Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT-UNIT BERUNIFORM TAHUN 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU MAHMUD 2, BESUT, TERENGGANU


Tarikh

: 3 4 April 2013

Tempat

: Padang Sekolah, SK Tengku Mahmud 2

Pada 3 dan 4 April yang lalu, SK Tengku Mahmud 2 telah mengadakan


Perkhemahan Tahunan Unit-unit Beruniform bagi murid Tahun 5 dan 6 seramai 158
orang murid yang selama 2 hari 1 malam yang bertempat di padang sekolah SK
Tengku Mahmud 2. Antara unit beruniform yang terlibat adalah Pengakap, Puteri
Islam, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan
Persatuan St.John. Manakala bagi penglibatan guru adalah secara menyeluruh.
Hari Pertama (3 April)
Acara bermula pada hari Rabu (3 April) di mana kesemua peserta
mendaftarkan diri tepat jam 7.00 pagi secara berperingkat mengikut unit
beruniform

masing-masing.

Setelah

mendaftarkan

diri,

kesemua

peserta

dikehendaki untuk mendirikan khemah mengikut unit masing-masing namun


ditempatkan berjauhan antara murid-murid lelaki dan juga perempuan. Taklimat
telah diberikan oleh Cikgu Ridhuan yang bertindak sebagai Kem Komenden
daripada Pusaat Kokurikulum Daerah Besut. Pada jam 8.30 pagi, upacara istiadat
diadakan mengikut terma unit beruniform masing-masing dan seterusnya diiringi
dengan 4 buah lagu kebangsaan (Negaraku, Selamat Sultan, Sekolah dan
Patriotik).
Selesai upacara istiadat pagi, tepat pada jam 9.30 pagi telah diadakan sesi
kursus pertolongan cemas oleh guru penasihat PBSM dimana kesemua unit-unit
beruniform

turut

terlibat

bersama-sama.

Selepas

itu,

kesemua

peserta

perkhemahan diberikan masa selama 1 jam untuk berbincang mengikut unit


beruniform masing-masing bagi membuat persedian untuk malam kebudayaan
yang akan diadakan pada sebelah malam berikutnya. Kesemua peserta
memberikan komitmen yang baik dan sentiasa memberi buah fikiran di dalam
membuat perancangan yang terbaik untuk persembahan ini.

Pada sebelah petang pula, terdapat 3 pertandingan yang dipertandingkan


iaitu pertandingan kawad kaki, pertandingan ikatan dan pertandingan masakan.
Kesemua peserta memberikan hasil yang terbaik dan berusaha untuk melakukan
sedaya upaya untuk menjadi yang terhebat dalam kalangan yang terhebat.
Setelah selesai ketiga-tiga pertandingan tersebut, kesemua peserta diberi waktu
rehat untuk solat asar secara berjemaah dan aktiviti riadah bagi mereka semua.
Setelah malam hampir menjelma, peserta-peserta diberikan masa untuk
menguruskan

diri

dengan

serapi

mungkin

setelah

seharian

penat

dan

bertungkus-lumus menjalani aktiviti-aktiviti yang telah disediakan untuk mereka


semua. Selesai sahaja menyiapkan diri, mereka semua dikehendaki ke Surau SK
Tengku Mahmud 2 untuk solat maghrib secara berjemaah dan diadakan sesi
tazkirah ringkas oleh Ustaz Wan Mohd Saufi dan juga Ustaz Mohd Syarif Hilmi,
guru praktikum di sekolah ini. Tepat pada jam 9.00 malam, bermulalah masa
yang ditunggu-tunggu oleh kesemua peserta dan para guru iaitu persembahan
malam kebudayaan. Persembahan ini telah dihakimi oleh 4 orang guru yang
mempunyai dalam bidang persembahan seni dan muzik, yang diketuai oleh
Cikgu Mastura dan 3 lagi guru pelatih yang sedang menjalin Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah ini. Selepas selesai sahaja kesemua wakil
daripada setiap unit beruniform membuat persembahan, 2 orang guru pelatih
tadi membuat persembahan nyanyian sambil diiringi dengan alunan petikan
gitar. Kesemua peserta amat gembira dan saling berbalas nyanyian antara satu
sama lain. Selesai sahaja program pada malam tersebut pada jam 11.00 malam,
semua murid dikehendaki untuk masuk tidur di dalam khemah masing-masing.
Hari Kedua (4 April)
Tepat jam 5.00 pagi, kesemua peserta dikejutkan untuk membersihkan diri
dan menunaikan solat subuh secara berjemaah dibawah seliaan Ustaz Mohd
Syarif Hilmi, Ustaz Wan Mohd Saufi dan Ustaz Muhammad Farhan. Mereka semua
mendengar tazkirah yang disampaikan oleh ketiga-tiga guru ini mengikut
kumpulan yang telah ditetapkan. Setelah selesai aktiviti kerohanian, mereka

semua dikehendaki untuk membuat senaman ringan pada waktu pagi dibawah
kawalan Cikgu Tuan Ismail dan mengambil sarapan di tempat yang disediakan.
Tepat jam 8.00, kesemua peserta diperlukan untuk melakukan upacara
istiadat seperti biasa dan diberi taklimat aktiviti base oleh Pusat Kokurikulum
Daerah Besut. Selesai sahaja taklimta tersebut, maka bermula majlis perasmian
penutup yang disempurnakan oleh Yang Dipertua (YDP) SK Tengku Mahmud 2.
Aktiviti bermula dengan upacara memeriksa khemah para peserta mengikut unit
beruniform masing-masing oleh YDP PIBG SK Tengku Mahmud 2 sambil diiringi
oleh Guru Besar SK Tengku Mahmud 2, Tn. Hj. Mohamad bin Abd Wahab. Setelah
selesai, majlis dimulakan dengan ucapan guru besar dan juga upacara
perasmian yang disempurna sendiri oleh YDP PIBG SK Tengku Mahmud 2. Selesai
sahaja

majlis

perasmian

penutup

tersebut,

maka

sudah

berakhirlah

perkhemahan unit beruniform pada tahun ini. Kesemua peserta diminta untuk
membersihkan tapak perkhemahan dan dijangka tepat jam 3.30, semua peserta
dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing. Cuti peristiwa diambil pada
hari Ahad berikutnya (7 April).

Disediakan oleh:

(MUHAMMAD FARHAN BIN SURIA)


Guru Praktikum Fasa 1
Sk Tengku Mahmud 2
22200 Besut, Terengganu

Anda mungkin juga menyukai