Anda di halaman 1dari 7

REFLEKSI PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI

Saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan-rakan saya yang terlibat dalam Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform. Kami berjaya menempuhi segala halangan dan kekangan dengan berjaya sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan program ini.

Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan peserta Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform ini merupakan tunggak utama kejayaan program ini. Dalam pada ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik yang telah menganjurkan program ini bagi melahirkan guru yang berdisplin dan berkeyakinan diri yang tinggi. Sekalung penghargaan kepada pensyarah yang sudi hadir bersama kami di sepanjang perkhemahan ini. Segala maklumat yang disampaikan dapat dijadikan sebagai pedoman dan ilmu pada masa akan datang. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Kem Taman Pertanian, Semambu, Kuantan,Pahang pada 26 hingga 29 Ogos 2013. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Disana saya dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam pelbagai hal. Secara jujur, sebelum perkhemahan saya berasa takut dan kurang berkeyakinan untuk pergi berkhemah dengan keadaan akan dihadapi di sana nanti. Namun persepsi saya telah bertukar apabila saya telah berada di kem tersebut dan merasakan perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang cukup manis buat saya. Di samping itu, saya juga telah mengeratkan hubungan silaturrahim dengan

rakan-rakan yang lain. Kami yang kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum telah menjadi rapat dan dapat membina semangat setiakawan di antara satu sama lain.

Sebelum perkhemahan ini diadakan, suatu ahli jawatankuasa telah dilantik untuk mengendalikan perkhemahan kami di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Sebelum perkhemahan, kami telah berbincang mengenai perkara-perkara penting yang perlu disiapkan untuk perkhemahan tersebut sebelum kami bertolak dari IPG seperti pakaian, makanan, jawatan kuasa, pengendalian aktiviti dan sebagainya. Kami meneliti perkaraperkara yang diperlukan satu persatu sebelum perkhemahan ini. Setiap ahli telah melakukan tugas masing-masing dengan sikap penuh

jawatankuasa

bertanggungjawab.

Saya telah dilantik sebagai Ketua AJK Disiplin, Kerohanian, Kebajikan disiplin dan Ajk Keselamatan dimana saya perlu menjaga keselamatan, kebajikan, keperluan, kehadiran, tingkah laku pelajar semasa perkhemahan nanti. Sebelum perkhemahan dimulakan, AJK Disiplin telah membuat perbincangan dimana kami meneliti dan

merancangkan satu jadual Sentri malam yang perlu diikuti oleh semua guru pelatih Kadet Pandu Puteri . Di sini, saya telah mendapati kerjasama antara semua rakanrakan seperjuangan sangat erat dan kukuh untuk menjayakan perkhemahan ini.

Saya sebagai Ketua Ahli Jawatankuasa Disiplin dan kebajikan mengadakan perjumpaan bersama

telah

jawatan kuasa Induk KRS untuk mendapatkan

maklumat selanjutnya tentang tugasan saya. Saya berasa sangat mudah untuk berkomunikasi dengan semua ahli KRS apabila saya dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Ahli Jawatankuasa Ketua AJK Disiplin, Kerohanian, Kebajikan disiplin dan Ajk Keselamatan.Ahli-ahli di bawah jawatan saya dan semua ahli memberikan komitmen yang tinggi apabila diberikan satu tanggungjawab kepada mereka. Menguruskan jadual sentry malam menjadi satu pengalaman yang berguna kepada saya dan apabila saya berada di sekolah kelak saya dapat mengaplikasi ilmu yang saya perolehi. Cara menguruskan sebuah ahli kumpulan dengan mengambil kira keperluan semua orang tanpa menyinggung perasaan mana-mana ahli juga turut saya pelajari.

Pada 26 Ogos 2013 Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah bermula secara rasminya. Pada pukul 8 pagi semua guru pelatih telah diminta untuk berkumpul di hadapanDewan Serbaguna. kami menunggu kedatangan bas dengan penuh rasa sabar. Bas telah sampai pada pukul lebih kurang 2 petang Selepas itu, kami telah menyusun semua barang-barang perkhemahan di dalam bas. Sebelum itu, sebagai ketua AJK Disiplin saya mengambil kehadiran guru pelatih Kadet Pandu Puteri dan seterusnya saya menaiki bas. Perjalanan selama sejam telah diambil untuk sampai ke tapak Perkhemahan Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Selepas sahaja sampai ke tapak Perkhemahan kami telah meletak semua barang kami di satu tempat dan mendengar taklimat daripada ketua Perkhemahan sebelum memasang khemah. Selepas itu, setiap kumpulan mendapat khemah masingmasing. Sementara ahli lain memasang khemah , saya dijadualkan untuk masak makan malam hari itu. Jadi saya dan rakan- rakan lain ke dapur untuk bersedia masak makan malam. Rakan-rakan yang lain membersihkan khemah tersebut dengan menyapu dan lap kotoran yang terdapat. Di dalam khemah kami terdapat 5 orang guru pelatih.Dalam khemah saya, dua orang daripada mereka tidak begitu rapat pada mulanya tetapi kami menjadi begitu kenal dengan mereka kemudiannya. Kami dapat berkerjasama dengan mereka sepanjang tempoh perkhemahan ini diadakan. Kebersihan khemah yang kami tinggal sentiasa dijaga dengan baik. Semangat tolong-menolong antara satu sama lain juga turut dipraktikan.

