Anda di halaman 1dari 27

1

1.0 Pengenalan
1.1 Konsep Tamadun
Sejarah membentuk peradaban atau tamadun dan tidak ada permulaan dan penamat
bagi sejarah. Tamadun terawal yang dikatakan bermula sekitar tahun 3500 S.M ialah Tamadun
Mesopotamia, diikuti Tamadun Mesir pada tahun 3300 S.M., Tamadun India pada tahun 2350
S.M dan Tamadun Cina pada tahun 2000 S.M.
Tamadun merupakan suatu ciri utama yang memisahkan antara manusia yang hidup
tanpa sistem, adab dan kemajuan dengan manusia yang telah mengalami transformasi dan
perubahan daripada yang buruk kepada yang baik dan daripada yang baik kepada yang lebih
baik. Tamadun membezakan antara manusia prasejarah, manusia primitif yang tidak mengenal
peraturan serta susila dan manusia gazar yang terkebelakang dari sudut pembangunan dengan
manusia maju dan moden yang telah mencapai suatu tahap kemajuan dari aspek sosio budaya,
sosio ekonomi dan sosio politik.
Menurut Hashim (2001) : Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab tamaddun,
yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku yang berpunca daripada kata
kerja maddana yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku dan
juga bererti bersifat halus dan bersikap sopan dalam budi bahasa dan tingkah laku, dan juga
kata adjektif madani yang bererti berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus dalam
budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku (urbane, civilized, refined). Istilah tamadun
juga boleh dihubungkan dengan istilah Arab hadharah yang membawa maksud diam di
bandar, tahu adab sopan dan manis tingkah laku.
Tamadun dari segi bahasa membawa maksud yang sama dengan perkataan civilization
dalam bahasa Inggeris. Perkataan ini diambil daripada Latin Civitas bererti bandar. Perkataan
ini dipopularkan dalam kurun kesembilan belas masihi.Sebilangan ahli-ahli antropologi
menekankan fakta bahawa setiap tamadun berkembang dari pusat-pusat bandarnya,
membawa kawasan sekitar berada di bawah dominasi politik dan ekonomi dan pengaruh-
pengaruh kebudayaannya ( seumpama tamadun-tamadun Mesir, Aztec dan Greek ).
Mengikut Kamus Dewan, perkataan tamadun bererti kebudayaan, kemajuan atau
peradaban. Satu lagi perkataan dalam bahasa Malaysia yang hampir sama pengertiannya
dengan perkataan tamadun ialah perkataan peradaban yang membawa erti kebudayaan,
tamadun atau kemajuan (jasmani dan rohani). Apakah perbezaan antara tamadun dengan
2

peradaban? Dalam kehidupan seharian, kita menggunakan perkataan adab yang membawa
maksud seseorang yang memiliki sopan santun dan tatasusila. Adab yang kita gunakan itu lebih
merujuk kepada aspek etika, moral dan akhlak iaitu nilai-nilai dalaman yang dipancarkan
menerusi tutur kata dan perbuatan. Menurut Hashim (2001) adab membawa maksud keadaan
serta tahap kemajuan dalam kehidupan jasmani, rohani dan materi sesuatu bangsa atau
masyarakat.
Kesimpulannya, istilah tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan
pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan
santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi
individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau
negara bangsa. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya
tinggi.
1.2 Ciri Ciri Tamadun.
Terdapat pelbagai ciri-ciri tamadun. Walau bagaimanapun, setelah diringkaskan dan diteliti
mengikut kepentingan masing-masing, ciri-ciri ini telah disepakati. Sebanyak lapan ciri-ciri
tamadun yang utama.

Peta minda 1 : Ciri-ciri Tamadun
Kemajuan
Teknologi
Kerajaan dan
Sistem Pentadbiran
Kota dan
Bandar
Tulisan dan
Bahasa
Mempunyai Kepercayaan Tertentu
atau Agama
Perkembangan
Ekonomi
Organisasi
Sosial Yang
Tersusun
Perkembangan Ilmu
Pengetahuan
3

1.2.1 Kerajaan dan Sistem Pentadbiran
Kerajaan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang baik memberi kesan besar kerana sudah
menjadi lumrah, sesuatu masyarakat sukakan pemerintah yangadil dan mampu member
manfaat kepada mereka.
1.2.2 Kemajuan Teknologi
Perkembangan dari segi teknologi contohnya seperti penciptaan mesin-mesin pertanian
mahupun perindustrian juga merupakan salah satu ciri kebangkitan sesuatu tamadun. Ini
membuktikan tamadun tersebut tidak ketinggalan zaman dan mampu membina peralatan yang
cangggih.
1.2.3 Kota dan Bandar
Kota dan bandar member makna meluas dalam perkembangan sesebuah tamadun. Sesebuah
kota itu hendaklah mempunyai infrastruktur yang baik dan kawasan-kawasan di sekitarnya
mestilah bersih dan kemas berbanding di tempatlain kerana kota merupakan kawasan tumpuan
pembangunan sesebuah tamadun.
1.2.4 Organisasi Sosial Yang Tersusun
Perlunya organisasi sosial yang kukuh dan teratur. Ini untuk mengelakkan sistem pentadbiran
yang berpecah belah di antara pemimpin tertinggi dan pemimpin bawahan. Ia juga dapat
mendorong mencipta suasana yang harmoni di kalangan semua lapisan masyarakat agar
mereka dapat bergaul tanpa menghiraukan dan membezakan status masing-masing.
1.2.5 Perkembangan Ekonomi
Perkembangan ekonomi merupakan antara ciri terpenting dalam pembangunan sesebuah
tamadun. Sesebuah masyarakat hendaklah mempunyai struktur ekonomi yang kukuh. Ini bai
membuktikan kemampuan tamadun tersebut menjalankan tanggungjawab sebuah institusi
ekonomi dengan baik dan lancar.
1.2.6 Mempunyai Kepercayaan Tertentu atau Agama
Sudah menjadi lumrah, kepercayaan agama merupakan tunjang pembangunan sesebuah
tamadun. Jika runtuh pegangan masyarakat terhadap kepercayaan yang dianuti mereka maka
4

runtuhlah juga sesebuah tamadun itu.Justeru, pembinaan rohani anggota masyarakat juga
perlu di ambil kira dalam pembangunan sesebuah tamadun
1.2.7 Tulisan dan Bahasa
Sesebuah tamadun wajib mempunyai sistem tulisan dan bahasa mereka sendiri. Ini bagi
membuktikan kepada masyarakat atau tamadun lain bahawa mereka mempunyai peradaban
yang tinggi sehinggakan mempunyai bahasa ibunda sendiri. Sistem tulisan juga perlu dicipta
agar masyarakat tidak keliru.
1.2.8 Perkembangan Ilmu Pengetahuan
Perkembangan ilmu pengetahuan sudah semestinya merupakan inti penting kerana tanpa ilmu
pengetahuan, tiadalah wujudnya tamadun. Tokoh-tokoh pemikir yang lahir akan
membangunkan tamadun sesebuah masyarakat.

2.0 Latar belakang kebudayaan, pemikiran dan Sejarah kemajuan tamadun bangsa-
bangsa di dunia.
2.1 Latar belakang Tamadun Cina

Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM).
Bagaimanapun, berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan
Neolitik (Zaman Batu Baru), yang paling awal dan mempunyai ciri tersendiri disebut Yangshao
berdasarkan namatinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan ini yang terletak di Yangshao di
provinsi Shaanxi. Tapak terawal petempatan Yangshao yang dibangunkan sepenuhnya itu pula
mula muncul pada milenium ke-5SM di Banbo, Xi'an di provinsi Shaanxi. Tapak- tapak tradisi
kebudayaan Yangshao ini dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai
Wei dan Huanghe (The Yellow River) dan ini menunjukkan kawasan terletaknya pusat
peradaban Cina. Di kawasan ini, selama berkurun-kurun lamanya tanah pasir halus yang
dimendapkan oleh angin telah menjadi tanah loes yang subur, lembap serta mudah untuk
dikerjakan terutama dalam bidang pertanian. Keadaan bentuk geografi ini telah mendorong dan
menggalakkan pembangunan petempatan manusia dan kegiatan pertanian.

