Anda di halaman 1dari 5

NOVEL ISTANA MENANTI KAJIAN NOVEL TINGKATAN 1

SINOPSIS Mengisahkan tiga orang sahabat yang amat berminat dalam mengkaji sejarah bersepakat untuk menjejak sebuah istana lama di puncak Gunung Datuk. Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy mengunjungi Tuk Ngah yang menjadi pakar rujuk peristiwa bersejarah tentang kaitan Istana Menanti dengan sejarah penting beberapa kerajaan Melayu Melaka dan juga sejarah pejuang tanah air menentang penjajah. Menurut Tuk Ngah, Kewujudan Istana menanti berkait rapat dengan kedatangan orang Minangkabau ke Tanah Melayu, Raja Melewar menjadi pemerintah yang pertama bersemayam di istana tersebut. Tuk Ngah juga bercerita tentang asal usul nama rembau dan Sungai Ujung menjadikan remaja bertiga itu semakin teruja hendak menyiasat istana lama tersebut. Pda hari yang sesuai bertemankan Tuk Ngah, tiga bersahabat itu menunjukkan kegigihan mereka mengatasi halangan menawan puncak Gunung Datuk dan melihat sendiri keistimewaan Istana Menanti. Semasa dalam perjalanan menuju ke puncak itulah Tuk Ngah bercerita tentang sejarah pembukaan negeri Melaka oleh Paremeswara. Mereka juga sempat singgah sebentar di jeram Lubuk Petai yang dikatakan tempat bersiram Raja Melewar dan Sultan Mahmud. Tuk Ngah sempat memberi nasihat kepada anak remaja itu supaya menjaga tingkah laku semasa menuju ke puncak gunung demi menjaga keselamatan bersama-sama. Apabila sampai ke puncak gunung dan melihat rekabentuk istana yang dikatakan berpuaka itu, Tuk Ngah bercerita pula tentang bentuk bumbungnya yang kelihatan seperti tanduk kerbau itu. Menurut Tuk Ngah, bentuk itu sempena memperingati kemenangan seorang raja Minangkabau yang menang dalam perlawanan kerbau. Tuk Ngah tidak masuk bersama-sama ke dalam istana kerana ingin berehat di luar istana. Mereka bertig amasuk dan melihat keunikan senibina istana lama tersebut. Tiba-tiba merek aterkunci dari dalam. Mereka mencar-cari jalan keluar namun tidak berjumpa. Fadhil cuba mengetuk-ngetuk lantai, lalu terjumpa pintu terowong bawah tanah yang gelap dan berbau hapak.Merek acuba masuk tetapi gagal kerana terlalu gelap dan tidak tahu berapa jauhnya terowong itu. Merek akemudian terserempak dengan seorang pemuda dari UPM yang sudah keletihan juga terperangkap dalam terowong tersebut. Ah Seng terasaingin membuang air besar. Dia masuk ke dalam terowong lalu ditangkap oleh sekumpulan penjenayah. Penjenayah tersebut sedang menggali tanah di dalam terowong itu kerana mencari harta yang mereka simpan semasa mereka berjuang dahulu. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai pejuang kebebasan. Akhirnya Fadhil, Ramasamy dan hairil jug amenjadi mangsa dikerah menggali tanah untuk mendapatkan harta tersebut. Setelah harta tersebut ditemui, mereka segera meninggalkan terowong. Dalam pada itu ibu bapa remaja tersebut telah berpakat mencari mrereka dan membuat laporan kepada pihak polis. Mereka beramai-ramai mendaki Gunung Datuk, namun gagal menemui remaja tersebut. Tuk Ngah yang bersembunyi dari penglihatan penjenayah itu muncul lalu memberitahu perkara sebenar. Pihak polis berjaya memerangkap penjenayah tersebut. Remaja bertiga itu juga selamat ditemui. Mereka digelar sebagai wira kampung dalam suatu majlis meraikan keberanian dan kegigihan mereka menempuh cabaran sehingga membantu pihak polis menangkap penjenayah negara tersebut. Tema Novel Istana Menanti karya Abd Latip Talib ialah semangat sekumpulan remaja yang peka akan sejarah tanah air dan ingin mengkaji kesahihan sejarah tersebut. Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang sangat minat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang sejarah setempat. Mereka bertiga juga sanggup meredah hutan berlukar untuk melihat sendiri kewujudan dan keunikan Istana Menanti di puncak Gunung Datuk.

Persoalan a) Kesedaran golongan muda tentang sejarah tanah air. Contoh : Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy sanggup meluangkan masa ke rumah Tuk Ngah kerana warga emas itu banyak mengetahui tentang sejarah setempat dan sejarah negara. b) Semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang masa. Contoh : Masyarakat di Kampung Ulu Seperi, Rembau terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum. Mereka hidup bersatu-padu dan saling membantu. Khususnya ketika mencari Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy yanghilang di Gunung Datuk. c) Kebijaksanaa pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman dahulu dalam mengatur strategi perang. Contoh : Pahlawan-pahlawan Melayu terdahulu membina kediaman yang jauh dipuncak bukit atau gunung agar terselamat daripada serangan musuh. Istana Menanti dibina di puncak Gunung Datuk telah dijadikan tempat berkumpulanya pendekar-pendekar Rembau dalam usaha mereka menentang penaklukan Portugis dan Inggeris. Watak dan Perwatakan Watak utama Fadhil merupakan anak kepada Encik Karim dan Mak Joyah. Dia berusia 15 tahun. Dia suka akan subjek Sejarah dan bercita-cita untuk bergelar ahli sejarah. Sikapnya lebih matang kerana berfikiran jauh. Dia berfikir panjang dalam membuat sebarang sebarang keputusan. Dia bijak merancang dengan menyenaraikan barang yang harus dibawa sebelum memulakan ekspedisi ke puncak Gunung Datuk. Fadhil juga seorang yang menghormati orang tua. Contohnya : dia meminta izin daripada kedua-dua orang tuanya untuk menyertai ekspedisi ke Gunung Datuk. Watak sampingan a) Ah Seng Kawan baik Fadhil. Dia anak kepada peniaga barang-barang runcit iaitu Encik Leong dan Puan Lily. Dia mempunyai minat dan cita-cita yang sama dengan Fadhil. Kadangkala sikapnya lepas laku dan terlalu mengikut perasan. Ketika sedang mendaki bukit, dia ketawa dan bersuara kuat dan berlagak seperti Tarzan apabila melihat kera dan burung bertempiaran lari. Suka makan, dia tetap berselera makan meskipun dalam kesusahan. Contohnya : ketika semua orang sedang risau kerana terperangkap di dalam bilik,dia tetap berselera untuk makan. b) Ramasamy Kawan baik Fadhil dan Ah Seng. Dia sebaya dengan Fadhil dan Ah Seng serta mempunyai minat yang sama dengan kedua-dua sahabatnya itu. Dia merupakan anak Encik Shanti dan Puan Mary. Dia berani. Contohnya : ketika menyusuri terowong untuk mencari Ah Seng, Ramasamy dan kawankawannya terserempak dengan beberapa orang lelaki. Dia mahu melawan orang-orang jahat itutetapi dihalang oleh Khairil Anuar. c) Tuk Ngah Warga tua di Kampung Ulu Seperi, Rembau. Usianya hampir 80 tahun.Beliau suka berkongsi cerita kerana beliau tahu tentang cerita sejarah setempat dan sejarah negara. Beliau banyak pengalaman. Beliau pernah melalui zaman kependudukan Jepun di Tanah Melayu dan melalui zaman darurat sebagai akibat pemberontakkan pengganas Komunis. Tuk Ngah masih sihat, kuat dan bertenaga. Buktinya, beliau masih larat mendaki Gunung Datuk untuk menemani Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy.

d) Khairil Anuar Dia seorang penuntut di Universiti Putra dan berusia dalam lingkungan 30 tahun.Tubuhnya gempal. Berani. Contohnya : dia bersendirian ke Istana Menanti semata-mata untuk mengkaji sejarah lama itu. Dia tidak lemah semangat ketika berhadapan dengan ribuan tikus yang kelaparan, terserempak dengan ular sawa dan mendengar bunyi yang sungguh menyeramkan ketika mencari jalan keluar dari terowong. Khairil Anuar bercita-cita hendak menulis sebuah buku tentang sejarah Rembau. Dia prihatin, bertanggungjawab dan mengambil berat. Meskipun baru mengenali Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy, dia amat mengambil berat kan keselamatan mereka. e) Dolah Dia lelaki tua yang berusia dalam lingkungan 80 tahun dan kawan kepada Tuk Ngah semasa kecil. Dia pernah mendakwa dirinya sebagai pejuang pembebasan tanah air dan pernah dilantik menjadi ketau pasukan ke-10,Parti Komunis Malaya (PKM). Dolah pernah melarikan diri ke negara China pada sekitar tahun 1960-an tetapi kembali semula ke tanah air 40 tahun kemudian selepas memperoleh pengampunan daripada Kerajaan Malaysia.

Latar Latar Tempat a) Rumah Tuk Ngah di Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan. Contohnya : Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng berkongsi cerita dengan Tuk Ngah tentang banyak cerita sejarah setempat dan sejarah negara di rumah ini. b) Istana Menanti dan kawasan sekitarnya. Contohnya : Istana Lama ini terletaknya di puncak Gunung Datuk. Ketika Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy tiba, di dalam istana bersih seolah-olah ada penjaganya. c) Jeram Lubuk Petai. Contohnya : Jeram ini terletaknya di kaki Gunung Datuk. Airnya jernih dan sejuk. Namun, kawasan ini dikatakan berpuaka dan didiami makhluk halus. d) Terowong rahsia di bawah tanah. Contohnya : Terowong itu gelap, bercabang dua dan menyeramkan. Terowong itu menjadi tempat persembunyian ribuan tikus dan kelawar. e) Kedai runcit Encik Leong. Contohnya : Menjadi tempat penduduk Kampung Ulu Seperi berkumpul di sini bagi membincangkan masalah kehilangan Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng. f) Balai polis Kampung Ulu Seperi. Contohnya : Pak Senik, Encik Karim, Encik Leong dan Encik Shantimelaporkan kehilangan tiga sahabat. Sarjan Mokhtar menyuruh pihak polis dan penduduk kampung berkumpul di perkarangan balai sebelum gerakan mencari dijalankan.

Latar Masa a) Waktu Siang. Contohnya : Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng ditemani Tuk Ngah memulakan ekspedisi mendaki Gunung Datuk .b) Waktu malam. Contohnya : Penduduk kampung dan anggota polis menjalankan gerakan mencari oranghilag di sekitar Gunung Datuk. c) Seluruh cerita Cerita ini berlangsung dalam tempoh seminggu. Pada hari Jumaat iaitu ketika tiga sahabat merancang untuk ke Gunung Datuk di rumah Tuk Ngah hingga hari Jumaat yang berikutnya iaitu ketika majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan di balai raya.

Latar Masyarakat a) Golongan muda yang peka akan sejarah. Contoh : Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan muda yang minat akan sejarah setempat dan sejarah tanah air. b) Golongan tua yang serba tahu akan sejarah. Contohnya : Tuk Ngah mewakili orang lama yang banyak melalui zaman seperti zaman kependudukan Jepun dan zaman darurat. Beliau juga banyak tahu tentang sejarah setempat dan sejarah negara. c) Masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Contoh : Penduduk di Kampung Ulu Seperi, Rembau hidup makmur meskipun dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama. d) Masyarakat desa yang hidup bagai aur dengan tebing. Contoh : Penduduk setempat membantu pihak polis mencari Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy yang hilang di puncak Gunung Datuk. e) Masyarakat yang belot dan derhaka pada negara. Contoh : Dolah mewakili segilintir masyarakat yang belot dan derhaka kepada negara. Dia sanggup bersekongkol dengan pihak komunis dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan selepas Tanah Melayu Merdeka.

Nilai a) Cinta akan negara. Contohnya : Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy rajin bertanya dan mengkaji untuk mengetahui sejarah tempatan dan sejarah negara daripada Tuk Ngah. b) Bekerjasama. Contohnya : Penduduk kampung bekerjasama dengan pihak polis dalam gerakan mencari dan menyelamatkan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy yang hilang. c) Berani. Contohnya : Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata-mata untuk melihat keunikan Istana Menanti. Begitu juga dengan Khairil Anuar yang berani bersendirian semata-mata untukmengkaji sendiri nilai sejarah yang ada di situ. d) Prihatin. Contohnya : Khairil Anuar peka dan prihatin akan keselamatan Fadhil dan rakan-rakannya meskipun dia baru sahaja mengenali tiga sahabat itu. e) Kasih sayang. Contohnya : Ibu bapa Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anak mereka.Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat pulang dan segera bertindak melaporkan kehilangan mereka kepada pihak polis. Pengajaran a) Kita hendaklah mempelajari sejarah. Contohnya : Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy rajin bertanya kepada Tuk Ngah tentang sejarah setempat dan sejarah negara. Mereka juga meminati subjek sejarah di sekolah. b) Kita haruslah mempertahankan maruah bangsa dan negara daripada ancaman musuh. Contohnya : semasa Perang Naning, orang Rembau turut membantu Dol Said menentang orang Inggeris. Mereka akhirnya berjaya dalam peperangan itu. c) Kita hendaklah berani dan gigih untuk memperoleh apa-apa yang diimpikan. Contohnya : sejak kecil lagi, Khairil Anuar begitu tertarik dengan sejarah Rembau dan bercita-cita untuk menulis buku tentang sejarah Rembau. Oleh itu, dia gigih mencari maklumat dan menyelidik tempat-tempat sejarah di Rembau. d) Kita haruslah menghargai kemerdekaan dan mengenang jasa para perjuang terdahulu. Contohnya : jasa- jasa pejuang terdahulu yang berusaha membebaskan tanah air daripada dibelenggu penjajahan, haruslah dikenang sampai bila-bila. e) Kita haruslah berfikir panjang sebelum bertindak. Contohnya : pihak polis yang diketuai oleh Sarjan Mokhtar berfikir panjang dalam mengatur strategi kerana dikhuatiri akan membahayakan keselamatan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy.

Anda mungkin juga menyukai