Anda di halaman 1dari 13

KEBIJAKSANAAN ALLAH

NAMA - AHMAD DANIAL ASYRAAF BIN JOHANES KELAS - 2 BUKHARI NAMA GURU PUAN ROKIAH BINTI IBRAHIM

ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN TANDA KEKUASAAN ALLAH KEJADIAN LANGIT DAN BUMI

PERTUKARAN SIANG DAN MALAM

KAPAL-KAPAL YANG BERLAYAR DI LAUT HUJAN KEJADIAN TUMBUH-TUBUHAN KEJADIAN BINATANG CAP JARI

Tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah Baqarah [164] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumidan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. Hanya pencipta yang berkuasa dan berilmu mampu mencipta langit dan bumi, menukarkan malam dan siang, menurunkan hujan. Allah juga merdeka, dia bebas melakukan apa yang dia kehendakki. Ya-sin [81].Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui. Ciptaan Allah itu pula Kun Fayakun (terus menjadi). Ya-Sin [82] Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. Allah juga berfirman supaya golongan kafir menunjukkan apa yang telah dicipta oleh tuhan mereka:Fatir [40] Katakanlah (wahai Muhammad): Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutusekutu, yang kamu seru dan sembah selain Allah? Tunjukkanlah kepadaku apa yang mereka telah ciptakan dari bahagian bumi ini?.

Kejadian langit dan bumi

Allahlah yang menjadikan 7 lapisan langit dan bumi.

At-Talaq [12] Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; Bumi pada asalnya tiada, dunia pada mulanya dipenuhi dengan air. Kemudian Allah membekukan air melalui angin yang bertiup di atas air dan terciptalah tanah diatas buih air. Maha Suci Allah yang membekukan bumi di atas air.

Kejadian langit dan bumi Firman Allah dalam surah Al-Hadid ayat 4.

Maksudnya: Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Ayat ini menjelaskan bahawa langit dan bumi tidak terjadi secara kebetulan tetapi adalah mengikut perancangan yang rapi oleh penciptanya.Allah juga memerintahkan semua manunsia supaya meneroka serta menjelajahi keseluruhan pelusuk bumi untuk mencari rahsia-rahsianya dan melihat kesan-kesan sejarah yang berlaku pada umat terdahulu.

Pertukaran malam dan siang

Pertukaran malam dan siang adalah satu projek besar Allah SWT. Sistem turun dan naik matahari tidak pernah rosak sejak dari dahulu lagi. Furqan [45]..Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;[46]Kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada Kami, dengan beransur-ansur. [47] Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, sertamenjadikan siang untuk keluar mencari rezeki. Qasas [71] Katakanlah: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)? Qasas [72] katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)? Kapal-kapal yang belayar di laut

Allah jugalah yang memberi akal kepada manusia bagaimana untuk menyusun kayu-kayu dan besi untuk dijadikan kapal. Kapal-kapal inilah yang digunakan untuk membawa barang dagangan dari satu negara ke negara yang lain untuk pelbagai faedah manusia. Hujan

Allahlah yang menurunkan hujan dari air yang tersejat dari bumi. Allah jugalah yang menyuling air itu daripada masin menjadi tawar. Ar-Rad [12] .dan Dia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air) Al-Waqiah [69] Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya? [70] Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur Az-Zumar [21] Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di bumi; kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Dia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.

Kejadian Tumbuh-tumbuhan dan binatang. Firman Allah SWT dalam surah Al-Anam ayat 95.

Maksudnya. Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)? Ayat ini menerankan bahawa Allah menjadikan tumbuhtumbuhan,tanaman dan buah-buahan untuk dinikmati oleh manusia.Allah juga menjadikan binatang untuk manfaat manusia.Firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal ayat 5.

Maksudnya. Maka tidak ada yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka (mengakui dengan) berkata: Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim.

Kebijaksanaan Allah tentang jari jemari manusia

Cap jempol Akal adalah kurniaan Allah kepada makhluk yang bernama manusia. Melalui akal manusia dapat menganalisis dan seterusnya mengenali kebesaran penciptanya yang telah membekalkan akal dan pemikiran untuk meredah kehidupan. Segala sesuatu penciptaan akan menunjukkan kepada kebijaksanaan dan kebesaran Tuhan Yang Maha Pencipta. Inilah sikap orang herakal. Mereka akan sentiasa memikirkan tentang segala apa yang diciptakan Allah sama ada di langit mahupun di bumi untuk melihat kebesaran Allah. Orang yang beriman akan menundukkan pandangan akalnya untuk sujud kepada kebesaran dan mengagungkan pujian hanya kepada Allah pemilik dan pencipta akal yang boleh berfikir. Firman Allah dalam surah Ali Imran melalui ayat 189 hingga 191 ini menceritakan sikap orang berakal. "Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi, dan Allah Maha kuasa atas tiap - tiap sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan Siang, ada tanda tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang orang yang berakal. Iaitu orang - orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata ): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda benda ini dengan sia sia, Maha Suci Engkcau, maka peliharalah kami dari azab neraka" Antara bukti dan petunjuk kepada kebesaran Allah adalah melalui penciptaan cap jari manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia akan membawa bersamanya identiti yang tersendiri dan berbeza antara satu dengan yang lain. Manusia seperti

makhluk hidup yang lain turut memiliki beberapa rangkaian kromosom yang tersimpan kukuh dalam bentuk genetik dan baka pewarisan. Walaupun generasi demi generasi silih berganti dan turun - temurun dilahirkan dari sepasang suami isteri namun cap jari manusia tetap memiliki banyak misteri dan seribu satu keunikan yang sukar ditafsirkan oleh ilmu sains dan teknologi. Melainkan ianya adalah bukti kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang Maha Pencipta. Tanda Kekuasaan Allah SWT Menurut kefahaman dalam agama Islam semua bani manusia akan dihidupkan dan dibangkitkan semula pada hari pembalasan. Apabila seseorang manusia itu mati dan telah dikuburkan maka tubuh serta jasad manusia akan mereput dimamah cacing dan ulat sehingga yang tinggal hanyalah tulang - belulang yang berserakan. Namun menurut janji Allah manusia akan tetap dihidupkan dan dibangkitkan semula dalam rupa bentuk fizikal seperti kehidupan di dunia. Allah SWT telah berjanji bahawa pada Hari Kiamat kelak Allah SWT akan mengumpulkan kembali segala tulang - belulang biarpun dari mana sahaja ia berada walaupun tulang - belulang tersebut telah menjadi atom atom, zarah, abu mahupun debu - debu yang halus. Seorang sahabat nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Adwi Ibnu Abi Rabiah telah bertanya : Adakah selepas kematian ini ada kebangkitan semula? Dan bagaimanakah Allah SWT akan mengumpulkan tulang belulang selepas ianya sudah bertukar menjadi habuk? Maka Allah SWT telah berfirman melalui maksud ayat Surah Al - Qiyamah ayat 4 di bawah yang bermaksud : "Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan kami berkuasa menyusun dengan sempurnanya segala tulang - tulang jarinya, dan tulang yang lebih halus dari yang lain". Ternyata kehebatan dan keagungan Allah SWT dalam mengembalikan rupa asal manusia hatta sekalipun sehingga rupa asal jari jemari dan urat urat jari yang kita kenali sebagai cap jari. Kekuasaan Allah dalam membangkitkan manusia tiada batasan. Sedangkan anggota manusia yang paling kecil iaitu hujung jarinya dapat Allah seragamkan apatah lagi anggota badannya yang lebih besar. Merujuk ayat diatas lafaz banaanah ertinya hujung hujung jarinya. Di khaskan penyebutannya disini adalah untuk menunjukkan betapa rupa bentuknya yang sangat ajaib. Begitu halus dan terlalu rapi serta teliti buatan tuhan di samping terdapat rajah dan jaluran yang pelbagai jenis. Kekuasaan dan kebesaran Allah tampak jelas terpancar apabila rajah dan jaluran jari jemari setiap orang ini tidak sama antara satu dengan yang lain. Lantaran perbezaan inilah zahirlah hikmah penciptaan tuhan iaitu untuk dijadikan pengenalan diri seseorang yang menjadi teras penyelesaian banyak masalah yang melibatkan cap jari dan kemanusiaan.

Dalam ayat ini Allah SWT telah menerangkan bahawa manusia akan dibangkitkan dan dikembalikan rupa bentuk jasad tubuh badan milik manusia bermula dari sebesar - besar tulang anggota tubuh badan sehinggalah sekecil - kecil tulang termasuk jalur - jalur yang ada di hujung - hujung jari manusia. Tulang jari dan segala daging di jari serta cap jari akan dikembalikan dalam rupa asal. Inilah beberapa bukti dan keterangan kepada manusia yang mengingkari hari kebangkitan. Aplikasi Cap Jari Melalui Kaedah Saintifik Para saintis di seluruh dunia telah membuktikan bahawa setiap manusia memiliki sepasang set cap jari yang menentukan identiti pemiliknya tersendiri berbeza dengan apa yang dimiliki oleh orang lain walaupun dari pasangan kembar seiras. Cap jari manusia merupakan pola bekas yang tinggal pada mana - mana permukaan rata oleh kulit timbul pada hujung jari. Kulit timbul ini juga dikenali sebagai "rabung dermis" atau "pap ila dermis". Cap jari mungkin ditinggalkan oleh rembesan biasa dari kelenjar ekrin yang terdapat di kulit tangan, ataupun boleh dibuat oleh dakwat dan bahan cemar lain yang terkena jari dan ditinggalkan pada permukaan yang agak licin seperti kad cap jari. Cap jari biasanya digunakan sebagai kaedah yang tepat bagi mengenal pasti individual Secara unik. Asas pengenalan cap jari adalah kekal dan berlainan. Secara teori, sebahagian besar ciri - ciri cap jari ditentukan oleh persekitaran pada tempoh bulan ke-3 dan ke-4 semasa mengandung, dan ia tidak akan bertukar. Secara praktikal, parut dan ketuat mampu mengubah cap jari. Secara fakta, tiada individu pun, termasuk kembar seiras, dipercayai memiliki cap jari yang sama. Pada tahun 1892, Sir Francis Galton mendapati bahawa cap jari biasa memiliki 35-50 titik pengenalan ("minutiae") dan kemungkinan dua yang sama adalah 1 dalam 64 bilion. Dengan jumlah penduduk dunia hanya 6.5 bilion pada tahun 2006 berbanding 64 bilion ianya mustahil bagi mengenal pasti dua cap jari yang sama. Hujung jari bukannya satu satu bahagian badan manusia yang mempunyai rabung geser (friction ridges). la juga terdapat pada sepanjang jari, telapak tangan, dan kulit yang seumpamanya pada ibu jari kaki dan ianya turut juga digunakan sebagai pengenalan forsenik. Tegasnya pasti ada hikmah dan rahsia yang tersirat dan tersimpan di sebalik perbezaan rupa cap jari yang telah diciptakan Allah Yang Maha Pencipta dengan rupa yang berbeza. Melalui pengkajian dan penemuan para sainstis perbezaan ini dapat diaplikasikan kepada banyak lapangan kehidupan manusia. Antara fungsi yang terpenting melalui perbezaan cap jari manusia ini ialah, pembemukan sistem pengenalan diri. Melalui kepelbagaian perbezaan cap jari sistem kad pengenalan dapat dibentuk. Pembentukan sistem pengenalan ini dapat membantu menyelesaikan banyak kes kes polis seperti kecurian, pembunuhan serta jenayah yang melibatkan perlakuan seksual apabila teknologi DNA ( Deoxyribonucleic Acid ) dan perbezaan cap jari dapat dikenal pasti oleh Unit Forensik pihak polis. Sistem pengenalan diri melalui perbezaan cap jari juga akan membantu mewujudkan sistem kerajaan elektronik atau lebih dikenali sebagai istilah e-government. Sistem keselamatan rekod bank

