Anda di halaman 1dari 8

BAB 1

PENGENALAN
1.1 Penyataan Masalah
Kesedaran pelajar IPG Tuanku Bainun tentang kelestarian masih lagi di tahap yang
rendah. Pelajar IPG Tuanku Bainun mengamalkan sikap tidak ambil peduli terhadap isu
hijau ini biarpun telah wujud persatuan berunsurkan alam sekitar di institusi ini seperti
penubuhan Campus Environment (CARE). Kesedaran pelajar terhadap amalan kitar
semula juga turut rendah kerana hanya segelintir sahaja pelajar yang mengamalkan
amalan kitar semula dan mengasingkan sampah mengikut ketegori tetapi rata-rata
pelajar di institut ini lebih selesa dengan amalan sebelumnya dengan membuang sisa
buangan tanpa usul periksa. Dari segi aplikasi sumber pula, kebanyakanpelajar
institusi ini tidak menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan air sebaliknya pelajar
institusi lebih suka membazirkan sumber seperti air dan elektrik ini. Dari segi struktur
pembangunan pula masih terdapat infrastruktur di Institut ini yang masih tidak
mencapai kearah kelestarian.
Pengurusan sisa buangan yang tidak berkesan akan meningkatkan lagi pencemaran
dan menigkatkan jumlah sampah yang dihasilkan manusia. Malaysia adalah negara
paling banyak mengeluarkan sampah dengan lebih lima juta tan setahun (purata
17,000 tan sehari) dihasilkan. Jumlah itu dijangka meningkat dua peratus setahun
selari dengan pertambahan penduduk dan kegiatan ekonomi. Pelajar IPG Kampus
Tuanku Bainun tidak menyedari bahawa mereka adalah salah seorang daripada
penyumbang sampah Negara. Amalan kitar semula amat rendah malah pihak institusi
juga tidak mempunyai peraturan yang tegas mengenai alam sekitar sebagai contoh
menetapkan agar pengusaha kantin tidak menggunakan polisterin dan menyediakan
plastik beg kepada pelajar.
Kesemua pelajar di IPG Kampus Tuanku Bainun menyedari bahawa pembakaran
terbuka menjejaskan alam sekitar tetapi tanpa mereka sedari mereka menyumbang
kepada pencemaran iaitu dengan menggunakan kenderaan bermotor dengan tidak
efisien. Amalan perkongsian kenderaan tidak diamalkan oleh pelajar malah terdapat
ramai pelajar asrama yang tidak mengamalkan amalan berjalan kaki ke kelas pada
waktu pagi. Pertambahan pelajar setiap tahun menyebabkan pertambahan kenderaan
setiap tahun secara tidak langsung meningkatkan kadar penggunaannya di dalam
Institut. Asap kedenderaan seperti kereta dan lori mengandungi gas-gas yang boleh
mencemarkan alam sekitar seperti nitrogen okside,karbon monoxide dan sebagainya.
Keadaan ini boleh menanbahkan lagi pencemaran uadara dan menyebabkan
berlakuan jerebu. Malah gas-gas yang dibebaskan tersebut jika dihidu akan
menjejaskan kesihatan manusia. Penyelidikan toksikologi di Universiti Zuyd, Belanda
mendapati pendedahan singkat kepada asap ekzos kenderaan sudah cukup untuk
meningkatkan tekanan kepada otak manusia. Hasil penyelidikan itu menunjukkan
partikel halus (nanoparticle) di dalam asap ekzos yang disedut akan menyebabkan
perubahan pada aktiviti otak.
Aktiviti Audit hijau ini akan meningkatkan lagi pengetahuan seseorang mengenai
pemuliharaan alam sekitar dan penjagaan sumber agar ianya tidak membazir dan
terjejas untuk jangka masa yang panjang serta member peluang kepada generasi
akan datang untuk merasainya. Aktiviti ini memberi peluang kepada insan untuk
belajar memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam

sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian


kehidupan di bumi.
1.2 Objektif Kajian
1.2.1
1.2.2
1.2.3
1.2.4
1.2.5
1.2.6
1.2.6

Menghuraikan maksud Audit Hijau IPG Lestari


Mengenalpasti rancangan Audit Hijau di kawasan Institut
Melihat pengurusan sisa buangan di Institut
Memerhati penggunaan sumber tenaga elektrik dan Air
Menilai sejauh mana kesedaran pelajar Institut terhadap kelestarian IPG
Melihat sejauh mana pengurusan pembangunan Institut ke arah kelestarian
Menganalisi tahap penjagaan alam sekitar oleh pelajar Institut

