Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Nama : Mones Natchia Rubini A/P Thigarajan No.K/P : 900628-07-5264 Kursus : 4 PISMP PT/PJ/SN Sebagai mukadimah saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan-rakan saya yang terlibat dalam Perkhemahan Perdana Unit Beruniform. Kami berjaya menempuhi segala halangan dan kekangan dengan berjaya sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan program ini. Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan peserta Perkhemahan Perdana Unit Beruniform ini merupakan tunggak utama kejayaan program ini. Dalam pada ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun yang telah menganjurkan program ini bagi melahirkan guru yang berdisplin dan berkeyakinan diri yang tinggi. Sekalung penghargaan kepada pensyarah yang sudi hadir bersama kami di sepanjang perkhemahan ini. Segala maklumat yang disampaikan dapat dijadikan sebagai pedoman dan ilmu pada masa akan datang. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Kem Bina Tata Negara pada 09 hingga 12 Sepetember 2013. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Disana saya dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam pelbagai hal. Perkhemahan ini adalah wajib disertai oleh semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) semester 4. Secara jujur, sebelum perkhemahan saya berasa takut dan kurang berkeyakinan untuk pergi berkhemah dengan keadaan akan dihadapi di sana nanti. Namun persepsi saya telah bertukar apabila saya telah berada di kem tersebut dan merasakan perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang cukup manis buat saya. Di samping itu, saya juga telah mengeratkan hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan yang lain. Kami yang kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum telah menjadi rapat di Perkhemahan Perdana Unit Beruniform ini . Ia telah membina semangat setiakawan di antara satu sama lain. Sebelum perkhemahan ini diadakan, suatu ahli jawatankuasa telah dilantik untuk mengendalikan perkhemahan kami. Kami telah berbincang mengenai perkara-

perkara penting yang perlu disiapkan untuk perkhemahan tersebut sebelum kami bertolak dari IPGKTB. Kami meneliti perkara-perkara yang diperlukan satu persatu sebelum perkhemahan ini. Setiap ahli jawatankuasa telah melakukan tugas masingmasing dengan sikap penuh bertanggungjawab. Saya sangat menghormati sikap kawan-kawan Kadet Remaja Sekolah yang menguruskan perkhemahan ini kerana mereka sangat bertanggungjawab dan berkaliber. Saya telah dilantik sebagai Ketua AJK Aktiviti dimana saya perlu menguruskan aktiviti-aktiviti kumpulan yang akan dijalankan oleh para peserta di kem tersebut. Sebelum perkhemahan dimulakan, AJK Aktiviti telah membuat perbincangan dimana kami meneliti aktiviti yang perlu dijalankan di kem Taman Pertanian Semambu dan juga menguruskan jadual aktiviti untuk Kadet Remaja Sekolah. Di sini, saya telah mendapati kerjasama antara semua rakan-rakan seperjuangan sangat erat dan kukuh untuk menjayakan perkhemahan ini. Saya sebagai Bendahari Agung KRS mengutip duit untuk memenuhi keperluan barangan aktiviti bagi guru pelatih KRS. Saya juga membahagikan kumpulan kepada 7 kumpulan supaya segala urusan dijalan dengan lancar. Seterusnya bagi saya mencadangkan agar semua ahli KRS perlu mengambil bahagian dalam acara Malam Kebudayaan yang akan diadakan pada hari Rabu di sebelah malam. Saya berasa sangat mudah untuk berkomunikasi dengan semua ahli KRS apabila saya dipertanggungjawabkan sebagai Bendahari. Tidak banyak masalah yang timbul semasa saya membahagikan tugas kepada semua ahli KRS mengikuti aktiviti yang akan diadakan. Semua ahli memberikan komitmen yang tinggi apabila diberikan satu tanggungjawab kepada mereka. Menguruskan jadual aktiviti menjadi satu pengalaman yang berguna kepada saya dan apabila saya berada di sekolah kelak saya dapat mengaplikasi ilmu yang saya perolehi. Cara menguruskan sebuah ahli kumpulan dengan mengambil kira keperluan semua orang tanpa menyinggung perasaan mana-mana ahli juga turut saya pelajari. Pada 09 September 2013 Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform telah bermula secara rasminya. Pada pukul 8 pagi semua guru pelatih 4 PISMP telah diminta untuk berkumpul di hadapan Garaj Bus. Selepas memeriksa semua barang-barang yang diperlukan telah diambil kami menyusun semua barang-barang tersebut di dalam bakul yang disediakan. Kemudian kami menunggu kedatangan bas dengan penuh rasa sabar. Bas telah sampai pada pukul lebih kurang 10 pagi. Selepas itu, kami telah menyusun semua barang-barang perkhemahan di dalam bas.. Pada pukul 11.00 pagi bas yang ditempah khas itu telah mula beredar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Perjalanan selama 3jam telah diambil untuk sampai ke tapak Kem Bina Tata Negara, Ulu Kenas, Perak. Selepas sahaja sampai ke tapak Kem BTN Ulu Kenas semua guru pelatih telah dipanggil oleh En. Albar untuk memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti

yang akan diadakan, memperkenalkan Komenden Kem dan peraturan-peraturan yang perlu diikuti semasa mengikuti perkhemahan ini. Penerangan yang terperinci telah diberikan kepada semua guru pelatih. Selepas perjumpaan itu, kami mendirikan khemah. Di dalam khemah kami terdapat 5 orang guru pelatih KRS yang tinggal. Walaupun kami kurang kenal antara satu sama lain pada mulanya tetapi kami menjadi begitu rapat dengan mereka kemudiannya. Kami dapat berkerjasama antara satu sama lain sepanjang tempoh perkhemahan ini diadakan. Semangat tolong-menolong antara satu sama lain juga turut dipraktikan. Selepas selesai mendirikan khemah kami berehat dan menunggu untuk menyiapkan diri untuk perjumpaan pada pukul 8 malam. Selepas telah mandi dan bersiap sedia untuk makan dan seterusnya pergi ke dewan terbuka untuk mendengar taklimat pada malam itu. Taklimat berkaitan isu keselamatan laman web sosial diberikan Pelbagai input yang berfaedah dapat melalui taklimat tersebut. Selepas taklimat berakhir, En.Rahman memberikan taklimat. Dalam taklimat tersebut beliau menasihati semua guru pelatih agar mendengar segala arahan Komenden Kem dan mematuhi arahan tersebut. Selain itu, penerangan tentang tugas rondaan malam dan kawalan keselamatan juga turut diberi. Semua ahli unit beruniform tertakluk kepada undangundang kem dan tindakan akan diambil jika ada guru pelatih yang engkar mendengar arahan. Talimat pada malam itu tamat pada pukul 11.30 malam dan semua guru pelatih dibenarkan balik ke khemah masing-masing untuk berehat. Aktiviti pertama pada pagi hari kedua ialah upacara menaikan bendera diadakan. Pengakap telah mengetuai upacara menaikan bendera pada pagi itu. Kami telah menyanyikan lagi Negara Ku dengan penuh semangat. Seterusnya aktiviti yang amat mencabar saya bagi saya berlangsung Iaitu aktiviti Kemabara Hutan. Letih sekali rasanya kerana kami terpaksa memasuki hutan yang tebal yang dan trak laluannya adalah panjang. Memasuki hutan ialah satu pengalaman yang amat bermakna sekali ini walaupun saya telah berpengalaman memasuki hutan banyak kali. Sungguh indah ciptaan tuhan dan ini membuatkan saya rasa bersyukur sekali. Tidak cukup dengan itu, aktiviti didalam hutan adalah amat terkesan sekali di hati saya. Pada malam terakhir aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam kebudayaan. Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara kemuncak bagi Perkhemahan Perdana Unit Beruniform kali ini. Majlis kami pada malam itu dihadiri oleh semua unit beruniform dan pensyarah pembimbing. Majlis kami pada malam itu dirasmikan dengan gemilangnya oleh Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru kami iaitu Encik Saat bin Abbas. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sebelum upacara perasmian ini. Kami dikehendaki mereka tepukan semangat bagi setiap kumpulan. Ianya akan menambahkan lagi kehangatan majlis pada malam itu.

Tema pada pada malam itu ikatan bersaudara dan sehati sejiwa. Terdapat 7 kumpulan yang membuat persembahan pada malam itu. Persembahan yang pertama ialah daripada unit beruniform Pandu Puteri. Sesungguhnya persembahan mereka pada malam itu sungguh memberikan pengajaran yang berguna kepada semua guru pelatih. Persembahan yang lain pula ialah dari kumpulan PBSM dengan dikir yang sangat kreatif dan menghiburkan hati. Walaupun berunsurkan hiburan tetapi terdapat pelbagai mesej yang ingin disampaikan oleh mereka terutamanya hal-hal yang berkaitan moral. Seterusnya, guru pelatih disajikan dengan sedikit lakonan dan nyayian yang sungguh indah dan mengasyikkan oleh KRS. Pengakap tampil dengan lakonan yang memberi banyak pengajaran kepada semua tetapi dibuat dalam suasana yang cukup santai dan menghiburkan. Kesimpulannya, kesemua guru pelatih dapat menghiburkan diri disamping mengambil banyak pengajaran daripada persembahan-persembahan oleh unit-unit beruniform. Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti perkhemahan ini. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif kepada diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda baru dalam hidup. Walaupun saya mengikut perkhemahan ini buat kali pertama tetapi saya suka akan perkhemahan ini kerana memberi makna dan mengisi ilmu dalam dada. Memang pada mulanya, saya tidak suka dan tidak berminat dengan perkhemahan ini namun setelah berada di kem ini saya menjadi sangat berminat dengan aktiviti perkhemahan ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini. Perkara yang paling menggembirakan adalah saya telah berjaya mempelajari ikatan dan simpulan. Saya akan bawa ilmu ini kepada anak-anak murid saya di sekolah kelak. Banyak perkara yang telah saya pelajari dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial semasa perkhemahan ini. Saya dapat memupuk sikap bertolak ansur, sifat sabar, setiakawan, bekerjasama dan bekerjasama antara ahli pasukan ialah antara perkara yang dapat saya pelajari disini dan saya percaya ianya tidak boleh dijual beli. Saya akan gunakan ia untuk menjadi insan yang lebih baik dimasa hadapan dan juga guru yang cemerlang. Saya bangga menjadi ahli Kadet Remaja Sekolah. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai