Anda di halaman 1dari 14

KERJA KHUSUS SEJARAH TINGKATAN 2

NAMA PELAJAR: AHMAD DANIAL ASYRAAF BIN JOHANES NAMA KELAS : 2 BUKHARI TAJUK KERJA: BANGUNAN BERSEJARAH DI TERENGGANU GURU PENILAI : PUAN ENGKU NAZAHIAH

KANDUNGAN
BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. TAJUK TAJUK KERJA KURSUS: BANGUNAN BERSEJARAH DI KUALA TERENGGANU SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN ISTANA MAZIAH 7. 8. LAMPIRAN RUMUSAN MUKA SURAT 1 2 3 4 5 6 6 - 11 12 - 15 16 - 17

Assalamulaikum dan salam Satu Malaysia. Bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla yang telah memberi kekuatan dan limpahan idea kepada saya untuk menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan.Kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepadaIbu bapa saya kerana banyak membantu dan memberi dorongan iaitu sokongan moral kepada saya dan juga dari segi kewangan. Segala pengorbanan ibu bapa saya tidak akan saya lupakan.Ribuan terima kasih saya rakamkan kepada guru kelas saya dan juga guru sejarah iaitu Cikgu Engku Nazahiah kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini. Beliau memberi tunjuk ajar dalam membuat kerja khusus ini. Beliau jusga telah banyak memberi sokongan seperti memberi semangat kepada kami sekelas. Jasa beliau akan saya ingati.Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya atas kerjasama dan segala nasihat yang diberikan. Saya juga ingin memohin maaf jikalau ada beberapa nama yang saya terlupa senaraikan.. terima kasih kepada semua yang membantu saya membuat kerja khusus ini.

JAZAKALLAH HUKHAIRAH KATHIRA

Dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah bangunan negeri.

Dapat mengenal negeri dengan lebih lanjut.

Mengambil ikhtibar dan memupuk semangat kemerdekaan atau patriotism

Cinta dan sayang akan tanah air kita iaitu Malaysia.

Mengetahui sejarah yang sebenar

Rujukan perpustakaan Saya membuat kajian dengan lebih mendalam di perpustakaan kerana banyak informasi di perpustakaan. Dengan maklumat yang saya peroleh saya menganalisis maklumat yang berkaitan dengan saya

Melayari internet Saya juga banyak melayari website-website tertentu untuk membuat folio ini. Hasilnya saya memasukkan ke dalam folio ini.

Keratin akhbar Saya juga mencari akhbar-akhbar yang menulis tentang sejarah pembanggunan.

Analisis dokumen Saya membuat rujukan berdasarkan buku-buku ilmiah Dengan maklumat yang diperoleh saya menganalisis dan mengambil maklumat yang berkaitan dengan kajian saya.

ISTANA MAZIAH

Pemandangan indah Istana Maziah di waktu malam

Bangunan warisan Istana Maziah yang berusia lebih daripada 100 tahun ini tetap utuh dan teguh menghadap muara Sungai Terengganu. Ia menjadi lokasi rasim bagi upacara istiadat negeri samada istiadat pertabalan, perkahwinan,menyambut tetamu dan sebagainya.

Gerbang masuk ke Istana Maziah

Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu. Istana ini terletak berhampiran dengan Bukit Puteri, kira-kira 220 meter dengan gigi air sungai Kuala Terengganu. Di istana inilah upacara rasmi negeri diadakan seperti istiadat pertabalan dan kemahkotaan Sultan Terengganu, berkhatan, bertindik, perkahwinan dan sambutan tetamu utama negeri. Setakat ini terdapat percanggahan mengenai tarikh pembinaan Istana Maziah. Mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari Jumaat, pukul 10:00 pagi, 31 Mei 1895 ( 7 Zulhijjah 1312 ) di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881-1918 ). Manakala catatan Dato Seri Amar Diraja Haji Ngah Muhammad bin Yusof pula, istana ini dibina pada tahun 1897.

Istana Maziah pada tahun 1920 an- gambar daripada Wikipedia)

Istana Maziah dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang telah hangus terbakar. Istana Hijau dibina pada masa pemerintahan Sultan Omar ( Baginda Omar ) pada 10 Mac 1870 ( 7 Zulhijjah 1286 ). Tokoh yang diberi tanggungjawab sebagai pengurus pembinaan dan jurutera Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Dia adalah saudara ipar kepada Sultan Zainal Abidin III. Selain daripada itu terdapat beberapa tokoh lagi yang turut sama menyumbang dalam pembinaan istana ini. Mereka yang bertanggungjawab menyiapkan pelan dan binaan istana serta menghias bahagian dalaman istana ialah Engku Besar Paduka Raja Sayyid Abdullah bin Zin Al-Idrus, Encik Muhammad bin Abdul Rahim ( lebih dikenali dengan nama Encik Mat ) dan juga Dato Mata-Mata. Di samping itu tugas mendapatkan kayu, kebanyakannya dari Dungun diuruskan oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Manakala pengurusan batu bata dan kapur pula diserahkan kepada Tengku Besar Paduka Indera. Bahan yang digunakan dalam pembinaan istana ini terdiri daripada campuran kapur, tanah liat, pasir garam, putih telur dan manisan. Kira-kira 20 orang tukang Melayu dan Cina terlibat dalam pembinaan Istana Maziah. Masalah kewangan pada masa itu telah menyebabkan pembinaan istana ini tertangguh. Walaupun begitu, istana ini telah siap dan upacara " naik istana " diadakan pada 7 Ogos 1903 ( 14 Jamadil Awal 1312 ). Tidak berapa lama selepas Istana Maziah siap, Tengku Embong Musa, Ketua Jabatan Kerja Raya menambah lantai di bahagian anjung istana tersebut. Pada ketika itu di bawah anjung Istana boleh dilalui kereta. Ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ( 1920 1942 ), layang-layang anak tangga dipinda. Seterusnya pindaan dilakukan lagi di masa pemerintahan Sultan Ismail Nasiruddin Shah ( 1945 1979 ). Bilik di tingkat bawah terletak Singgahsana di sebelah matahari naik telah dibuang pintunya supaya ia bertambah luas. Dengan itu, Singgahsana dipindahkan ke tingkat atas. Pada tahun 1954, dibina pula layang-layang tangga hadapan di sebelah matahari jatuh.

Selain itu, bilik di tingkat atas sebelah matahari naik telah dirobohkan untuk ditempatkan Singgahsana. Pada tahun 1972, sebuah bangunan tambahan dibina di bahagian rusuk sebelah barat. Seterusnya Singgahsana pula ditempatkan di tingkat atas bangunan baru Istana Maziah ini.Pada tahun 1998, satu tambahan baru telah dibina di bahagian hadapan istana ini.

Manakala berdasarkan maklumat Tourism Malaysia adalah sebagaimana berikut: Dibina dengan senibina Perancis, Istana DiRaja ini menjadi kediaman rasmi pemerintah negeri terdahulu. Kini, ia digunakan sewaktu upacara rasmi DiRaja atau majlis keraian rasmi negeri. Terletak di Bukit Puteri di Kuala Terengganu, istana ini menjadi kebangaan rakyat negeri Terengganu. Ia masih digunakan untuk acara rasmi seperti pertabalan Sultan Terengganu, perkahwinan, serta meraikan kenamaan rasmi kerajaan negeri.

Istana Maziah sebenarnya dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang terbakar dahulu. Istana Hijau dibina sewaktu pemerintahan Sultan Omar pada 10 Mac, 1870. Arkitek pembinaan Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Dia adalah saudara kepada Sultan Zainal Abidin III. Beberapa orang lain turut berjasa dalam menyediakan pelan dan menyiapkan Istana Maziah, iaitu Engku Besar Paduka Raja Sayyid Abdullah bin Zin Al-Idrus, Muhammad bin Abdul Rahim (Encik Mat), dan Dato Mata-Mata. Bekalan kayu untuk membina istana datang dari Dungun dan diselia oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Bekalan batu-bata dan kapur pula diuruskan oleh Tengku Besar Paduka Indera.

Istana Maziah pada asalnya dibina dengan menggunakan campuran bahan binaan iaitu kapur, tanah liat, garam pasir, putih telur dan gula. Hampir 20 tukang kayu keturunan Melayu dan Cina bertanggungjawab dalam pembinaan Istana Maziah ketika itu.

Beberapa pengubahsuaian turut dilakukan sepanjang zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 -1942) dan Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1945- 1979). Tambahan turut dibuat ke atas istana pada 1972 dan 1998. (sumber: http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=istanamaziah)

Jelas sekali biarpun usianya sentiasa ditelan zaman, namun ia masih tetap gagah berdiri dan terus mewarisi upacara rasmi istiadat Kesultanan Terengganu. Warisan kita sesuatu yang tidak ternilai harganya... Terengganu Welcomes The World..

Medan maziah

Keindahan malam di taman di hadapan Istana Maziah

Medan Maziah sebenarnya merupakan sebahagian daripada kawasan Istana Maziah . Medan ini dihiasi dengan pelbagai jenis bunga dan landskap. Satu replica tepak sireh yang besar telah dibina bagi mengingatkan tradisi memakan sireh yang kian dilupai ramai. Medan ini terletak di hadapan Istana Maziah srta berdekatan dengan Dataran Syahbandar serta bersebelahan Bukit Puteri.

Istana Maziah

Pelan Lokasi

Pelan Lokasi Istana Maziah

Pemandangan indah Istana Maziah di waktu malam

Saya amat bersyukur kerana telah Berjaya menyiapkan kerja khusus sejarah ini tepat pada masa yang ditetapkan. Saya mendapat banyak pengetahuan dan pengajaran serta nilai. Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai bangunan bersejarah yang unik serta menjadi ikon Negara Malaysia. Semasa menjalankan kajian ini saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada bangunan Sultan Abdul Samad ini mempunyai sebab dan makna disebaliknya. Bangunan sultan abdul samad merupakan bangunan yang telah lama digunakan ia juga mercu tanda yang sangat sinonim bagi nama bandaraya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia. Kehadiran keunikan dan identiti reka bentuk bangunan itu mendapat pujian dan sanjungan daripada semua bilang masyarakat. Bangunan ini telah menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti sambutan tahun baru, sambutan hari merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan Negara.

Selain itu kita dapat memupuk cinta akan warisan bangsa yang menjadi mercu tanda Negara kita dan sanjungan dari segenap lapisan masyarakat Malaysia serta mendapat pujian daripada luar Negara.

Di samping itu, kita haruslah menghargai dan menjaga bangunan-bangunan bersejarah ini dan berusaha memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini supaya terus menjadi warisan bangsa. Generasi masa hadapan juga mengenali dan mengetahui mengenai bangunan-bangunan bersejarah ini. Saya juga menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama ini membuatkan saya bersama rakanrakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.

Anda mungkin juga menyukai