Anda di halaman 1dari 7

2/28/2018 kesedaran Sivik di Kalangan Remaja dan Masyarakat | Remaja Sangat Berguna Kepada Negara

Remaja Sangat Berguna Kepada Negara

Just another WordPress.com site

kesedaran Sivik di Kalangan Remaja


dan Masyarakat

Kesedaran Sivik Kepada Belia


(http://jabatanbahasamelayu.blogspot.com/2009/05/kesedaran-
sivik.html)

Kesedaran Sivik

‘Masyarakat perlu menghayati dan mengamalkannya’


KITA masih lagi dalam suasana kemeriahan menyambut ulang
https://onesixxsylliez.wordpress.com/kesedaran-sivik-di-kalangan-remaja-dan-masyarakat/ 1/7
2/28/2018 kesedaran Sivik di Kalangan Remaja dan Masyarakat | Remaja Sangat Berguna Kepada Negara

tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-21.


Patriotisme rakyat dan penduduk di seluruh negara ‘terangsang’
oleh suasana, ucapan dan saranan, aktiviti-aktiviti sambutan
termasuk promosi-promosi yang begitu hebat di media elektronik
dan media cetak.
Sudah banyak yang diucapkan, ditulis dan dipaparkan mengenai
semangat ‘patriotisme’ terutama menjelangnya sambutan ulang
tahun Hari Kebangsaan setiap tahun. Sememangnya ia patut
diulang-ulang agar ia meresap, melekat, sebati dan sentiasa segar
dalam jiwa dan raga setiap warga Negara Brunei Darussalam
sepanjang masa, bukan hanya terhad semasa sambutannya
sahaja.
Ruangan ini telah beberapa kali memfokuskan mengenai semangat
patriotisme dan peranan setiap warganegara dalam sama-sama
mengekalkan kemakmuran serta mengangkat martabat bangsa
dan negara.
FOKUS kali ini akan membicarakan mengenai ‘kesedaran sivik’
yang mungkin sesetengah orang menganggapnya sedikit lebih
kecil dari ‘semangat patriotisme’ yang bunyinya begitu ‘gah’
disebut. Sebenarnya kesedaran sivik juga tidak kurang pentingnya
malah perlu dimiliki oleh setiap warga kitani.
SIVIK
Dalam Kamus Dewan edisi baru, ‘sivik’ diberikan pengertian
pendek sahaja iaitu ‘ilmu tatarakyat’. Sementara dalam Kamus Dwi
Bahasa, Inggeris – Melayu (DBP Malaysia), civics memberi makna:
Ilmu, bagaimana orang hidup dalam sesuatu masyarakat, hak dan
tanggungjawab warganegara; ilmu tatarakyat; sivik.
Jika dilihat pengertiannya secara meluas maka sivik juga menjurus
kepada kehidupan berbangsa dan bernegara. Maka kesedaran
sivik itu tidak kurang pentingnya malah menjadi pelengkap kepada
‘semangat patriotisme’ yang sering disebut-sebut itu.
Sejak dari kecil lagi, di rumah secara langsung atau tidak, ibu bapa
membentuk anak-anak dengan didikan agama, budaya murni,
disiplin dan keolahan diri. Nilai-nilai murni, disiplin dan keolahan diri

https://onesixxsylliez.wordpress.com/kesedaran-sivik-di-kalangan-remaja-dan-masyarakat/ 2/7
2/28/2018 kesedaran Sivik di Kalangan Remaja dan Masyarakat | Remaja Sangat Berguna Kepada Negara

itu sebenarnya sudah merangsang kesedaran sivik kepada kita.


