Anda di halaman 1dari 23

SMK UNDANG REMBAU 71300 REMBAU NEGERI SEMBILAN

SAINS TINGKATAN 2

Tajuk: Pencemaran Air

Nama

: Muhammad Aiyuddin bin Baharuddin

Tingkatan

: 2 Neptune

Guru Penilai :
T/tangan Pelajar : T/tangan Guru: ..

1.0 Senarai Kandungan

Bil 1 2 3 4 5 6

Isi kandungan Senarai kandungan Penghargaan Pendahuluan Jenis bahan cemar air Kesan terhadap benda hidup Cara-cara mengawal pencemaran air - Langkah yang diambil oleh kerajaan - Langkah yang diambil oleh individu

Muka surat 1 2 3 4 6 7

Cara memulihara da memelihara air dan kualitinya

Pembersihan air - Kaedah pembersihan air - Sebab pembersihan

10

Cara untuk menjimatkan air - Mengapa perlu menjimatkan air - Bagaimana kita membazirkan air - Apakah yang dapat kita lakukan untuk menjimatkan air

11

10 11 12

Rumusan Lampiran Rujukan

12 13 16

2.0 Penghargaan Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan folio Sains Tingkatan 2 dengan jayanya. InsyaAllah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat folio di masa hadapan. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Pengetua iaitu Pn. Siti Aisyah dan guru pembimbing saya kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan.Saya juga ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Baharuddin bin Mohd Isa dan ibunda Rohaibi bt Abu Bakar yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit. Terima kasih juga diucapkan kepada adik saya serta rakanrakan saya yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat, Sekian, terima kasih. Salam hormat dari saya,

Muhammad Aiyuddin bin Baharuddin 2

3.0 Pendahuluan Air merupakan komponen penting dalam kehidupan manusia dan elemen penting kepada semua kehidupan.Sumber air penting untuk dijadikan minuman,tujuanpembersihan,pertanian,kegunaan industri,perikanan,pengangkutan dan lain-lain.Jika tidak ada air di dunia ini,ia mesti tidak pernah ada kehidupan seperti yang ada sekarang ini.Air perlu diuruskan dengan baik kerana pertambahan penduduk dan perkembangan industri akan sentiasa mempertingkatkan permintaan air.

Tiada air, tiada kehidupan. Airlah, kira-kira 3.8 bilion tahun lalu, unsur terawal wujud di bumi. Kemudian, wujudlah udara, aneka flora dan fauna, dan seterusnya manusia. Kesemuanya bergantung antara satu sama lain dalam satu jaringan tetapi ditunjangi air sebagai akar kehidupan. Tidak ada unsur alam yang kemandiriannya tidak berkait dengan air.

71% dari permukaan dunia. -97% air masin (laut) -3% air tawar - 87% ais dan glasiers, air bawah tanah, udara. - 13% air permukaan (0.4% jumlah air).

Di muka bumi terdapat lebih kurang 7% daripada jisim bumi adalah terdiri daripada air. 97% daripada air ini ialah air masin di lautan dan 3% merupakan air tawar yang terdiri daripada ais kutub.Hanya lebih kurang 0.7% air bumi terdapat di tasik dan sungai air tawar dan di atmosfera.

4.0

Jenis Bahan Cemar Air

4.1 Limpahan Minyak Ke Dalam Laut Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca pencemaran air.Penggerudian perigi-perigi minyak manusia untuk mendapat minyak mentah dan letupan tangki minyak menyumbang kepada keadaan ini.Apabila minyak bercampur dengan air laut,ia akan mengakibatkan air tercemar.Tumbahan minyak akan mengapung menutupi permukaan air,lapisan minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam air kerana lapisan tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen terlarut akan berkurang.Selain itu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam air, sehingga fotosintesi terganggu.Burung laut pula terganggu kerana bulunya jadi berminyak,tidak dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke tempat lain untuk mencari makanan dan akhirnya mati kelaparan.Ini dapat dijelaskan dengan perkara letupan tangki minyak di Teluk Mexico baru-baru ini.Ia telah menyebabkan ekosistem di sekitar perairan Teluk Mexico terganggu.

