Anda di halaman 1dari 6

Teknologi AI tidak akan mengurangkan peluang pekerjaan.

Semasa kita membangunkan teknologi inovatif, AI akan mempunyai kesan


positif terhadap ekonomi kita dengan mewujudkan pekerjaan yang
memerlukan kemahiran yang ditetapkan untuk melaksanakan sistem baru📈.
“Kajian menunjukkan AI bukanlah satu teknologi yang perlu dihindari tetapi
sebaliknya untuk dimanfaatkan supaya had kita sebagai manusia dapat
ditingkatkan kepada satu tahap lain. Kira-kira 17 peratus pemimpin perniagaan
percaya AI akan mencipta pekerjaan manakala enam peratus melihat AI tidak
mempunyai kesan terhadap pekerjaan sedia ada. Begitu juga dengan 18
peratus pekerja percaya AI akan mencipta pekerjaan berasaskan pengetahuan
baru dan 11 peratus berpendapat kemunculan AI tidak memberi kesan kepada
pekerjaan mereka🧾. Kemungkinan kecerdasan buatan akan menggantikan
pekerjaan yang melibatkan tugas-tugas menyelesaikan pekerjaan yang repetitif
atau asas, dan AI juga mungkin menjangkaui kemampuan manusia semasa.
Kemungkinan automasi AI dapat melakukan tugas-tugas seperti meluluskan
pinjaman, memutuskan sama ada pelanggan harus diluluskan atau mengenali
rasuah dan penyalahgunaan kewangan📊. Oleh itu, setiap organisasi akan
meraih banyak manfaat daripada peningkatan produktiviti hasil daripada
automasi yang lebih canggih, yang akan menghasilkan pekerjaan lebih baik.
Cara ini akan membuka laluan untuk para majikan menyokong pekerjaan dalam
sektor perkhidmatan dan sebagainya. Kajian itu juga mendapati kebanyakan
pekerja di Malaysia ingin membangunkan kemahiran baharu selaras
kebangkitan teknologi terkini seperti AI.
Cabaran semasa berkaitan perubahan iklim di Malaysia termasuk peningkatan
suhu, pola hujan yang tidak menentu, peningkatan frekuensi serta intensiti
bencana alam seperti banjir dan kekeringan menjejaskan sektor pertanian,
seterusnya memberi kesan kepada jumlah hasil tanaman. Hal ini boleh
membawa kepada peningkatan harga makanan di pasaran yang akan
membebankan kos sara hidup rakyat.

Satu jalan penyelesaian mampan perlu dirangka dan dilaksanakan dengan


segera supaya hasil pertanian mampu memenuhi permintaan makanan dalam
negara seterusnya mengurangkan kebergantungan makanan import.

Oleh yang demikian, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)


memiliki tanggungjawab untuk memimpin negara dalam mencari penyelesaian
kepada cabaran-cabaran tersebut. Pendekatan berasaskan Sains, Teknologi dan
Inovasi (STI) bukan sahaja dapat melindungi rakyat dari kesan buruk bencana,
malah ia juga dapat memacu ekonomi negara serta meningkatkan kualiti hidup
rakyat.

Dalam merangka tindak balas awal untuk mengatasi cabaran semasa seperti
perubahan iklim dan jaminan makanan, kemampuan daya jangka STI (STI
foresight) yang berpandu pada data sangat penting. Ini adalah untuk
memastikan negara dapat menyediakan pelan mitigasi dan adaptasi yang lebih
cekap untuk menghadapi cabaran tersebut. Namun pada masa yang sama,
MOSTI perlu meneroka pembangunan teknologi tinggi baharu yang boleh
diaplikasikan dan dikomersilkan dalam sektor industri bagi mendepani cabaran
tersebut.

Selari dengan kenyataan Menteri MOSTI, Chang Lih Kang semasa sidang media
selepas Majlis Amanat 2023 baru-baru ini, fokus perlu diberikan kepada
pembangunan teknologi Artificial Intelligence (AI) bagi mendepani cabaran
semasa sejajar dengan Pelan Hala Tuju Negara Kecerdasan Buatan 2021-2025
(AI-RMAP).
“Teknologi Artificial Intelligence (AI) boleh membantu kita menyelesaikan
masalah besar yang kita hadapi sekarang, terutamanya food security (jaminan
makanan) dan juga perubahan iklim,” katanya.

Teknologi AI dianggap sebagai teknologi masa hadapan yang akan memainkan


peranan penting dalam memacu ekonomi dan mewujudkan bakat
berkemahiran tinggi. Menurut MarketsandMarkets Research, dianggarkan nilai
pasaran AI global mampu mencecah USD190 bilion menjelang tahun 2025.
Dapatan ini seharusnya mendorong lebih banyak pemain industri untuk terlibat
dalam pembangunan teknologi AI memandangkan ianya mampu untuk
dikomersilkan di dalam dan luar negara. Kepesatan teknologi AI juga telah
menuntut keperluan bakat-bakat baru untuk menceburkan diri dalam industri
tesebut yang menawarkan gaji dan pendapatan yang sangat baik.

peningkatan keupayaan teknologi AI telah membolehkan teknologi tersebut


diintegrasikan dalam pelbagai sektor industri termasuklah sektor pertanian.
Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan China juga telah
menggunakan teknologi AI secara meluas yang telah terbukti mampu
meningkatkan hasil tanaman pada kadar penggunaan sumber yang optimum.
Dengan kemajuan teknologi dan peningkatan keperluan untuk penghasilan
makanan yang lebih efisien dan mampan, dijangkakan lebih banyak negara
akan mengaplikasikan teknologi AI dalam sektor pertanian mereka.

Penerapan teknologi AI dalam industri pertanian telah membawa kepada


pengenalan kaedah-kaedah baru seperti precision agriculture yang
mengaplikasikan machine learning dan Internet of Things (IoT) bagi tujuan
pembajaan dan pengurusan tanaman. Kemajuan ini semestinya mampu
meningkatkan hasil tanaman dan memastikan sumber dapat diuruskan dengan
lebih efisien. Selain itu, teknologi-teknologi berasaskan AI seperti dron,
sensors, dan sistem pengairan dapat dibangunkan untuk mengoptimumkan
hasil tanaman.
Government AI Readiness Index 2020 oleh Oxford Insights meletakkan Malaysia
di posisi nombor satu di Asia Tenggara dan nombor 28 di peringkat global.
Dapatan ini menunjukkan potensi besar yang dimiliki oleh Negara dalam
membangunkan teknologi AI dan seterusnya menjadi pemain utama di
peringkat global. Sokongan kerajaan, kewujudan bakat dan kemahiran
tempatan, sektor kajian dan pembangunan (R&D) dan penglibatan industri
merupakan beberapa faktor utama yang menyumbang kepada pembangunan
teknologi AI dalam negara.

Justeru, bagi memastikan perkembangan teknologi AI dalam Negara sudah


semestinya memerlukan sokongan daripada syarikat-syarikat pemula (startups)
dan pemain industri yang perlu mengadaptasi dengan budaya baharu yang
berasaskan inovasi. Transformasi sektor pertanian berasaskan digital dan
teknologi AI mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan dalam
negara dan seterusnya menangani cabaran jaminan makanan, di samping dapat
menjana pulangan yang baik kepada syarikat dan perniagaan.

Penetapan hala tuju melalui AI-RMAP membuktikan komitmen MOSTI dalam


menerokai teknologi AI bagi memacu pembangunan dalam pelbagai sektor
termasuklah industri pertanian. MOSTI akan bekerjasama rapat dengan agensi
dan pemain industri dalam usaha mewujudkan ekosistem inovasi AI yang
kondusif bagi mempercepatkan adaptasi teknologi AI.