Di sekolah, pengajaran ilmu tatanegara atau Sivik diajarkan secara
lebih formal. Kita diajar bagaimana menjadi warganegara yang
baik, bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Para pelajar
diajar mematuhi peraturan dan undang-undang, disaran untuk
sentiasa berbuat baik dan seumpamanya.
Kedua-dua institusi keluarga dan institusi pendidikan sama-sama
berperanan dalam membentuk diri kita untuk menjadi insan dan
warganegara yang baik. Tinggal lagi, ramai di kalangan masyarakat
kitani yang masih kurang ‘kesedaran siviknya’ atau langsung tidak
mempunyai ‘civics minded’. Ia berpunca dari sikap tidak
menghayati dan mengamalkan didikan dari kedua-dua institusi
tersebut.
KEBAIKAN
Kalau sahaja semua orang mempunyai kesedaran sivik maka akan
bertambah aman, makmur, sejahtera, harmoni dan selesalah lagi
kehidupan kita. Apa tidaknya, orang berkesedaran sivik tahu akan
tanggungjawabnya terhadap bangsa, negara dan masyarakat
sekelilingnya.
Mereka yang berkesedaran sivik tidak akan melakukan perkara-
perkara negatif, jauh sekali terlibat dengan gejala-gejala sosial.
Mereka akan sentiasa berfikiran positif dan melakukan perkara-
perkara yang baik serta berkebajikan.
Jadi jika ramai orang mempunyai kesedaran sivik maka akan
berkuranganlah kes-kes kecurian, perlanggaran undang-undang
dan peraturan, perbuatan pemugut, membuang sampah merata-
rata, sikap tidak menghormati sesama insan dan seumpamanya.
Apa yang menyedihkan ialah perkara-perkara negatif seperti itu
masih berlaku, malah semakin bertambah dalam masyarakat kitani.
Takaduhung menyebut ‘kesedaran sivik’ ini, penulis tidak akan
menumpukan kepada kes-kes berat atau jenayah ‘skala besar’,
cukuplah menyebutkan perbuatan dan perlakuan negatif ‘skala
kecil’ sahaja yang cuma memerlukan kesedaran sivik untuk
membendungnya.

https://onesixxsylliez.wordpress.com/kesedaran-sivik-di-kalangan-remaja-dan-masyarakat/ 3/7
2/28/2018 kesedaran Sivik di Kalangan Remaja dan Masyarakat | Remaja Sangat Berguna Kepada Negara

NEGATIF
Kita sering melihat atau mengetahui melalui media-media massa
terdapatnya kecurian peralatan-peralatan daripada besi atau
tembaga termasuk milik kerajaan yang disediakan bagi kemudahan
orang ramai. Antaranya termasuklah, pintu dan pagar besi, kabel
telekom, dawai elektrik, besi penutup lubang dan longkang, papan-
papan tanda dan arahan jalan dan seumpamanya.
Besi, dawai dan tembaga tersebut dijual untuk mendapatkan duit
secara mudah tanpa menghiraukan kepentingan awam, kerugian
kepada kerajaan, di samping membahayakan dan menyusahkan
diri mereka sendiri. Perbuatan itu semakin meningkat kerana ‘harga
besi’ ketika ini melambung naik.
Dalam hal ini, para peniaga atau pekedai yang membeli barang-
barang terpakai perlu insaf dan mengelak dari membeli barang-
barang yang dicuri. Mereka seharusnya tidak hanya memikirkan
keuntungan semata-mata tetapi perlu mengetahui bahawa
‘memiliki, menjual dan membeli’ barang curian adalah salah di sisi
undang-undang.
Satu lagi perbuatan yang langsung tidak mempunyai ‘civics
minded’ ialah sikap pemugut sebilangan masyarakat kitani.
Perbuatan ini termasuk perbuatan merosakkan telefon awam,
merosak dan menconteng tandas, dinding-dinding bangunan,
perhentian-perhentian bas, memecah cermin, merosakkan taman-
taman rekreasi, bunga-bungaan, papan-papan tanda dan lain-lain
lagi.
Terdapat juga orang kitani yang tidak mementingkan penjagaan
kebersihan persekitaran, malah ada pula di antaranya yang
mengotorkan alam sekitar dengan membuang sampah merata-rata,
bukan di tempat pembuangan sampah yang dikhaskan.
Sampah sarap dilonggokkan di belakang bangunan atau dihumban
dari kenderaan ke tepi jalan raya. Mereka tidak menghiraukan soal
kebersihan dan kecantikan persekitaran kampung dan bandar, jauh
sekali memikirkan betapa ia boleh membawa imej yang kurang baik
kepada negara.

https://onesixxsylliez.wordpress.com/kesedaran-sivik-di-kalangan-remaja-dan-masyarakat/ 4/7
2/28/2018 kesedaran Sivik di Kalangan Remaja dan Masyarakat | Remaja Sangat Berguna Kepada Negara