1.3 Persoalan Kajian


1.3.1 Adakah Pelajar IPG Tuanku Bainun memahami konsep Audit Hijau dan
Pembangunan Lestari?
1.3.2 Adakah pelajar IPG Tuanku Bainun mengamalkan sikap mesra alam
1.3.3 bagaimanakah pengurusan pembangunan institut dikaitkan dengan kelestarian?
1.3.4 Adakah Polisi IPG menyokong kepada aspek IPG Lestari
1.3.5 Adakah wujud penerapan nilai pendidikan alam sekitar di Institut
1.4 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang
pembangunan lestari. Tujuannya juga memberi peluang kepada guru pelatih
menjalankan proses pengauditan Hijau di Kawasan Institut. Melalui kajian ini konsep
IPG Lestari lebih difahami dan dapat didedahkan hasil dapatannya kepada pihak
institut dan pelajar institut. Melalui kajian ini setiap guru pelatih mengenal pasti
masalah-masalah yang terdapat sewaktu menjalankan kajian seterusnya
membincangkan permasalahan dan cara mengatasi permasalahan tersebut.
1.5 Signifikan
Audit penghijauan kawasan dijalankan bagi memastikan kelestarian alam terjaga dan
memupuk nilai mesra alam di kalangan pelajar, pihak pengurusan, dan juga pihak
yang berkaitan secara langsung mahupun tidak langsung.
1.6 Kesimpulan
Secara umumnya kajian ini lebih kepada mengenalpasti kesedaran da kesediaan
dalam kalangan pelajar institut dan pihak pentadbiran terhadap Pendidikan
Pembangunan Lestari (ESD) seterusnya langkah-langkah yang diambil untuk
menerapkan ESD dalam bentuk Pembangunan IPG lestari, aktiviti kehidupan seharian,
dan juga penerapan nilai-nilai penjagaan alam sekitar dikalangan pelajar dalam
pelbagai kaedah.
Malaysia merupakan sebuah negara yang meyokong kuat pembangunan kelestarian
dan telah memasukan isu kelestarian selaras dengan pembangunan ekonomi dalam
perancangan Jangka Panjang Malaysia melalui Third Outline Perspective Plan 2001-

