Anda di halaman 1dari 2

Malaysia merupakan sesuatu negara tropika yang indah, cemerlang, aman dan sedang

bergerak ke arah mencapai status negara perindustrian yang maju. Di Malaysia, industri
pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-
industri berkaitan yang lain. Negara Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam bidang
pelancongan, inisiatif yang efisien perlulah diambil untuk memajukan industri pelancongan di tanah
air kita.

Langkah yang pertama ialah pihak kerajaan perlulah memperbanyak tempat pelancongan di
negara ini untuk menggalakkan lebih banyak pelancongan antarabangsa data ke negara kita.
Kerajaan Malaysia perlulah mengenal pasti tempat-tempat pelancongan yang baru dan berusaha
untuk memajukannya. Dalam kondisi ini, para pelancong akan mempunyai banyak alternatif
tempat-tempat untuk dilawati. Oleh itu, mereka tidak akan berasa bosan kerana melawat tempat
yang berlainan. Sebaliknya, para pelancong akan lebih meluaskan ilmu pengetahuan seseorang
pelancong itu. Contohnya, bangunan bersejarah di Malaysia, Kota A Famosa tugu-tugu lama
peninggalan penjajah, Muzium Negara, Menara Kuala Lumpur dan lain-lain perlula dijaga dan akan
menjadi tarikan pelancong dari negeri asing. Oleh itu, negara Malaysia dapat memajukan industri
pelancongan.

Selain itu, sistem pengangkutan merupakan satu aspek yang kepentingan dan efektif untuk
memajukan industri pelancongan dalam ibu pertiwi ini. Dengan ini, sistem pengangkutan yang
sistematik dan moden akan memudahkan pelancong asing pergi dari satu destinasi ke satu destinasi
yang lain. Oleh itu, sistem pengangkutan yang mengenakan tambang pada harga yang berpatutan,
selamat, selesa, cekap dan mengikut jadual yang ditetakpan, para pelancong mudah pergi ke
sesebuah tempat tanpa perluu menghadapi banyak masalah. Contohnya, pengangkutan moden
dalam negara Malaysia ialah, monorel, komuter, kapal laut, bas, teksi, dan sebagainya. Mereka
menikmati kemudahan pengangkutan apabila menggunakan pengangkutan cekap pergi destinasi
lain-lain. Selain itu, negara kita adalah pengangkutan yang berbeza contohnya, para perlancong
boleh menggunakan perkhidmatan feri atau karpal terbang untuk pergi ke Pulau Langkawi. Terbukti
bahawa pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi di Malaysia.

Di samping itu, industri pelancongan akan dapat berkembeng dengan cepat dan dimajukan
sekiranya terdapat kemudahan-kemudahan asas. Kemudahan yang penting seperti kemudahan jalan
raya, sistem pengangkutan, tempat-tempat penginapan yang mencukupi, tempat-tempat makan,
tandas awam and sebagainya perlu disediakan kepada para pelancong. Contohnya, pihak kerajaan
boleh mengurangkan kadar cukai membina chalet atau hotel kepada syarikat yang berkaitan. Hal ini
demikian, chalet yang sewanya rendah dapat menarik para pelancong. Selain itu, tempat-tempat
pelancongan yang sedia ada perlulah dijaga dengan sempurna agar bersih dan selamat. Kebersihan
mestilah diberi keutamaan kerana lingkukan kondisi juga merupakan satu daya tarikan kepada para
pelancong.

Seterusnya, Kementerian Pelancongan perlulah berusaha untuk mempromosikan negara


Malaysia kepada orang asing. Pihak kerajaan menjalankan kempen “Malaysia, truly Asia” melalui
media massa untuk memperkenalkan negara Malaysia kepada dunia luar. Promosi ini dapat
dilakukan melalui media massa di dalam negara dan di luar negara. Contohnya, kerajaan digunakan
pameran-pameran, kempen dan besta kebudayaan untuk menarik sentiasa di negara ini untuk
memperkenalkan cara-cara hidup, pemakanan adat resam berbilang kaum di Malaysia. Kit mestilah
memperkembangan teknologi maklumat luas dan tiada batasnya. Oleh itu, kita boleh
mengaplikasikan kemudahan ini untuk memperkenalkan negara kita ke seluruh dunia. Selain itu,
pihak kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai program seperti Tahun Melawat Malaysia, Pesta
Flora Malaysia, program Cinta Warna dan sebagainya untuk menarik lebih banyak pelancong
melawat tanah air kita.
Kesimpulannya, Malaysia mampu menjadi sebuah negara destinasi pelancongan tropika
indah yang tersohor dan berpotensi di rantau Asia ini dan di dunia dengan keistimewaan yang
dimiliki oleh negara ini. Pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah. Oleh itu, semua pihak perlu berkomitmen untuk memajukan industri
pelancongan di negara kita kerana industri ini membawa pulangan yang lumayan kepada
masyarakat dan negara, Oleh itu, rakyat Malaysia harus memberikan sokongan kepada kerajaan dan
pihak swasta dalam usaha memajukan industri pelancogan agar negara dapat “ duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi” dengan negara-negara maju. Tindakan ini penting bagi membantu negara
mencapai tahap negara maju pada tahun 2020.

Anda mungkin juga menyukai