Anda di halaman 1dari 4

PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA

MAKLUMAT TENTANG KRISIS AIR YANG PERNAH


MELANDA NEGARA MALAYSIA

 Kuala Lumpur: Kira-kira 300,000 tan sampah, cukup untuk mengisi 110
kolam renang saiz Olimpik, dibuang ke dalam sungai setiap tahun dan
aktiviti tidak bertanggungjawab ini menyumbang kepada krisis air di
negara ini. Selain beg plastik sampah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
juga mendapati pelbagai sisa buangan termasuk peti sejuk lama, tilam
dan peralatan dapur dibuang ke dalam sungai.

 PASIR GUDANG: Hidupan laut di Selat Johor kini diancam kepupusan,


menyebabkan punca rezeki ratusan nelayan terjejas apabila pencemaran
toksik didakwa sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu.
Insiden pencemaran sungai di sekitar selat yang turut dikenali sebagai
Selat Tebrau, menambah derita nelayan apabila sisa toksik didakwa
dibuang dan dialirkan secara haram sejak sekian lama sehingga meracuni
hidupan laut.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK


MENGELAKKAN ATAU MENGURANGKAN MASALAH
KRISIS AIR INI

1. Melakukan proses rawatan loji kumbahan air.


 kumbahan akan melalui beberapa proses pembuangan bahan
kimia untuk mengurangkan jumlah sisa toksik.

 zarah pepejal dan bahan bukan organik dikeluarkan dengan


menggunakan penapis.

 menggunakan penapis biologi dan proses yang secara semula jadi


merendahkan bahan buangan organik.

2. Jangan buang sampah ke dalam sungai, tasik


atau laut

 membersihkan sampah yang ada dipantai dan laut (mengumpul sampah


dan masukkan ke dalam tong sampah berhampiran dan menjalankan
aktiviti kitar semula.

 mengambil tindakan pada mereka yang melanggar peraturan yang di


tetapkan oleh pihak berkuasa dengan berat.

 mengadakan kempen dalam kalangan masyarakat iaitu sayangi sumber


utama kita iaitu air.

 memasang perangkap sampah di dalam longkang bagi mengelakkan


sampah tersebut mengalir masuk ke dalam sungai
3. menguatkuasakan undang-undang

 denda perlu ditingkatkan serta mengenakan hukuman penjara kepada


pesalah

 perlu mengubal akta alam sekitar untuk mencegah kemusnahan sungai

 akta bertujuan mencegah pencemaran – perlu segera sebelum nasi


menjadi bubur
 menguatkuasakan pelaksanaan akta supaya mencegah orang ramai
membuang sampah di sungai

Anda mungkin juga menyukai