Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan Mempelajari Dan Menguasai KBKK Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang bijak dapat menyediakan

generasi masa kini untuk berhadapan dengan kehidupan yang kian mencabar di dalam dunia yang serba canggih dan moden tambahan pula teknologi semakin cepat dan pantas berubah serta kehidupan yang berbagai budaya. Antara kepentingan menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) termasuk: i- Mengelakkan Kesilapan Berfikir Terdapat beberapa jenis kesilapan yang sering dilakukan secara umum oleh manusia dan dapat dielakkan sekiranya KBKK dikuasai. Antara kesilapan tersebut ialah: Berfikir secara terburu-buru Terburu-buru bermaksud berfikir tanpa menggunakan masa untuk meneliti unsur-unsur yang terlibat. Berfikir secara sempit Kelemahan ini adalah disebabkan oleh kesilapan manusia tidak menggunakan maklumat yang mencukupi dan relevan dalam membuat keputusan. Berfikir secara kabur Ia bermaksud tidak berjaya mengorganisasikan maklumat dan pemikiran secara jelas dan nyata. Berfikir secara bercelaru Pemikiran ini tidak mempertimbangkan semua faktor secara sistematik dan tersusun. ii- Meningkatkan Pemikiran Secara Kritis Dan Kreatif Pemikiran yang kritis dan kreatif dapat dipelajari sekiranya latihan yang secukupnya diadakan. Tiga prinsip pengajaran pembelajaran KBKK adalah:

- Pengajaran berfikir dijalankan secara eksplisit, jelas, tersurat, dan nyata supaya pelajar-pelajar sedar tentang proses berfikir yang dialami. - Suasana bilik darjah yang penuh dengan timbang rasa supaya pelajar menghargai pemikiran yang bijak. - Kemahiran berfikir disebatikan dalam pengajaran kandungan supaya pelajar-pelajar dapat memikirkan apa yang dipelajari.

iii- Memperkembangkan Daya Intelek Pengajaran pembelajaran KBKK dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Peningkatan KBKK juga sesuai dengan konsep sekolah bestari yang membolehkan para pelajar menguasai pelajaran mereka berdasarkan sifat-sifat individu sendiri. iv-Memupuk Pembelajaran Berdaya Fikir Para pelajar mempunyai pengetahuan awal tentang alam sekitar sebelum mengikut pendidikan persekolahan. Untuk meningkatkan pengetahuan mereka, mereka harus menilai, mengkritik, mengubah suai dan membina semula pemahaman mereka secara aktif dalam pemikiran mereka. Oleh itu penguasaan KBKK dapat memupuk pembelajaran berdaya fikir. v- Merealisasikan Wawasan 2020 Bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, sewaktu melancarkan Wawasan 2020 pada 20 Februari 1991, telah menyatakan bahawa apa yang lebih

penting kepada kita semua ialah apa yang berada di antara dua telinga: the brain power atau kuasa otak: bukan apa yang berada di antara bahu: the brawan power atau kuasa otot: atau apa yang berada di antara dua tapak kaki: the natural resources atau sumber semulajadi. vi-Kepentingan Global, Nasional dan Individu Zaman ini adalah zaman persaingan kekuatan minda dan fikiran. Ledakan maklumat telah menyebabkan situasi di mana bagaimana menguasai pengetahuan lebih penting daripada apa yang dikuasai. Oleh itu, persaingan global yang hebat telah menyababkan negara kita melancarkan rancangan Multimedia Super Coridor (MSC) di mana kekuataan minda akan membolehkan negara kita mendahului negara-negara yang lain dalam abad ke 21.

Anda mungkin juga menyukai