Anda di halaman 1dari 8

Karangan Berpandu 1 Kaji gambar-gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang caracara rakyat Malaysia mengisi masa cuti. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

RANGKA JAWAPAN

CARA-CARA RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA CUTI 1.0 Pendahuluan Kaya dengan tempat percutian menarik kerana kepelbagaian kaum. Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyumbang ekonomi negara.

2.0

Isi/fakta 2.1 Melawat pusat-pusat kebudayaan (IU) - Rakyat akan mengetahui budaya kaum yang unik dan menarik. (HS1) - Pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, dan India. (HS2) - Mempunyai kebudayaan dan identiti yang tersendiri. (HS3) - Mampu menjaga keharmonian tanpa berlakunya rusuhan kaum. (HS4) - Aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan,sebagainya. (CTH) 2.2 2.3 Mengembara (IU) Sama ada ke luar bandar atau hutan. (HS1) Menambahkan pengalamaan dan menguji kecerdasan. (HS2) Pulau Langkawi mempunyai keindahan alam sekitar. (CTH) Perlu dipelihara untuk generasi akan datang dan menikmati kurniaan Iilahi. (HS3) Mendedah kehidupan di kawasan utan dan menguji kesabaran seseorang. (HS4) Melawat pusat-pusat membeli-belah (IU) Pada musim perayaan atau hujung minggu. (HS1) Ekonomi negara meningkat. (HS2) Membeli barangan buatan tempatan. (HS3) Menyahut seruan kerajaaan. (HS4) Pusat penjualan batik, cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya. (CTH)

3.0

Penutup

- Matlamat kerajaanmembentuk keluarga bahagia. (CDG) Merealisasikan harat murni kerajaan. (HP)

Contoh Jawapan Karangan Berpandu

Malaysia satu-satunya negara yang kaya dengan pelbagai hari percutian kerana kepelbagaian kaum. Rakyat Malaysia yang hidup seperti isi dengan kuku harus mengambil kesempatan untuk mengisi masa percutian ini dengan pelbagai cara kerana percutian bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim atau hubungan kekeluargaan, malah dapat menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi . Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia patut mengisi masa cuti bak kata peribahasa , jauh perjalanan, luas pengalaman. Salah satu bentuk percutian yang digalakkan ialah percutian kebudayaan. Rakyat seharusnya mengisi masa cuti dengan melawat ke pusat-pusat kebudayaan. Hal ini demikian kerana dapat memudahkan rakyat negara ini mengetahui budaya kaum lain yang unik dan menarik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, dan sebagainya mampu menjaga keharmonian dalam negara tanpa melakukan rusuhan kaum. Setiap etnik ini mempunyai budayanya yang tersendiri sekali gus mempamerkan identiti sebenarnya sesuatu kaum. Fenomena ini dapat dilihat dari aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan sebagainya. Misalnya, pada musim perayaaan atau mengadakan rumah terbuka, etnik yang berbilang bangsa akan saling menziarahi antara satu sama lain. Selain itu, rakyat Malaysia juga, boleh mengisi masa cuti dengan mengembara ke pelbagai destinasi alam semula jadi yang terdapat di negara kita.Rakyat harus mengambil kesempatan meneroka khazanah alam semula jadi seperti meyusur Sungai Pahang ke Taman Negara , Pahang, mendaki Gunung Kinabalu atau lain-lain destinasi alam semula jadi yang jarang dikunjungi. Hal ini dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan sekali gus memupuk sifat cinta akan alam semula jadi. Contohnya Pulau Langkawi masih lagi mempunyai keindahan alam sekitar yang belum dinodai oleh pembangunan negara yang begitu pesat. Khazanah alam semula jadi ini perlu dipelihara agar generasi akan datang dapat menikmati kurniaan Ilahi ini. Aktiviti mengembara ini mendedahkan kehidupan di kawasan hutan yang benar-benar menguji tahap kesabaran seseorang. Di samping itu, pusat-pusat beli-belah juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk mengisi masa cuti yang banyak. Hal ini demikian kerana pada cuti musim perayaan atau cuti hujung minggu amat sesuai untuk pergi membeli-belah. Peribahasa Melayu ada menyatakan, sambil menyelam minum air amat relevan dalam hal ini. Hal ini demikian kerana dengan berbelanja di pelbagai kompleks beli-belah bertaraf antarabangsa, secara tidak langsung, ekonomi negara akan meningkat . Tambahan pula, rakyat akan membeli barangan buatan Malaysia dan menyahut seruan kerajaan Belilah Barangan Buatan Malaysia.. Antara pusat beli-belah yang sering dikunjungi ialah pusat penjualan batik, kedai cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya. Sesungguhnya, rakyat Malaysia harus mengisi masa cuti dengan pelbagai cara kerana amalan percutian selaras dengan matlamat kerajaan membentuk keluarga bahagia menggenapi usaha Rumahku, Syurgaku. Dengan itu, marilah kita bersamsama merealisasikan hasrat murni ini ke arah Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Oleh itu, rakyat Malaysia diseru melancong dalam negeri sendiri yang begitu banyak dan menarik. ( 299 patah perkataan)
Karangan Berpandu 3

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan mutu pengangkutan awam di Malaysia. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA

RANGKA KARANGAN 1.0 Pendahuluan - Usaha yang dilakukan oleh kerajaan meningkatkan mutu pengangkutan awam. - Jenis pengangkutan awam di Malaysia. - Tujuan pembangunan pengangkutan awam. 2.0 Isi 2.1 Pengangkutan awam teksi - Pengklasan teksi bandar, luar bandar dan lapangan terbang. - Peningkatan mutu perkhidmatan- sistem bermeter/ sistem radio teksi. - Memberi faedah kepada pengguna- memudahkan/elakkan penyelewengan. 2.2 Pengangkutan awam bas. - Pengabungan syarikat kecil kepada besar- bentuk modal besar. - Penawaran perkhidmatan lebih baik- bas baru dan lebih baik 2.3 Perkhidmatan monorel / komuter/ kereta api elektrik - mengurangkan kesesakan di bandar dan masalah pencemaran udara - gerabak berhawa dingin menganti gerabak kelas 3 tidak berhawa dingin. 2.4 Perkhidmatan kapal terbang - MAS dan Air Asia - banyakkan destinasi - pekej tambang murah - ramai pengguna mampu mengunakannya 3.0 Penutup - Sistem pengangkutan awam setanding dengan negara maju - Syarikat terlibat perlu kekalkan dan tingkatkan kualiti. - Kualiti yang baik menarik minat pengguna.

Contoh Jawapan Karangan Berpandu 3

Dalam usaha menuju negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan berjalan lancar. Sistem pengangkutan yang cuba dibangunkan ini meliputi laluan darat seperti jalan raya dan jalan kereta api, laluan udara dan laut. Fokus utama pembangunan sistem pengangkutan ini bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan masyarakat tempatan dan masyarakat di dunia luar. Teksi digunakan sebagai alat mudah untuk pergi ke sesuatu destinasi. Kenderaan tersebut sebagai keperluan wajib untuk masyarakat ke destanasi yang diinginkan seperti ke sekolah, ke pejabat, ke surau dan ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, kerajaan telah mewartakan semua teksi bandar mengunakan sistem bermeter dan radio teksi.Kerajaan juga telah menggunakan warna yang berbeza untuk teksi bandar dan luar bandar.Bagi pengangkutan ke destanasi lapangan terbang kerajaan telah memperkenalkan teksi limosen. Melalui keadah ini,mutu prkhidmatan dapat ditingkatkan dan diselaraskan serta memudahkam pengguna.Selain itu, penggunaan teksi bermeter dapat mengelakkan pemandu teksi melakukan penyelewengan dan menguntungkan pengguna.

Pengangkutan awam yang paling murah dan popular dalam kalangan pengguna ialah bas. Bas biasa digunakan oleh orang ramai untuk pergi bekerja atau ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan ini, kerajaan telah menggalakkan pengusaha bas yang berskala kecil membentuk konsortium bagi meningkatkan aliran modal. Antara syarikat konsortium yang beroperasi ialah Transit Link, Couseway Link dan Pak May. Melalui keadah ini, syarikat pengangkutan akan dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dengan cara mengantikan kenderaan yang telah lama dengan kenderaan yang baru serta selesa.Keadah ini akan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan ini. Di Lembah Klang yang mempunyai aliran trafik yang lebih padat,kerajaan telah memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang baru dan canggih untuk mengatasi masalah kesesakan. Untuk itu, kerajaan telah memperkenalkan monorel dan komuter yang digerakkan oleh tenaga elektrik. Melalui sistem pengangkutan ini kerajaan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar khasnya Kuala Lumpur selain mengurangkan masalah pencemaran udara. Untuk perjalanan lebih jauh, katakan warga Kuala Lumpur ingin ke Johor Bahru, ramai yang memilih menaiki kereta api. Sekiranya menaiki kereta api pada waktu malam, bangun pagi sahaja sudah tiba tempat yang dituju. Untuk memajukan jenis pengangkutan ini kerajaan melalui badan berkanunnya Kereta api Malaysia Berhad (KTMB) telah memperkenalkan gerabak kereta api berhawa dingin kelas satu dan dua . KTMB juga telah menamatkan perkhidmatan gerabak kelas tiga yang tidak berhawa dingin. Sementara itu, mereka yang ingin ke seberang laut, ramai yang memilih perkhidmatan kapal terbang dan kapal laut. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dan Air Asia telah menambah destinasi penerbangan baru dan membeli pesawat-peswat yang baru. Selain itu, syarikat penerbangan ini juga telah menawarkan pekej tambang murah khasnya yang telah dilakukan oleh Air Asia.Dengan cara ini, ramai pengguna akan mampu menggunakan perkhidmatan ini. Sesungguhnya, sistem pengangkutan awam di Malaysia boleh dikatakan setanding dengan negara-negara maju. Oleh itu, menjadi tanggungjawab syarikat yang mengendalikan perkhidmatkan ini terus mengekalkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan agar manarik minat pengguna menggunakannya.

KARANGAN BERPANDU 4 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang mendorong Malaysia menjadi destinasi pelancongan yang menarik. Panjang huraian, antara 200 hingga 250 patah perkataan.

RANGKA KARANGAN

1.0

Pendahuluan Malaysia berpotensi sebagai pelancongan menarik (AR) Malaysia kaya dengan pelbagai tempat pelancongan menarik (HS) Mampu menggamit sesiapa sahaja yang datang (HS) Keindahan dan keunikan ini diihat daripada pebagai aspek (AA)

2.0

Isi / Fakta 2.1 Alam flora dan fauna yang indah - Dipenuhi dengan pelbagai keaslian spesis tumbuhan, herba dan serangga. - Taman Negara di Pahang dan Endau Rompin - Pencinta alam dapat menikmati, mengkaji dan mengenali - Tinggal di dalam hutan dengan menyewa chale atau khemah 2.2 Komposisi kaum yang unik o Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama iaitu Melayu, Cina dan India, Kadazan, Bidayuh dan sebagainya. o Memiliki keunikan budaya dari segi pakaian, tarian dan makanan. o Disajikan dengan persembahan tarian kebudayaan seperti Zapin, Inang, Ngajat, Tarian Singa dan Klasik India kepada para pelancong yang mengunjungi Rumah Kampung Budaya di Sarawak. o Menikmati keenakan masakan tradisi tempatan, biasanya disajikan oleh hote-hotel atau restoran terkemuka. o Pelancong tidak berasa rugi berkunjung ke Malaysia kerana kaya dengan pelbagai adat dan tradisi. Malaysia memiliki destinasi pelancongan menarik o Tanah Tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting, Pantai-pantai yang menawan seperti Rantau Abang dan Teluk Chempedak, Pulau-pulau yang indah seperti Pulau Tioman dan Pulau Langkawi. o Dijaga kebersihan dan keindahan alam sekeliling. o Menaiktaraf infrastruktur dan prasarana di mana-mana sahaja tempat pelancongan yang berpotensi.

2.3

3.0 Penutup Masyarakat Malaysia harus memberi sokongan kepada pihak kerajaan dalam menjayakan kempen cuti-cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia. Rancanglah percutian yang menarik bersama keluarga kita di Malaysia kerana segalagalanya ada di Malaysia.

CONTOH JAWAPAN KARANGAN BERPANDU Malaysia memang berpotensi untuk memajukan sektor pelancongan. Hal ini demikian kerana Malaysia kaya dengan pelbagai tempat pelancongan yang menarik, indah dan menawan. Malaysia mampu menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke negara ini. Keindahan ini boleh dilihat daripada pelbagai aspek. Alam flora dan fauna yang indah merupakan daya tarikan utama para pelancong dari dalam dan luar negara. Dalam belantara ini dipenuhi dengan pelbagai keaslian spesis tumbuhan yang dijaga dengan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan. Malah usaha kerajaan negeri Pahang dan Johor yang menjadikan hutan itu sebagai hutan simpanan iaitu Taman Negara di Pahang dan Endau Rompin merupakan khazanah yang bernilai bagi para pencinta alam untuk menikmati alam ciptaan-Nya. Mereka bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam bahkan berpeluang juga mengenali jenis-jenis tumbuhan-tumbuhan dan serangga-serangga di negara kita yang memiliki hutan hujan khatulistiwa. Bagi mereka yang berminat pastinya mereka akan tinggal beberapa hari dengan menyewa chalet yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu. Jelaslah keindahan alam flora dan fauna mampu meningkatkan industri pelancongan di Negara ini umpama peribahasa sambil menyelam minum air kerana bukan sahaja memperoleh pendapatan malah nama negara dapat dikenali di peringkat antarabangsa. Komposisi kaum yang unik di Malaysia juga menyumbang daya penggalak sektor pelancongan di negara ini. Para pelancong akan disajikan dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum oleh mana-mana kumpulan kebudayaan khas. Mereka pasti berasa kagum dengan keunikan budaya dari segi pakaian, tarian dan keenakan makanan tempatan yang mewarnai kehidupan di Malaysia. Pelbagai tarian tradisional seperti zapin, inang, ulik mayang, tarian singa, klasik India, ngajat dan sebagainya mampu manghiburkan para pelancong yang berkunjung ke kampong Budaya Sarawak dan pastinya akan membawa kenangan manis yang indah dihati pelancong. Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis makanan tempatan pelbagai kaum pasti mengundang rasa ingin datang lagi untuk merasai kelazatan makanan ini. Sesungguhnya, para pelancong tidak akan berasa rugi sekiranya berkunjung ke Malaysia kerana terdapat pelbagai masyarakat majmuk yang kaya dengan pelbagai adat dan tradisi mereka masing-masing. Selanjutnya, kita juga memiliki destinasi pelancongan yang menarik. Antaranya, di kawasan tanah tinggi seperti di Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting. Selain itu, Malaysia juga memiliki pantai-pantai yang menawan seperti Rantau Abang dan Teluk Chempedak. Malahan juga memiliki pulau-pulau yang yang indah seperti Pulau Langkawi dan Pulau Tioman. Terdapat juga tempat dan bangunan bersejarah yang harus dilawati bagi mengenali Malaysia dengan lebih dekat lagi. Keistimewaan tempat pelancongan ini memberi banyak pengetahuan dan pengalaman kepada para pelancong. Setiap destinasi pelancongan sentiasa dijaga kebersihan dan keindahan alam sekeliling. Bukan itu sahaja, kerajaan juga memperuntukkan jumlah yang besar bagi menaik taraf infrastruktur dan prasarana di mana-mana tempat pelancongan yang berpotensi. Hal ini bagi memastikan para pelancong akan berasa seronok untuk melancong di sini. Tidak dinafikan lagi bahawa industri pelancongan merupakan serampang dua mata dalam usaha meningkatkan ekonomi dan pendapatan Negara. Konklusi, masyarakat Malaysia haruslah sentiasa memberi sokongan kepada pihak kerajaan dalam menjayakan kempen cuti-cuti Malaysia dan Program Tahun Melawat Malaysia. Jadi, rancanglah percutian yang menarik bersama keluarga kita di Malaysia kerana segala-galanya ada di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai