Anda di halaman 1dari 8

3.0 PERALATAN PERMAINAN BOLA JARING MINI.

Pada asalnya, terdapat beberapa peralatan yang diperlukan dalam permainan bola
jaring. Antaranya ialah sebiji bola, sebuah gelanggang (tertutup atau terbuka) dan sebatang
tiang gol. Namun, sebagai memenuhi syarat permintaan soalan, kami telah bercadang untuk
menggantikan permainan bola jaring yang asal ini kepada permainan bola jaring mini. Jadi,
segala peralatan asal permainan asal bola jaring telah kami ubahkannya supaya
bersesuaian untuk pelajar-pelajar tahap satu bermain. Peralatan asas yang digunakan masih
sama iaitu gelanggang (terbuka/tertutup), bola dan tiang gol. Namun, kami telah bercadang
untuk menambah lagi peralatan dalam permainan bola jaring ini seperti shin guard.

3.10 GELANGGANG

Pada asalnya, terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan
tertutup. Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput dikawasan terbuka atau dibuat
khas dengan menggunakan simen atau perkey untuk gelanggang tertutup. Saiz gelanggang
bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar
15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis lebar dikenali sebagai Garis Gol
(Goal Lines). Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar.

Namun, bagi permainan bola jaring mini, kami bercadang untuk mengehadkan lagi
saiznya supaya lebih kecil. Hal ini bertujuan supaya pemain tidak berasa kepenatan yang
amat berikutan bilangan pemain yang telah dihadkan kepada lima orang sahaja. Saiz
panjang gelanggang yang asalnya 30.5m seperti yang dinyatakan diatas telah diubah
kepada 21.0m, di mana setiap kawasan akan dibahagi kepada 7.0m sahaja. Begitu juga
dengan kawasan lebarnya. Lebar gelanggang bola sepak mini akan diubah dari 15.25m
kepada 11.5m.

Selain itu, satu "bulatan tengah" berdiameter 90cm adalah terletak di tengah
gelanggang. Pada setiap hujung gelanggang terdapat "shooting circle" atau "bulatan gol"
separuh bulat berjejari 4.9m di mana semua jaringan gol mesti diambil di situ.
Bagi bola jarring mini, bulatan tengah gelanggang itu telah dikecilkan diameternya dari
0.9m kepada 0.7m. Hal ini bagi menyeimbangkan keluasannya dengan keluasan sebenar
gelanggang permainan bola jaring mini ini.

Gambarajah asal gelanggang bola jaring.

21.0m

11.5m

7.0m
Gambarajah gelanggang bola jaring mini
3.20 BOLA

Pada asalnya, permainan bola jaring memerlukan bola khas untuk bermainnya.
Rupanya seperti bola keranjang. Bola tersebut mempunyai saiz 5,berdiameter 99-102 cm
dan beratnya 6.35-7.26g. Bola ini diperbuat daripada getah atau kulit.

Namun, setelah difikirkan, kami telah bercadang untuk menggantikan bola asal bola
jaring ini dengan menggunakan bola gimnastik. Hal ini kerana kami mementingkan faktor
keselamatan pelajar- pelajar tahap 1 jikalau bermain dengan bola yang besar dan berat itu.
Tambahan pula, bola gimnastik bersifat amat kenyal dan ringan dan apabila dibuat hantaran
atau balingan, bola tersebut tidak akan bergerak jauh. Hal ini amat sesuai dengan keadaan
saiz gelanggang yang telah dikecilkan. Jadi amat sesuailah apabila menggunakan bola
gimnastik bagi menggantikan bola asal bola jaring bagi permainan bola jaring mini ini.

Gambar permainan bola jaring asal Gambar bola gimnastik


3.30 TIANG GOL

Di kedua-dua belah gelanggang akan dipasang tiang gol yang tingginya 3.05m (10
kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Bulatan besi berjaring yang terletak di
bahagian atas tiang mempunyai diameter 38cm.

Jadi, untuk permainan bola jaring mini tiang gol itu telah kami ubah menjadi 2.25m
sahaja. Bulatan besi berjaringnya tidak akan diubah.

3.05m

2.25m
PERATURAN BOLA JARING MINI

1) Pada permainan bola jaring mini pemain hanya diperlukan hanya 5 orang sahaja iaitu:

GK

GS

GA

WD

2) Kedudukan pemain tersebut adalah seperti gambar rajah di bawah:

WD

GS
C GK
a

GA

Kedudukan pemain
3) Bola dibenarkan lantun sebanyak sekali semasa bermain.
4) Bola dari C boleh memberi hantaran terus ke kawasan D seperti gambar rajah di bawah:

WD

GS
C
GK
a

GA

5) Menjaringkan gol dibenarkan dua kali jika tidak berjaya pada kali pertama.
6) Masa perlawanan dipendekkan.
7) Pengadil hanya seorang diperlukan.
8) Pemain simpanan perlu disediakan seramai 2 orang.
REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas izin serta kurnia-Nya tugasan ini telah
berjaya disiapkan. Sepanjang menjalankan kajian, saya akui bahawa ianya suatu tugas
yang agak mencabar. Walaupun terdapat pelbagai kemudahan seperti perpustakaan ,
namun ilham yang ingin saya peroleh agak sukar untuk dicari dek kerana bebanan
tugasan yang bertimbun pada minggu yang sama yang menyukarkan saya untuk fokus pada
sesuatu tugasan.

Sepanjang melakukan tugasan ini, sememangnya banyak halangan dan kesukaran


yang menimpa saya, Salah satunya ialah ini merupakan kali pertama mendapat kerja kursus
pendidikan jasmani. Masih banyak perkara-perkara asas pendidikan jasmani yang saya tidak
ketahui. Ini memudahkan saya untuk membuat rujukan dan secara tidak langsung saya
mempelajarinya. Namun begitu, atas berkat kesungguhan dan kesabaran serta izin daripada
Allah, saya akhirnya berjaya menyiapkan tugasan tentang persembahan permainan kecil
dalam subjek pendidikan jasmani.

Tambahan pula, kerja secara berkumpulan amat membebankan diri saya. Oleh
kerana, kumpulan kami masing-masing berada dalam blok yang berlainan yang
menyukarkan cara untuk membuat perbincangan dalam kumpulan.
Walau bagaimanapun, saya cuba mendapatkan beberapa maklumat tambahan tentang
permainan kecil yang baik yang membina kemahiran-kemahiran . Akhirnya, saya
menggabungkan maklumat yang diperoleh itu melalui kedua-dua sumber yang saya dan
rakan-rakan peroleh itu. Biarpun maklumat yang diperoleh agak terhad, saya telah
berusaha sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan ini. Saya turut berpuas hati
dengan hasil kajian yang telah saya lakukan.

Sekian, terima kasih.

Dari : NURUL FATIHAH BT. ARIFIN

Anda mungkin juga menyukai