Anda di halaman 1dari 6

Laporan Lawatan Murid Sekolah ke Ipoh (19/9/2023 hingga 21/9/2023)

Nama Ahli Kumpulan : Cheng Wen Xuan

Sekolah : SMK SKUDAI

Kumpulan : Cobra

Tarikh : 19/9/2023

Pada hari tersebut, di antara empat peserta, terdapat dua peserta termasuk saya
diminta untuk berkumpul di SMK Skudai pada jam 6.30 pagi supaya dapat bertolak awal
dan sampai ke destinasi dengan cepat. Walaubagaimanapun, peserta yang dari Kolej
Tingkatan Enam Pontian telah lambat dan tidak dapat untuk sampai ke SMK Skudai pada
masa yang ditetapkan kerana kesilapan gurunya. Saya dan guru pengiring, Cikgu Laila
telah menunggu di SMK Skudai selama satu jam bersama dengan Pegawai Jabatan
Pendidikan Negeri Johor, Puan Wahidah tetapi peserta yang berasal dari Kolej Tingkatan
Enam Pontian yang bernama Muhammad Fauzi Bin Azman telah lambat dan guru-guru
membuat keputusan untuk menunggu peserta itu di Sedenak dengan menaiki van yang
disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Setelah mengambil Fauzi di Sedenak,
kami telah bertolak ke Tol Ayer Hitam untuk mengambil lagi dua peserta yang lain, iaitu
peserta dari SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang bernama Nikki Sheirlyn
Martinez dan peserta dari SMK SultanAbdul Jalil yang bernama Ahmad Sulaiman Bin
Mohamad Shah. Kami tiba di Tol Ayer Hitam pada pukul 8:57 a.m. dan telah mengambil
gambar bersama-sama dengan semua peserta dengan guru pengiring dan pegawai Jabatan
Pendidikan Negeri Johor. Sepanjang 8 jam perjalanan ke Ipoh, kami telah berkenal
dengan satu sama lain. Pada puku 9:47 a.m. , kami telah berhenti di Pagoh untuk
bersarapan bersama-sama. Selepas sarapan, kami terus bertolak ke Ipoh dan tidak
berhenti dalam perjalanan kemudian supaya tidak lambat untuk pendaftaran di Ipoh.
Semasa perjalanan ke Ipoh, kami telah bermain beberapa permainan di dalam kereta.
Contohnya, Sulaiman telah bermula dengan permainan yang bernama 'Around The
World' , saya telah memahami peraturan bagi permainan tersebut dan seterusnya
menjawab soalannya dengan mudah tetapi tidak memahami permainan yang
dikemukakan oleh Nikki iaitu 'Bumi itu Bulat' , selepas penerangan daripada Fauzi,
barulah saya memahami tentang permainan tersebut. Kami juga telah tidur semasa
perjalanan kerena masa perjalanan panjang dan untuk menyimpan tenaga bagi aktiviti
yang akan kita lakukan di Ipoh. Pada pukul 3 petang dan lebih, kami telah sampai di
kawasan Ipoh. Kami telah pergi ke sebuah pusat beli-belah di sana untuk makan tengah.
Setelah makan tengah di sana, kami terus pergi ke lokasi yang ditetapkan oleh jabatan
iaitu kem tentera.

