Anda di halaman 1dari 3

💣 HUKUM KANUN MELAKA 💣

1.  Hukum kanun merupakan peraturan yang bertulis


dan terbahagi kepada dua iaitu hukum kanun
Melaka dan hukum laut Melaka.
2. Peraturan itu diadakan untuk melindungi kerajaan,
rakyat, negeri Melaka .
3. Hukum kanun sudah dijalankan pada masa
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446-1456
MM).
4. Hukum kanun telah disusun secara teratur pada
masa pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1489-
1511)
5. Perhatikan bahasa yang digunakan dalam petikan
Hukum Kanun ini ;
             -Lima perkara yang tiada beroleh kita menurut
kata itu, melainkan raja yang kerajaan juga. Pertama-
tama 'titah' , kedua 'berparik' , ketiga 'murka' , keempat
'karunia' , kelima 'anugerah' . Maka segala kata ini tiada
dapat kita mengatakn dia . Dan jikalau orang keluaran
berkata demikian ,digocoh hukumnya.
    6.Mempunyai 44 bab yang meliputi perkara mengenai
raja, tugas pembesar dan peraturan rasmi di istana .
    7.Mengandungi pelbagai bentuk hukuman kepada
penderhaka dan pencuri , contoh ; hukuman mati
dikenakan kepada sesiapa yang mengingkari perintah
sultan dan membunuh tanpa kebenaran sultan - untuk
menjamin keamanan Melaka.
    8.Menjadikan hukum syarak sebagai panduan -
semua bentuk peraturan berdasarkan ajaran islam dan
selari dengan taraf Melaka sebagai pusat penyebaran
ajaran islam yang utama di nusantara.
    9.Sultan mesti mempunyai pembantu untuk
melaksankan tugas kerajaan sultan contohnya penghulu
bendahari sebagai pengutip cukai di pelabuhan .
10.Hukuman sivil dan jenayah turut dimuatkan dalam
undang-undang.
                                   💧  HUKUM LAUT MELAKA 💧 
  
          1.Merangkumi perkara-perkara yang berkaitan   
dengan laut seperti peraturan pelayaran , tatacara
jualbeli di   atas kapal , bidang kuasa nakhoda serta
tanggungjawab   pegawai kapal .
        2.Digubal untuk menjaga keselamatan anak-anak
kapal dan pedagang - pedagang yang berdagang
dengan kapal.
        3.Hukuman yang dijalankan di atas kapal ;
       -zina 
➼Dihukum bunuh jika pasangan yang melakukan
hubungan adalah pasangan yang pernah berkahwin .
      -memaki nakhoda
➼membuat khidmat kepada nakhoda atau tukang atau
malimnya.
                                                                SEKIAN ~~~~
👋👋❤👋

DISEDIAKAN OLEH : NURUL IZZAH BT. MIOR


HUSSEN
NO MATRIK                :30DIB18F2002
KOS                                :DIB 1

Anda mungkin juga menyukai