Melihat kepada potensi dan peluang pasaran, teknologi AI mampu menjadi


salah satu pendorong kepada pembentukan Negara berteknologi tinggi
menjelang 2030, seiring dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara
(DSTIN) 2021-2030. Ia juga seiring dengan aspirasi YB Tuan Chang Lih Kang,
Menteri MOSTI yang mahu melihat Negara mengambil langkah proaktif melalui
pengaplikasian teknologi AI dalam menangani isu dan cabaran semasa Negara.
Istilah kecerdasan merujuk kepada kemampuan memperoleh dan mengaplikasi
kemahiran dan pengetahuan dalam menyelesaikan masalah yang ada.
Kecerdasan Buatan atau kata singkatannya, AI (artifial intelligence) adalah
satu program yang digunakan bagi melihat kemampuan mesin untuk belajar
tingkah laku manusia serta memberikan respon atau reaksi seperti manusia
(Shabbir & Anwer, 2015). Program ini dimasukkan ke dalam perisian, mesin
atau robot supaya ianya dapat bertindak seperti apa yang dilakukan oleh
manusia dan berfikir sesuai dengan apa yang diinginkan oleh manusia

Dalam proses penghasilan bahan makanan daripada tanaman, amalan


agronomi berlaku sebelum menuai hasil yang menentukan kuantiti, kualiti dan
menentukan kadar pendapatan dicapai. Pertanian Moden banyak dikaitkan
dengan penggunaan teknologi dalam pengeluaran dimana banyak konsep
seperti Kecerdasan Buatan (AI) ini memainkan peranan penting.
1.Meningkatkan kemalasan manusia🦥
Kecerdasan buatan atau robot🤖 ini mampu membuat sesuatu kerja dengan
cekap dalam masa yang singkat⏰. Oleh itu, kita selalu akan menggunakan
teknologi🖥 ini untuk menyiapkan kerja dan tugasan kita. Hal ini akan
menjadikan kita malas dan kita tidak akan mengambil inisiatif untuk membuat
kerja itu sendiri👀. Sehubungan dengan itu, kita juga tidak akan mempelajari
perkara baru sekiranya kita menggunakan teknologi ini sepanjang masa👍🏻👍🏻.
Kita sangat bergantung kepada kecerdasan buatan🤖 pada masa ini.
Sebagai contoh, kebanyakkan orang pada masa kini telah menggunakan
kakulator untuk mengira jumlah number yang boleh difikir dengan mudah oleh
akal fikiran🔢🔢 . Namun mereka telah meletakkan harapan sepenuhnya pada
kalkulator tanpa berfikir terlebih dahulu. Selain itu, kebanyakkan orang
menghabiskan masa ⏱mereka dengan menggunakan telefon bimbit📱
sekurang-kurangnya 12 jam sehari di Malaysia berdasarkan kajian yang telah
dijalankan🤳🤳. Oleh itu, hadirnya kecerdasan buatan dalam kehidupan
seharian kita akan meningkan tahap kemalasan bagi seseorang individu🙇.

2.Akan berlakunya isu pengangguran😞


Kecerdasan Buatan dengan cepat menggantikan pekerjaan di mana orang harus
melakukan tugas berulang atau tidak menunjukkan kreativiti.🎨 Sebagai
contoh, industri mengganti manusia dengan robot🤖untuk pemasangan produk,
pembersihan🧼🧹, dan jaminan kualiti yang dapat menyebabkan masalah besar
pengangguran dalam waktu⏰dekat. Kesannya kadar pengangguran di
Malaysia🇲🇾 akan meningkat. Menurut Malaysiakini🇲🇾, kadar
pengangguran anak muda yang tinggi ialah 10.7% pada masa sekarang
berbanding kadar pengangguran anak muda pada tahun 2016 ialah hanya 3.1%
sahaja. Ini akan memberi kesan yang buruk😈 kepada para graduan 👩‍🎓👨‍🎓
dalam mencari kerja. Oleh itu, Kecerdasan Buatan🤖 ini akan membuatkan
negara kita mengalami masalah pengangguran yang sangat membimbangkan
☹️.

Anda mungkin juga menyukai