Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Rancangan Pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan dalam bilik darjah atau makmal mengikut satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, disamping

meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, seorang guru itu perlu merancang pengajarannya dengan baik berdasarkan kepada sukatan pelajaran serta latar belakang murid. Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan diajar dan kedua mengenai catatan mengenai langkahlangkah dan aktiviti guru. Sehubungan dengan ini, semasa mengikuti program latihan mengajar, guru pelatih dikehendaki merancang pengajaran lebih awal selaras dengan sukatan pelajaran. Rancangan pengajaran yang terlibat merangkumi rancangan kerja bagi tempoh latihan mengajar, rancangan kerja mingguan dan rancangan kerja harian. Kesemua rancangan kerja tersebut hendaklah ditulis dalam Buku Persediaan Mengajar mengikut format yang telah ditetapkan. Di samping menulis rancangan pengajaran, guru pelatih dikehendaki melangkapkan maklumat mengenai kelas yang diajar (nama pelajar), soalan-soalan penilaian yang dibuat beserta dengan skema permarkahan (dilampirkan), markah penilaian, senarai nama buku teks dan buku rujukan yang digunakan dan sebagainya. Bahan Bantu Mengajar (BBM) pula adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu
1

mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik. David Berlo dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima. Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan. Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

1.0

Kepentingan Penulisan Rancangan Perancangan

Dapat meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar ke dalam bilik darjah

Dapat mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun

Menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa

Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran seperti objektif, pengetahuan sedia ada yang berkaitan,

Membuat pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran

Untuk menilai secara objektif kemampuan seorang guru untuk merancang dan menulis sesuatu aktivti pengajaran dengan berkesan iaitu refleksi kendiri.

Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara atau aspek yang perlu diajar

Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem

Untuk mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu digunakan untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran

Dapat merancang dan menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu pelajar

Berdasarkan daripada rancangan kerja mingguan, guru perlu menyediakan rancangan kerja harian, yang juga dikenali sebagai rancangan pengajaran harian. Rancangan pengajaran harian merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru, dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai dalam proses penyampaian sesuatu unit pelajaran. Ringkasnya, rancangan pengajaran harian merupakan rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Dalam penulisan rancangan pengajaran harian, segala aktiviti guru dan murid yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah untuk dilakukan. Kepentingan rancangan pengajaran harian tidak boleh dipertikaikan bagi setiap orang guru, terutama guru pelatih. Antara kepentingan rancangan pengajaran harian ialah ianya dapat meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar ke dalam bilik darjah atau makmal atau bengkel. Hal ini kerana apabila seorang guru itu mempunyai perancangan yang rapi dan sistematik serta haruslah membina keyakinan untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang baik. Selain itu, guru haruslah merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran seperti objektif, pengetahuan sedia ada yang berkaitan, peralatan atau bahan bantu mengajar yang diperlukan, isi pelajaran, strategi dan kaedah penyampaian yang berkesan, aktiviti guru dan murid, penilaian, penutup, tugasan pengukuhan, dan sebagainya. Ini semua merupakan persediaan yang mantap dan bersistematik untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Kepentingan penulisan buku rancangan harian adalah untuk mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara atau aspek yang perlu diajar iaitu sebagaimana yang disarankan dalam sukatan pelajaran. Hal ini kerana, sukatan yang diberi adalah untuk keselarasan agar setiap murid di sekolah dapat memahami pelajaran yang disampaikan dengan kefahaman yang jelas. Disamping itu, guru-guru dapat memberi perhatian kepada pelajar yang lemah terhadap subjek yang diajar di dalam kelas.

Kepentingan seterusnya pula adalah kerana untuk mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu digunakan untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran. Guru dapat merancang dan menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki. Perancangan sesuatu aktiviti amat penting bagi menggalakkan kanak-kanak merasakan keseronokan untuk belajar. Selain itu, pentingnya rancangan pengajaran harian adalah untuk menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan efektif. Dimana seorang guru itu hendaklah mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan berkesan. Tambahan pula, kita sebagai guru perlu membuat pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran murid. Seorang guru pula dapat mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, dimana setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu dengan lain secara jelas. Hal ini demikian kerana dari segi profesionalisme, guru perlu bertanggungjawab terhadap tindak tanduknya melalui rekod atas apa-apa yang dilakukannya. Pentingnya rancangan pengajaran ini ialah kerana seorang guru itu haruslah menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan cara yang sesuai untuk mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan murid semasa diluar bilik darjah. Rancangan Pengajaran Harian ini penting adalah untuk menilai secara objektif kemampuan seorang guru untuk merancang dan menulis sesuatu aktivti pengajaran dengan berkesan iaitu refleksi kendiri, seterusnya mengambil langkah positif ke arah mengatasi sebarang kelemahan. Hal ini demikian merupakan guru yang berjaya merupakan guru yang mempunyai pengurusan masa dan perancangan yang bagus dan berkesan.

