Anda di halaman 1dari 2

MATA PELAJARAN TARIKH MASA KELAS JUMLAH MURID BAHAN BANTU MENGAJAR

Pendidikan Muzik 8 April 2014 0800 -0830 (30 minit) 1 Matahari 17 orang 1. Komputer riba 2. LCD Projecter 3. Paparan slaid AKTIVITI Set Induksi PENGAJARAN DAN 1. Guru memaparkan slaid gambar berkaitan PEMBELAJARAN ladang haiwan. 2. Guru bersoal jawab dengan murid: a) Haiwan apakah yang terdapat dalam gambar yang ditayangkan sebentar tadi. 3. Guru memperkenalkan lagu Bunyi Binatang Langkah 1 1. Guru memulakan sesi pengajaran dengan memperdengarkan video lagu Bunyi Binatang 2. Murid mendengar lagu yang telah dimainkan guru dengan teliti. 3. Guru bertanya kepada murid apakah lagu yang telah dimainkan serta meminta murid untuk menyatakan apakah jenis binatang dan bunyi-bunyinya yang terdapat dalam lagu tersebut. 4. Guru menayangkan lirik lagu Bunyi Binatang pada papan slaid. Langkah 2 1. guru meminta murid berdiri dan menyanyikan lagu Bunyi Binatang sambil menggayakan pergerakan yang bersesuaian dengan seni kata lagu. 2. Murid bebas untuk membuat gaya yang ingin dilakukan mengikut lagu. 3. Guru memanggil seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan untuk berdiri di hadapan kelas dan untuk menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan gaya mereka, dan diikuti rakan-rakan lain. Langkah 3 1. Guru meminta murid menyalin semula seni kata lagu yang telah ditulis di papan hitam di dalam buku tulis.

Penutup 1. Guru meminta tiga orang murid untuk menyatakan apa yang telah dipelajari pada sesi P&P kali ini. 2. Guru menyuruh murid menyanyikan semula lagu yang telah dipelajari mengikut audio. 3. Murid menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan gaya binatang.

Anda mungkin juga menyukai