Sebelum khemah dibersihkan juga semua guru pelatih telah dipanggil oleh Cik Rohaiza, Ketua Kem Komanden memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang perlu diikuti semasa mengikuti perkhemahan ini. Penerangan yang terperinci telah diberikan kepada semua guru pelatih. Selepas selesai perjumpaan itu, semua guru pelatih telah pergi sambung kerja dan menyiapkan diri untuk perjumpaan malam nanti . Saya bersama rakan-rakan yang lain telah bergegas ke kawasan memasak untuk menyediakan makan malam untuk rakan-rakan yang lain. Selepas menyediakan makan

malam kami telah mandi dan bersiap sedia untuk makan dan seterusnya pergi ke tempat perjumpaan untuk mendengar taklimat malam itu.

Aktiviti pertama yang diadakan pada hari pertama ialah perjumpaan semua ahli unit beruniform yang diadakan serentak. Pada sebelah malamnya, kami bersama-sama berkumpul di dewan terbuka dan mendengar sedikit taklimat daripada pensyarah bertugas berkaitan perjalanan perkhemahan ini. Selepas itu, berlangsungnya majlis perasmian perkhemahan ini. Pensyarah saya memperkenalkan satu permainan bari kepada kami iaitu Permainan Manito iaitu mencari secret admirer. Aktiviti tersebut sebenarnya telah dijalankan seawal hari pertama perkhemahan ini berlangsung. Setiap ahli PPK akan mempunyai seorang manito iaitu orang yang disukai, dan pada masa yang sama akan ada seorang secret admire. Jadi sepanjang perkhemahan, ahli-ahli PPK akan saling mengutus surat kepada manitonya dan akan menerima surat daripada secret admire nya. Itu adalah satu aktiviti yang sangat berahsia dan berseronok. Kami berasa sangat gembira dan tidak sabar untuk meneruskan aktiviti-aktiviti yang selanjutnya pada keesokan harinya.Talimat pada malam itu tamat pada pukul 11.30 malam dan semua guru pelatih dibenarkan balik ke khemah masing-masing untuk berehat. Pada masa yang sama juga ahli-ahli yang terlibat pada sentri malam menjalankan tugas mereka. Pada hari kedua, 27 Ogos 2013 semua ahli PPK bangun seawal 5.30 pagi untuk membuat persiapan diri. Bagi beberapa orang ahli PPK yang ditugaskan untuk

menyediakan sarapan pagi, mereka telah bersiap lebih awal. Lebih kurang pada pukul 6.30 pagi kami telah diarahkan untuk berkumpul di dataran . Kapten PPK melancarkan upacara naik bendera bersama lagu Dunia. Selepas sejam, kami pun diberi rehat untuk sarapan dan mengemas khemah. Pemeriksaan pagi dijalankan oleh pensyarah

pembimbing PPK untuk memastikan khemah dalam keadaan bersih dan teratur. Seterusnya tepat jam 9.00 pagi, kami dikehendaki berkumpul sekali lagi dan kali ini kami akan ada taklimat seterusnya. Pada sebelah petang kami menjalakan aktiviti permainan luas. Setiap patrol diberikan arahan yang tertentu dan perlu menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan. Kami berpecah mengikut panduan arah yang diberikan dan bergerak mengikut patrol masing-masing. Setiap kumpulan menyediakan

permainan luas masing-masing dan kami berusaha menyelesaikan semua tugasan dengan cepat dan perlu kembali ke tempat permulaan permainan. Akhirnya, semua patrol berjaya melaksanakan permainan luas sebaiknya dan berkumpul bersama pensyarah pembimbing. Pada hari yang ketiga, 28 Ogos 2013 kami mengadakan lawatan ke Taman Ular Sawa dan k e Taman Herba.Semasa di Taman Herba, sebagai penolong kumpulan pensyarah ada diberikan satu tugasan khas untuk kami iaitu perlu mencari 5 jenis herba yang boleh makan di Taman tersebut. Walaupun ia adalah satu tugasan yang agak mencabar tetapi saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah bagi kumpulan saya. Hal ini kerana, saya tidak begitu mahir dalam mengenali jenis-jenis herba lagipun nama-nama herba yang agak pelik. Di Taman Ular Sawa pula, saya berasa sangat takut untuk memasuki kerana saya ia adalah kali pertama, Saya dapat melihat dan sempat mengambil gambar beberapa spesies Ular Sawa di sana yang mana boleh disimpan sebagai kenangan ataupun digunakan di sekolah nanti. Selepas lawatan, kami menjalankan aktiviti masakan rimban menggunakan peralatan semula jadi. Setiap patrol perlu menyediakan menu masing-masing dan mengikut