2010. Salah satu dari rancangan pembangunan kelestarian oleh Malaysia ialah
pembangunan kelestarian dalam Pendidikan atau Educational Sustainable
Development (ESD). Sebagai sebuah institusi yang melahirkan bakal guru, IPG Kampus
Tuanku Bainun juga perlu mewujudkan kesedaran pembangunan Lestari di kalangan
pelajar, bahkan juga perlu turut merancang pembangunan kearah kelestarian.
Kenyataan ini bukan hanya sekadar untuk menjadikannya sebagai visi IPG Kampus
Tuanku Bainun tetapi diharapkan menjadi kenyataan sebagai salah sebuah IPG Lestari
di Malaysia.
BAB2
METADOLOGI
2.1 Pengenalan
Audit menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 (2005) ialah sebagai pemeriksaan dan
pengesahan kira-kira. Audit adalah suatu proses sistematik untuk memperoleh dan
menilai bukti secara objektif mengenai pernyataan tentang kegiatan kewangan,
dengan tujuan untuk menentukan kesesuaian antara pernyataan-pernyataan tersebut
dengan kriteria yang telah ditetapkan, serta penyampaian hasil-hasilnya kepada
pemakai yang berkepentingan. Hijau pula biasanya dilihat dalam alam semula jadi,
khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau,
terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai klorofil, sejenis sebatian yang
terlibat dalam proses fotosintesis. Audit hijau ialah satu pemeriksaan dan pengesahan
pemerhatian kepada ruang hijau yang bukan sahaja meliputi tumbuhan hijau tetapi
juga melibatkan perlaksanaan pembangunan yang mementingkan kelestarian dan
juga melibatkan cara manusia sebagai mekanisma kehidupan memanipulasikan ruang
hijau dalam pembangunan dan kehidupan seharian.
Pembangunan yang seiring dengan memastikan kepentingan alam sekitar terpelihar
dikatakan sebagai pembangunan lestari. Pembangunan lestari bermaksud
pembangunan atau perkembangan yang memenuhi keperluan semasa tanpa
memusnahkan atau memperjudikan keperluan generasi akan datang (Bruntland
Report,1987). Kelestarian merupakan satu paradigm pemikiran masa depan dengan
menekankan kepada aspek-aspek keseimbangan persekitaran,sosial dan ekonomu
diambil kira dalam merancang pembangunan dan penaik tarafan kualiti kehidupan.
2.2 Skop Kajian
Mengenalpasti tahap kesedaran guru pelatih dalam penggunaan sumber, proses
pembangunan lestari asrama dan tenaga di kolej kediaman IPG Kampus Tuanku
Bainun. Kajian ini hanya tertumpu di kolej kediaman sahaja dan melibatkan 30
respondandari kelima-lima blok kediaman yang ada di IPG Kampus Tuanku Bainun,
iaitu Kolej kediaman Damai,Kolej Kediaman Gemilang, Kolej Kediaman Ceria, Kolej
Kediaman Aman,dan Kolej Kediaman Budiman.
Kajian mengenai penggunaan sumber lebih melibatkan kepada penggunaan sumber
air, penggunaan kertas, taraf kebersihan dan landskap di kawasan Kolej Kediaman.
Kajian penggunaan sumber ini dilihat kepada kesedaran penghuni Kolej Kediaman
terhadap penggunaan yang bijak, berjimat serta tanggungjawab penghuni untuk
menjaga kawasan sekitar mereka.

Kajian Proses Pembangunan Lestari Kolej Kediaman pula lebih tertumpu kepada usaha
pihak pentadbiran untuk mewujudkan pembangunan lestari kediaman yang member
keselesaan kepada penghuni agar boleh memanipulasikan sumber dan tenaga secara
bijak.
Tenaga yang dimaksudkan ialah tenaga elektrik. Kajian melibatkan penggunaan
tenaga oleh penghuni Kolej Kediaman samada digunakan secara bijak atau tidak serta
tahap kesedaran penghuni kediaman kepada kesan penggunaan tenaga elektrik dan
penjimatan tenaga elektrik.

