Anda di halaman 1dari 10

TUGASAN PRA 3102

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UMUM

BERASASKAN TUGASAN

SOALAN TUGASAN
Pilih tiga teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang terdapa dalam KSPK. Rancangkan aktiviti kepada kanak-kanak menggunakan teknik-teknik yang dipilih.

Konsep Berasaskan Tugasan


1. Guru melibatkan murid dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan mereka peluang untuk mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari.

2. Dalam menghasilkan aktiviti, guru perlu mengambil kira beberapa kriteria.

1) Aktiviti yang dipilih mesti berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar. 2) Guru perlu mempelbagaikan aktiviti berdasarkan matlamat pengajaran supaya P&P tidak membosankan.

3) Guru hendaklah memastikan aktiviti yang dirancang membuka ruang dan peluang kepada murid untuk berinteraksi dan membuat refleksi. 4) Guru juga mesti memastikan setiap aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau bagi menghasilkan P&P yang berkesan.

Kepentingan Teknik Pengajaran Berasaskan Tugasan


1. Meningkatkan keyakinan dan motivasi

murid seterusnya
2. Menjadikan murid lebih aktif dalam P&P. 3. Dapat memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasi apa-apa yang dipelajari oleh mereka.

4. Dapat menjana kreativiti pemikiran murid dan memantapkan kemahiran berbahasa.

5. Membimbing pelajar dengan membekalkan maklumat yang ingin diperlukan atau bantuan tentang cara menyempurnakan kehendak tugasan.

Contoh Aktiviti : Hobi Saya


Langkah Pengajaran 1. Guru meminta murid meneka aksi yang di lakonkan oleh guru. aksi berenang, berbasikal, berkebun, membaca dan main layang-layang. 2.Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang selalu dilakukan oleh murid pada masa lapang.

3. Guru mengagihkan murid kepada 4 kumpulan. a) Kumpulan 1 : mencantum puzzle gambar kanank-kanak berenang b) Kumpulan 2 : mencantum puzzle gambar kanank-kanak berbasikal. c) Kumpulan 3 : mencantum puzzle gambar kanank-kanak main layan-layang. d) Kumpulan 4 : mencantum puzzle gambar kanank-kanak membaca

4. Guru membaca kad perkataan dan murid mencari perkataan yang sesuai dengan puzzle mereka. 5. Guru meminta murid menceritakan hobi mereka. 6. Guru meminta murid melakarkan hobi kegemaran mereka pada kertas lukisan dan minta murid ceritakan apa yang dilukis.

Anda mungkin juga menyukai