dan aset milik individu juga turut terjamin apabila sistem pengenalan diri dapat mengenal pasti pemilik sebenar demi memelihara keselamatan akaun peribadi dan tidak mudah diselewengkan dengan sewenangwenangnya oleh penjenayah kolar putih Rahsia Jari Jemari Manusia jari - jemari manusia menyimpan seribu satu, rahsia pemiliknya. Antara misteri jari ialah penentu kepada kesihatan manusia. Menurut ajaran Islam seseorang perempuan yang ingin dikahwini juga adalah diseru agar dilihat dan diperhatikan kepada jari. Melaluinya kesihatan keseluruhan tubuh badan dapat dipastikan oleh pihak lelaki. Sebagai bukti kekuasaan Allah yang telah menjadikan jari ialah bagaimana penghidap kencing manis juga adalah dinasihatkan oleh pakar kesihatan agar membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari - jemari dan juga jari kaki yang sering kebas untuk mengesan tanda luka atau jangkitan. Ini kerana deria rasa sakit penghidap kencing manis akan berkurangan. Rawatan awal ini dapat mengelak jangkitan merebak dengan lebih dahsyat. Selain itu perokok tegar juga dapat dikesan melalui tanda-tanda tindak balas bahan kimia dalam rokok yang terdapat di jari-jemari. Buktinya setiap kali perokok menyedut, dia akan menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk pada setiap inci tubuh perokok. Antara kesan serius ini ialah kulit lebih cepat berkedut, gigi dan jari-jemari perokok akan menjadi kuning. Manakala dalam masyarakat Cina lebih gemar menilik dan membelek tangan serta kulit timbul di jari jemari untuk menilik masa depan seseorang. Pemerhatian yang mendalam dengan mengambil kira susur galur urat di jari-jemari akan menceritakan banyak rahsia seperti kebahagiaan dan kecelakaan seseorang menurut pengamalan masyarakat Cina.

Antara tanda kebesaran Allah yg ada pada tubuh manusia Manakala dalam masyarakat Melayu yang sinonim dengan penghayatan Islam pula mengembalikan rahsia jari dan cap jari adalah milik Allah pencipta manusia. Namun sekiranya kita perhatikan jaluran urat di tapak tangan kanan akan tertera nombor Arab 18 dan tapak tangan di bahagian kiri pula akan tercatat nombor 81. jika seorang hamba Allah berdoa maka kedua-dua tapak tangan ini akan dicantumkan dan cantuman ini akan menjadikan angka. 99. Nombor 99 ini boleh diertikan dengan 99 nama Allah yang Maha Agung lagi Maha Mulia. Nabi Muhammad s.a.w. pernah memberitahu para sahabat dan umat Islam bahawa Allah memiliki 99 nama yang indah dan diberkati maka berdoalah kepada Allah melalui sifat-Nya yang agung dan terpuji.

Hakikatnya jari dan cap jari merupakan tanda di antara tanda kekuasaan Allah.
Kondisi dan struktur jaringan halus urat timbul yang kompleks ini telah menyebabkan proses sains dan teknologi makin berkembang pesat untuk mengkaji serta menyelidik demi menambah baik kesenangan dan keselesaan hidup manusia pada masa mendatang. Walaupun situasi jenayah makin bertukar dan berkembang pesat selari dengan kepesatan teknologi namun adalah sesuatu yang

mustahil di alam ini bagi menghilangkan dan melenyapkan identiti diri kerana setiap penciptaan manusia ada hikmah yang tersirat dan tersimpul di sebalik kejadiannya

Anda mungkin juga menyukai