5

2.1.1 Latar belakang kebudayaan, pemikiran dan sejarah kemajuan Tamadun Cina.

Perkembangan peradaban bangsa Yangshoa di bahagian tengah dan utara negara Cina
menelan masa kira-kira 6 milenium iaitu lebih kurang 5000 tahun sebelum diambil alih oleh
kebudayaan Longshan. Kebudayaan Longshan bermula sejak pertengahan kurun ke-2 dan
zaman Gangsa Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2 atau milenium pertama. Pertemuan
arkeologi menunjukkan peradaban ini terletakdi Lembah Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi dan
juga di Sanxingdui,di provinsi Suchuan. Peradaban ini lebih maju berbanding ketamadunan
Yangshoa,di mana tembikar yang dijumpai menunjukkan berkualiti, kerana dipercayai
menggunakan mesin peroda tembikar (potters wheel) dalam pengeluarannya.
Selama lebih kurang 5,000 tahun lamanya iaitu kira-kira 6 mileniumSM, kebudayaan
atau tamadun Yangshao ini telah berkembang serta terbentang di bahagian-bahagian tengah
dan ulara negara China, dan kemudiannya diganti secara beransur-ansur oleh kebudayaan
Longshan. Kebudayaan Longshan muncul sejak pertengahan kurun ke-2SM dan Zaman
Gangsa Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2SM atau awal milenium pertamaSM merupakan
kebudayaan yang lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao. Tamadun Longshan diberi
nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan, di provinsi Shandung. Manakala
pusat-pusat penting peradaban Zaman Gangsa terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi
Jiangxi dan juga di Sanxingdui, di provinsi Sichuan.
Tempoh Neolitik di negara China mempunyai kedudukan yang unggul dalam sejarah
perkembangan peradaban Cina kerana dalam tempoh terdekat ini, aktiviti-aktiviti pertanian telah
dimulakan. Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran tinggi Loes,
menggalakkan penanaman bijirin, bersesuaian dengan keadaan cuaca gersang di bahagian
timur negeri China. Ternyata asal-usul peradaban pertanian purba di negara China
memperlihatkan kesanggupan manusia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan
lokasi geografi yang berbeza (di kedua-dua dataran loes tinggi dan lembah Sungai Yangzi), dan
menghasilkan apa yang disebut Kebudayaan Milet (Bijirin) dan Kebudayaan Sawah Padi yang
wujud secara berasingan di bahagian utara dan selatan China. Kedua-dua jenis kebudayaan
tersebut telah mengasaskan peradaban pertanian di negara China untuk selama beberapa ribu
tahun.
Kebudayaan Longshan muncul sejak pertengahan kurun ke-2SM dan Zaman Gangsa
Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2SM atau awal milenium pertamaSM merupakan
kebudayaan yang lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao. Tamadun Longshan diberi
6

nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan, di provinsi Shandung. Manakala
pusat-pusat penting peradaban Zaman Gangsa terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi
Jiangxi dan juga di Sanxingdui, di provinsi Sichuan.Berbanding tembikar bertanda tali pintal
(cord-marked) dan yang berlukisan, tembikar Longshan (terutamanya tembikar hitam)
bergantung kepada gaya dan bentuk sebagai daya penarik estetiknya dan jarang dijumpai
lukisan hiasan seperti yang ada pada bekas-bekas Yangshao.
Menurut para sarjana China, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar pada zaman
purba Cina iaitu pertama, kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di yang
dikatakan berasal dari kawasan loes di Provinsi Shaanxi di bahagian barat China; kedua,
kumpulan Feng-Yang yang tersebar di sekitar dataran-dataran yang terletak di bahagian timur
China dan ketiga, kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku-suku bangsa di Selatan China.
Hasil daripada integrasi ketiga-tiga kumpulan bangsa utama yang tersebut di atas, di samping
suku-suku bangsa yang lain selama beberapa ribu tahun maka terbentuklah suatu entiti
bersepadu yang diberi nama bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu) pada hari ini.
Prinsip kesederhanaan atau zhongyong (The Golden Mean) pula merupakan pemikiran
moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Prinsip ini merupakan norma
masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat sekiranya ia
dihayati dan diamalkan sepenuhnya. Dalam kitab The Doctrine of Mean dinyatakan bahawa
pencapaian tahap pemusatan (centrality) dan keseimbangan akan mendatangkan keharmonian
alam semesta dan bumi ini, dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara.
Pemikiran politik tradisional Cina asasnya telah terbentuk sejak tempoh sebelum dinasti
Qin (221SM-209SM). Antara aliran pemikiran politik yang terutama ialah Konfusianisme,
Daoisme, Legalisme dan Moisme. Pusat pemikiran politik Konfusianisme berasaskan
perhubungan sesama manusia (renlun) yang berperikemanusiaan dan bermoral. Pemikiran
politik aliran Daoisme pula cenderung kepada fahaman anarki dalam erti kata moden pada
masa kini. Pengikut pemikiran Daoisme menafikan bulat-bulat peranan institusi politik, sistem
moral dan tatasusila yang begitu dititikberatkan oleh Konfusianisme. Sebaliknya Daoisme
mencadangkan gaya pemerintahan tanpa menguatkuasakan sebarang usaha yang keras
(wuwel) dan juga kehidupan secara primitifyang mengharmonikan diri dengan alam semesta.
Pemikiran ini cuma menjadi penawar hati kepada mereka yang gagal dalam kerjaya sebagai
pegawai kerajaan dan orang yang tidak berpuas hati dengan kenyataan hidup, tetapi tidak
mendatangkan impak yang besar kepada sistem politik negara China.
7

Aliran pemikiran yang memberi kesan sebenar kepada tempoh sebelum dinasti Qin
yang huru-hara dan mengalami perubahan besar dari segi masyarakat dan politik China ialah
Legalisme. Kedua-dua teori dan perlaksanaan Legalisme berjaya membawa pembaharuan
yang menggantikan sistem pemerintahan feudal bercirikan pelbagai negeri atau jajahan
(multistate) kepada sistem pentadbiran commanderies dan counties (junxian zhi) iaitu kerajaan
birokratik terpusat (centralized bureaucractic government memperoleh kuasanya. Sistem
birokrasi ini telah menyumbang kepada pengekalan pentadbiran dan kestabilan politik di
sepanjang sejarah ketamadunan China.
Aliran pemikiran politik Moisme pula menegaskan penyelarasan peraturan dan
pembentukan kekuasaan pusat (shangtong) itu, walaupun selari dengan kehendak lapisan
pemerintah, namun pengajarannya yang menggalakkan berjimat-cermat (jieyong) dan melantik
sesiapa yang berkelayakan dan berkemampuan (xuan xian yu neng) ke jawatan kerajaan,
kadang-kadang sukar hendak dipatuhi sepenuhnya. Oleh sebab itu, pemikiran politik aliran
Moisme kemudiannya diketepikan oleh pihak pemerintah.
Bagaimanapun, selepas dinasti Qin (221SM-206SM) dan Han (206SM-220 TM),
keempat-empat aliran pemikiran politik telah bersepadu. Namun,golongan pemerintah China
biasanya menonjolkan pemikiran Konfusianisme sedangkan menguatkuasakan pentadbiran
negara menerusi pemikiran Legalisme. Pemikiran politik aliran Moisme dan Daoisme mungkin
memainkan peranan yang membawa kepada ideologi pembaharuan atau menjadi batu api
kepada permulaan satu-satu revolusi termasuk mewujudkan pemberontakan terhadap
pemerintah. Namun begitu, selepas pihak pemberontak berjaya menguasai dan memimpin
negara, ideologi yang merupakan cantuman Konfusianisme dan Legalisme itu tetap
berkesinambungan dan memainkan peranan yang terpenting dalam sistem pentadbiran negara.
Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15
sehingga kurun ke-11SM. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai
kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina
bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi
yang lain misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron),
pengeluaran porselin, pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang
lebih awal lagi. Interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang terserlah
sehinggalah kemunculan zaman moden. Namun begitu, wujud pertemuan sekali- sekala yang
berlangsung antaranya pengembaraan Marco Polo pada tahun 1275- 1292. Ini telah menarik
8

perhatian dunia Barat tentang keunggulan teknologi Cina dan seterusnya berlaku pemindahan
pengetahuan teknologi dan China ke Barat. Ilmu mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas
dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari negara China.
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina
telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.
Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan
penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih
daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal,
maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini. Orang Cina juga banyak mencapai
kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali
pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara
meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya
agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam
buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga
mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam
bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.
Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan,
pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan. Seawal lebih kurang tahun
200SM, mereka telah menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada (breast-strap harness).
Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah. la
dibawa dari China ke Barat antara kurun ke-7 hingga ke-11 dan adalah asas bagi abah
kerongkong yangdigunakan masa sekarang. Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak
meringankan tenaga manusia pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM.
Masyarakat Cina juga menyedari mengenai kebaikan tumbuh-tumbuhan dan binatang-
binatang dari segi perekonomian. Dari China, dibawa kain sutera ke dunia Barat semasa
pemerintahan era Roma, dan ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di Eropah pada
kurun ke-6. Manakala fosil dikenali buat pertama kali di negara China kira-kira pada tahun 1050
oleh Zhu Xi, sedangkan di Eropah hanya selepas Leonardo da Vinci iaitu kira-kira pada kurun
ke-15.Kesusasteraan klasik dan kesenian Cina merupakan hasil budaya Cina yang amat
bernilai. Seperti komponen budaya Cina yang lain, kandungan kesusasteraan klasik dan
kesenian Cina adalah sangat kaya dan menarik.
9

