Proses memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru amat penting
agar pelajar dapat menguasai pelajaran dengan lebih berkesan. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, memahami ialah tahu dan mengerti benar akan sesuatu.
Sebagai contoh, melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pelajar
dapat mendengar dengan baik jika mereka memberikan tumpuan terhadap apa yang
disampaikan oleh guru. Sekiranya pelajar tidak menguasai kemahiran mendengar ini
dengan baik, maka mereka tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa
pengajaran di dalam kelas. Oleh itu, pelajar perlu menguasai isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru agar mereka dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh

guru. Selain itu, secara tidak langsung, pelajar juga dapat menghormati pertuturan guru
di dalam kelas jika mereka menumpukan perhatian terhadap perkara yang disampaikan
oleh guru.
Seterusnya, tujuan penilaian kemahiran mendengar yang lain ialah boleh
bertutur, memahami dan mentafsir apa yang didengar oleh mereka. Apabila pelajar
dapat memahami akan perkara yang dituturkan atau disampaikan oleh guru, mereka
dapat mengulangi perkara tersebut. Sebagai contoh, pelajar mendengar guru menyebut
sesuatu perkataan. Seterusnya pelajar dikehendaki mengulangi perkataan yang disebut
oleh guru berulang kali. Misalnya jika guru menyebut perkataan ladang, padang, lantai,
pantai, lari, lori, galah atau kalah, pelajar juga perlu mengulang dan menyebut
perkataan yang sama dengan guru. Hanya pelajar yang menguasai kemahiran
mendengar dengan baik dapat mengulangi perkataan yang disebut oleh guru. Aktiviti
latih tubi pemintal lidah juga boleh dilakukan kepada pelajar. Oleh itu, pelajar perlu
menumpukan perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh guru agar proses
mendengar dapat berjalan dengan lebih berkesan.
10.0 Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai