Anda di halaman 1dari 41

1

REVOLUSI
PERINDUSTRIAN 4.0
Satu Pengenalan

Maisarah Mohamed Pauzi

2017

2
REVOLUSI
PERINDUSTRIAN 4.0
Satu Pengenalan

Maisarah Mohamed Pauzi

2017

2
REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0
Satu Pengenalan

TERBITAN Oktober 2017

© Hak Cipta
C ipta terpelihara
terpelihara

P enuli
enulis : Mais arah Mohamed P auz i
E ditor
ditor : A hmad F a hmi Mokhta
okhta r
P er
ereka
eka L etak
etak K uli
ulit : Nor Na z wan
 __ __ __
____ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __

Terbitan

PAMI RESO
RESOUR
URCE
CES
S | Emp
Empayar
ayar Revolus
Revol usii Buku
Bu ku

F ac ebook : P rojek
ojek Ana k Muda Islam  – PAMI
Ins tag ram : @ pami_res
pami_res ource
ource s
E -mel
-mel : projekanakmudaislam@gmail.com
T eleg
eleg ram : P rojek
ojek Ana k Muda Islam - P AMI
AMI

3
4
-------------- KANDUNGAN -------------
PERKARA HALAMAN

K ata P enerbit 6

P eng enalan R evolusi Indus tri


1.0, 2.0 D an 3.0 7

R evolusi Industri 4.0 17

P ersedian Malaysia K e Arah Indus tri 4.0 32

B iodata P enulis 40

5
KATA PENERBIT

Alhamdulillah, bersyukur kepada Tuhan kerana pihak Projek


Anak Muda Islam  –  PAMI berjaya menerbitkan sebuah e-book
menyentuh perihal R evolusi Indus tri yang kini berad a diambang
R evolusi Indus tri 4.0.

Tiadalah tujuan lain penerbitan ini, pihak kami berharap anak


muda Malaysia terutamanya anak muda Islam untuk membuat
persiapan dalam berhadapan dengan suasana kehidupan yang
baru dalam era Industri 4.0.

Walaupun e-book ini hanya satu pengenalan ringkas dan asas,


namun ianya mampu memberikan gambaran dan juga situasi
kehidupan ya ng ba kal dialami oleh ana k muda na nti. S emoga e-
book ini bisa mencetuskan sesuatu untuk kesejahteraan hidup
rakyat Malaysia.

Tidak dilupakan, pihak PAMI mengucapkan ribuan terima kasih


kepada S audari Maisa rah Mohamed P auz i yang s udi
menerbitka n tulisa n dan pandang an beliau bers ama P A MI.
Diharapkan penulis boleh menerbitkan sebuah buku yang lebih
terperinci berkenaan perkara ini pada s uatu ha ri nanti.

S ebag ai akhir kata, pihak kami amat menga lu-alukan s eg ala


kritikan, komentar dan penambahbaikan terhadap e-book ini
sebagai ransangan untuk terbitan yang lebih baik selepas
daripada ini.S ekian.

Ahmad F ahmi Mokhtar


K etua P enga rah E ks ekutif
Projek Anak Muda Islam - PAMI

6
PENGENALAN REVOLUSI INDUSTRI
1.0,2.0 DAN 3.0

Mungkin anda pernah mendengar perkataan ‘revolusi’ semasa


belajar di sekolah dulu. Seingat saya, saya mengenali perkataan ‘revolusi’
semasa di sekolah menengah, dalam kelas Sejarah. Sebenarnya, adakah kita
benar-benar faham tentang revolusi?

Revolusi secara umumnya bermaksud ‘perubahan’. Menurut Dewan


Bahasa dan Pustaka (DBP) pula, revolusi bererti;

1. perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yg


dilakukan secara radikal dan kekerasan, spt rusuhan dan
pemberontakan bersenjata
2. perubahan yg menyeluruh dan mendadak, terutamanya dari segi cara
berfikir, bertindak, dsb

Sudah tentulah, pengertian istilah ‘revolusi’ yang digunakan dalam ebook


ini merujuk kepada pengertian kedua. Revolusi Industri sememangnya
memberi kesan yang mendadak, sehingga berlaku kejutan budaya dalam
masyarakat yang menghadapi arus perubahan ini.

Dalam sejarah manusia, sekurang-kurangnya, Revolusi Industri sudah


berlaku sebanyak tiga kali, dan gelombang terbaru (setakat tulisan ini ditulis
pada 2017) ialah Revolusi Industri ke-4. Jadi, sebelum mengupas dengan
lebih lanjut, marilah kita soroti sejarah Revolusi Industri Pertama sehingga
Revolusi Industri ke-3.

7
Revolusi Industri Pertama (1760-1840)

Sebelum Revolusi Industri muncul, sistem ekonomi dunia berteraskan


ekonomi pertanian. Walaubagaimanapun, pada pertengahan abad ke-18,
mesin-mesin mula dicipta untuk memudahkan pekerjaan manusia dan
meningkatkan produktiviti. Revolusi Industri Pertama bermula di Britain.
Perubahan ini bermula apabila mesin yang menggunakan kuasa enjin stim
(steam-engine) dicipta. Sumber kuasa mesin ini pula melalui pembakaran
arang batu.

Pernahkah anda melihat model kereta api zaman dahulu? Ya, kereta
api yang terawal juga menggunakan arang batu dan enjin stim untuk
bergerak. Inovasi ini bukan saja merubah corak ekonomi daripada tenaga
buruh manual kepada penggunaan mesin secara meluas, malah turut
merubah keadaan masyarakat pada zaman tersebut.

8
Antara industri yang menggunakan teknologi ini ialah industri tekstil.
Sebelum penciptaan mesin, industri ini bergantung sepenuhnya kepada
tenaga buruh yang terhad. Selepas kemunculan mesin, pengeluaran tekstil
meningkat berganda-ganda dan menyuburkan ekonomi Britain pada waktu
itu. Selain Britain, gelombang ekonomi ini turut merebak sehingga ke seluruh
Eropah dan Amerika Utara.

Secara ringkasnya, dapatlah kita simpulkan bahawa ada tiga kata


kunci yang berkaitan Revolusi Industri Pertama iaitu:

1. Industri Tekstil
2. Kuasa Wap (Steam Power)
3. Penggunaan Arang Batu

Selain perkembangan ekonomi dan pengeluaran yang berlipat ganda,


pembukaan terusan juga didorong oleh perkembangan ekonomi pada zaman
tersebut. Aktiviti perdagangan juga semakin rancak serta sistem
pengangkutan bertambah baik dengan pembinaan landasan kereta api yang
membantu sektor perdagangan.

9
Walaubagaimanapun, sistem ekonomi ini juga tidak terlepas daripada
memberi kesan buruk seperti penindasan terhadap golongan buruh.
Misalnya, demi mengaut keuntungan maksima, gaji pekerja dibayar dengan
kadar yang sangat rendah. Malah, had masa bekerja juga sangat panjang iaitu
selama 10 jam. Lebih dahsyat lagi, kanak-kanak juga turut dieksploitasi
sebagai buruh!

Tidak hairanlah, pencabulan hak asasi manusia ini telah menyebabkan


tertubuhnya Kesatuan Buruh dan Pekerja serta beberapa akta undang-
undang telah digubal bagi membela hak kanak-kanak dan golongan tertindas.

10
Revolusi Perindustrian ke-2 (1870-1914)

Selepas gelombang Revolusi Industri Pertama, marilah kita beralih


pula kepada Revolusi Industri ke-2. Sudah menjadi lumrah perubahan muncul
selepas kemunculan teknologi baru. Gelombang kedua ini juga bermula
selepas penggunaan elektrik diperkenalkan.

Selain itu, penggunaan besi (iron) juga digantikan dengan bahan


keluli (steel). Antara sebab bahan keluli digunakan ialah ia lebih kuat dan
lebih murah berbanding besi. Bahan keluli bukan saja digunakan untuk
membina landasan kereta api, tetapi ia turut digunakan untuk membina
kapal, bangunan pencakar langit dan jambatan yang lebih lebar.

Gambar: Model kereta terawal.


Pada 3 Julai 1886, jurutera mekanikal Karl Benz memandu kereta pertama di
Mannheim, Jerman, dengan kelajuan tertinggi 16 km / j (10 mph).

Penggunaan elektrik juga telah mendorong beberapa


penciptaan baru seperti telefon, pemancar gelombang radio, penciptaan
kereta, penggunaan minyak dan gas (oil and gas) dan pengeluaran yang lebih
dahsyat! Jarak masa antara Revolusi Industri Pertama dan Kedua juga
tidaklah begitu lama.

Kesan sampingan gelombang industri kedua juga lebih teruk


berbanding gelombang pertama. Setanding dengan pembangunan yang
semakin maju, impak buruk juga seakan-akan setara dengan perubahan yang
dibawa. Antaranya:

11
i.Proses Urbanisasi yang tumbuh bagai cendawan. Lebih banyak perumahan
dibina di kawasan berdekatan dengan kilang kerana peningkatan golongan
pekerja/buruh.
ii.Nilai kekeluargaan yang terhakis. Kalau sebelum ini, kebanyakan pekerja
bekerja di rumah sendiri. Pada zaman tersebut, tempat bekerja telah beralih
dari rumah ke kilang.
iii.Kesihatan pekerja merosot kerana keadaan kilang yang tidak kondusif dan
tercemar.
iv.Kadar penganguran bertambah.
v.Pelacuran meningkat.

Setelah anda membaca tentang dua gelombang industry ini saja,


sudah tentu anda dapat mengagak kesan sampingan yang sama juga akan
berulang pada fasa industri berikutnya, kan? Walaupun jenis teknologi yang
diperkenalkan berlainan dan kesan sampingan (impak buruk) juga berlainan,
tapi keadaannya hampir sama. Teknologi seolah-olah semakin menghakis
kebajikan dan nilai kemanusiaan.

12
Revolusi Industri ke-3 (1940- sekarang?)

Gelombang ketiga ini lebih dikenali sebagai Era Digital. Sebenarnya,


gelombang ketiga ini tidak banyak maklumat yang diperoleh berbanding dua
gelombang industry sebelumnya. Hal ini demikian kerana, ketika tulisan ini
ditulis (2017), gelombang ini sudah berada di peringkat akhir dan bakal
memasuki era baru, iaitu Revolusi Industri ke-4. Jadi, gelombang ketiga ini
belum menjadi sejarah dan tidak dapat dikenal pasti bila gelombang ini akan
berakhir dan beralih ke gelombang perubahan seterusnya.

Gambar: Turing Machine merupakan mesin komputer terawal yang dicipta di


Britain pada zaman Perang Dunia Kedua yang digunakan untuk mentafsirkan
kod dari mesin Enigma milik German.

Walaubagaimanapun, secara ‘general’nya, Revolusi Industri ke -3


bermula dengan kemunculan komputer dan Internet. Teknologi maklumat
mula berkembang dan ‘data’ menjadi salah satu asset penting bagi sesebuah
syarikat/organisasi. Era Digital juga berkembang dengan sangat pesat
sehinggalah apa yang kita lihat pada hari ini.

Di samping perkembangan sistem digital dan komputer, bidang


kejuruteraan juga turut berkembang dengan 1001 ciptaan seperti robot dan
sistem automasi lain. Dalam era ini, sistem digital hanyalah dijadikan sebagai
alat manusia. Maksudnya, manusia yang mengawal mesin.

13
Berbeza dengan Revolusi Industri ke-4, mesin akan berinteraksi
dengan mesin. Contohnya, sistem sensor akan digunakan secara meluas dan
sensor tersebut akan mengemaskini data secara automatik.

Sebagai tambahan, saya mencadangkan anda menonton filem


‘Hidden Figures’ untuk memahami peralihan zaman pada Era Digital ini. Filem
ini mengisahkan tiga tokoh wanita kulit hitam yang bekerja di NASA pada
tahun 1950-an sebagai ahli matematik. Pada zaman tersebut, komputer
masih belum digunakan, jadi mereka merupakan ‘komputer manusia’ yang
membuat kiraan untuk misi Amerika Syarikat menghantar angkasawan
pertama mereka ke angkasa lepas.

Walaubagaimanapun, apabila NASA mula membawa masuk mesin


IBM, secara tidak langsung, ‘komputer manusia’ yang ramai ini akan
kehilangan pekerjaan kerana mesin lebih pantas menyelesaikan kiraan
matematik berbanding manusia walau segenius mana pun mereka.

Sayangnya, masih belum ada pakar yang mampu mengendalikan


mesin IBM ini. Jadi, watak Dorothy Vaughan dalam filem ini mengambil
inisiatif sendiri untuk mempelajari teknologi baru ini untuk menyelamatkan
kariernya.

14
Sememangnya, sudah menjadi lumrah dalam bidang teknologi,
perubahan sering berlaku dan akhirnya ramai pekerja dalam bidang ini tidak
akan bertahan lama dan memilih bidang lain selepas beberapa tahun. Bidang
ini sentiasa memerlukan kita terus belajar dan belajar! Tidak hairanlah,
bidang teknologi sering memerlukan generasi muda yang mampu ‘catch -up’
teknologi baru.

15
16
REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Setelah kita soroti sejarah tiga gelombang Revolusi Industri sebelum


ini, marilah kita beralih pula kepada topik utama makalah ini, iaitu Revolusi
Industri ke-4. Secara ringkasnya, anda dapat melihat hubungan antara setiap
gelombang dalam rajah di bawah.

Bidang-Bidang Dominan dalam Industri 4.0

Memandangkan Revolusi Industri 4.0 merupakan peralihan daripada


Era Digital ke Era Siber Fizikal, jadi bidang baru yang akan mendominasi dunia
akan lebih tertumpu kepada bidang Sains Komputer atau Kejuruteran. Malah,

17
lebih banyak pekerjaan akan digantikan dengan mesin berbanding era
sebelumnya.

Satu contoh yang paling jelas ialah kehadiran Uber & Grab, sudah
cukup untuk menjejaskan para pemandu teksi di negara kita. Situasi ini
mungkin kurang mendapat perhatian orang ramai kerana kualiti servis teksi
di Malaysia juga tidaklah bagus mana pun. Tapi kita perlu sedar, ini hanyalah
satu contoh saja daripada sekian banyaknya pekerjaan lain yang terancam.

Seolah-olah, kesan buruk daripada Revolusi Industri sering berulang


dalam bentuk yang lain. Iaitu, mengancam pekerjaan manusia sedia ada.
Tapi, wajar juga kita perhatikan, wujud pula pekerjaan baru yang tidak ada
sebelum ini. Misalnya, pengurus akaun media social syarikat.

Siapa sangka, 10 tahun yang lalu, sesebuah syarikat memerlukan


pengurus media social seperti Facebook untuk tujuan pemasaran? Peniaga
online juga semakin bertambah dari masa ke masa.

Ilustrasi berikut menunjukkan sebahagian daripada bidang yang akan


mendominasi ekonomi pada era Industri 4.0.

18
Autonomous Robot

Autonomous Robot merujuk kepada robot yang mampu beroperasi


secara mandiri (independent) dengan input yang minimal daripada manusia
atau tanpa campur tangan manusia langsung. Berlainan dengan robot biasa
yang selalunya memerlukan manusia untuk mengawalnya, autonomous
robot lebih banyak berinteraksi sesama robot atau sistem.

Antara contoh autonomous robot ialah robot penghantar


barang/pesanan makanan. Kalau hari ini (ketika tulisan ini ditulis),
penghantaran makanan atas talian masih memerlukan ‘rider’ untuk
menghantarnya. Begitu juga dengan online shopping, yang masih
memerlukan peniaga yang menguruskan tempahan barang dan dihantar
melalui servis poslaju.

Dalam era industri 4.0, semua pekerjaan ini akan digantikan dengan
autonomous robot. Contohnya, anda membeli barang secara online di
website, kemudian segala maklumat akan diuruskan oleh sistem secara
automatik. Autonomous robot akan menguruskan produk yang dibeli dari
proses pengambilan produk di gudang sampailah kepada penghantaran
kepada pelanggan. Semuanya, 100% dilakukan oleh robot. Contoh lain pula,
pizza yang anda pesan akan dihantar terus ke depan pintu melalui drone.
(Dominos Pizza sudah mendemostrasi kaedah penghantaran pizza ini di New
Zealand pada 2016, contoh seperti dalam gambar).

19
Big Data

Secara ringkasnya, Big Data akan difahami sebagai data dalam saiz
yang besar. Sumber data diperoleh dari pelbagai medium seperti sensor,
komputer dan telefon pintar. Jadi, lambakan data ini memerlukan
pengurusan yang lebih efisien berbanding menyimpan data dalam pengkalan
data biasa.

Apatah lagi dengan kemunculan Industri 4.0, data yang akan


dihasilkan dan disimpan akan bertambah berganda-ganda berbanding zaman
sekarang. Buat masa ini, syarikat perusahaan sudah pun menggunakan sistem
Big Data untuk meningkatkan jualan dengan mengumpul data pelanggan dan
kecenderungan mereka terhadap sifat-sifat produk yang digemari.

Ciri-ciri Big Data bergantung kepada kelajuan (speed), isi padu


(volume), kepelbagaian (variety), dan ketepatan (veracity). Analisis data yang
berskala besar ini pula dikendalikan oleh sistem analitik (Big Data Analytics).
Sistem analitik ini akan mengumpulkan, menyimpan, memproses,
menganalisa dan mencari ‘pattern’ sesebuah data.

Terdapat 4 jenis Big Data Analytics iaitu:

i.deskriptif (data sedia ada)


ii.diagnostik (mencari sebab bagaimana data sedia ada dihasilkan).
iii.Prediktif (meramalkan data berdasarkan data sedia ada).
iv.Preskriptif(data dianalisis dan sistem automasi akan memberi
cadangan untuk meningkatkan kualiti data)

Isu yang sering dikaitkan dengan Big Data ialah sejauh mana data-
data yang kita miliki adalah selamat dari sudut privasi? Atau mungkinkah
ledakan maklumat ini akan lebih meningkatkan akauntibiliti dan tranparensi
sesebuah organisasi? Persoalan ini masih belum terjawab dan kemungkinan
 juga tidak dapat diramalkan dengan tepat kerana kita masih di ambang
Industri 4.0 dan belum memasuki era baru ini.

20
Augmented Reality

Gambar: Contoh aplikasi Augmented Reality yang dihasilkan di Malaysia.


Buku panduan solat untuk kanak-kanak menggunakan teknologi ini
membantu kanak-kanak untuk lebih mudah belajar solat.

Seperti gambar di atas, augmented reality merujuk kepada teknologi


imej yang muncul di paparan tablet atau telefon pintar sekiranya sesuatu
objek dikenal pasti. Misalnya, seperti contoh ini, apabila pengguna telefon
pintar mengguna aplikasi untuk mengimbas isi kandungan buku tersebut,
akan muncul imej animasi yang sedang bersolat.

Selain contoh ini, contoh yang paling popular yang menggunakan


teknologi ini ialah game ‘Pokemon-Go’ yang pernah popular beberapa tahun
belakangan ini. Syarikat IKEA juga menggunakan teknologi ini untuk
memudahkan para pelanggannya mengenal pasti saiz perabot yang ditempah
sesuai atau tidak dengan ruang di rumah yang akan menempatkan perabot
tersebut.

21
Gambar: Pelanggan IKEA boleh mengagak kesesuaian saiz perabot di ruang
tamu melalui teknologi ini.

Teknologi ini memudahkan pengguna kerana tidak memerlukan


objek sebenar di alam realiti, cukup sekadar imej yang dipaparkan di tablet
atau telefon pintar selepas mengimbas ruang asal secara ‘real-time’.

Simulation

Berbeza dengan Augmented Reality, simulasi bukan imej yang


terpapar secara ‘real-time’. Contoh simulasi ialah rakaman animasi 3D yang
memaparkan gambaran sebenar proses di alam nyata. Selain paparan
animasi 3D, contoh terkini dalam teknologi ini ialah ‘Virtual Reality’.

22
Gambar: Contoh Virtual Reality. Pengguna hanya menggunakan cermin mata
VR untuk melihat dan merasai rakaman video seperti di alam nyata. Berbeza
dengan augmented reality yang hanya memaparkan imej di peranti seperti
telefon pintar atau tablet saja.

Simulasi sangat berguna dalam pelbagai bidang seperti pendidikan


dan kesihatan. Latihan praktikal dalam bidang kesihatan tidak lagi
memerlukan bahan sebenar, cukup sekadar aplikasi Virtual Reality. Malah,
kaedah pembelajaran seperti ini lebih mengurangkan kos dari segi keperluan
bahan asal(seperti organ) dan lebih interaktif.

Selain itu, teknologi simulasi pada era Industri 4.0 mungkin akan l ebih
canggih berbanding apa yang kita lihat sekarang seperti Virtual Reality.
Mungkin, pada masa akan datang, kita tidak perlukan cermin mata VR yang
bersaiz besar atau mungkin saiz cermin mata VR akan lebih nipis dan sesuai
dibawa ke mana-mana.

23
Google Inc pernah menghasilkan Google Glass, iaitu cermin mata
interaktif yang sangat canggih. Sayangnya, produk tersebut terpaksa ditarik
balik dari pasaran kerana beberapa isu seperti berikut:

• Kesihatan: Radiasi dari pancaran imej di Google Glass bersifat


karsinogenik. Hal ini akan mengancam kesihatan pengguna kerana
mungkin akan menyebabkan kanser.
• Keselamatan: Kamera di Google Glass akan merekod dan mengambil
gambar keadaan sekeliling tanpa disedari orang ramai. Jadi, privasi
pengguna menjadi isu apabila gambar mereka diambil tanpa
kebenaran.
• Cetak rompak juga akan lebih berleluasa apabila Google Glass dibawa
masuk ke dalam panggung. Rakaman dari Google Glass juga
dikatakan dalam kualiti yang tinggi dan hampir menyamai kualiti
filem yang ditayang di panggung.

System Integration

Sistem dalam Industri 4.0 akan berintegrasi dengan lebih meluas.


Komputer yang berlainan akan berhubung melalui rangkaian software yang
akan memudahkan komunikasi dan penghantaran data. Idea ini sangat
berguna dalam industri pembuatan mesin kerana perkembangan produksi
(production progress) antara kilang akan lebih cepat dikemaskini dan operasi
industri akan bertambah lancar dan efisien.

24
Additive Manufacturing (3D Printing)

Pembuatan Aditif lebih mudah difahami jika kita merujuk kepada


teknologi 3D printing. Selain Augmented Reality dan Virtual Reality, 3D
Printing juga sudah mulai popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Tiga elemen ini saja sudha cukup membuktikan bahawa kita sudah berada di
ambang Revolusi Industri 4.0.

Ilustrasi di bawah menunjukkan bagaimana 3D Printing berfungsi.

25
Teknologi 3D printing ini akan memudahkan penghasilan prototaip
sesebuah produk. Malah, sesetengah produk yang dihasilkan melalui 3D
Printing juga bukan lagi bersifat prototaip kerana boleh berfungsi terus
selepas penghasilan seperti alat tulis yang dihasilkan melalui 3D Printing.

Selain itu, 3D Printing juga digunakan dalam bidangseni dan


pendidikan. Teknologi ini bukan sekadar hadir dalam bentuk mesin printer
saja, malah pen 3D juga merupakan sebahagian daripada teknologi ini.
(Gambar di bawah merupakan contoh penggunaan pen 3D).

Internet of Thing (IoT)

Internet, bukanlah satu perkara yang asing lagi pada hari ini. Sebelum
kita mengulas dengan lebih lanjut tentang IoT, mari kita tinjau dulu
perkembangan Internet.

Terdapat tiga gelombang ‘tsunami’ Internet sepanjang sejarahnya


sehingga ke hari ini yang mana kita sudah berada di ambang Industri 4.0.
Gelombang pertama Internet ialah sekitar tahun 1985 sehingga tahun 2000.
Pada waktu ini, Internet mula digunakan secara meluas dan ianya
dikategorikan sebagai ‘fixed Internet’. Seterusnya, sehingga tahun 2015,
gelombang Internet kedua pula muncul dan dikategorikan sebagai ‘Mobile
26
Internet’. Pengguna boleh melayari Internet melalui telefon pintar dengan
sambungan WiFi atau mobile data. Dan gelombang ketiga pula sudah mula
memasuki fasa Industri 4.0 apabila pelbagai perkara memerlukan akses
Internet. Inilah yang dikatakan sebagai ‘Internet of Thing’ atau IoT.

Komponen utama IoT terdiri daripada:

• Things (Sensors & Actuators)


• Connectivity
• Data
• Analytics

Antara contoh aplikasi IoT yang terawal ialah mesin ATM. Pada 1970,
ATM mula menggunakan Internet untuk mengemaskini akaun pengguna.
Setiap kali transaksi dilakukan, mesin ATM akan mengemaskini data dengan
bantuan Internet.

Contoh lain ialah jam pintar (smartwatch) yang sudah pun wujud
pada hari ini. Jam pintar bukan saja berfungsi seperti jam tangan biasa tapi
banyak lagi kegunaannya seperti mengenalpasti denyut nadi ketika sedang
berjoging, dengar lagu, dapat notifikasi terkini dan sebagainya.

27
Pada masa akan datang, IoT berpotensi untuk diaplikasikan dalam
sistem yang lebih besar seperti jalan raya. Sensor-sensor akan diletakkan di
 jalan raya, di tempat letak kereta dan sebagainya untuk mengenal pasti
perubahan yang berlaku dan data-data ini akan dikumpulkan ke pengkalan
data awan (cloud database). Jadi, pengguna jalan raya akan dapat
mengetahui keadaan jalan raya yang terkini, sama ada berlaku kesesakan
atau tidak.

Malah, konsep rumah pintar (smart home) juga mungkin akan


digunakan secara meluas nanti. Merujuk gambar di atas, rumah pintar akan
dilengkapi dengan sensor dan sistem automasi yang akan mengurangkan
kerja penghuni. Misalnya, langsir akan ditutup dan dibuka secara automatik
bergantung pada masa iaitu malam atau siang. Keselamatan rumah juga akan
lebih terjamin dengan sistem penggera.

28
Cloud Computing

Setelah anda membaca beberapa ulasan tentang bidang dominan


dalam Industri 4.0 sebelum ini, pastinya anda masih ingat tentang kegunaan
Cloud Database dalam IoT. Baiklah, di bahagian ini, kita akan menerokai
dengan lebih mendalam tentang Cloud Computing.

Secara asasnya, cloud computing merupakan alternatif bagi


simpanan data yang berskala besar. Sebelum cloud computing diperkenalkan,
data disimpan di sebuah pusat data atau server farm. Simpanan data di
server farm memerlukan kos yang tinggi kerana server-server yang berada di
pusat tersebut memerlukan suhu yang rendah, dan menggunakan elektrik
sepanjang masa. Hal ini juga memberi impak pencemaran alam sekitar
kerana menggunakan tenaga yang tinggi untuk beroperasi.

Gambar: Server Farm milik Google Inc.

Cloud Computing, seperti yang kita ulas sebelum ini, merupakan


alternatif untuk simpanan data. Sesebuah organisasi boleh menjimatkan kos
tanpa perlu menggunakan server persendirian lagi. Data-data akan disimpan
di Cloud Server. Malah, ianya bersifat mesra alam kerana dapat
mengurangkan penggunaan tenaga berbanding server farm. Di samping itu,
cloud computing akan sentiasa dikemaskini secara automatik.

Walaubagaimanapun, isu keselamatan dan privasi sering diragui


kerana cloud computing merupakan ruang yang dikongsi bersama oleh

29
pelbagai pengguna. Satu lagi kekurangannya ialah untuk mengakses data, kita
memerlukan Internet. Sifat cloud computing yang sangat bergantung kepada
Internet akan menyukarkan urusan organisasi apabila sesebuah cawangan
mereka mengalami masalah perkhidmatan Internet.

Cybersecurity

Sampailah kita pada bahagian terakhir dan terpenting dalam bidang


dominan Industri 4.0. Era Industri 4.0 dijangka akan menjadi sebuah era yang
sangat bebas dan terbuka. Keselamatan maklumat menjadi semakin penting
kerana maklumat pada era ini mudah disebarkan dan privasi pengguna
mudah terancam.

Antara aset organisasi yang terancam ialah Harta Intelek (Intellectual


Properties), data pelanggan dan maklumat berkaitan produk dan inovasi.
Jadi, tidak hairanlah, keselamatan siber merupakan bidang kritikal yang
sangat diperlukan dalam era Industri 4.0 ini.

30
31
PERSEDIAAN MALAYSIA KE ARAH INDUSTRI 4.0

Sistem Pendidikan

Setelah kita ketahui tentang sejarah dan perkembangan Revolusi


Industri 4.0, sudah tentu kita akan tertanya-tanya, ke mana lagi hala tuju
penulisan ini. Kalau anda perhatikan, bidang-bidang dominan yang
ditekankan dalam Industri 4.0, kebanyakannya tertumpu ke arah Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Secara khususnya, bidang
Sains Komputer akan menjadi sangat penting dalam era ini.

Sayangnya, menurut portal majalahsains.com, setakat tahun 2015,


hanya 35% pelajar yang memilih bidang sains di Malaysia. Hal ini juga
membuktikan bahawa hasrat Malaysia untuk melahirkan saintis dengan
nisbah 60:40 (sains:bukan sains) masih belum tercapai.

Justeru, keadaan ini memberi tekanan kepada sistem pendidikan di


negara kita juga, di samping bidang-bidang lain yang terkena tempias Industri
4.0 ini. Tidak dinafikan, banyak inisiatif yang telah disediakan untuk
menyediakan generasi baru ke arah Industri 4.0 ini. Salah satunya, Malaysia
berhasrat untuk menjadi perintis di Asia Tenggara untuk memperkenalkan
subjek baru di sekolah iaitu Pengaturcaraan

Bayangkan, subjek ini hanya mula dipelajari di peringkat Matrikulasi/ Pra-


Universiti sebelum ini tapi pada masa akan datang (mungkin beberapa tahun
dari sekarang), subjek ini akan menjadi subjek penting di sekolah-sekolah.
Pada tahun 2017, subjek Sains Komputer sudah menjadi subjek elektif bagi
pelajar menengah atas..

32
Gambar: Keratan akhbar tentang hasrat kerajaan memperkenalkan ‘coding’
di sekolah.

Namun, idea ini wajar dikaji semula kerana terdapat beberapa


kelemahan yang mesti diberi perhatian. Memetik tulisan VenXhin Pang dalam
artikelnya di Vulcan Post (https://vulcanpost.com/582771/challenges-coding-
education-malaysia/), terdapat 4 cabaran untuk melaksanakan hasrat ini:

1. Bahasa Pengatar - Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Isu PPSMI


sendiri pernah menjadi bukti bahawa bahasa pengatar memainkan
peranan yang penting dalam sistem pendidikan kita. Bukan sedikit

33
implikasi yang dihadapi oleh para pelajar dengan perubahan bahasa
pengatar saja.

2. Perlaksanaan - Mengambil contoh perlaksanaan PPSMI sebelum ini,


cara ‘top-down’ perlu diubah kepada ‘bottom -up’. Idea memperkenalkan
‘coding’ sememangnya wajar diraikan, namun, perlaksanaannya mestilah
bermula dengan teliti dan perlu diselaraskan dengan keupayaan pelajar
untuk mempelajarinya.

3. Tenaga pengajar - Satu hal yang paling penting ialah siapa yang akan
mengajar subjek ini? Adakah guru-guru sedia ada sesuai untuk mengajar
subjek ini sedangkan mereka sudah lama mengajar subjek lain? Atau, adakah
tenaga pengajar baru dari bidang Sains Komputer/IT akan diambil sebagai
guru?

4. Jurang Bandar-Luar Bandar akan semakin lebar - Kita sedia maklum


bahawa fasiliti di sekolah luar bandar adalah kurang berbanding sekolah di
bandar. Jadi, isu ini juga serba sedikit akan melebarkan jurang antara kedua-
dua jenis sekolah.

Dalam hal ini, berdasarkan pengalaman peribadi saya sebagai salah


seorang pelajar Sains Komputer di IPTA dan pernah mengajar ‘coding’ di
sekolah rendah dan menengah (dalam sesi kokurikulum), idea
memperkenalkan ‘coding’ bukanlah mustahil sama sekali.

Para pelajar perlu bersedia dengan kemahiran baru ini.


Walaubagaimanapun, untuk mewajibkan semua pelajar mengambil subjek
ini, saya lihat perkara ini kurang sesuai. Saya berpendapat, lebih baik subjek
‘coding’ menjadi subjek elektif, namun galakan untuk lebih ramai pelajar
mengambil subjek ini juga mesti ditingkatkan. Bukan semua pelajar mampu
untuk menerima subjek ini. Atau, ‘coding’ diajar dalam sesi kokurikulum
sahaja.

Galakkan Penubuhan Start-Up & Social Enteprise

Antara impak yang paling dirasai oleh golongan pekerja pada era
Industri 4.0 ini ialah pekerjaan mereka digantikan dengan mesin. Jadi, era ini

34
bukan lagi era para graduan universiti untuk ‘mencari kerja’, tetapi ‘mencipt a
kerjaya sendiri’.

Inisiatif yang paling popular dicadangkan ialah tubuhkan start-up.


Atau dalam bahasa mudahnya, bina syarikat dari kosong. Kalau kita rujuk
semula bidang-bidang yang akan menjadi dominan dalam Industri 4.0, kita
akan dapati bahawa kemahiran dalam bidang teknologi sangat diperlukan.
Jadi, kita memerlukan lebih banyak syarikat tempatan untuk menembusi
bidang ini.

Dalam bidang multimedia, Malaysia boleh dikatakan antara penerbit


animasi 3D yang berjaya. Animasi seperti Upin&Ipin, Boboiboy, dan Didi &
Friends tidak asing lagi dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dan
Indonesia. Ini antara contoh yang membuktikan bahawa Malaysia
mempunyai potensi dalam bidang digital, cuma memerlukan lebih ramai
usahawan dalam bidang ini untuk menyemarakkan lagi ekonomi negara.

Di Malaysia, kerajaan sudah memperuntukkan dana untuk


menggalakkan lebih ramai pemuda menubuhkan start-up. Salah satunya,
dengan penubuhan Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).

Mari kita tinjau peranan MaGIC dalam menggalakkan penubuhan


start-up di Malaysia:

1. menyediakan ekosistem komprehensif kepada usahawan dan


membantu mereka menjadi pemain di peringkat pasaran rantau
ASEAN mahupun antarabangsa
2. berperanan sebagai pusat sehenti bagi perkhidmatan diperlukan
usahawan

35
3. menyediakan infrastruktur sokongan, akses kepada model latihan
dan kerjasama dengan pusat penyelidikan, universiti dan organisasi
antarabangsa.

Selain start-up, ‘social enterprise’ juga perlu dikembangkan supaya


model ekonomi ini akan memberi manfaat kepada segenap lapisan
masyarakat. Berlainan dengan syarikat yang bermotifkan 100% keuntungan,
social enterprise menumpukan penyelesaian terhadap masalah sosial, alam
sekitar dan budaya. Social enteprise juga bukanlah badan amal kebajikan
kerana ia tidak bergantung pada sumbangan dana tetapi ia sebuah model
perniagaan yang mengambil untung untuk meneruskan operasi tetapi tujuan
utamanya ialah menyelesaikan masalah yang ada.

Berikut merupakan dua contoh social enteprise di Malaysia yang


sudah berkembang di Malaysia:

1. Saora Industies

Syarikat ini menyediakan sistem merawat air kumbahan sehingga


menjadi air minuman serta menyediakan keperluan elektrik asas kepada
kawasan pedalaman di Semenanjung dan Timur Malaysia. Sistem mudah
senggara oleh Saora menggabungkan teknologi hijau yang digerakkan tenaga
suria untuk meningkatkan keberkesanan dan memaksimumkan manfaat
pengguna.

36
Gambar: Pengasas Saora Industries, Ganesh Muren menunjukkan cara
menggunakan alat penapis air kepada orang kampung. Alat ini menapis air
secara terus (direct) dan kos penyelenggaraannya sangat rendah.

2. Projek Iqra

Projek Iqra’ merupakan ‘social enteprise’ yang menjalankan


perniagaan untuk mengumpul dana bagi membantu para asnaf dan anak
yatim dalam bidang pendidikan. Projek Iqra’ juga meny ediakan modul untuk
membantu pelajar yang masih belum mampu membaca, menulis dan
mengira. Mereka juga menyediakan khidmat rundingan bagi mana-mana
organisasi yang berhasrat untuk membuka kelas tuisyen percuma buat yang
memerlukan. Misalnya, mereka akan membantu dari sudut hebahan
program, modul dan tenaga sukarelawan.

37
Idea Projek Iqra’ ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri
kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM menyambung semula pelajaran
walaupun berminat dan mempunyai kelayakan kerana tidak mempunyai
wang untuk membayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi,
membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian
dan pelbagai kekangan lain yang menjadi tembok penghalang bagi mereka
meneruskan cita-cita. Selain itu Projek I qra’ juga bekerjasama dengan rumah -
rumah anak yatim dalam menjalankan program berbentuk pendidikan,
kesihatan dan lain-lain lagi yang boleh memberikan manfaat. (sumber:
https://projekiqra.com/about/ )

Inisiatif mengatasi ‘Brain-Drain’

‘Brain-drain’ adalah salah satu maslah kritikal di Malaysia. Negara kita


bukanlah sebuah negara yang kekurangan cerdik pandai dan pakar dalam
pelbagai bidang. Cuma, masalahnya ialah kebanyakan aset negara ini lebih
memilih untuk bekerja dan berkhidmat di luar negara. Sudah tentu, bukan isu
gaji saja yang mendorong hal ini berlaku, tapi sistem dan budaya kerja.

‘Brain-drain’ juga melibatkan kaum wanita yang berbakat tetapi


memilih untuk mengutamakan keluarga dan berhenti bekerja. Pada hari ini,
memang begitu ramai siswi di universiti berbanding siswa. Ironinya, menurut
statistik (Suruhanjaya Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia dan
Kementerian Pendidikan (2014)), daripada 70% graduan di Malaysia yang
terdiri daripada kaum wanita, hanya 53.6% pekerja wanita

38
Jadi, TalentCorp telah ditugaskan untuk membawa pulang rakyat
Malaysia yang berkemahiran tinggi ini serta membantu para wanita yang
ingin kembali ke alam pekerjaan semula. Inisiatif ini telah berjaya ‘membawa
pulang’ rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi seramai 2,500 orang.
Sayangnya, pencapaian ini masih lagi tidak mencapai target sebenar.

Penutup

Walaupun ciri-ciri Industri 4.0 kelihatan terlalu canggih dan


mencabar, tapi sebenarnya kita sudah bersedia ke arah revolusi ini. Cuma,
tidak dinafikan, memang wujud kekangan kerana status negara kita masih
lagi dalam kategori ‘negara membangun’.

Negara kita memerlukan para pemuda yang sanggup menyahut


cabaran Revolusi Industri 4.0 ini. Kita tidak dapat mengelak daripada
menghadapi arus perubahan ini. Sekiranya kita mengabaikan hal ini, sudah
tentu kita akan ketinggalan jauh di belakang.

Semoga dengan perkongsian ringkas ini dapat memberikan


pandangan asas tentang Revolusi Industi 4.0. Sekian.

39
Profil Penulis

Maisarah Mohamed Pauzi

Dilahirkan pada 21 Oktober 1996. Merupakan seorang mahasiswi Sains


Komputer tahun ke-3 di Universiti Sains Malaysia. Berasal dari Pulau Pinang.
Aktif menulis di portal berita Nadi Siswa (nadisiswa.com) dan Jejak Tarbiah.
Tema penulisan yang digemari ialah tentang wanita, sejarah, pendidikan dan
bidang yang berkaitan dengan jurusan di university iaitu teknologi.

Menulis sudah menjadi sebahagian daripada hidup selain menaip kod


pengaturcaraan di computer. Selain itu, gemar melibatkan diri sebagai
sukarelawan dalam bidang pendidikan. Mula mengajar secara sambilan
selepas tamat pra-universiti. Pernah mewakili Penang Science Cluster untuk
mengajar pengaturcaraan di sekolah rendah (Scratch Programming) dan
sekolah menengah (Python Programming). Pernah diberi tanggungjawab
merangka sukatan pelajaran untuk subjek Web Design (HTML,CSS dan
JavaScript) di Telebort Technology Sdn.Bhd.

Besar impian saya untuk menyumbang serba sedikit pengetahuan kepada


masyarakat, khususnya dalam bidang teknologi. Ebook ini merupakan salah
satu perkara yang ingin saya tulis lantaran ramai yang masih belum
mengetahui tentang fenomena Revolusi Industri 4.0 ini.

40

Anda mungkin juga menyukai