Di perkampungan air juga sama ceritanya, sebilangan penduduk


membuang sampah sarap terus ke sungai meskipun tempat
pengumpulan sampah telah disediakan. Walhal kemudahan
pengangkutan dan pembuang sampah yang dikontrakkan kepada
agensi swasta juga telah disediakan.
Kedua-dua senario di atas cukup menjijikkan mata memandang,
baunya yang busuk menusuk hidung dan meloyakan tekak. Itu pun
belum cukup menginsafkan mereka betapa kesannya boleh
mengakibatkan pelbagai penyakit dan wabak yang akan
menjejaskan kesihatan orang ramai.
PERATURAN
Masyarakat kitani juga harus menanamkan kesedaran mengenai
perlunya memetuhi undang-undang dan peraturan yang
dikuatkuasakan demi keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan
orang ramai.
Umpamanya membawa masuk dan menyeludup daging dan ayam
dari luar negara yang diragui kehalalannya, membawa dan
menyeludup barangan terkawal atau diharamkan seperti minuman
keras dan sebagainya.
Semua itu bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama Islam
malah boleh menjejaskan ekonomi negara, di samping
kemungkinan menyebabkan merebaknya penyakit berjangkit
seperti ‘selesema burung’ dan lain-lain. Dari tangkapan-tangkapan
yang dibuat terdapat juga sebilangan orang kitani yang
melakukannya.
Ada juga di kalangan orang kitani yang melindungi pendatang-
pendatang tanpa izin untuk terus tinggal dan bekerja di negara ini.
Sebilangan lagi menjadi tali barut kepada penjenayah dari luar
negeri yang melakukan jenayah seperti rompakan dan curi di
negara ini. Mereka menjadi ‘penghantar dan penunjuk jalan’ ke
tempat-tempat yang hendak dirompak.
Perkara seperti ini amat dikesali, ia tidak ubah seperti ‘musuh
dalam selimut’ atau boleh diistilahkan sebagai ‘mengkhianati’
bangsa dan negara. Apa tidaknya, kestabilan negara akan

https://onesixxsylliez.wordpress.com/kesedaran-sivik-di-kalangan-remaja-dan-masyarakat/ 5/7
2/28/2018 kesedaran Sivik di Kalangan Remaja dan Masyarakat | Remaja Sangat Berguna Kepada Negara

terancam, manakala keselesaan orang ramai juga akan terjejas.


Untuk membendung kegiatan itu orang ramai perlu kembali kepada
ajaran agama dan mengamalkan ‘kesedaran sivik’ dengan
memberikan kerjasama kepada agensi-agensi penguat kuasa
undang-undang yang berkaitan. Hubungi dan laporkan kegiatan
negatif itu kepada agensi-agensi berkenaan.
PERINGATAN
Dalam sama-sama menginsafi dan membendung perkara tersebut,
ada baiknya kita petik nasihat dan peringatan yang dibuat oleh
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato
Paduka Haji Hazair, Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri
semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Muhibah Penerangan
bagi Mukim Kuala Belait berlangsung di Dewan Bandaran Kuala
Belait baru-baru ini.
Yang Berhormat menekankan, setiap individu dan anggota
masyarakat di negara ini tidak seharusnya membebankan Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan perkara-
perkara yang tidak sewajarnya melalui sikap, perangai dan
tindakan serta aktiviti-aktiviti yang tidak bertanggungjawab.
Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, sikap dan perangai itu
ialah membiarkan sahaja kegiatan antisosial dan jenayah berlaku di
hadapan mata tanpa melaporkan kepada pihak-pihak yang
berkuasa atau kita sendiri yang melakukan jenayah dan melanggar
undang-undang seperti melindungi pendatang tanpa izin,
menyeludup dan menjual minuman keras yang ditegah dan
membawa masuk daging yang tidak dapat dipastikan
kehalalannya.
“Kita sendiri yang melindungi pendatang-pendatang haram atau
menjadi tali barut kepada penjenayah-penjenayah dari luar negeri
bagi melakukan jenayah di negara ini; atau kita sendiri atau anak-
anak kita sendiri yang menjadi pemugut ke atas harta benda
kerajaan termasuk mencuri pagar-pagar besi longkang kerajaan
dan tempat awam; atau kita sendiri yang membuang sampah

https://onesixxsylliez.wordpress.com/kesedaran-sivik-di-kalangan-remaja-dan-masyarakat/ 6/7
2/28/2018 kesedaran Sivik di Kalangan Remaja dan Masyarakat | Remaja Sangat Berguna Kepada Negara

merata tempat; atau kita sendiri yang melanggar peraturan dan


undang-undang yang ditetapkan,” tegas Yang Berhormat.
Ke arah itu kita semua seharusnya mengelakkan diri dari terlibat
atau melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ‘ajaran
agama, etika dan moral’ itu.
Akhir kata: Tanamkan kesedaran sivik di kalangan masyarakat.

LEAVE A COMMENT
*

Inspired by the work of SAUL BASS, ART GOODMAN, and DAVE NAGATA. Hitchcock typeface by
MATT TERICH.
BLOG AT WORDPRESS.COM.

https://onesixxsylliez.wordpress.com/kesedaran-sivik-di-kalangan-remaja-dan-masyarakat/ 7/7

Anda mungkin juga menyukai