Di bidang sains dan teknologi, walaupun perkembangannya tidak sebegitu pesat
berbanding dengan sains dan teknologi moden, orang Cina telah mempelopori penciptaan
kertas, percetakan, bahan letupan dan kompas yang banyak memberi manfaat kepada
permodenan negara-negara Barat. Dengan pencapaian-pencapaian penting dalam bidang
bahasa dan kesusasteraan, kesenian, sains dan teknologi dalam tamadun Cina, ini
membuktikan bahawa tamadun Cina merupakan antara penyumbang utama dan penting
kepada perkembangan tamadun dunia. Melalui hubungan atau interaksi antara tamadun,
pencapaian-pencapaian tamadun Cina kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan kepada
tamadun-tamadun lain sehingga sesetengahnya kekal sehingga masa kini walaupun berlaku
proses pembaharuan, perubahan dan penyesuaian menurut zaman.
2.2 Latar Belakang Tamadun India
Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 SM. Selepas tempoh ini tamadun Indus
telah mengalami keruntuhan.Hali ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah
membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus. Tahap ini dikenali
sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi
masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu.Setelah beberapa ketika
bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat
tersebut beralih ke Lembah Ganges.Pada zaman ini terdapat gologan pemerintah yang terdiri
daripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan
mahajanapada atau kerajaaan besar.Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan
kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar pertama di India.
Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India utara telah
disatukan.Dinasti ini mencapai kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.


2.2.1 Latar belakang kebudayaan, pemikiran dan sejarah kemajuan Tamadun India

Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua Lumeria di
Selatan India. Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. wujud penempatan manusia di kawasan
Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India. Sekitar 3,000 s.m. penemuan kesan-
kesan tamadun Lembah Indus yang merangkumi kawasan-kawasan Mohenjodaro di daerah
Montgomery. Penemuan arkeologi membuktikan masyarakat di Lembah Indus sudah mencapai
tamadun yang tinggi. Pada tahap awal pembentukkannya tamadun India mempunyai dua
10

bentuk kerajaan, iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan
dan tidak mempunyai raja.Manakala kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi,
Kosal dan Magadha.Dalam tamadun ini, sememangnya raja mengamalkan kuasa mutlak. Pada
amnya, masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua golongan besar berdasarkan kepada
keluarga bahasa, iaitu pertama, orang Indo Arya dan kedua, orang Dravidia. Dari segi
demografi, orang Indo Arya menetap di kawasan utara India manakala orang Dravidia menetap
di kawasan selatan India. Orang Indo Arya dan orang Dravidia memiliki tradisi kebudayaan
masing- masing. Pertembungan antara kedua-dua golongan budaya yang berbeza sejak
beberapa kurun sebelum masihi lagi telah melahirkan suatu budaya yang dikongsi bersama,
dan budaya serta tamadun itulah dianggap sebagai tamadun India.
Keluarga merupakan unit asas dan terkecil dalam struktur masyarakat India. Tujuan
mendirikan keluarga adalah untuk mendapatkan teman sokongan dari segi fizikal dan rohani
serta untuk mendapatkan atau melahirkan anak sebagai penyambung zuriat (keturunan).Dalam
masyarakat India, sistem keluarga yang biasa diamalkan ialah keluarga bersama (joint-family).
Keluarga bersama dibentuk oleh keanggotaan semua anggota lelaki yang seketurunan, isteri-
isteri serta anak-anak mercka yang masih belum berkahwin. Secara amnya, sesuatu
perkahwinan diatur oleh ibu bapa, juga jodoh bagi anggota keluarga dipilih oleh mereka. Namun
begitu, masih terdapat perkahwinan berdasarkan percintaan yang direstui oleh keluarga. Dalam
perkahwinan ini, khidmat nasihat daripada orang tua dapat dimanfaatkan terutama sekiranya
berlaku perselisihan faham antara ahli keluarga. Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek
hidup iaitu pertama, ashrama dharma yang menjelaskan tentang empat tahap yang harus dilalui
oleh setiap manusia dan kedua, purusartha iaitu tentang empat objektif mulia hidup yang
utama.
Tamadun ini melahirkan beberapa agama besar dunia dan menekankan nilai-nilai moral yang
bersifat khusus dan juga sejagat. Pemikiran falsafah Hindu pula terdapat enam aliran iaitu
Sankhya, Yoga, Nyaya, Vaisesika, Mimamsa dan Vedanta. Sankhya membincangkan 25tattva
atau prinsip yang menyumbang kepada penciptaan manakala Yoga menekankan kawalan
badan dan pancaindera sebagai cara mencapai pengetahuan benar tentang Realiti Agung.
Kesemua aliran falsafah ini wujud pada masa yang sama dan mewakili pandangan berbeza dan
menerangkan kewujudan realiti dari sudut pandangan tertentu. Pandangan berbeza tidak
sehingga menyingkirkan sesuatu pandangan lain untuk memahami kebenaran. Pandangan
berbeza sebenarnya digalakkan oleh keinginan untuk menerangkan mengenai kebenaran dari
sesuatu sudut pandangan. Bahawa terdapat pandangan yang berbeza atau bertentangan
11

antara satu sama lain yang terus wujud dan berkembang menunjukkan kebolehan dan kesudian
orang India menerima pandangan yang bertentangan mengenai sesuatu perkara, biar dalam
aspek sosial mahupun dalam aspek agama atau falsafah.

Pada zaman Maurya, bidang seni bina dan seni ukir India berkembang maju. Tiang Asoka
merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India. Pada zaman Gupta,
senibina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Di India Utara, Stupa Sanchi, imej Buddha
dan Bodhisattva adalah antara lambang kemegahan seni bina India. Ukiran Gua Ajanta dan
Ellora serta duit syiling India zaman Gupta membuktikan seni ukir India yang tinggi nilainya. Di
India Selatan, kuil batu Mamallapuram yang dibina oleh raja Pallava menunjukkan corak seni
bina dan seni ukir kompleks yang mengagumkan. Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarar yang
dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina bangunan kuil ini, dan masih
menjadi misteri dalam seni bina India. Dalam bidang seni ukir, India maju dalam seni ukir
logam. Pada zaman Muslim (Islam) di India, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu
berkembang dalam bidang seni bina dan seni ukir.
Kesusasteraan India awal menunjukkan bahawa bidang seni lukis India mencapai
kemajuan pada zaman tersebut. Dinding Istana dan ruang dalaman rumah golongan berada
dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik. Kebanyakan kuil gua (cave temples) India dihiasi
dengan lukisan bersifat agama. Para pelukis mendapat ilham daripada epik klasik India seperti
Ramayana dan Mahabharata. Gua Ellora, Badami dan Bagh adalah di antara contoh bagi
lukisan bersifat agama. Walaupun tujuan utama lukisan Gua Ajanta adalah agama tetapi ianya
turut memuatkan unsur-unsur lukisan bersifat sekular.
Kematangan dan kesempurnaan yang dicapai dalam bidang kerohanian telah merintis jalan
bagi orang India memiliki beberapa keistimewaan lain. Ini dapat dilihat dari penemuan-
penemuan awal yang telah dilakukan dalam bidang sains. Pengetahuan orang India dalam
bidang matematik, astronomi, fizik, kimia, perubatan dan bidang logam merupakan sumbangan
yang tidak ternilai kepada perkembangan tamadun dunia.
Dalam bidang ilmu matematik, pengetahuan mengenai konsep geometri telah berkembang
sejak zaman sebelum masihi lagi. Sejak zaman Gupta (319 TM), India telah maju dalam bidang
ilmu matematik. Kemajuan ini dapat dicapai oleh orang India hasil pengetahuan yang dimiliki
oleh mereka dalam konsep nombor abstrak. Mereka berupaya membezakan nombor abstrak
dan nombor kuantiti objek-objek ataupun keluasan ruang. Orang India menggunakan nombor-
12

nombor asas dengan simbol 0 hingga 9 untuk mencipta cara kiraan Algebra asas dan ini
membolehkan tamadun India menceburi bidang ilmu matematik yang lebih rumit..
Dalam bidang pertukangan besi, kemahiran orang India jelas nampak pada Iron Pillar (Tiang
Besi) di Delhi yang dibuat pada kurun ke-5. la merupakan sebatang besi 7 meter tinggi dan
begitu tulen sehingga tidak berkarat. Mereka berkemahiran dalam bidang ilmu kaji logam dan
barangan logam buatan mereka begitu dihargai di zaman Empayar Romawi dan di Asia Barat.
Pengetahuan perubatan orang India bermula pada zaman Vedik sebagai sent ilmu sihir. Unsur-
unsur bidang perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga,
reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang wujud sebelum tahun-tahun masihi.
Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2) dan Susruta (kurun ke-
4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen dalam beberapa segi dan lebih maju pada
keseluruhannya.
2.3 Latar Belakang Tamadun Jepun
Jepun atau Nihon/Nippon dalam bahasa Jepun dikenali sebagai Tanah matahari terbit,
sejarah awal kebudayaan Jepun dikenali sebagai Jomon. Perkataan Jomon ini berasal daripada
barang-barang yang telah direka oleh orang-orang Jepun dari tanah liat Jomon. Tamadun
Jepun Moden berjaya mengekalkan keunggulannya sehingga kini. Masyarakat Jepun
memperlihatkan kebijaksanaan mereka dalam menerima pengaruh tamadun asing dan
kemudian menyesuaikannya dengan keadaan negara Jepun. Pada mulanya, Jepun banyak
menerima pengaruh tamadun Cina. Kemudian, setelah menjalinkan hubungan dengan Barat
semasa pemerintahan Meiji, masyarakat Jepun mula mencontohi Barat dalam politik, ekonomi,
pendidikan dan ketenteraan.Sikap masyarakat Jepun juga membantu menjayakan tamadun ini.
Rakyat Jepun bekerja dengan tekun, menghormati ketua, mempunyai keberanian dan disiplin
yang tinggi dan saling bekerjasama dalam usaha memajukan syarikat. Selain dari itu,
masyarakat Jepun juga tidak pernah melupakan nilai-nilai tradisi walaupun negara mereka
mengalami pemodenan pesat. Perkara ini menyebabkan tamadun Jepun menjadi begitu unggul
di mata dunia walaupun Jepun pernah mengalami kekalahan teruk dalam Perang Dunia Kedua.
Seperkara lagi yang sangat perlu diberi perhatian tentang tamadun Jepun kini ialah kemajuan
yang dicapainya dalam sistem pengurusan yang dipanggil Kanzen. Di dalam sistem ini perkara
yang sangat unik dan baik dilakukan ialah melakukan kerja secara berkumpulan dan
menganggap semua pekerja sebagai sama penting. Dengan ini segala keputusan dapat dibuat
13

dengan saksama dan bijaksana di samping memupuk semangat setiakawan dalam syarikat
atau organisasi atau jabatan.

2.3.1 Latar belakang kebudayaan, pemikiran dan sejarah kemajuan Tamadun Jepun

Menjelang tahun 200SM, pengaruh kebudayaan Cina mulai mengalir masuk ke negara
Jepun dan Dinasti Han (206SM-24 TM), ketika itu mula menekankan pengaruhnya ke atas
Jepun. Kemasukan kebudayaan Cina dan pertembungan ini telah membawa kepada
perubahan-perubahan dalam masyarakat Jepun sehingga membentuk kebudayaan baru yang
dikenali sebagai Yayoi. Nama ini diambil dari suatu jenis periuk belanga tembikar yang dicipta
pada ketika itu iaitu dari zaman prasejarah Jepun sehingga hampir kurun ke-4 Masihi. Barang-
barang tembikar ini bercirikan garisan-garisan Inrus dan corak- corak Ibi yang mudah dan
kemas. Antara yang diperkenalkan ialah teknik membuat perkakas tembaga dan besi, jenis
periuk belanga dan tembikar yang baru dan sem berkebun. Barang-barang tembikar ini
bercirikan garisan-garisan Inrus dan corak-corak Ibi yang mudah dan kemas. Corak lebih cantik,
menarik, berwarna-warni, teknik pembuatan yang lebih kukuh dipelajari daripada teknik
pembuatan tembikar Korea. Era Yayoi dibezakan dengan pengenalan peralatan logam dari
benua Asia terutamanya dari negara China. Di peringkat ini, kegiatan memburu binatang dan
mengutip hasil hutan masih diteruskan tetapi perbezaan yang ketara ialah pengetahuan tentang
pertanian. Masyarakat zaman ini telah mencapai peningkatan dan kemajuan dalam pertanian
antaranya tentang penggunaan tanah, tenggala untuk membajak dan pengairan. Mereka telah
menjalankan kegiatan penanaman padi sawah dan sistem batas. Pembukaan tanah-tanah,
penanaman padi dan pengairan telah meningkatkan pengeluaran bahan makanan (lebihan),
dan diperkenalkan amalan menyimpan beras dan barangan pertanian lain. Peningkatan ini
membawa kepada wujudnya jurang perbezaan di antara golongan kaya dengan golongan
miskin, terutama perubahan mengenai status atau kedudukan dalam masyarakat.

Pada zaman kebudayaan Yayoi ini, terbentuk perbezaan-perbezaan di dalam
kedudukan sosial dan politik di antara pemerintah dan diperintah. Kemunculan lebih ramai
pemimpin-pemimpin politik seperti di Yamato (Nara) dan Kyushu, dan di kalangan mereka ini
kumpulan Yamato (nenek-moyang keluarga Imperial Jepun) muncul sebagai kumpulan politik
yang paling berkuasa ke atas kumpulan-kumpulan lain yang dipanggil Uji. Menjelang kurun ke-
4, kekuasaan kumpulan Yamato meliputi seluruh negara Jepun kecuali di beberapa daerah di
14

Kyushu. Pemimpin-pemimpin Yamato mengabsahkan mereka berketurunan Dewi Matahari
(Amateresu) dan menentukan bahawa pemujaan dewi ini merupakan penyembahan terulung di
negara ini. Simbol kekuasaan dan alat kebesaran keluarga dirajaJepun (Imperial Jepun) ialah
sebuah cermin tembaga, sebuah pedang best yang panjang dan permata yang melengkung
(magatama). Menurut sejarahnya, kumpulan Yamato merupakan kalangan pemimpm terawal
dan membawa kepada perpaduan terhadap negara tersebut, dan melaksanakan dasar
imperialisme terutama ke atas beberapa bahagian di Semenanjung Korea.
Menurut mitos Jepun, negara tersebut diasaskan pada kurun ke 7 SM oleh Maharaja
Jimmu. Pada kurun ke 5 dan 6, tulisan Cina dan agama Buddha diperkenalkan ke Jepun dari
Korea dan kemudian langsung dari China. Maharaja-maharaja Jepun merupakan ketua pada
nama sahaja. Kuasa sebenar terletak pada para bangsawan, pemangku raja
dan shogun (gabenor tentera). Permulaan zaman Nara pada kurun ke 8 ditandakan dengan
penubuhan sebuah pemerintah yang kuat yang berpusat di bandar Heijokyo (kini Nara). Pusat
tersebut kemudiannya berpindah ke Heiankyo (kini Kyoto), dan di sini lahir sebuah budaya
klasik Jepun yang dikenali sebagai Heian.
Pemerintah-pemerintah Tokugawa yang sangsi dengan pengaruh mubaligh Katolik
mengharamkan segala perhubungan dengan orang Eropah kecuali bagi perhubungan yang
amat terbatas dengan saudagar Belanda di Pulau Dejima. Zaman pengasingan ini bertahan
selama dua setengah abad, ketika mengalami perpaduan politik yang halus dikenali
sebagai zaman Edo, dianggap sebagai kemuncak budaya zaman pertengahan Jepun.
Awal abad ke-20 melihat tempoh singkat "demokrasi Taisho" ditenggelami oleh kebangkitan
peluasan Jepun, mendorong kepada penjajahan Manchuria dan Perang Sino-Jepun (1937).
Pada tahun 1941, Jepun menyerang pengkalan tentera laut Amerika Syarikatdi Pearl Harbor,
mendorong kedua-dua negara ke kancah Perang Dunia II. Setelah kempen yang panjang di
Lautan Pacifik, Jepun kehilangan jajahan yang diperolehi awalnya, dan Amerika
Syarikat hampir ke jarak untuk memulakan pengeboman strategik ke atas Tokyo, Osaka, dan
bandar-bandar lain. Jepun menyerah selepas pengeboman bom atam
bandar Hiroshima dan Nagasaki pada 1945, kehilangan keseluruhan koloninya di Asia dan
Pasifik.
Jepun kekal di bawah penjajahan Amerika Syarikat sehingga 1952. Dalam tempoh itu, ia
menerima pakai perlembagaan baru yang menetapkan negara tersebut
sebagaipacifist constitutional monarchy. Selepas penjajahan, di bawah program pembangunan
15

industri agresif, dasar perlindungan, dan penyerahan pertahanan strategik kepada Amerika
Syarikat, keluaran negara kasar Jepun makin meningkat menjadi yang kedua tertinggi di dunia.
Sungguhpun berlakunya kejatuhan pasaran saham yang teruk pada tahun 1989 yang mana
negara ini amsih belum peulih sepenuhnya, Jepun masih sebuah kuasa ekonomi dunia dan
juga baru-baru ini telah bangkit semula sebagai kuasa strategik dengan meminjamkan
sokongan bukan kombat dalam Perang Teluk dan pencerobohan Iraq pada tahun 2003.
Terdapat 3 agama yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Jepun. Agama-agama
tersebut iaitu ,Shintoisme, Buddhisme dan Konfusianisme. Agama khas bagi masyarakat
Jepun. Shinto bererti Jalan Tuhan (kami-no-michi). Shinto berkait rapat dengan negara,
bangsa dan alam Jepun dan merupakan symbol perpaduan dan kesetiaan kepada maharaja
dan negara. Konsep Tuhan dan Dewa Dewi (kami) agak kabur. Terdapat 8 juta Dewa
Dewi.Dewi Matahari (Amaterasu-omi-kami)adalah Tuhan yang besar dan Maharaja Jepun
dipercayai dari keturunan Dewi Matahari. Agama Shinto tidak mempunyai nabi/pengasas/kitab
suci. Pendeta Shinto telah menyusun/menulis kitab untuk rujukan Shinto Gabusho/Lima Buku
ajaran Shinto. Mereka juga tidak ada falsafah dan etika. Semangat berkorban untuk
Maharaja/Tuhan ditanamkan ke dalam jiwa setiap rakyat.
Agama Buddhisme mendapat tempat yang kukuh semasa pemerintahan Putera Shotoku
pada 592 s.m. di mana Buddhisme telah dijadikan sebagai agama rasmi. Ajaran Buddhisme ini
diterapkan dalam Perlembagaan 17 Artikel (mengandungi pelbagai aspek ajaran Buddhisme
dan Konfusianisme) yang mewajibkan kakitangan kerajaan mematuhinya. Beliau juga
menekankan pentingnya ajaran Buddha dan menjunjung tinggi Tiga Harta Suci iaitu Buddha,
Dharma dan Sangha, menghantar pelajar ke China untuk mempelajari Buddha dan menulis 3
buah buku mengenai ajaran Buddha. Buddha Zen adalah ajaran yang paling mendominasi
masyarakat Jepun di mana ia merupakan salah satu hasil himpunan alam fakir China yang tidak
ingin kepada corak falsafah dan lebih kepada penerangan. Konfusianisme bukanlah satu
agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga
etika manusia.
Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara barat.
Apa yang penting ialah kegigihan masyarakat Jepun membangunkan negara dan ekonomi
mereka perlu dijadikan contoh kepada negara Asia yang lain. Pada era Meiji, para cendikiawan
Jepun telah mengemukakan idea pemodenan Jepun melalui penerapan teknologi maju dari
barat di samping mengekalkan dan memelihara semangat kebangsaan. Jepun pernah
16

mengalami kehancuran selepas perang dunia ke dunia apabila dua wilayah mereka di
Hiroshima dan Nagasaki di bom dengan teruk oleh pihak berikat. Lanjutan itu, Jepun
mengisytiharkan penolakan peperangan buat selama-lamanya dalam perlembangaan baru
negara Jepun dan sebaliknya mereka berusaha untuk bangkit kembali untuk menjadi kuasa
terkuat ekonomi dunia dengan member tumpuan kepada pembangunan industri sebagai
sebuah negara aman tanpa perang. Kehebatan bangsa Jepun bangun daripada kemusnahan
akibat perang adalah hasil daripada sikap positif mereka sendiri dan kejayaan ini tidak dapat
dinafikan terhasil dari etika kerja mereka yang cemerlang.
Bermula dari sinilah, kepandaian dunia barat telah ditranformasikan dan disesuaikan
dengan semangat masyarakat Jepun. Masyarakat Jepun sememangnya terkenal dengan sikap
rajin dan menepati masa, malah mereka mudah untuk tidak mempercayai sesiapa yang malas
atau tidak menepati masa. Mereka juga cenderung mengikut kata sepakat kumpulan
berbanding dengan pendapat sendiri dan sikap itu membantu setiap individu bekerja sebagai
satu kumpulan. Masyarakat Jepun juga amat mementingkan ilmu pengetahuan dan ini terbukti
apabila kadar celik huruf di negara Jepun adalah hampir 100 peratus dan kesedaran tentang
kepentingan ilmu ini bermula sejak zaman Edo (1603 1876) lagi. Pada masa itu anak-anak
petani, saudagar dan tukang telah belajar di sekolah swasta yang dikenali sebagai Terakuya.
Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan tamadun asia yang lain. Ini
keranapengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik, dan sosial. Walau bagaimanapun, di
Tanah Melayu / Malaysia secara amnya pengaruh agama Hindu tidak kekal, begitu juga dengan
pengaruh budaya India semakin dipinggirkan.

2.4 Latar Belakang Tamadun Islam
Tamadun Islam ialah tamadun yang bermula di timur tengah atau Asia Barat dan
didokong oleh bangsa Arab sebelum berkembang ke dalam tamadun tamadun lain seperti
Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan lain-lain. Tamadun Islam adalah berdasarkan sumber
wahyu iaitu al-quran dan al-hadis dan tamadun ini didirikan oleh masyarakat yang
menggelarkan diri mereka muslim. Tokoh penting dalam dalam kelahiran Tamadun Islam ialah
Nabi Muhamad dan akhirnya nilai dan pegangan yang ada dalam Islam menjadi tariakan
kepada masyarakat di Tanah Arab. Penerimaan Islam dan perkembangannya secara drastik
menjadikannya sebuah tamadun yanghebat dan disegani.

