Anda di halaman 1dari 4

Efficiency of Supply Chain : A study of Food Sector in India.

Menurut S R Subba Rao dan G. Chamundeshwari, sektor makanan di India merangkumi item makanan yang berasaskan pertanian, perhutanan, tenusu, perikanan, daging dan produk marin. Item-item tersebut sampai ke pengguna melalui rantaian penawaran dari petani yang menghasilkan item-item tersebut. Rantaian penawaran bagi makanan memainkan peranan yang penting dalam ekonomi iaitu dengan tambahan nilai kepada produk, kemudian kembali kepada petani dan penggerak dalam tahap pertengahan lain di dalam rantaian penawaran tersebut, mencipta peluang pekerjaan dan mengurangkan bahan buangan. Menurut Jones dan Riley,1985 di dalam jurnal Efficiency of Suplly Chain : A study of Food Sector in India oleh SR Subba, rantaian penawaran merujuk kepada perancangan dan pengawalan aliran bagi jumlah bahan dari pengeluar kepada pengilang seterusnya kepada pengagih dan akhir sekali kepada pengguna akhir. Ia meliputi dua jenis aliran bagi bahan, pekhidmatan, maklumat dan pengurusan serta tugas operasi yang berkaitan. Ia mensasarkan pada memberi perkhidmatan bertaraf tinggi kepada pelanggan dengan memanfaatkan sumber yang sesuai dan mencipta kelebihan yang kompetitif (Cooper et al, 1997). Menurut Scharlacken et al, 1997 oleh SR Subba et al di dalam jurnal ini, dalam kes kaedah rantai penawaran pada peringkat antarabangsa, terdapat tiga jenis ekonomi iaitu skala ekonomi, ekonomi skop dan tahap kelajuan ekonomi yang perlu di capai. Sharman, 1999 menurut SR Subba et al di dalam jurnal ini pula mengatakan rantaian penawaran bagi firma dan industri adalah berbeza dimana walaupun kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama seperti peminimuman kos, proses yang lebih baik dan perkhidmatan pelanggan. Perbezaannya wujud dalam sistem maklumat, keadaan koordinasi dan kuasa yang ada berbanding yang lain.

Menurut Miles,1994 oleh SR Subba et al di dalam jurnal ini, rantain penawaran juga boleh dilihat dari sudut bahan dan informasi dari sudut permintaan. Maklumat permintaan termasuklah gelombang, lokasi geografi, musim dan saiz bagi tempahan dan penghantaran. Lee et al,1997 menurut SR Subba et al di dalam jurnal ini mengatakan apabila terdapat beberapa rantaian di dalam rantaian penawaran ini yang tidak terjalin, jumlah operasi fizikal bagi produk akan berkurang, dimana ia akan mengurangkan masa yang diperlukan bagi produk itu untuk bergerak di dalam rantaian ini. Ia juga akan mengurangkan skop bagi maklumat dalam rantain ini dipindahkan. Terdapat beberapa penggerak di dalam rantaian penawaran makanan dimana logistik adalah penghubung yang menghubungkan komponen berbeza bagi rantaian penawaran tersebut. Antara aspek yang di bincangkan ialah penggerak dalam rantaian penawaran , simpanan, rantaian bagi produk sejuk beku, rantaian peruncit, kualiti dan kebersihan, sektor korporat, polisi kerajaan dan kecekapan rantaian penawaran. Penggerak di dalam rantaian penawaran terdiri daripada petani yang menjual produknya secara langsung kepada pelanggan atau peniaga ataupun pengilang, samada dengan atau selepas stor simpanan bagi produk yang di hasilkan; unit simpanan sejuk beku; entiti bagi memproses makanan; unit pembungkusan; pemborong atau pengagih; rantaian peruncit atau lain-lain hubungan bagi peruncit samada hotel, restoran, katering, dan pelanggan. Ia juga bergantung kepada perkhidmatan sokongan yang disewakan oleh pembekal logistik, institusi kewangan, syarikat insurans mahupun pihak kerajaan. Kemudahan bagi penyimpanan tidak mencukupi untuk menampung permintaan. Malah, petani juga berpotensi untuk tidak mampu memperolehi faedah daripada kemudahan simpanan