2.3 Kawasan Kajian

institut pendidikan guru kampus tuanku bainun


Terletak di lokasi yang strategik iaitu bersebelahan Lebuhraya Kulim-Butterworth,
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun telah mula beroperasi pada
tahun 1993 . Kampus ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agung Tuanku Bainun Pada 8 April 1994. Kampus Tuanku Bainun adalah antara 27
IPGM di bawah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Kampus ini
dibangunkan di kawasan seluas 66.33 hektar di Bukit Mertajam Pulau Pinang, kira-kira
15 km dari Butterworth. Pembinaan kampus ini menelan perbelanjaan sebanyak RM
33 juta mengandungi 14 blok bangunan yang boleh menampung kira-kira 1000 guru
pelatih. Seperti IPGM yang lain Kampus Tuanku Bainun sangat berhasrat untuk
melahirkan guru-guru yang cemerlang dalam pelbagai bidang kepakaran.
Kawasan yang difokuskan di kawasan IPG Kampus Tuanku Bainun ialah kawasan Kolej
Kediaman guru pelatih yang terbahagi kepada lima blok iaitu Blok Damai, Blok Ceria,
Blok Gemilang, Blok Budiman, dan Blok Aman. Dua blok iaitu Kolej kediaman Aman
dan Budiman menempatkan guru pelatih lelaki manakala tiga lagi iaitu Ceria,Damai
dan Gemilang menempatkan Guru Pelatih wanita. Setiap Blok mempunyai tiga aras
kesemuanya dan mempunyai Jumlah kesemua penghuni kelima-lima kolej kediaman
ini ialah seramai 668 orang kesemuanya. Setiap blok menyediakan dua buah bilik
untuk warden di aras satu dan ground floor.
2.4 Kaedah Kajian
Menurut Punch (2000), tujuan kaedah kajian kes dijalankan adalah untuk member
fokus kepada interpretasi,makna dan signifikasi budaya tentang sesuatu tingkahlaku.
Melalui kajian audit hijau yang dijalankan di kolej kediaman ini kaedah kajian yang
dijalankan ialah pemerhatian,temubual,selidik, dan soal selidik dan yang terakhir ialah
pemerolehan data dan pengumpulan maklumat.
2.4.1 Pemerhatian
Sebelum menjalankan kajian dengan lebih terperinci, kaedah pemerhatian digunakan

untuk mendapat gambaran awal keadaan sekeliling kolej kediaman. Pemerhatian ini
perlu untuk membuktikan sesuatu perkara dengan lebih tepat agar tidak bercanggah
dengan hasil dapatan. Boring senarai semak digunakan sepanjang pemerhatian
dijalankan dikawasan Kolej Kediaman guru pelatih dijalankan.
2.4.2 Temubual
Maklumat seterusnya diperolehi secara lisan dengan menjalankan kaedah temubual.
Proses temubual diadakan dengan staf staf sokongan dan beberapa orang pensyarah
untuk mengetahui sejauh mana mereka memainkan peranan dalam memastikan IPG
KTB lestari terutamanya Pensyarah yang bertanggungjawab menguruskan proses
pembangunan di IPG Kampus Tuanku Bainun.
2.4.3 Penyelidikan
Penyelidikan dijalankan dengan menggunakan sumber-sumber tambahan dari internet.
Mengenalpasiti kaedah-kaedah pengurusan sisa buangan yang lebih berkesan agar
tidak memudaratkan alam sekitar. Kami juga meneliti ruang kediaman pelajar,
kemudahan-kemudahan pelajar seperti tandas dan sebagainya, dan juga cara
pengurusan pekerja di kolej kediaman dan penghuni kolej kediaman dalam
menggunakan sumber air dan elektrik.
2.4.4 Soal Selidik
Borang soal selidik digunakan untuk memperolehi graf dan data berkaitan dengan
kesedaran pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun. Borang soal selidik penting untuk
mendapatkan maklumat dengan mengambil beberapa penghuni maktab untuk
dijadikan sampel. Responden yang adalah melibatkan penghuni kolej kediaman dan
sesiapa sahaja yang menghuni kolj kediaman termasuk warden dan pekerja
kebersihan
2.4.5 Pemerolehan Data dan Pengumpulan Maklumat
Data yang yang diperolehi daripada kawasan kajian dikumpul untuk menghasilkan
satu laporan yang mantap mengenai IPG Lestari. Setiap maklumat yang telah
diperolehi di analisa satu persatu dan ditapis semula agar tidak lari daripada tujuan
asal kajian. Setiap bukti-bukti kajian berdasarkan pemerhatian, soal selidik, temubual
dikumpulkan menjadi laporan audit hijau IPG Kampus Tuanku Bainun yang lengkap.
BAB 3
POLISI
3.1 Bacaan Ilmiah
Malaysia telah mewujudkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang meletakkan
beberapa polisi bagi mengurangkan kadar pencemaran dan kemusnahan alam sekitar.
Definisi Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi
manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan
bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini

melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam
sekitar. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita.
Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan
mennyamankan. Oleh yang demikian demi mewujudkan persekitaran yang kondusif
dengan menyediakan segala kemudahan infrastruktur kepada pelajar IPG Kampus
Tuanku Bainun, setiap cadangan pembangunan dan penambahbaikkan Institut
Pendidikan Guru setaraf university, dipengaruhi oleh polisi yang ditetapkan di dalam
Akta Kualiti Alam Sekitar.
Menurut datuk Hishamudin yang merupakan bekas menteri pendidikan Malaysia,
beliau pernah menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran telah melaksanakan
pelbagai program Pendidikan Alam Sekitar bagi melengkapkan bakal guru dengan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar. Selain itu, program ini juga
diharap dapat membangkitkan kesedaran dan sensitiviti tentang isu-isu alam sekitar.
Peranan dan penglibatan mereka amatlah penting dalam mendidik pelajar di sekolah
yang merupakan pewaris alam sekitar.
Polisi kerajaan terhadap alam sekitar telah diselaraskan dengan mewujudkan
beberapa akta di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar. Antara peraturan yang diwujudkan
oleh akta ini ialah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pelesenan) dan
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) serta Perintah Kualiti Alam
Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) .
Dalam skop kajian Audit Hijau IPG Lestari ini polisi Alam sekitar dijadikan elemen
penting dalam pengurusan pembangunan di IPG Lestari. Laporan Penilaian Kesan
Kepada Alam Sekeliling (EIA) membincangkan impak dan langkah-langkah kawalan
yang perlu disepadukan dalam Projek Yang Dicadangkan pada pelbagai peringkat
perlaksanaan. EIA ini berperanan dalam memastiakan pembangunan yang ingin
dijalankan mestilah tidak menjejaskan keadaan alam sekitar dan merupakan
pembangunan yang mapan. Berdasarkan polisi yang ditetapkan oleh EIA, maka satu
projek pembangunan akan dijalankan.

3.2 Rujukan IPG Kampus Tuanku Bainun


Polisi IPG Kampus Tuanku Bainun yang menyokong pembangunan lestari ialah semasa
merancang pembangunan, pihak pengurusan pembangunan akan memastikan lokasi
yang dipilih tidak akan menjejaskan alam sekitar seperti melibatkan penebangan
pokok. Selain dari merosakkan alam sekitar, penebangan pokok akan melibatkan kos
yang lebih tinggi dan mengambil masa untuk membersihkan lokasi kawasan yang
ingin dibangunkan.
Seterusnya ialah penggunaan sumber semulajadi. Pihak pengurusan pembangunan
juga akan meneliti kawasan yang boleh memanipulasikan sumber semula jadi secara
maksimum agar menjimatkan penggunaan sumber seperti tenaga elektrik. Sebagai
contoh penggunaan cermin sebagai dinding di unit R&D membolehkan pencahayaan
terus dari luar sekaligus menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam ruang
pejabat.
Manual Pengurusan 2009 IPGMK Tuanku Bainun, telah mewujudkan jawatankuasa
keceriaan dan kebersihan yang antara bidang tugasnya memantau tahap kebersihan
IPG Kampus Tuanku Bainun agar memastikan sikap guru pelatih lebih kepada kearah
kelestarian dengan bertanggungjawab menjaga kawasan mereka. Jawatankuasa ini
digerakkan agar dapat memupuk konsep hijau dan amalan menjaga kebersihan alam

sekitar wujud dalam diri setiap guru pelatih secara langsung dan tidak langsung.
3.3 Bahagian Pengurusan
Unit Pengurusan Pembangunan memainkan peranan yang lebih kurang sama dengan
EIA, iaitu merangka dan mengenalpasti pembangunan yang akan dijalankan di IPG
Kampus Tuanku Bainun agar tidak menjejaskan alam sekitar. Unit pembangunan IPG
Kampus Tuanku Bainun telah mempunyai matlamat kearah pembangunan IPG Lestari.
Keadaan ini dibuktikan apabila menurut encik Azizan, salah seorang pensayarah yang
terlibat dalam merangka pembangunan di Institut ini menyatakan, unit pembangunan
telah mengenalpasti kedudukan yang strategik bagi menyediakan infrastruktur kepada
pelajar iaitu dengan menyediakan ruangan guru pelatih untuk melayari internet di tepi
kawasan perpustakaan telah di alihkan ke kawasan sebelah tandas bagi membolehkan
pelatih melayari internet dengan selesa sepanjang masa berikutan kawasan tersebut
terlindung dari cahaya matahari. Kawasan sebelumnya tidak member keselesaan
kerana tidak terlindung dari cahaya matahari dan menjadikan tempat tersebut agak
panas.
Unit pembangunan diketuai oleh pensyarah dan beberapa pekerja teknikal lain. Segala
aduan kerosakan, pembaikpulih dan pembinaan bangunan baru di IPG KTB dirujuk
kepada mereka. Polisi IPG KTB adalah untuk menjadi antara IPG yang persekitarannya
mesra alam dalam erti kata lain menjadikan IPG Kampus Tuanku Bainun sebagai IPG
lestari
Pihak pengurusan unit pembangunan juga mencari alternatif yang dapat digunakan
bagi mengurangkan penggunaan tenaga dengan menggunakan lampu yang
menjimatkan tenaga energy saver yang dipasang dalam ruangan pejabat R&D.
kelebihan lampu ini dapat mengurangkan sehingga 30% jumlah tenaga elektrik
berbanding lampu biasa
Bagi kawasan kolej kediaman, kerja-kerja membaikpulih bumbung kesemua blok
kediaman pelajar menggunakan atap genting yang bahannya daripada tanah liat. Atap
genting tanah liat ini merupakan atap yang tidak menyerap haba dan merupakan
bahan penebat haba. Gantian atap genting ini menjadikan bilik asrama lebih sejuk.
Pengurusan sisa buangan pula, mengambil kira Peraturan-Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Pelesenan) yang mana semua bahan dilonggokan di suatu kawasan dan
hanya lori konsesi sisa buangan bahan binaan yang dilesenkan oleh kementerian
sahaja dibenarkan mengambil bahan buangan ini. Polisi inilah yang mengekalkan
institut ini kekal bersih dari bahan binaan.
Atas kesedaran pihak pengurusan pembangunan, pada akhir tahun 2009 tangki air
lama yang telah berkarat digantikan dengan tangki air yang dihasilkan daripada High
Density Polyethylene (HDPE) yang tahan karat dan membolehkan warga institut
memperolehi bekalan air bersih. Usaha pengantian tangki ini menelan belanja
sebanyak RM 200 ribu. Menurut encik Azizan, unit pembangunan akan memastikan
setiap tangki air di Institut ini akan ditukarkan kepada tangki HDPE. Tangki HDPE ini
tahan lama dan akan menjamin penggunaan air bersih kepada generasi yang akan
datang di institut ini.
Menurut undang-undang yang telah ditetapka oleh pihak pengurusan kolej kediaman,
penggunaan alatan elektrik di kawasan kolej kediaman Pelajar asrama seperti hitter,
periuk nasi, iron dan sebagainya tidak dibenarkan kecuali guru pelatih hanya
dibenarkan menggunakan alatan elektrik yang telah disediakan di dalam kitchenette
sahaja dan hak kerajaan. Polisi ini adalah salah satu usaha untuk mengurangkan

penggunaan tenaga elektrik di kawasan kolej kediaman .


Peraturan asrama yang seterusnya menyebut pelajar harus memadamkan lampu pada
jam 11 malam bagi lampu utama dan 12 tengah malam bagi lampu belajar. Setiap
pagi lampu koridor akan ditutup selewat-lewatnya jam tujuh pagi. Ini bertujuan
menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sekaligus mengurangkan sumbangan
manusia kepada pemanasan global. Sekiranya penghuni asrama mematuhi undangundang ini, IPG lestari akan dapat dicapai dengan jayanya menerusi penjimatan
tenaga elektrik.

Anda mungkin juga menyukai