17

2.4.1 Latar belakang kebudayaan, pemikiran dan sejarah kemajuan Tamadun Islam
Islam adalah cara hidup yang menjadi panduan dalam semua perkara termasuklah hal-
hal keduniaan dan hal-hal kerohanian. Tamadun Islam dibangunkan di atas 3 dasar iaitu
akidah, syariah dan akhlak. Pertama ialah akidah yang bermaksud kepercayaan atau keimanan
kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap Muslim. Ia adalah
perjanjian yang diikat di antara makhluk dengan pencipta iaitu Allah S.W.T. Syariah ialah
undang-undang, peraturan dan ketetapan Allah S.W.T.
Merangkumi tiga aspek iaitu konsep keimanan, konsep kekuasaan dan konsep
kemanusiaan. Konsep keimanan bererti Allah adalah pencipta manusia dan manusia adalah
hambanya. Konsep kekuasaan pula ialah manusia adalah pemegang amanah dan penggerak
tamadun. konsep ini dapat mengawal sebarang bentuk penyelewengan, penindasan dan
kezaliman apatah lagi pengkhianatan terhadap amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
Yang terakhir ialah konsep kemanusiaan iaitu bermaksud manusia adalah makhluk Allah yang
bererti manusia adalah makhluk yang diberi tanggungjawab dan kewajipan kewajipan tertentu
yang harus dilaksanakan.Tamadun Islam dibangunkan berpandukan dua sumber iaitu sumber
ketuhanan(wahyu) yang merupakan sumber utama iaitu Quran dan Sunnah. Kedua ialah
sumber kemanusiaan(akal fikiran) yang merupakan sumber sampingan seperti ijtihad,
khazanah tamadun dan budaya lain. Quran ialah wahyu yang diturunkan oleh Allah S. W. T
kepada Nabi Muhammad S. A. W melalui perantaraan malaikat Jibril A. S. Quran merupakan
mukjizat agung yang diturunkan kepada Rasulullah S. A. W mengandungi prinsip-prinsip asas
agama Islam dan ilmu pengetahuan untuk digunakan oleh manusia bagi membangunkan
ketamadunan mereka. Sunnah adalah setiap perlakuan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah
S.A.W. Sunnah merupakan sumber utama tamadun Islam selepas Quran. Sunnah adalah
pelengkap kepada al-quran iaitu menjadi sumber inspirasi umat Islam dalam membentuk,
membangun dan mengembangkan tamadun. Ijtih adalah ilmu dan kepakaran. Umat Islam
digalakkan menjalankan penyelidikan dan penerokaan bagi memajukan tamadun mereka.

Tamadun Islam mempunyai banyak keistimewaan. Salah satu ialah Rabbani iaitu
bermaksud tamadun Islam tidak boleh dipisahkan sama sekali daripada aspek ketuhanan. Allah
S. W. T adalah punca segala kekuasaan dan manusia adalah hambanya. Kedua ialah Sesuai
dengan fitrah dan akal manusia. Ketiga ialah tidak membebankan dan keempat ialah sempurna
dan menyeluruh. Keenam ialah keseimbangan antara rohani dan jasmani dan akhir sekali ialah
sesuai sepanjang zaman.
18

Dalam menerangkan bidang kemajuan dan pencapaian hidup manusia,kemajuan dan
pencapaian dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian satu ialah kemajuan dan pencapaian
hidup manusia mempunyai perkaitan dengan jasmani dan kemudahan-kemudahan hidup
manusia, termasuk faktor-faktor kemewahan dan keselesaan.Semua itu merangkumi jenis
kemajuan seperti pertanian, perkilangan, perlombongan, perindustrian dan lain-lain lagi.
Bahagian kedua ialah sistem yang dapat mengatur aktiviti ke arah mewujudkan keamanan,
keadilan, serta kebenaran yang dapat menegakkan disiplin dalam masyarakat seperti
peraturan-peraturan pentadbiran perundangan harta benda, dan hal-hal keluarga. Seterusnya,
ia meliputi akhlak-akhlak, adat resam, amalan hidup yang baik dan seluruh tatacara pergaulan
manusia di antara satu dengan yang lain. Bahagian tiga ialah pencapaian dan kemajuan hidup
merupakan kebahagian yang berkekalan dengan mengetahui hakikat diri dan alam sekitar
perpindahan kea lam barzakh. Ada tiga sumber yang dianggap dapat memajukan tamadun
dalam proses pembangunannya, iaitu sumber wahyu atau ilham daripada Allah s.w.t. yang
menyampaikan melalui nabi-nabi dan rasul-rasul pesuruh Allah yang dapat dilakukan melalui
pemikiran hasil daripada kajian Ilmiah.


3.0 Pengenalan Interaksi antara Tamadun Cina dan Melayu

Kehebatan dan keistimewaan sesebuah tamadun itu membuktikan kesan daripada
interaksi tamadun itu dengan tamadun asing Interaksi antara tamadun bermaksud hubungan,
pertemuan, komunikasi dan sebagainya antara kelompok,individu dengan masyarakat yang
mewakili tamadun tersebut. Namun begitu perlu diakui apabila berlakunya interaksi,ia boleh
membawa manfaat dan kadangkala membawa bencana.Ini bermakna,interaksi boleh berlaku
secara damai atau ganas,saling memanfaatkan atau berlakunya konflik hingga membawa
pertumpahan darah,peperangan dan pencerobohan. Hubungan China dengan alam melayu
wujud sejak Dinasti Han (140 117 SM) Pemerintahan Dinasti Tang (618-907M) telah
mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui jalan laut dari Alam Melayu
seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya dan Jawa. Hubungan paling gemilang ialah
antara Kesultanan Melayu Melaka dengan Dinasti Ming dalam abad ke15. Persahabatan antara
Melaka dan China wujud apabila Laksamana Cheng Ho; seorang utusan Maharaja China
sampai ke Melaka pada tahun 1405.


19

4.0 Sumbangan tokoh Tamadun Islam
4.1Al-Biruni





Nama penuh al-Biruni ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada
keluarga Tajik. Beliau dilahirkan pada 3 Zulhijah tahun 362 H (4 September 973M) di negeri
Parsi. Menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Sam'ani dan kitab Mu'jam al- Buldan yang
ditulis oleh Yaqut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai Biruni
(dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali
sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm. Beberapa
sarjana lain pula menyatakan al-Biruni bukan dilahirkan di Khawarizm tetapi di Birun iaitu
sebuah bandar di luar Kath. Bandar Khawarizm terletak kira-kira 20 farsakh (60 km) dari Kath
yang menjadi ibu kota kerajaan pemerintahan putera-putera Ma'muniyah. Oleh itu ada
kemungkinan apabila Khawarizm menjadi ibu kota Ma'muniyah, maka penduduk Kath yang
berhijrah ke bandar itu digelar Biruni. Oleh kerana Abu Rayhan orang yang lebih terkenal di
kalangan mereka, maka gelaran ini diberikan kepadanya. Beliau turut digelar 'Khawarizmi'
kerana nama kawasan itu juga dipanggil Khawarizm.
Al-Biruni banyak mendapat ilmu pengetahuan daripada seorang putera Raja Parsi iaitu
Abu Nasr Mansur bin AliJilani, seorang pakar ilmu matematik. keluarga Abu Nasr begitu
mengambil berat mengenai al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir kurun ke-4
Hijrah (kurun ke-10 Masihi) dan merupakan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa
serta hidup sezarnan dengan sarjana Islam, Ibn Sina. Antara karya beliau yang dianggap
teragung ialah Rasa 'il al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Serdasarkan
latar belakangnya, sebagai seorang yang dahagakan ilmu pengetahuan beliau tidak suka
membuang masa. Sepanjang hayat kehidupannya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan
penulisan. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu
tamadun Arab dan tamadun Yunani. Beliau mempunyai hubungan erat dengan para sarjana
Islam dan Kristian. Salah seorang daripadanya ialah ahli fizik Kristian iaitu Abu Sahl. Beliau juga
20

berhubung rapat dengan para saudagar Kristian Syria yang bertujuan untuk mempelajari nama-
nama orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul.
Meskipun beliau uzur kerana usianya yang lanjut, namun beliau masih sempat
menyiapkan sebuah karyanya berjudul Kitahal-Saydanah. Al-Biruni Sebagai Ahli Astronomi
Bidang kajian, minat dan aktiviti al-Biruni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori
abstrak tentang falsafah sehingga kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan
astronomi. Al-Biruni mengemukakan contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik
dan astronomi. Contoh ini menunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan
musim dan pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang bmtang-bintang dan kedudukannya
sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. la juga sangat berguna
ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garisan lintang atau bujur sesuatu
bandar.
Mengenai kalendar dan kronologi, al-Biruni telah menulis satu risalah kecil yang
menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam
setahun di kutub. Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang
hari serta menulis buku mengenainya yang berjudul Ta'hiral-Mizanwa Ta'bir al-Azman.
Karyanya yang berjudul Tanqihal- Tawarikh membincangkan tarikh. Manakala buku
TasawwurAmral-Fajr wa al- Shafiq fiJihat al-Gharb wa al-Sharq pula membincangkan terbitnya
fajar. Qanun al-Mas'udi merupakan karya terakhirnya yang membincangkan perkara di atas
dengan lebih terperinci. la membincangkan siang dan malam, bulan dan tahun, bulan dan
matahari, penerangan terperinci mengenai perbezaan takwim, maklumat tambahan mengenai
kalendar orang India, mengubah takwim Sakkala kepada takwim Hijrah dan sebagainya.
Mengenai matahari, al-Biruni membuat kajian tentangnya dan perkara- perkara yang
berkaitan. Antaranya ialah mengenai sifat fizikal matahari. Al- Biruni cekap dalam pengajian
ilmu fizik dan kadangkala memberikan sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat kajian
mengenai sifat fizikal waktu matahari. Menurutnya, matahari ialah jasad yang panas bagi
letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, samajuga seperti nyalaan yang
muncul di sekeliling jasad yang membakar. Al-Biruni mempercayai teori geosentrik dan
menganggap matahari bergerak mengelilmgi bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan matahari
yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit. Semasa mengkaji panjang tahun solar
(tropika), al-Biruni memerhatikan perubahan dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas.
Beliau melaporkan terdapat empat rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 365.2421, 365.2398
dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 han, 5 jam dan 46 minit.
21

Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau juga
berkemahiran dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometn, antmetik dan
menggunakan algebra dengan mahir. Beliau Juga berminat dalam bidang fizik namun tidak
meminati bidang muzik. Al-Biruni, sebagai seorang sarjana dalam bidang sains telah
menghasilkan beberapa aspek mengenainya antaranya trigonometri sfera, aritmetik orang
India, cahaya dan bunyi, graviti, ketumpatan, mekanik, berat dan ukuran, geografi, geodesi dan
stratografi dan sebagainya.
Al-Biruni menghasilkan sebuah karya berjudul Maqalid 7lm al-Haiahfi Basit al-Kurah
sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana
penguasaan bahasa dan subjeknya yang balk serta mudah difahami. Ketika ahli sains ini
berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Salah satu daripadanya diberi judul
Jamial al Tarq al Sairah fi Marafah Awtar al Dairah yang membincangkan kaedah-kaedah
dalam penemuan ukur lilit bulatan. Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau
menganggap trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi serta
mengembangkannya dengan cara yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat
huraian yang ringkas tetapi membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang
berkaitan, menilai, mengkritik dan memben pengolahan yang balk.
Karangan Qanun. al-Mas'udi yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi 10 bab.
Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi- sisi daripada pelbagai gambar rajah
seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Dalam
bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini
beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda.
Di samping trigonometri sfera ini, al-Biruni turut menguasai aritmetik orang India. Beliau telah
menghasilkan beberapa buah karya berhubung dengan subjek itu antaranya ialah Rashikat al-
Hind Zodiak di India, kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant, kaedah-kaedah
orang India (Rusum al- Hind) dalam pengajaran aritmetik, dan Mansuhat al-Darah yang
menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.
Mengenai cahaya dan bunyi, al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada
bunyi. Menurut beliau sinaran membawa haba dari matahari dan ia dapat menembusi air serta
udara. Beliau juga mendapati bahawa senjakala bermula atau berakhir apabila matahari berada
di bawah kaki langit. Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan dalam penyelidikan
moden. Mengenai graviti, beliau membenkan sumbangan yang pentmg dalam aspek ini. Beliau
22

menolak pendapat Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau
menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas muka bumi kerana tidak ada tempat
asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.

Mengenai ketumpatan, al-Biruni dapat menyukat dengan betui ketumpatan bahan-
bahan. Al-Biruni menggunakan suatu alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat
ketumpatan. Beliau dapat menyukat air dengan begitu tepat sehinggakan hasil percubaannya
itu selaras dengan nilai moden. Beliau turut memberikan sumbangan yang tulen dalam bidang
hidrostatik. Beliau menerangkan fenomena tentang banjir, mata air dan prinsip- prinsip yang
berkaitan. Al-Biruni menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan
ketumpatan. Dalam bidang mekanik, beliau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam
dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi.
Sumbangan beliau dalam menyukat ketumpatan sangat bermanfaat kerana beliau
berjaya membuat ukuran tepat.Al-Biruni juga memberikan sumbangan yang banyak dalam
bidang mekanik dan beliau mahir dalam bidang pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah
mencipta dua alat yang istimewa dan salah satu daripadanya ialah pengimbang hidrostatik.
Melalui alat ini, beliau dapat mencari ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ialah sejenis balai
cerap yang baru. la dinamakan al- Ustawani yang digunakan untuk mengukur bmtang-bintang,
ketinggian menara dan bukit, dan ke dalam telaga atau sungai.
Minatnya yang mendalam dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari berat
dan ukuran. Ini berkait rapat dengan bidang kajian astronomi dan fizik. Ketumpatan sebenar 18
bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan berat dan
ukuran yang paling tepat. Al-Biruni juga telah memberikan sumbangan yang sangat penting
dalam bidang geografi. Antaranya ialah beliau telah membezakan antara kuala dan teluk. Beliau
menganggap semua kelompok Eurasia dan Afrika sebagai satu benua yang didapati terletak di
Barat dan Timur. Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di India yang dikenali
sebagai Himalaya. Dalam karyanya berjudul India, beliau membincangkan peranan kawasan
pergunungan dalam menyumbang hu)an lebat dan melindungi bahagian daerah Kashmir.
Pengetahuan al-Biruni mengenai Asia sangat luas dan beliau dapat mempenhalkan dengan
terperinci negara Turki, yang berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan Tasik Baikal.
Namun sumbangan utama beliau ialah tentang India dan memberikan maklumat tentang
kawasan barat laut India. Al- Biruni telah mengarang beberapa karya geografi, antaranya
Tahdidi Nihayatal- Amakin (Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan kaedah baru
23

untuk mengukur latitud (darjah lintang), longitud (darjah bujur) dan membuat pengukuran sendiri
untuk menetapkan antupoda dan kebulatan bumi juga ketinggian dan sifat-sifat geografi bandar-
bandar. Beliau telah membuat ukuran bagi mentafsirkan lilitan bumi dan mendapat
anggarannya 25,000 batu. Melalui al- Biruni, dapat diketahui saudagar-saudagar Muslim telah
sampai ke pulau-pulau Lautan India berhampiran dengan Pulau Jawa pada kurun ke-11.
Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat
martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk
negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.

4.2 AL-KHAWARIZMI Mohammad bin Musa Al-Khawarizmi




Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu
beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah
dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-
Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-
850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220
dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-
9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan
meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.
Al-Khawarizmi juga bertanggungjawab memperkenalkan sistem angka kita sekarang ini
kepada kebudayaan Barat. Dengan sistem angka yang salah satu daripadanya adalah sifar
(angka kosong) telah membuka jalan bagi kefahaman kepada konsep nombor positif dan
negatif, memudahkan wakilan bagi nombor-nombor besar serta memudahkan perhitungan
dilakukan ke atas nombor-nombor tersebut. Hanya apabila sistem ini telah digunakan di Barat
barulah mereka dapat mengembangkan ilmu matematik dengan pesatnya.
24

Hasil kerja Al-Khawarizmi juga terdapat di dalam bidang astronomi, trigonometri, geometri dan
kaedah berangka. Oleh sebab sumbangannya yang begitu besar kepada matematik dan selalu
disebut oleh penulis-penulis Barat, sehingga namanya ditulis dengan beberapa variasi ejaan,
contohnya al-Karismi, al-Chowarizmi, al-Goritmi, al-Chwarizmi dan sebagainya. Beliau telah
meninggal dunia pada tahun 850 M.
Setiap tamadun yang terdahulu mempunyai sistem nombor atau angka masing-masing.
Ini dengan jelas menunjukkan bahawa satu sistem nombor yang baik adalah suatu perkara
yang penting bagi perkembangan sesuatu tamadun. Sistem angka yang dipakai sekarang ini
adalah lebih layak dipanggil sistem angka Islam dan bukan sistem angka Hindu, apatah lagi
sistem angka Inggeris kerana yang memperkenalkan sistem ini ialah orang-orang Islam.
Kenyataan ini tidak boleh diragui lagi kerana didapti buku pertama di Arab yang menggunakan
angka Islam ini ditulis pada tahun 873 M. Sedangkan buku pertama di India yang menggunakan
sistem angka ini diterbitkan dua tahun kemudiannya.
Sebelum angka Islam ini digunakan, operasi-operasi aritmetik ke atas nombor-nombor
adalah begitu terhad sekali. Dengan sistem angka Islam ini bukan sahaja operasi tambah, tolak,
darab dan bahagi dapat dilaksanakan dengan mudah, bahkan dalam berpuluh-puluh operasi
yang lain contohnya kuasa, log, kosinus dan sebagainya. Sebelum diperkenalkan sistem angka
Islam ini, perkembangan ilmu sains dan teknologi agak lembab sedikit, tetapi apabila orang
Barat mula menerimanya perubahan yang pesat berlaku dalam bidang tersebut.
Penulis-penulis sejarah matematik termasuk penults Barat mengakui bahawa tanpa
sistem angka Islam ini, kebanyakan daripada kesenian yang ada sekarang tidak mungkin
diimpikan, malah matematik sendiri mungkin masih di dalam buaiannya. Dengan sistem ini
manusia telah dilengkapi dengan kuasa yang menakjubkan seperti meramal gerhana,
menentukan planet-planet atau komet-komet yang baru, menghantar roket menjelajah ruang
angkas berjuta batu jauhnya, menganggar umur duma dan sebagainya,
Orang yang memperkenalkan sistem ini ialah sarjana matematik Muslim yang teragung
"Al-Khawanzmi". Dialah yang telah menerangkan penggunaan sistem angka ini dalam salah
sebuah bukunya (hanya naskhah Latin sahaja yang dijumpaiDe Numero Indorumiaitu
berkaitan aritmetik), setelah mengkaji sistem angka Hindu yang telah menank perhatiannya
sebelum itu. Beliau juga telah menerangkan angka sifar di dalam bukunya itu.
25

Pada abad ke-9 M, Al-Rhawarizmi telah menulis tentang aljabar bertajuk Al-fahar wa al-
Muqabalah, Di sini "al-Jabar" bermaksud mengubahkan satu kuantiti dari sebelah persamaan
ke sebelah yang satu lagi, dan "al-Muqabalah" bermaksud memudahkan atau merigkaskan
ungkapan yang terhasil (dengan menghapuskan sebutan yang sama di kedua-dua belah
persamaan). Al-Khawanzmi orang yang pertama sekali mengajar aljabar dalam bentuk yang
mudah dan menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di dalam
kehidupan harian, seperti masalah perwarisan, pembahagian hana dan perniagaan. Ketika
bertugas mengawasi astronomi di Baghdad dan Istanbul, Al- Khawarizmi telah menulis sebuah
lagi bukunya al-Kitabal-Mukhtasarfi Hisahal- Jabr wa al-Muqabalah yang bertujuan khusus
untuk mencari penyelesaian kepada masalah praktikal di dalam kehidupan orang-orang Islam
ketika itu. Peranan Al-Khawarizmi sebagai ahli matematik agung yang memperkenalkan aljabar
kepada tamadun dunia, jelas kelihatan daripada perkataan yang digunakan dalam bidang ini
seperti algebra daripada namanya iaitu Al-Kawarizmi, roots (punca) daripada perkataan Latin
radix yang diterjemahkan oleh Al-Khawarizmi. Dalam hal ini beliau telah dikenali sebagai bapa
aljabar. Al-Khawarizmi juga telah memberi satu teorem tentang segi tiga sudut tegak sama kaki
serta menghitung luas segi tiga, segi empat selari dan bulatan.
Al-Khawarizmi merupakan salah seorang yang pertama menghitung jadual astronomi
dan sifar trigonometri, yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris oleh Adelard.
Antara kandungan kerja Al-Khawarizmi di dalam bidang trigonometri ialah 100 sifir sinus dan
kotangen. Al-Biruni salah seorang sarjana matematik pada abad ke-11 M telah menulis sebuah
buku berkenaan dengan jadual astronomi yang dihasilkan oleh sarjana Muslim Al-Khawanzmi.
Walaupun trigonometri dan astronomi mula berkembang pesat pada penghujung abad ke-9M
dengan Al-Battani memainkan peranan terpenting, sumbangan Al-Khawarizmi sebagai seorang
yang terawal mengkaji dan menulis dalam bidang ini tidak boleh diperkecilkan, lebih-lebih lagi
apabila karyanya diterjemahkan dan diperkatakan oleh ahli-ahli matematik kemudiannya.
Konklusinya, dengan lahirnya tokoh-tokoh atau sarjana-sarjana Islam di atas
menunjukkan bahawa Islam menitikberatkan umatnya tentang pentingnya menimba ilmu
pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan, ia menunjukkan bahawa umat Islam merupakan umat
yang sentiasa maju ke hadapan.



26

Refleksi tugasan
Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (TITAS) ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya
sebagai bakal guru. Sebenarnya saya tidak mempunyai pengalaman mempelajari sejarah
secara mendalam. Apabila saya mula membuat dan mencari maklumat berkaitan dengan
tamadun seperti Tamadun Islam,Tamadun India,Tamadun Jepun Dan Tamadun Cina, saya
mula memahami latar belakang , pemikran, kebudayaan dan kemajuan tamadun tersebut.

Selepas menyiapkan kerja kursus ini, pada pendapat saya ilmu ketamadunan sangat
penting untuk sebuah negara majmuk seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri
daripada berbilang bangsa, budaya dan agama. Pada dasarnya, setiap rakyat Malaysia perlu
mengetahui dan mengenali prinsip, nilai dan amalan setiap bangsa dan agama yang terdapat di
Malaysia secara tepat dan dekat supaya perhubungan dan interaksi antara rakyat Malaysia
tidak dipengaruhi atau ditentukan oleh prasangka dan kejahilan yang mudah menimbulkan
kecurigaan, ketegangan dan kebencian. Ilmu ketamadunan harus diterapkan di kalangan rakyat
Malaysia di peringkat awal lagi. Kita mempelajari Tamadun ini adalah untuk menjadi iktibar
kepada kita tentang gemilangnya masyarakat dahulu dalam semua aspek kehidupan sama ada
aspek kehidupan duniawi.

Selepas membuat kerja kursus ini, saya boleh memahami pengertian tamadun
menekankan dua perkara yang penting iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan
perbandaran atau penempatan. Secara lebih sempurna, tamadun boleh ditakrifkan sebagai
sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan
yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki
personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau
negara bangsa.

Selain itu, kehidupan berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan
perkara penting dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat tersebut pada diri seseorang
berkait rapat dengan kepercayaan beragama dalam kehidupan seorang manusia. Agama
berperanan membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta
perilaku tindakan mereka dalam kehidupan. Daripada bukti tamadun-tamadun silam, dapat
dilihat bagaimana agama mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun. Bukti-bukti
peninggalan dan barangan tamadun-tamadun silam yang dapat dilihat sehingga ke hari ini
27

menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama. Saya juaga
memahami bahawa setiap tamadun mempunyai ciri-ciri atau penonjolan yang tersendiri .
Budaya dan pemikiran tamadun-tamadun seperti India,Cina ,Islam dan Jepun berbeza-beza.
Pendedahan terhadap mengenali latar belakang tamadun masing-masing boleh memupuk rasa
kesalingfahaman di antara satu sama lain. Ilmu tentang ketamadunan penting hari ini kerana ia
memberikan faktor-faktor yang boleh membantu ke arah pembinaan dan kejayaan.

Dalam tugasan ini, saya telah mencari informasi daripada pelbagai sumber seperti
buku-buku yang kami pinjam dari perpustakaan dan juga menggunakan sumber internet. Saya
pergi ke perpustakaan dan mencari buku yang berkaitan TITAS. Selepas itu saya mengumpul
maklumat yang berkaitan tamadun. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah saya
dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki
kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa
hadapan. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula
lebih mengenali serta memahami tentang sejarah tamadun-tamadun asia dan islam secara
terperinci lagi. Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran TITAS ini terhadap diri saya
kerana saya dapat belajar asal usul serta perkembangan tamadun agama saya sendiri..
Contohnya melalui pencarian maklumat berkaitan dengan TITAS dalam sub tajuk pemikiran,
kebudayaan dan kemajuan tamadun, saya begitu teruja dalam meneliti dan membaca setiap
ilmu yang bagi saya amat bernilai ini.
.Secara keseluruhannya kerja kursus ini sangat berguna kepada kita dalam mencurahkan
pengetahuan mendalam tentang tamadun . Sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dalam jangka
masa yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai