Anda di halaman 1dari 2

Catatan : Hari Kecemerlangan

Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kecemerlangan. Tulis catatan tersebut dengan
selengkapnya.

Rabu, 10 November, 2014

7.30 pagi

Semua murid yang menerima hadiah berkumpul di tapak perhimpunan. Guru-guru sibuk
mengambil kedatangan murid yang akan mengambil hadiah pada hari ini.

8.00 pagi

Semua murid yang menerima hadiah bergerak ke dewan dalam satu barisan. Guru-
guru menyusun murid mengikut kategori hadiah yang diterima murid. Cikgu Zarena berada
di hadapan pentas untuk memulakan acara.

8.30 pagi

Ibu bapa yang hadir duduk di tempat yang disediakan. Majlis dimulakan dengan
bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Ruslan bin Hassan. Selepas bacaan doa, Guru Besar
menyampaikan ucapan kepada ibu bapa yang hadir. Seterusnya, majlis diteruskan lagi
dengan ucapan oleh Yang Berhormat Adun Tangkak. Dalam ucapannya, beliau menyatakan
bahawa SK Seri Ma’amor bukan sahaja mempunyai guru yang hebat malahan pelajarnya
juga cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

9.30 pagi

Majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid tahun lima dan tahun
enam. Semua hadirin terpegun apabila melihat persembahan yang mengagumkan. Selepas
persembahan, acara penyampaian hadiah dimulakan. Kategori hadiah pertama ialah hadiah
kedudukan kelas dan mata pelajaran terbaik. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar SK Seri
Ma’amor.Anugerah tokoh pelajar lelaki dan perempuan telah disempurnakan oleh YB Adun
Tangkak. Tokoh pelajar lelaki disandang oleh Amir manakala tokoh perempuan pula
disandang oleh Nadiatul.

12.30 tengahari

Selesai sahaja acara penyampaian hadiah, majlis diteruskan dengan acara cabutan
bertuah. Ibu bapa yang menerima hadiah kelihatan sangat gembira. Sebelum pulang, semua
ibu bapa dan pelajar dijemput menikmati jamuan ringan.
Catatan : Perkhemahan Unit Beruniform
Soalan : Kamu dan rakan-rakan telah menyertai perkhemahan unit beruniform anjuran
pihak sekolah selama 3 hari.
Tuliskan catatan tentang perkhemahan tersebut.

Jumaat, 10 Jun 2019

Aku tiba di sekolah untuk mengikuti satu perkhemahan pengakap yang diadakan di Bukit
Ayer. Setelah mendengar taklimat daripada Cikgu Kamal Ahmad, kami pun bertolak. Ahli
pengakap yang terlibat seramai 30 orang dan disertai oleh 5 orang guru. Setelah tiba, kami
dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kami diarah membersihkan kawasan. Setelah itu, kami
mendirikan khemah. Aku dan beberapa orang rakan diarah untuk mencari kayu api untuk
digunakan semasa memasak dan untuk dijadikan unggun api. Pada waktu malam, kami
hanya berehat sahaja.

Sabtu, 11 Jun 2010

Selepas sembahyang subuh, kami bersarapan. Selepas itu, kami mengadakan aktiviti
senaman. Kemudian aktiviti berkawad diadakan. Banyak yang aku pelajari semasa aktiviti ini.
Pada waktu petang kami menjalankan aktiviti meredah hutan. Melalui aktiviti ini, kami
dapat mengetahui tentang flora dan fauna yang terdapat di hutan ini. Kami juga bermandi-
manda di air terjun yang berdekatan.

Pada waktu malam, telah dijalankan aktiviti unggun api. Melalui aktiviti ini, setiap
kumpulan perlu mengadakan persembahan. Kumpulan aku mengadakan persembahan dikir
barat. Aku sungguh seronok ketika membuat persembahan.

Ahad, 12 Jun 2010

Pada pagi ini telah dijalankan aktiviti pertolongan cemas dan ikatan. Selepas makan
tengah hari, kami bersiap-siap untuk pulang. Kami meruntuhkan khemah dan
membersihkan kawasan perkhemahan.

Pada pukul 2.00 petang, kami bertolak pulang. Aku berasa gembira dapat mengikuti
perkhemahan ini kerana banyak pengetahuan dan pengalaman yang aku peroleh.

Anda mungkin juga menyukai