walaupun kemudahan simpanan itu wujud, berikutan daripada ketakupayaan untuk mencapai kos relatif. Maka, kebaikan daripada kemudahan simpanan akan bertambah kepada perantara secara signifikannya. Rantaian bagi produk sejuk beku merangkumi kemudahan pra-penyejukan pada peringkat perladangan , unit tempat simpanan beku atau gudang , pengangkutan sejuk beku dan peralatan kawalan automatik yang mana dikawal selia oleh individu. Ini adalah berguna kepada barangan yang mudah rosak atau tidak tahan lamayang mana turut melibatkan keluaran dari ladang dan barangan makanan yang telah di proses. Rantaian ini akan membantu mengekalkan kesegaran dan dan kualiti produk dengan mengawal suhu yang sesuai bagi produk-produk tertentu. Bagi aspek pembungkusan, pembungkusan barangan memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada tambahan nilai bagi produk dan mendorong penjualan produk mereka. Ini juga memudahkan pelanggan untuk mengenali produk khusunya maklumat tentang nutrisi, tarikh luput dan maklumat lain yang tertera pada kertas pembungkusan produk tersebut. Pembungkusan yang menarik akan meningkatkan jualan produk perladangan, tenusu, jus buahbuahan dan semua produk makanan am. Sesetengah rantaian bagi peruncit mengambil alih kerja memproses makanan untuk menjimatkan kos dan menawarkan produk tersebut pada harga yang rendah kepada pelanggan. Mereka juga mencapai ekonomi skala dengan menyingkirkan pihak orang tengah yang mana akan meningkatkan perolehan mereka. Ini akan membantu pengeluar utama bagi barangan makanan untuk memperoleh harga yang menguntungkan. Di dalam aspek kualiti dan kebersihan pula, untuk mengekalkan piawaian yang tinggi berkenaan dengan kualiti dan kebersihan produk makanan, setiap penggerak dalam rantaian

penawaran iaitu dari petani hinggalah tahap penghantaran kepada pelanggan harus memastikan piawaian relatif dipenuhi. Bagi aspek korporat di India dan beberapa unit syarikat multi nasional melibatkan diri dalam rantaian penawaran dalam kes produk makanan. Ini juga merangkumi enititi yang mana menggandakan pengeluaran oleh petani kecil. Dibawah aspek polisi kerajaan, pihak kerajaan akan menggandakan bijiran makanan di bawah Sistem Pengagihan Awam dengan bayaran harga sokongan yang minimum. Kelebihan yang semakin bertambah kepada petani dengan sokongan yang berikut daripada pihak kerajaan bergantung kepada harga pasaran terbuka, yang mana kadangkala menjadi pilihan tetapi petani tidak mampu untuk menjualnya kepada pasaran kerana faktor kesesakan infrastuktur. Seterusnya bagi aspek kecekapan rantaian penawaran bagi kes sektor makanan adalah berbeza dari produk ke produk khususnya bagi bilangan penggerak dan tambahan nilai pada peringkat setiap penggerak. Tambahan nilai ini bergantung masa yang diperlukan atau waktu memproses dan kos yang terlibat. Ini adalah dipengaruhi oleh keupayaan dan kualiti bagi infrastuktur seperti jalan raya, teknik yang digunakan, peralatan yang dipakai dan logistik seperti kemudahan simpanan, jaringan pengangkutan dan lain-lain. Kecekapan bagi rantaian penawaran adalah bergantung kepada cara yang mana aktiviti berkaitan atau proses yang berikut di tentukan seperti kos, masa dan usaha yang boleh dijimatkan dan produktiviti yang meningkat. Ini akan menutupi unjuran penawaran bagi permintaan produk, mencari bahan mentah dan bahan separa siap, pengeluaran, inventori, tempahan, pengagihan dan memastikan produk tersebut sampai kepada pengguna.

Anda mungkin juga menyukai