Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AKTIVITI NYANYIAN

Lagu : Mari Bersenam

Lompat lah adik lompat,

Lompat bersama-sama,

Lompat sambil menyanyi

bersama-sama,

Mari melompat.

Larilah adik lari,

Lari bersama-sama,

Lari sambil menyanyi bersama-sama,

Mari berlari.

Jalanlah adik jalan,

Jalan bersama-sama,

Jalan sambil menyanyi bersama-sama,

Mari berjalan.

Mari main bemain,

Main bersama-sama,

Main sihatkan badan bersama-sama,

Adik gembira.

Berdasarkan lirik lagu ‘Mari Bersenam’ yang diapdatasi dari lagu ‘Lompat Si Katak
Lompat’ telah dijalankan kepada kanak-kanak prasekolah. Tujuan lagu ini dipilih adalah
kerana ianya sesuai diterapkan dalam subjek Pendidikan Jasmani bagi mengembangkan
kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Kami telah menjalankan aktiviti
nyanyian ini kepada kanak-kanak prasekolah yang berusia 6 tahun. Sebelum menjalankan
aktiviti nyanyian ini kepada kanak-kanak, kami terlebih dahulu telah membuat perancangan,
melaksanakannya kepada kanak-kanak dan seterusnya menilai tahap keberkesanan
penggunaan lagu dalam menjalankan aktiviti ini.

Perancangan

Sebelum melaksanakan aktiviti nyanyian dalam permainan ini, kami telah memilih
satu tempat yang sesuai bagi menjalankan aktiviti ini. Hal ini demikian untuk memastikan
tahap keselamatan kanak-kanak berada dalam keadaan selamat serta terkawal. Oleh itu,
setelah berbincang dengan rakan sekumpulan dan juga guru prasekolah kami telah memilih
untuk menjalankan aktiviti ini di gelanggang tenis berbanding di padang. Hal ini kerana,
struktur atur di gelanggang tenis lebih sesuai untuk memudahkan kanak-kanak melakukan
pergerakan seperti yang dinyatakan dalam lirik lagu nyanyian ini iaitu melompat, berlari,
berjalan dan bermain.

Seterusnya, sebelum menjalankan aktiviti ini, kami juga telah memeriksa rekod
kesihatan murid sama ada mereka dibenarkan untuk bergerak aktif ataupun tidak. Guru
prasekolah juga memaklumkan bahawa terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat
mengikuti aktiviti ini kerana mengalami masalah kesihatan seperti demam dan sakit kaki.
Oleh itu, kami telah mengecualikan kanak-kanak ini daripada terlibat dalam melakukan
aktiviti ini. Sebelum melaksanakan aktiviti ini juga, kami sangat menitikberatkan faktor
kesihatan dan keselamatan kanak-kanak prasekolah bagi memastikan proses perjalanan
aktiviti ini berjalan dengan lancar dalam suasana yang menyeronokkan dan menyuburkan.

Pelaksanaan

Semasa menjalankan aktiviti ini, kanak-kanak telah diberikan penerangan tentang


aktiviti nyanyian dan permainan ini secara ringkas dan padat. Sebagai guru prasekolah perlu
memberikan arahan yang mudah dan senang difahami oleh kanak-kanak. Hal ini kerana, jika
arahan yang diberikan tidak dapat difahami oleh kanak-kanak akan menyebabkan proses
perjalanan aktiviti tidak dapat berjalan dengan lancar. Langkah yang pertama ialah kami
terlebih dahulu mengajar kanak-kanak untuk menyanyikan lagu ini dan memastikan bahawa
setiap murid dapat mengingati lirik lagu dengan baik. Untuk itu, kami telah menyanyi lagu ini
beberapa kali dengan tujuan supaya kanak-kanak berasa terhibur dan tertarik untuk
melakukan aktiviti senaman daripada lagu yang telah dinyanyikan.

Pada mulanya kami telah membuat satu bulatan besar dan menyanyi bersama-sama.
Kemudian, kami menunjukkan kepada kanak-kanak cara untuk melompat, berlari setempat,
berjalan beberapa langkah ke hadapan dan beberapa langkah ke belakang. Setelah kanak-
kanak dapat melakukan aktiviti ini, kami telah membahagikan kanak-kanak kepada 3
kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menyanyi sambil melakukan perbuatan melompat,
berlari dan berjalan. Berdasarkan pemerhatian mendapati bahawa kanak-kanak
menunjukkan perasaan seronok dan gembira sepanjang menjalankan aktiviti ini.

Bagi mewujudkan suasana permainan lebih menyeronokkan antara kanak-kanak,


kami telah membuat pertandingan antara setiap kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada
4 hingga 5 orang murid. Kumpulan yang paling kuat menyanyi sambil membuat pergerakan
yang betul dikira sebagai pemenang. Dalam pertandingan ini juga, setiap murid akan
bersaing secara sihat dengan menyanyi dan bersungguh-sungguh membuat gerakan
dengan betul bagi memenangi pertandingan dengan ahli kumpulan yang lain.

Keberkesanan

Melalui aktiviti ini, secara keseluruhannya menunjukkan bahawa kanak-kanak berjaya


mengaplikasikan tunjang-tunjang yang disepadukan di dalam lagu ini. Kanak-kanak telah
menggunakan kemahiran motor kasar mereka dengan baik apabila mereka mampu berjalan
dengan postur dan teknik yang betul, berlari bebas pelbagai arah, melompat dan mendarat
dengan kedua-dua belah kaki dengan menggunakan teknik yang betul. Penggunaan lagu
dalam aktiviti senaman ini dapat menarik perhatian dan mewujudkan suasana yang lebih
menyeronokkan dalam menggalakkan kanak-kanak bersenam secara sihat.

Bukan itu sahaja, bahkan kanak-kanak juga berjaya membaca dan menghafal lirik
lagu ini dengan baik berdasarkan sebutan yang jelas dan terang. Oleh itu, melalui aktiviti
nyanyian dan senaman ini juga dapat meningkatkan kecerdasan pelbagai kanak-kanak iaitu
kecerdasan linguistik. Sepanjang melakukan aktiviti ini, kami dapat menilai bahawa kanak-
kanak lebih seronok dan teruja apabila diberikan lagu yang menghiburkan.

Konklusinya, penggunaan lagu dalam aktiviti senaman amat sesuai diterapkan


kepada kanak-kanak prasekolah kerana mereka lebih berminat bermain dalam keadaan
yang menghiburkan dan merangsang kemahiran imaginasi mereka.

Anda mungkin juga menyukai