2.0

Kepentingan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Sebenarnya masih terdapat banyak lagi kepentingan Bahan Bantu Mengajar (BBM) kepada murid mahupun guru. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan, BBM adalah sangat penting bagi guru untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dengan lancar kerana isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh murid dengan bantuan BBM. Antara salah satu kepentingan BBM ialah membantu para guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan. Dalam mengajar murid-murid sekolah rendah, tidak semua benda yang diajar oleh guru dapat difahami oleh murid. Oleh itu, BBM adalah salah satu cara untuk melancarkan lagi pengajaran guru kepada murid. Contohnya jika guru ingin mengajar tentang jenis haiwan dalam bahasa arab, guru bolehlah membawa gambar haiwan-haiwan tersebut untuk ditunjukkan kepada murid. Ini kerana akan ada segelintir murid yang tidak mengenal haiwan apa yang guru maksudkan. Kepentingan BBM kedua ialah dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar. Guru akan berasakan BBM ini sangat penting sekiranya murid sukar untuk memahami apa yang diajarnya. Walaupun pada pendapat guru tajuk itu senang difahami tetapi itu bukanlah pada tahap pemikiran murid. Contohnya jika guru ingin mengajar tajuk tayamum. Bagi guru mungkin tajuk ini dapat diajar walaupun tanpa BBM. Tetapi sebenarnya tajuk tayamum adalah salah satu tajuk pembelajaran yang memerlukan kepada BBM kerana murid akan dapat melihat dan merasa dengan sendiri samada debu itu akan diseratakan dengan sempurna atau tidak. Ketiga ialah guru dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan jelas. Sebut sahaja konsep, sudah tentu murid sekolah rendah akan terpinga-pinga mendengar perkataan ini. Oleh itu, bahan bantu mengajarlah yang akan membantu guru untuk menerangkan konsep ini. Contohnya jika guru ingin menerangkan bagaimana terjadinya siang dan malam, guru bolehlah membawa contoh bumi, bulan dan matahari. Kemudian guru boleh menunjukkan bahawa peredaran bumi dan bulan inilah yang mengakibatkan terjadinya siang dan malam. Namun, semuanya atas kekuasaan Allah SWT.

Keempat, penyampaian dan penerangan maklumat dapat dijalankan dengan lebih terperinci dengan adanya BBM. Contohnya jika seorang guru mengajar tajuk sirah, guru bolehlah membuat peta negara Arab bagi memudahkan murid memahami dan mengingati lokasi sejarah yang berlaku di sesuatu tempat seperti penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan sebagainya. Perkara ini akan memudahkan guru untuk mengajar secara lebih terperinci tentang maklumat yang ingin guru sampaikan. Seterusnya ialah guru akan dapat menarik dan memusatkan perhatian murid dalam pengajaran dan pembelajaran dengan wujudnya BBM. Murid-murid biasanya akan lebih fokus kepada bahan yang menarik berbanding dengan percakapan guru. Ini sebenarnya adalah lumrah bagi manusia. Oleh itu, guru perlulah pandai menarik perhatian murid bagi melancarkan proses P&P. Salah satu caranya ialah dengan menghasilkan BBM yang menarik. Dengan adanya BBM yang menarik, sudah tentu murid akan fokus kepada apa yang diajar oleh guru. Kepentingan bahan bantu mengajar yang keenam ialah dapat menjimatkan masa dan murid akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat. Seperti yang kita tahu, kewujudan BBM adalah untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, jika murid mudah untuk memahami sesuatu perkara maka guru akan dapat memberikan banyak maklumat dalam sesuatu masa. Perkara ini seterusnya akan menjimatkan masa guru dan murid serta dapat mengelakkan daripada ketinggalan tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran. Ketujuh ialah bahan bantu mengajar akan dapat memberi satu pengalaman baru kepada murid. Pengalaman baru disini bermaksud murid akan dapat sesuatu yang baru daripada BBM. Jika sebelum ini murid hanya mendengar sahaja apa yang guru ajar tetapi dengan adanya BBM, murid akan dapat lihat, dengar, pegang, baca, rasa, hidu dan dapat gunakan BBM itu sendiri bagi meningkatkan kefahaman murid. Hal sebegini akan dapat memberikan pengalaman baru kepada murid dalam proses P&P. Selain itu, guru juga akan dapat melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Contohnya jika guru menagajar tajuk alQuran. Salah satu BBM yang boleh dibuat untuk murid mengingati ayat hafazan ialah
8

dengan membuat permainan susun perkataan menjadi ayat al-Quran. Guru boleh membahagikan kumpulan supaya akan wujud interaksi dan kerjasama antara murid dalam menyelesaikan permainan tersebut. Perkara ini juaga akan mewujudkan keseronokan dan seterusnya merapatkan hubungan guru dengan murid dan murid dengan murid. Bukan itu sahaja, bahan bantu mengajar juga berkepentingan untuk

mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pelajaran. Guru-guru perlu tahu, apa yang murid lihat, rasa dan sentuh akan menyebabkan murid akan lebih ingat terhadap perkara tersebut. Ini adlah kelebihan BBM yang guru hasilkan. Jika guru mampu membuat BBM yang mampu membuatkan murid tertarik dengan BBM kita, sudah tentu maklumat yang kita sampaikan akan kekal di ingatan murid. Akhirnya, bahan bantu mengajar juga akan dapat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun murid. Semestinya, guru akan cuba menghasilkan satu BBM yang menarik untuk digunakan didalam kelas. Oleh itu, guru akan cuba mencari idea-idea baru supaya murid tertarik dan faham apa yang ingin disampaikan. Perkara ini seterusnya akan mewujudkan inovasi dalam diri para pendidik. Bukan itu sahaja, murid-murid juga akan turut sama mempelajari bahan-bahan yang kreatif dan ini akan mendorong murid untuk turut sama bersikap kreatif alam menghasilkan sesuatu.

Anda mungkin juga menyukai