4.2 Sisa Buangan Dari Kilang

Kilang-kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan boleh terus disalirkan ke dalam sungai-sungai.Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai.Kebanyakan kilang membuang sisa cecair ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.Bahan toksik ialah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat kehidupan akuatik.Pencemaran boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan mengancam hidupan akuatik. 4

4.3 Bahan Buangan Domestik Dan Organik

Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang ke dalam sungai seperti sampah,minyak dan najis daripada individu yang tidak bertanggungjawab.Apabila bahan buangan domestik ini dibuang dalam sungai,maka air sungai akan menjadi keruh,berkeladak dan kotor,ini akan menyebabkan organisma aquatik tidak dapat menyesuai dalam air yang begitu keruh,padahnya maut.Bahan organik adalah seperti baja.

4.4 Pertanian

Pertanian juga punca pencemaran air.Kegiatan dalam pertanian seperti mananam sayur-sayuran dan padi menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai.Pestisid dan insektisid atau dikenali racun perosak disembur untuk membunuh haiwan perosak dan ia telah mencemarkan sumber air dengan pengaliran sisa-sisa racun perosak ke dalam sungai apabila hujan.Air sungai yang mengandungi sisa-sisa racun ini akan memudaratkan kesihatan manusia apabila digunakan.

5.0 Kesan terhadap benda hidup Pencemaran air memberi kesan kepada ekosistem laut,sungai,tasik dan air dari tanah.Air yang tercemar oleh pembuangan sampah sarap,pengaliran sisa toksik dari kilang-kilang,dan minyak mentah dari kapal-kapal tangki yang bocor akan menyebabkan hidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati.Jika pencemaran sungai tersebut berlarutan,bukan sahaja pelbagai jenis hidupan air akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis burung atau unggas yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam.Dengan itu,organisma aquatik akan mengalami kepupusan.Ini menyebabkan generasi yang akan datang tidak dapat melihat jenis-jenis organisma aquatik.

6.0 Cara-cara mengawal pencemaran Air Langkah-langkah berkesan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi pencemaran air adalah seperti berikut:

(i)

Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling dipertingkatkan dengan menyekat pencemaran dari punca.Sisa-sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke dalam sungai.Kemudian,Kerajaan Tempatan mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Kerajaan Tempatan memasang penapis sisa makanan untuk menghalang sisa makanan,minyak disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya. Melaksanakan programPeningkatan Kualiti Air Sungaiuntuk mempertingkatkan kualiti air sungai aktiviti peningkatan kualiti air sungai.

(ii)

(iii)

Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan.Aktiviti-aktiviti meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid dan orang ramai harus dipertingkatkan dalam usaha menyelesaikan masalah pencemaran sungai.Pada masa yang sama,pihak-pihak yang melakukan kesalahan dengan mencemarkan sungai atau alam sekitar,jika disabit kesalahan terus dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

- Langkah yang diambil oleh kerajaan Kerajaan merupakan nadi utama pergerakan dan pentadbiran bagi sesebuah negara. Bagi isu besar seperti pencemaran alam sekitar turut menjadi agenda utama yang kepada kerajaan untuk mengatasinya demi kesejahteraan hidup rakyat bagi sesebuah negara. alam sekitar yang tidak tercemar dapat melahirkan masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) merupakan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam sekitar dari dicemari dan memulihara alam sekitar yang tercemar. Selain itu Kementerian pelajaran turut memainkan peranan bagi mendidik pelajar-pelajar sekolah untuk mencintai alam sekitar dan berusaha untuk melindunginya.

Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dari punca tetap (point sources) (dengan izin). Efluen dan sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji pengolahan kumbahan perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan di bawah Akta berkenaan dan peraturan-peraturan berkaitan sebelum dilepaskan. Di samping itu, Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan, Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar(JAS) sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Selain itu, Bagi masalah pencemaran air yang melibatkan pencemaran sungai Jabatan 8

Pengaliran dan Saliran (JPS) juga diberikan peranan oleh NRE untuk mengambil tindakan bagi mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memasang Sistem Penapis Sisa Makanan (Food, Oil & Grease Trap) untuk menghalang sisa makanan, minyak dan gris disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya dan melaksanakan program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai untuk mempertingkatkan kualiti air sungai dan mengambil tindakan undang- undang terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM 1000.00 boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis yang menghendakinya menghentikan perbuatan tersebut disampaikan kepadanya. Jabatan Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) yang juga di bawah NRE telah ditugaskan untuk menjaga hutan negara yang telah diwartakan sebagai hutan simpan. Jabatan ini memainkan peranan penting untuk menjaga hutan dari diterokai dengan haram dan berleluasa yang akhirnya akan menyebabkan pencemaran tanah, pencemaran air dan udara. Tindakan yang diambil oleh Jabatan Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) seperti tindakan undang-undang yang di kenakan terhadap pesalah-pesalah yang melakukan pembalakan secara haram, penerokaan hutan simpan dengan haram dan melakukan pembakaran terbuka adalah usaha yang harus di teruskan .

- Langkah yang diambil oleh individu Sebenarnya kuasa untuk menyelamatkan alam sekitar kita adalah terletak di tangan kita sendiri. Bila-bila masa sahaja kita boleh katakan tidak' kepada pembasmian hutan dan juga persekitaran yang kotor. Sebagai contoh, kita mempunyai kuasa untuk mendesak para pemaju dan penjaja supaya mereka lebih mesra alam' dalam menjalankan kerja mereka. Bagi memastikan persekitaran kita selamat untuk didiami, orang awam perlu mengambil berat dan memberi perhatian terhadap kebersihan di dalam dan juga di luar rumah mereka terlebih dahulu. Ini kerana menjaga kebersihan alam sekitar perlu berakar umbi dari rumah. Setiap anggota masyarakat perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan, misalnya tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam longkang dan sistem perparitan, kerana ia akan menyebabkan sistem saliran tersumbat dan akhirnya akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti berlakunya banjir dan sebagainya.

10

7.0 Cara memulihara dan memelihara air dan kualitinya

Setiap usaha ke arah pembangunan mampan (pemuliharaan) harus memberikan tumpuan kepada kemampanan air. Untuk memperolehi sumber air yang bersih dan cukup, umpamanya, hutan perlulah diolah secara mampan kerana kemampanan hutan bererti bekalan air yang bersih dan cukup. Seterusnya, kualiti air juga merupakan satu cabaran yang sengit kepada kerajaan negara kita dan juga para sukarelawan untuk melindungi alam sekitar. Disebabkan dengan pembekal yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan kualiti air di negara kita semakin serious. Dengan ingin mencapaikan keuntungan yang tinggi telah menyebabkan pembekal enggan membina loji penapisan sisa yang akan dialir keluar dari kilang tersebut. Tindakan ini sudah tentu akan menambah teruk lagi kualiti air. Selain daripada, sisa-sisa yang dialir keluar dari kilang, para petani juga perlu bertanggungjawab keatas pencermaran tersebut. Disebabkan ramai petani telah menggunakan racun seranggan yang mengandungi bahan kimia pekat. Bahan kimia ini akan mengalir ke dalam longkang setelah digunakan oleh para petani. Penggunaan pendekatan pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM) akan dipergiat untuk menambah baik kualiti air sungai dan air bawah tanah. Usaha akan ditumpu ke arah mengurang bilangan sungai tercemar. Sistem pembentungan awam akan dinaik taraf dan lebih banyak loji rawatan kumbahan berpusat akan dibina untuk mengurangkan pelepasan air buangan yang tidak dirawat ke dalam sistem sungai. Sumber Air. Penekanan akan diberi untuk mengekal dan meningkatkan fungsi ekosistem sungai melalui pemulihan dan penyenggaraan tadahan tanah tinggi, tanah lembap, tebatan sungai dan zon riparian.

11

8.0 Pembersihan air - Kaedah pembersihan air Rawatan Air Rawatan air merupakan proses membuang bahan cemar daripada air mentah bagi menghasilkan air yang selamat untuk digunakan manusia dari segi kimia dan bakteriologikal. Air juga perlu diterima dari segi estetiknya, bebas dari kekeruhan yang nyata, bau dan warna yang tidak menyenangkan. Loji rawatankonvensional meliputi proses-proses berikut: Penyaringan Pada permulaan, serpihan kayu, dedaun, tumbuhan akuatik dan bendasing yang terapung akan diasingkan melalui proses saringan. Selepas disaring, bahan terampai yang lebih padat akan dibuang dengan membenarkan air mengalir melalui kebuk yang mana ia akan mendap ke dasar. Pengudaraan Air mentah yang dipam dicampur dengan udara di ruang pengudaraan. Proses pengudaraan menghasilkan oksigen dari atmosfera bagi pengoksidaan besi dan mangan terlarut kepada bentuk tidak larut bagi tujuan menyingkirkannya. Proses ini juga membantu membuang rasa dan bau yang tidak menyenangkan.

10

9.0

Cara untuk menjimatkan air

Sebenarnya banyak yang boleh dilakukan jika ingin berjimat dari segi penggunaan air. Lihat sahaja mereka yang mengosok gigi diawal pagi dihadapan cermin atau dihadapan sinki. Semasa menggosok dibiarkan air mengalir dari pili tanpa kawalan. Air akan terus terkeluar selagi aktiviti mengosok gigi. Apa salahnya jika ditutup pili semasa mengosok gigi sudah tentu banyak air yang dapat dijimatkan. Kepada mereka yang duduk di hotel kerap kali disediakan gelas untuk digunakan semasa mengosok gigi, tetapi amat jarang yang menggunakanya. Ada yang tidak tahu kenapa gelas diletakkan dihadapan cermin jika duduk di dalam hotel. Ini adalah tabiat yang perlu diubah. Jika ini dapat dilakukan oleh setiap rakyat negeri Melaka sudah tentu banyak air yang akan dijimatkan dan pada masa yang sama akan menjimatkan bil air setiap rumah. Bayangkan jika setiap rumah mempunya 5 orang penghuni. Sudah tentu perbelanjaan keluarga dapat dijimatkan setiap bulan. Perkara kecil jika dipandang berat dapat membantu dunia untuk masa hadapan.

Kebanyakan orang pada masa ini tidak tahu menghargai kepentingan air. Apabila membuka pili air, air sedia ada; apabila ingin menjirus tandas, air sentiasa ada. Oleh sebab itu, ramai orang yang mengambil mudah tentang kepentingan air dan sering membazirkan air sehingga

menyebabkan bekalan air kian berkurangan sehingga mencapai tahap yang membimbangkan. Penggunaan mesin basuh: Pastikan bahawa mesin basuh diisikan penuh bagi setiap cucian. Kini terdapat mesin basuh yang boleh diselaraskan cucian mengikut bilangan pakaian yang dimasukkan. Gunakan mesin basuh yang menjimatkan air (iaitu jenis mesin basuh masukan bahagian hadapan) yang menggunakan satu pertiga isipadu air berbanding dengan mesin basuh biasa (pakaian dimasukkan dari bahagian atas).

Dalam rumah: Menutupkan pili saluran air semasa mencuci lantai. Gunakan mop dan baldi air. Tetapkan satu cawan untuk tujuan minum air atau menggunakan botol air. Ini dapat mengurangkan penggunaan air untuk mencuci cawan-cawan lain. Luar rumah: Menggunakan baldi yang mengisi air dan kain untuk membasuh kereta. Menyapu lantai dengan penyapu. Elakkan penggunaan saluran air. Menggunakan saluran air yang boleh diselaraskan jumlah air yang disembur apabila menyiram bunga. Mengetatkan pengapit saluran bagi mengurangkan berlaku kebocoran yang menyebabkan pembaziran air. Menuai air hujan untuk menyiram bunga. Elakkan penggunaan air pili untuk menyiram tumbuh-tumbuhan. Siram halaman dan taman rumah pada waktu pagi atau senja. Suhu yang lebih rendah mengurangkan kehilangan air melalui proses penyejatan.

Sebenarnya individu perlu lebih prihatan dengan masalah air kerana ia merupakan tonggak utama kehidupan manusia.

11

10.0 Rumusan

Lurahan sungai di negara kita sudah mencapai had bekalan yang maksimum. Namun begitu, permintaan air semakin meningkat hari demi hari selaras dengan peningkatan penduduk dan pertumbuhan industri. Oleh itu, kita perlu menggunakan air dan sumber air dengan

bijaksana. Jumlah air di muka bumi ini sentiasa tetap walaupun jumlah penduduk semakin meningkat. Justeru, penggunaan air yang dirancang dengan rapi dapat menjamin bekalan air yang berterusan pada masa akan datan

12

11.0 Lampiran Lampiran 1 Jenis Bahan cemar Air

Limpahan Minyak Ke Dalam Laut

Sisa Buangan Dari Kilang

13

Bahan Buangan Domestik Dan Organik

Pertanian

14

Lampiran 2

Kesan Pencemaran Air

Kesan kepada hidupan dan tumbuhan

15

Lampiran 3

Rawatan Air

16

12.0 Rujukan i) Laman web:http://bmpengurusankumpulan15.blogspot.com/2010/08/alamsekitar-pencemaran-air.html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0202&pu b=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm#ixzz2eN7rYZ5 d Utusan Melayu (M) Bhd

ii)

Buku Teks Geografi Tingkatan 2:-

Haji Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon, Ratnam Karuppiah Servai. 2003. Buku Teks Tingkatan 2. Kuala Lumpur. Pencetakan Rina

Sdn. Bhd.

17

Anda mungkin juga menyukai