Anda di halaman 1dari 6

AKTIVITI PENGAKAP

AKTIVITI MINGGUAN PENGAKAP


Masa 2.30 petang hingga 4.30 petang ( 2 jam)
Setiap Perjumpaan hendaklah dimulakan:
1. Laung Agung
2. Rukun Negara
3. Nyanyian Lagu Negaraku / Lagu Pahang/ Lagu Pengakap
4. Doa
5. Taklimat Pemimpin

LAUNG AGUNG
PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia
Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan:
1. Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara
2. Menolong Orang Pada Setiap Masa
3. Menurut Undang-Undang Pengakap

RUKUNEGARA

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

AKTIVITI PENGAKAP

HORMAT PENGAKAP

Pengakap sebagai sebuah pertubuhan beruniform mempunyai


identitinya yang tersendiri semasa memberi hormat.
Biasanya,hormat ini diberikan kepada DYMM raja-raja dan
Sultan, pembesar-pembesar negara dan negeri serta tetamu
kehormat. Hormat juga diberikan kepada pegawai pengakap
sama ada di peringkat negara atau negeri, pemimpin di daerah
ataupun di kumpulannya, ketua patrol dan pengakap.
Hormat pengakap diberikan selepas kamu menerma hadiah
kurniaan dan istiadat mengibarkan bendera.Pengakap kanakkanak mestilah berada dalam keadaan sedia. Seterusnya
angkat tangan kanan ke penjuru kening .

AKTIVITI PENGAKAP
DOA PERJUMPAAN PENGAKAP

Bismillahirahmannirahim
Alhamdulilahirabilalamin wasaltuwalsalamualasaidina
Muhammadwaalawasabihiajamain
KAMI BERSYUKUR KE HADRATMU YA ALLAH,DIATAS LIMPAH
KURNIAMU,KAMI MEMOHON DOA RESTU DARIMU AGAR
PERHIMPUNAN INI DIBERKATI,DIKURNIAKAN RAHMAT,NIKMAT
YANG BERPANJANGAN SERTA SIHAT WALAFIAT YANG
BERKEKALAN.
Ya Allah Ya Aziz Ya Sattar
YA ALLAH,AMPUNKAN DOSA KAMI DAN RAHMATLILAH IBUBAPA
KAMI,KURNIAKANLAH KESEJAHTERAAN DIBAWAH NAUNGANMU
KEPADA PARA PEMIMPIN,AHLI-AHLI PENGAKAP DAN SEMUA
MUSLIMIN MUSLIMAT
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
YA ALLAH,TAMBAHKAN LAGI KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN
KEPADA KAMI,LIMPAHKANLAH CAHAYA PETUNJUK UNTUK
MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN ADIL DAN
SAKSAMA.ISIKANLAH KE DALAM JIWA DENGAN AKHLAK YANG
MULIA,PERKUKUHKAN TEKAD KAMI UNTUK MENABUR BAKTI DAN
JASA MELALUI AKTIVITI KEPENGAKAPAN
Rabanaahtinapiduniaasanahwafiiakhiratihassanahwakinaazabb
anarr
wasaanallahuahlaMuhammadinwaahlahalihiwasabihiwasalamw
alhamdulilahirabialamin.

AKTIVITI PENGAKAP

CERITA HUTAN
Suatu ketika dizaman dahulu seorang pemotong kayu dengan
dua orang anaknya ke hutan seeonee untuk memotong kayu.
Hutan seeonee letaknya tidak berapa jauh dari bandar Jabalpor,
iaitu sebuah bandar di bahagian tengah India. Di dalam hutan
itu sudah tentu banyak binatang-binatang buas dan ganas dan
terdapat sekumpulan keluarga serigala yang hidup aman dan
damai tinggal di dalam sebuah gua .
Pemotong kayu terpaksa bermalam kerana kerjanya belum
selesai di dalam sebuah pondok, api dinyalakan untuk
mendapatkan cahayanya dan tidur dengan nyenyaknya. Di
hutan itu ada seekor harimau tempang yang dipanggil Shere
Khan atau Maharaja Belang. Shere Khan merangkak dan
mengendap perlahan-lahan ke pondok untuk menangkap
mangsanya, oleh sebab terlalu asyik melihatkan mangsanya
maka terpijaknya bara api yang tersedia ada. Sakitnya bukan
kepalang hingga menggemparkan suasana pada malam itu dan
melarikan dirinya ke dalam hutan.
Ketiga itu juga dengan pantas pemotong kayu bingkas bangun
sambil mendukung seorang anaknya dan seorang lagi telah
terpisah dari keluarganya lalu bersembunyi ke dalam belukar
seorang diri.
Bapa serigala telah terjumpa dengan kanak-kanak itu dan
menggonggong bawa balik ke guanya dan di peliharalah kanak
itu oleh keluarga serigala dan dinamakan MOWGLI Dari
semenjak itu mowgli dipelihara oleh keluarga serigala sehingga
besar dengan bantuan BALOO ( Beruang ) ,BAGHEERA

AKTIVITI PENGAKAP
( Harimau Kumbang ) ,KAA ( Ular Sawa ) ,SAHI ( Landak ) ,HATHI
(Gajah), RAMA ( Seladang ) , CHILL ( Burung Ruak-Ruak ) dan
lain-lain..

Latihan Asas Perbarisan


Latihan Asas Perbarisan
Luruskan Barisan

- Sama dengan pergerakan ke kanan lurus.

Cepat jalan

- Mengeluarkan kaki kiri ke hadapan


- Pada masa yang sama, lenggangkan tangan kanan sama
paras dengan bahu, lenggan kiri jauh ke belakang seberapa
yang boleh.

Hentak kaki

- Boleh diberikan semasa cepat jalan


- Arahan: Hentak kaki... Gerak!
- Kaki kiri naik ke atas 90 dan seterusnya dengan kaki kanan,
kaki kiri....

Berhenti

- Diberikan semasa cepat jalan


- Arahan: Baris... ti!
- Kaki kanan melangkah 1 langkah ke hadapan. Kaki kiri
hentak ke tanah dan diikuti kaki kanan.

Belok kanan/ belok kiri

- Diberikan semasa cepat jalan.

Tukar langkah

- Diberikan semasa cepat jalan


- Arahan: Tukar langkah semasa cepat jalan... Tukar
langkah!
- Kaki kanan melangkah 1 langkah ke hadapan. Hentak kaki
kiri ke hadapan dan bergerak 2 langkah ke hadapan dan
menghentakkan kaki kiri dan kanan.

Perlahan Jalan

- Diberikan semasa cepat jalan


- Arahan: Tukar langkah... perlahan jalan!

AKTIVITI PENGAKAP
- Kaki kanan melangkah 1 langkah ke hadapan. Seterusnya,
kaki kiri dan kanan hentak ke tanah.
- Luruskan hujung kaki dan gerakkan ke hadapan serta diikuti
oleh kaki kanan secara perlahan.

Anda mungkin juga menyukai