Setelah tiba di kem pada pukul 4 petang, pelajar dan guru diminta untuk
mendaftar di dewan terbuka di sana. Pelajar telah dibahagikan kepada lima kumpulan dan
bercampur dengan pelajar dari negeri yag berbeza. Terdapat beberapa orang askar di sana
telah membawa kami ke tempat penginapan untuk meletakkan bagasi di bilik masing-
masing. Satu bilik mempunyai 9 orang pelajar yang berehat, saya telah diberikan bilik
kedua dengan pelajar perempuan dari negeri yang berbeza. Setelah menyelasaikan
penyediaan tempat penginapan, pelajar dan guru diminta untuk berkumpul di dewan
semula untuk pembahagian kumpulan dan penjelasan aktiviti yang akan dilaksanakan
sepanjang kem tentera tersebut. Saya telah diletakkan dalam kumpulan yang bernama
Cobra dengan lagi 14 orang pelajar yang berasal dari negeri yang lain. Selepas
pengagihan kumpulan di dewan, pelajar telah diberi taklimat keselamatan yang berkaitan
tentang pengenalan, aturcara, Do's and Don't's sepanjang kem pada pukul 5 petang.
Pelajar juga diberitahu untuk berbincang untuk persembahan bagi malam kebudayaan
pada masa lapang yang ada. Pada pukul 6.30 malam, pelajar bersama guru-guru diminta
untuk berkumpul semula di luar dewan untuk makan malam di dewan. Kumpulan saya
telah menggunakan masa makan tersebut untuk berbincang tentang jenis persembahan
yang ingin dijalankan pada hari malam kebudayaan. Selepas habis makan malam, aktiviti
team building telah dijalankan di dewan pada pukul 9 malam. Aktiviti yang dijalankan
adalah melukis dan mewarna bendera bagi kumpulan masing-masing. Pelajar diberi
hanya satu jam dan diperlukan untuk bekerjasama untuk menghasilkan bendera tersebut.
Kumpulan saya iaitu kumpulan Cobra telah menghasilkan bendera yang mengandungi
unsur ular dan warna utama adalah ungu dan hitam. Setelah bendera dihasilkan, pelajar
diminta untuk menghantar tiga wakil untuk menerangkan pemilihan warna dan lukisan
dalam bendera. Setiap warna dalam bendera mengandungi makna yang berbeza seperti
warna merah merupakan keberanian. Pada pukul 10 malam, semua orang diminta untuk
berkumpul di Kawasan A iaitu berdekatan dengan gunung. Disebabkan terdapat beberapa
kumpulan yang lambat sampai ke dewan, Ketua Pelatih telah memberi denda kepada
semua orang untuk mengingati kami semua untuk menepati masa yang ditetapkan.
Aktiviti yang dijalankan pada masa tersebut adalah Burung Hantu. Aktiviti tersebut
memerlukan pelajar untuk melantik seseorang ketua perempuan untuk memegang lampu
suluh yang kecil dan menjadi panduan sepanjang perjalanan dalam gunung dan hutan di
belakang Kawasan A. Setelah penerangan peraturan dan langkah berjaga-jaga yang perlu
diketahui, pelajar telah diarahkan untuk bermula perjalanan mengikut kumpulan. Aktiviti
ini bertujuan untuk membina keyakinan antara ahli kumpulan dan penglihatan masa pada
waktu malam. Semasa perjalanan, kumpulan kami telah berjalan dengan berhati-hati dan
tiada masalah yang dihadapi. Saya dapat membina hubungan yang erat dengan rakan
kumpualan semasa perjalanan. Pada akhir perjalanan telah bermula untuk hujan sedikit,
tetapi tidak mempengaruhi seluruh perjalanan dan terdapat pelatih yang berada bersama
kami. Selepas habis perjalanan, pelajar kembali ke tempat pengumpulan di bawah
beberapa pokok dan telah disediakan sup kacang hijau. Aktiviti tersebut telah bertamat
pada pukul 12 malam. Selepas itu, pelatih-pelatih telah menyediakan senapang suar untuk
menunjuk cara penggunaan kepada pelajar dan telah menerangkan beberapa keadaan
yang memerlukan barang tersebut. Selepas penerangan, pelajar dan guru telah berjalan
balik ke tempat penginapan untuk berehat.
Tarikh : 20/9/2023

Pelajar diminta untuk bangun pada pukul 6.45 pagi untuk menjalankan aktiviti
jasmani di padang kawad iaitu percubaan merentas halangan. Terdapat banyak jenis
aktiviti merentas halangan yang dijalankan seperti melompat dari tempat tinggi. Terdapat
beberapa acara yang akan dijalankan pada hari pertandingan merentas halangan mengikut
kumpulan negeri. Setelah latihan tersebut, semua orang telah berkumpul di dewan untuk
mengambil sarapan bersama-sama. Pada waktu tersebut kami juga telah
menggunakannya untuk berbincang jenis persembahan yang ingin dijalankan. Kami telah
menetapkan persembahan malam kebudayaan kami akan mengandungi nyanyian dan
lakonan. Selepas itu, pada pukul 8 pagi, kami telah diminta untuk berkumpul di survival
village. Disebabkan slogan kumpulan kami besar, kumpulan kami dapat menaiki lori
untuk pergi ke survival village. Setelah tiba di sana, kami telah melawat ke survival
village dan mempelajari tentang ilmu untuk survival jika berada di dalam hutan. Terdapat
pameran pembinaan tempat berehat dan bahan yang digunakan untuk menangkap haiwan.
Kebanyakan bahan dibina daripada kayu dan daun kering. Cara untuk menyalakan api
juga tekah diajarkan di sana dengan menggunakan bilah dan batu tajam. Selepas itu,
kumpulan kami dapat menyertai aktiviti pameran senjata dan saya dapat mencuba
menggunakan senjata yang dipamerkan. Terdapat beberapa VIP yang datang untuk
memantau perjalanan kem dn kami telah mengambil beberapa gambar bersama mereka.

Setelah aktiviti pameran, semasa menunggu truck, kumpulan kami telah


menetapkan persembahan malam kebudayaan pada malam hari tersebut adalah nyanyian
lagu Warisan dan lakonan tentang orang kampung tidak berpuas hati dengan penjajah
Jepun dan telah berkorban keranan mempertahankan kampung daripada pencurian dan
penjajahan. Pada pukul 2 petang, kami telah dibawa ke tempat membuat latihan
abseiling secara berkumpulan. Pada mula-mula, saya berasa takut tetapi masih ingin
membuat latihan tersebut untuk mendapatkan sesuatu pengalaman yang istimewa. Setelah
mendengar taklimat tentang cara untuk menjalankan latihan tersebut dan tips
keselamatan, kumpulan kami telah beratur untuk menaik ke atas tempat latihan. Setelah
selesai latihan abseiling, saya berasa amat gembira kerana dapat turun dengan selamat
dan baik. Disebabkan hujan yang besar, latihan abseiling terpaksa untuk dihentikan untuk
menjaga keselamatan peserta. Terdapat 1 jam lagi untuk berkumpul di dewan, kumpulan
kami telah membuat keputusan untuk menjalankan rehersal untuk seluruh persembahan
malam kebudayaan supaya persembahan tersebut dapat berjalan dengan lancar.
Kumpulan kami telah berkumpul di padang kawad untuk membuat perbincangan dan
persediaan lakonan dan nyanyian untuk persembahan kebudayaan. Setelah beberapa
percubaan, kumpulan kami telah berjaya untuk menjalankan seluruh lakonan dengan
baik. Selepas itu, kami telah balik ke tempat penginapan untuk mengemaskan diri. Pada
pukul 8 malam, kami semua diminta untuk mengumpul di dewan piyuntunan untuk
permulaan malam kebudayaan bersama makan malam dengan staff. Persembahan yang
dijalankan oleh staff adalah amat menarik. Setelah persembahan staff, kumpulan kami
telah diminta untuk bersembah di pentas dulu. Perjalanan persembahan adalah lancar dan
tiada masalah yang dihadapi. Terdapat beberapa tempat dalam cerita yang menarik
perhatian semua orang. Setelah persembahan kami tamat, kumpulan lain juga telah
menjalankan persembahan mereka secara berturut-turut. Selepas persembahan semua
kumpulan telah tamat, kami telah menari dan menyanyi bersama-sama dan semua orang
telah berkumpul dan menyambut hari lahir seorang peserta. Staff juga telah menyediakan
bunga api dan kek bagi peserta tersebut. Selepas persembahan semua, pertandingan
persembahan tersebut telah diumumkan skor dan kumpulan kami telah mendapat tempat
pertama. Kumpulan kami berasa amat gembira dan telah berlari ke pentas untuk
menerima hadiah. Setelah malam kebudayaan tamat, semua orang telah balik ke tempat
penginapan masing-masing pada pukul 1 malam.
Tarikh : 21/9/2023

Pada pukul 8 pagi, kami diminta untuk berkumpul di dewan pinyuntaan untuk
mengambil sarapan. Setelah pengambilan sarapan, kami telah melawat Muzium Rejien
Renjer Diraja. Terdapat beberapa bahan lama dan gambar yang dipamerkan di sana untuk
mencatatkan masa lalu mereka. Disebabkan hujan lebat semalam, peserta yang tidak
dapat menjalankan latihan abseiling telah berkumpul di bangunan tinggi di sana untuk
menjalankan latihan abseiling. Peserta yang telah menjalankan latihan abseiling telah
pegi ke lawatan muzium bersama-sama. Hujan yang lebat seterusnya telah menyebabkan
kesukaran untuk meneruskan latihan abseiling. Pada pukul 11 pagi, semua peserta telah
diminta untuk berkumpul di tempat merentas halangan untuk menjalankan pertandingan
merentas halangan antara negeri. Kumpulan Johor dan Kumpulan Perlis telah bermula
pada masa yang sama. Kami telah berlari dan membuat yang terbaik untuk kumpulan
kami. Setelah tamat pertandingan, majlis penutup telah diadakan bersama penyampaian
hadiah. Walaupun kumpulan kita tidak menang tetapi kami telah membuat yang terbaik
dantelah berusaha. Setelah majlis penutup telah tamat, kami telah mengambil makanan
tengah hari dan mengambil gambar dengan para pelatih dan rakan. Pada pukul 2.30
petang, kami telah bertolak dari sana dan balik ke rumah. Semasa perjalanan balik, kami
telah berhenti di tempat makan di Melaka untuk makan malam. Semasa pengambilan
makan malam, kami juga telah menyiapkan laporan lawatan dan menghantar kepada guru
pengiring. Saya telah sampai di rumah pada pukul 11 malam.

Anda mungkin juga menyukai