Anda di halaman 1dari 1

Lawatan Sambil Belajar Ke Kuil Sri Poyyata Vinayagar Moorthi

BANDAR MELAKA, 19 Ogos - Kelab Budaya, SJK(T) Kupang telah


menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kuil Sri Poyyata Vinayagar
Moorthi, Melaka. Tujuan lawatan itu dianjurkan adalah untuk menambah
ilmu pengetahuan para peserta tentang bangunan warisan yang terdapat
di Melaka.

Lawatan itu disertai oleh 40 orang ahli Kelab Budaya dan 4 orang
guru pengiring. Mereka bertolak ke Melaka pada pukul 6.30 pagi dengan
menaiki bas.

Pada pukul 10.30 pagi, para peserta telah tiba di Melaka. Peserta
melawat ke Kuil Sri Poyyata Vinayagar Moorthi yang banyak menarik
perhatian pelancong. Kuil itu terletak di Jalan Tukang Emas, Bandar
Melaka.

Kuil Sri Poyyata Vinayagar Moorthi merupakan kuil Hindu yang


terawal didirikan di Malaysia. Seni bina kuil itu dipengaruhi oleh seni
bina Belanda. Ciri-ciri seni bina Belanda terdapat pada bahagian dinding,
pintu dan bumbung kuil.

Para peserta mencatat maklumat penting tentang Kuil Sri Poyyata


Vinayagar Moorthi dalam buku catatan. Selain itu, para peserta juga
mengambil kesempatan untuk merakam gambar sebagai kenangan. Para
peserta menjamu selera di restoran di bandar Melaka, mereka juga
berpeluang membeli cenderamata.

Para peserta bertolak pulang ke sekolah pada 6.00 petang. Lawatan


ini memberi banyak manfaat kepada peserta yang menyertai lawatan itu.

Anda mungkin juga menyukai