kaedah yang telah dipelajari semasa masakan rimba. Saya dalam kumpulan bekerjasama untuk memastikan hanya perlu memastikan api sentiasa membakar untuk memastikan bahan yang disediakan masak sempurna. Kami menggunakan idea dan kreativiti kami sendiri untuk memasak dan menghias masakan kami menggunkan bahan semula jadi. Selepas masakan, kami bersihkan kawasan tersebut.Pensyarah nilai masakan dan cara hiasan kami. Terdapat beberapa patrol yang berjaya

memdapat hasil yang baik dan yang selainnya kurang menjadi mungkin akibat tersilap memasukkan bahan atau kurang atau dari segi hiasan, Walaubagaimana pun kami berpuas hati kerana dapat mencuba sesuatu aktiviti yang baru. Hasil masakan dan kuih yang berjaya dihasilkan dikongsi secara bersama-sama. Pada waktu petang, kami mengadakan aktiviti kawad formasi sebagai permulaan untuk pertandingan kawad kaki nanti. Walaupun letih namun semua ahli PPK bekerjasama dengan komanden untuk melatihkan diri mereka. Pada malam tersebut aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam kebudayaan. Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara kemuncak bagi Perkhemahan Unit Beruniform kali ini.

Majlis kami pada malam itu dihadiri oleh semua unit beruniform dan pensyarah pembimbing. Majlis kami pada malam itu dirasmikan dengan gemilangnya oleh Pengarah Institut Kampus saya dan Ketua Unit Gerko Institut Pendidikan Guru kami iaitu Encik Ghazali. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sebelum upacara perasmian ini. Kami dikehendaki mereka tepukan semangat bagi setiap kumpulan. Ianya akan menambahkan lagi kehangatan majlis pada malam itu. Tema pada pada malam itu adalah bebas tetapi hendaklah mempunyai unsur-unsur alam sesuai dengan tempat perkhemahan kami. Terdapat 4 kumpulan yang membuat persembahan pada malam itu. Persembahan yang pertama ialah daripada unit beruniform Pandu Puteri. Sesungguhnya persembahan mereka pada malam itu sungguh memberikan pengajaran yang berguna kepada semua guru pelatih. Persembahan yang lain pula ialah dari kumpulan pengakap dengan dikir yang sangat kreatif dan menghiburkan hati. Walaupun berunsurkan hiburan tetapi terdapat pelbagai mesej yang ingin disampaikan oleh mereka terutamanya hal-hal yang berkaitan moral.

Pada hari terakhir iaitu 29 Ogos 2013, seperti biasa semua ahli PPK bangun awal dan bersiap. Kira-kira pada pukul 6.30 pagi kami telah siap berpakaian lengkap Pandu Puteri dan berkumpul di dataran. Kami mendengar sedikit taklimat daripada pensyarah pembimbing perkhemahan dan seterusnya diberi masa untuk sarapan dan menjalankan aktiviti mengikut unit-uniform masing-masing. Selepas itu, semua ahli PPK balik ke tapak perkhemahan masing-masing dan merobohkan semua khemah dan mengemas barang serta bersedia untuk pulang. Kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari semua ahli PPK siap memunggah barang ke dalam bas dan bertolak balik ke IPG. Sebelu bas bertolak, sebagai Ketua AJK Kebersihan dan Disiplin , saya memastikan tapak perkhemahan, tandas, dapur, tempat perjumpaan semua berada dalam keadaaan bersih serta memastikan kehadiran semua ahli PPK sebelum menaiki bas. Kesimpulannya, pelbagai manfaat dan pengajaran yang saya dapat daripada mengikuti perkhemahan ini. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif kepada diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda baru dalam hidup. Walaupun saya mengikut perkhemahan ini buat kali pertama tetapi saya suka akan perkhemahan ini kerana memberi makna dan mengisi ilmu dalam dada. Memang

pada mulanya, saya tidak suka dan tidak berminat dengan perkhemahan ini namun setelah berada di kem ini saya menjadi sangat berminat dengan aktiviti perkhemahan ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini.

Perkara yang paling menggembirakan adalah saya telah berjaya mempelajari ikatan dan simpulan. Saya akan bawa ilmu ini kepada anak-anak murid saya di sekolah kelak. Banyak perkara yang telah saya pelajari dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial semasa perkhemahan ini. Saya dapat memupuk sikap bertolak ansur, sifat sabar, setiakawan, bekerjasama dan bekerjasama antara ahli pasukan ialah antara perkara yang dapat saya pelajari disini dan saya percaya ianya tidak boleh dijual beli. Saya akan gunakan ia untuk menjadi insan yang lebih baik dimasa hadapan dan juga guru yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai