Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN KEPADA TAMADUN Tamadun atau peradaban merupakan suatu disiplin ilmu yang penting kepada semua golongan

pelajar, pekerja dan pencipta ilmu kerana semua aktiviti kehidupan manusia merupakan suatu proses membina dan memperkasa tamadun. Pendekatan yang lebih wajar adalah memulakan dengan

mengenengahkan suatu gambaran umum tentang istilah-istilah yang lazim digunakan dalam perbincangan dan wacana ketamadunan. Penjelasan ini amat perlu kerana kegagalan memahami konsep-konsep atau istilah-istilah itu akan menyebabkan tersimpannya pemahaman dan tersasarnya pandangan tentang tamadun dan ilmu ketamadunan. Ini secara langsung akan membolehkan seseorang mendapatkan intipati daripada konsep-konsep itu dan seterusnya membina pandangan semesta (world view) serta kerangka rujukan (frame of reference) apabila membicarakan isu-isu ketamadunan dan peradaban secara khusus. Kerangka rujukan penting kerana pengajian ketamadunan perlu dibina di atas asas epistemologi yang jelas dan bertitik tolak daripada premis yang disesuaikan dengan acuan pandangan semesta tertentu bersandarkan latar budaya, ideologi dan agama di mana ianya dibina. Kefahaman tentang pandangan semsta bertujuan menjana upaya intelektual bagi membolehkan ukuran pencapaian tamadun sesebuah masyarakat atau bangsa dapat dilakukan (Osman Bakar, 2009: 3-4). Ringkasnya, seseorang perlu memahami dan mengenal pasti apakah tamadun berdasarkan teori-teori ketamadunana. Pada masa yang sama, ia juga mampu mengenal pasti dan dengan pengetahuan itu berupaya menggunakan acuan dan sistem nilai sendiri dalam menilai apa jua bentuk budaya dan peradaban yang datang dari luar.

Perkataan tamadun digunakan bagi menggambarkan taraf pencapaian kemajuan rohani dan jasmani sesebuah masyarakat khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa, perkataan tamadun merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi seperti yang kini diperhatikan dengan penonjolannya dalam tamadun Barat. Perkataan tamadun itu sendiri adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu. Dari sudut etimologinya, ia berasal daripada kalimah maddana iaitu kata kerja merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan ini, diterbitkan perkataan madani. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan satu cara hidup yang menzahirkan kehalusan budi pekerti terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada din yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama (Osman Bakar, 2009: 6, Mohd Zuhdi Marsuki, 2006: 2). Secara tidak langsung, pengertian tamadun menakankan dua perkara yang penting iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Secara lebih sempurna, tamadun boleh ditakrifkan sebagai pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, luhur, baik, halus dan sopan. Sifat-sifat ini akan membentuk peribadi dan masyarakat yang memiliki jati diri, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa.

PANDANGAN TOKOH TERHADAP TAMADUN Terdapat ramai sarjana dari Timur dan Barat yang mengenengahkan pandangan dan teori mereka mengenai perkembangan tamadun. Menurut Ibn Khaldun (1332-1406), tamadun ialah perbandingan antara kehidupan desa dengan kehidupan bandar. Pembentukan dan kejatuhan sesebuah dinasti atau pemerintahan yang meliputi 3 tahap iaitu Tahap Awal / Kelahiran yang dicirikan oleh asabiyah (perasaan kekitaan), Tahap Kehidupan Menetap / Bertamadun yang dicirikan oleh pemerintahan beraja / khalifah dan Tahap Lemah / Kejatuhan. Arnold Toynbee (1889-1979) pula berpendapat bahawa agama adalah ubat untuk menyembuh segala penyakit yang lahir daripada krisis peradaban serta memberi lonjakan baru kepada tamadun yang mengalami keruntuhan. Beliau memperkenalkan 5 fasa tamadun iaitu geneses, growth, breakdown, disintegration dan dissolution. Selain itu, menurut Malik Bennabi (1905-1973) pula, tamadun sebagai suatu fenomena sosial dalam perkembangan pensejarahan manusia dengan meletakkan keseimbangan antara aspek moral dan material. Beliau meletakkan kepentingan gabungan 3 unsur kehidupan iaitu manusia, benda dan idea (paling utama) bagi tujuan mencipta tamadun. Beliau membahagikan kepada 3 tahap iaitu tahap masyarakat pra tamadun, tahap masyarakat bertamadun dan tahap masyarakat pasca tamadun. Di samping itu, Kal Marx (1818-1883) pula berpendapat bahawa baginya semua masyarakat yang wujud adalah berasaskan penindasan kelas atasan terhadap kelas bawahan kecuali masyarakat primitif dan sosialis. Teori sosialnya yang dikenali sebagai materialism dialektik meletakkan kepentingan faktor ekonomi sebagai landasan material yang mencorakkan pemikiran manusia. Baginya kemusnahan sesuatu sistem sosial akan diganti oleh sistem sosial lain yang berakhir dengan kelahiran masyarakat tanpa kelas (sosialis).

PENGENALAN Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia atau The Muslim Welfare Organisation of Malaysia yang lebih dikenali sebagai PERKIM telah ditubuh dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960 oleh YTM Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pada ketika itu ia merupakan satu-satunya pertubuhan yang mengerakkan dakwah kepada orang-orang Islam mahupun bukan Islam di Malaysia. Dalam pendekatannya terhadap dakwah PERKIM menekankan program-program kebajikan yang praktikal yang boleh disesuaikan kepada masyarakat umum. PERKIM bermatlamat untuk memberi perkhidmatan kebajikan dan kerja-kerja pembangunan masyarakat serta menghulur bantuan kepada anak-anak yatim, fakir miskin, orang kurang upaya dan lain-lain yang memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama selari dengan ajaran Islam. Cogan kata PERKIM iaitu, "Islam Itu Persaudaraan" menjadi tunggak yang harus sentiasa dihayati dan dipraktikkan dimana PERKIM hendaknya dijadikan nadi untuk menyatupadukan umat Islam khususnya ahli-ahli dan masyarakat setempat amnya. Sesuai dengan amanat Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Agenda menjadikan PERKIM sebuah NGO penggerak dakwah tertunggul untuk memberi sokongan kepada institusi Islam di Malaysia dan antarabangsa adalah agenda lama yang sering terhalang kerana perbezaan ideologi. Janganlah tuduhan-tuduhan liar, pertelangahan dan cemuhan oleh pelbagai pihak begitu mudah meresap di dalam jiwa setiap warga PERKIM. Etaksuban pula menjadi rintangan besar yang menggagalkan usaha perpaduan sehingga meleraikan keatuan yang dipegang oleh kita selama ini. Selagi mana wujudnya keikhlasan dalam kita berorganisasi, saya yakin dan pasti perpaduan dan ukhwah antara kita akan terus terjalin. Lihat kepada apa yang telah berlaku pada hari ini, umat Islam seluruh dunia hidup dalam keaddaan yang ketakuta akibat perbalahan antara sesama mereka sendiri. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri yang bertopengkan agama. Memutarbelitkan ajaran Islam untuk kepentinga peribadi

dan akhirnya orang-orang kafir tersenyum riang melihat kehancuran umat Islam, mula campur tangan dan seterusnya melakukan kekejaman terhadap umat Islam melalui peperangan yang kononnya untuk memerangi pengganas. Selain itu, isu mualaf yang ingin kembali ke agama sendiri pun timbul sejak kebelakangan ini. Kes-kes pertukaran agama sebelum ini dianggap sebagai isu yang sensitif oleh banyak pihak dan ianya tidak dibincangkan secara terbuka bahkan statistiknya juga tidak didedahkan kepada umum. Oleh itu, isu mualaf dalam kalangan umat Islam tidak boleh dipandang ringan. Hal ini merupakan satu isu besar yang harus ditangani oleh semua pihak. Soal akidah umat Islam merupakan satu perkara besar yang harus ditangani oleh semua pihak. dan tidak harus menjadi alat kepada umat lain untuk menyamaratakan taraf agama Islam seperti agama lain atas dasar kebebasan beragama. Oleh itu gejala mualaf perlu dibendung lebih awal agar umat islam tidak mudah dipesongkan oleh musush Islam.

Anda mungkin juga menyukai