Anda di halaman 1dari 1

Laporan Minggu Keusahawanan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Damai, Selangor

Pada 15 17 September 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Damai telah


menganjurkan Minggu Keusahawanan dengan pelbagai aktiviti yang sangat berfaedah. Seluruh
warga sekolah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Minggu
keusahawanan pada tahun ini mambawa tema Ke Arah Pelajar Bijak Ekonomi.
Pada 15 September, Tuan Haji Ramli Din, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri
Damai merasmikan minggu keusahawanan di dewan sekolah. Pengetua berharap para pelajar dapat
memanfaatkan pelbagai aktiviti yang telah diatur dan mempelajari ilmu di luar bilik darjah. Tujuan
minggu keusawanan ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada para pelajar untuk
mendedahkan diri kepada persekitaran perniagaan yang dapat mecetus sifat kreatif dan inovatif
dalam perniagaan dan pelaburan.
Sebanyak 20 gerai disediakan di koridor Blok A sepanjang tiga hari tersebut. Para pelajar
menjual pelbagai barangan di gerai-gerai ini. Sebagai contoh, barang yang dijual adalah makanan,
cenderamata dan alat tulis. Sifat keusahawanan pelajar dapat dilihat terserlah dalam aktiviti ini.
Keuntungan daripada jualan barangan disumbangkan kepada rumah orang kurang upaya di Petaling
Jaya. Pengetua memuji sikap murah hati para pelajar dan berharap agar ini dapat menjadi teladan
bak pepatah yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Di samping itu, satu ceramah telah diadakan pada 16 September. Tuan Mokthar Ahmad,
Pengarah Jabatan Kepenggunaan Selangor telah dundang untuk memberi ceramah tentang cara-cara
untuk menabung secara bijak. 40 orang pelajar menyertai ceramah ini dan menunjukkan minat yang
amat mendalam. Jabatan Kepenggunaan turut berbesar hati memberikan buah tangan yang
berbentuk tabung kecil kepada semua peserta.
Kesimpulannya, minggu keusahawanan pada tahun ini berjalan dengan lancar dan amat
berjaya. Guru-guru dan para pelajar bertungkus-lumus memastikan acara yang diatur berjalan
seperti yang dirancangkan. Sesungguhnya, para pelajar telah menerima manfaat dengan
meningkatkan ilmu keusahwanan mereka.

Anda mungkin juga menyukai